Percayalah, ni kalau meratah depan TV tak perasan habis satu bekas dibuatnya. Memang sedap dan sesuai sangat untuk dijadikan stok kudapan untuk seisi keluarga bahkan enak juga jika dijadikan menu pelengkap hidangan untuk dimakan bersama nasi.
Buat yang pertama kali ingin mencuba menyediakan menu Sambal Tempe Bilis Kacang ini, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan.
Bahan-bahan:
6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi betul-betul rangup.
2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, try masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik.
500g kacang, – cuci, tos, goreng juga.
Ads
Untuk sambal:
2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi ummppphh.
3 biji bawang merah – blend
5 ulas bawang putih – blend
1 ketul gula kabung
Ads
4 keping asam keping
Garam secukupnya
Minyak goreng tempe tadi
Cara-caranya :-
1.Tumis bahan blend dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing ye.
Ads
2.setelah siap, tutup api, biar kejap, letak garam ikut tekak masing-masing, boleh masuk tempe, kacang bilis tadi.
3.Siap…makan nasi panas-panas memang sedap.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menikmati sepotong kek Classic Victoria Sandwich terasa seakan tidak pernah mencukupi. Keenakkan rasanya ditambah dengan kelembutan kek dan topping serta krim membuatkan setiap suapan terasa cukup bermakna. Rupanya hendak menyediakan Kek Classic Victoria Sandwich ini tidaknya sesukar mana kerana ia cukup mudah disediakan.
Malah resipi yang dikongsikan oleh Fiza Omel menerusi tuan punya resipi, Chef Azmin Zain ini nampak cukup menyelerakan. Topping dan krim nampak cukup menarik. Nak buatnya pun cukup mudah. Jom beranikan diri untuk mencuba.
Classic Viktoria Sandwich. Terima kasih Chef Azmin Zain saya dah try. Resepi chef saya dah bagikan menjadi sukatan yang kecil.
Bahan-bahan:
250g buttercup
250g tepung gandum
250g gula halus manis 220g nak manis2 buah boleh kurangkan gula
5 biji telur
2 sudu besar susu full cream
1 sudu kecik baking powder
1 penutup esen vanilla
Pukul buttercup dengan gula hingga gebu. Masukkan telur sebiji-sebiji hingga habis. Masukan esen vanilla.
Masukkan tepung sikit demi sikit bersama susu full cream. Oleskan loyang saiz 7 dan lapikkan kertas minyak.
Bakar suhu 160 api atas bawah 30 minit bergantung pade oven masing-masing. Satu adunan ni buat 2 bekas loyang saiz 7.
Untuk cream
100g buttercup
50g gula aising Putar butter dengan gula aising sehingga kembang
Topping ikut kehendak kita suka. Last sekali taburkan gula aising menggunakan tapis. Tabur nipis-nipis je ye.
Keengganan anak makan sayur atau buah selain kebergantungan terhadap makanan segera boleh menyebabkan kekurangan zat yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh mereka. Jadi bagi memastikan anak dapat zat yang diperlukan, anda boleh ikut tip dibawah.
TIP DAPAT ZAT MENCUKUPI
Antara tip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa memastikan anak mendapat zat mencukupi adalah:
1. Pastikan dalam setiap hidangan makan berat (sarapan pagi , makan tengahari, makan malam)
terdapat
• Sumber karbohidrat (contoh nasi, mi, mihun, kuetiau, roti, capati, tosei dan lain-lain)
• Sumber protein (ayam, ikan, daging, makanan laut atau telur)
• Sumber serat (gabungan sayur-sayuran dan buah-buahan)
Kebanyakan ibu bapa menganggap jika anak tidak makan nasi maka mereka tidak cukup zat. Anggapan ini tidak tepat kerana sumber karbohidrat boleh dipelbagaikan seperti contoh di atas. Namun yang paling penting, ibu bapa perlu memastikan setiap kali makan ada gabungan tiga sumber zat makronutrien yang utama.
Contoh menu lain yang masih mempunyai gabungan tiga makronutrien seperti masakan makaroni dan keju (ada ayam dan brokoli), spageti Bolognese (campuran lobak merah, kacang pis dan daging), mi goreng dan pelbagai hidangan lain lagi. Ibu bapa boleh menjadi lebih kreatif ketika penyediaan makanan dan bagaimana mahu menggabungkan ketiga-tiga makronutrien.
2. Wajib mengambil tiga makan utama, jangan tinggalkan atau elak makanan waktu itu. Kajian yang dilaksanakan pada 2007 hingga 2008 menunjukkan seorang dalam tiga murid sekolah rendah tidak bersarapan sebelum ke sekolah.
Ini akan memberi kesan kepada proses pembelajaran pelajar dan meningkatkan kemungkinan untuk memakan makanan yang tidak sihat sewaktu rehat.
3. Selain itu, ibu bapa juga boleh mencipta dan mencuba resipi yang menarik untuk meningkatkan minat anak mengambil makanan yang sihat. Contohnnya naget dibuat sendiri, ais krim sihat (susu dan buah) dan sandwic berbentuk kartun.
Lebih menarik jika ibu bapa turut babitkan anak ketika proses membuat makanan sebagai aktiviti menyeronokkan yang secara tidak langsung menggalakkan mereka menikmati makanan yang dimasak sendiri itu.
Kalau anda buntu nak masak apa untuk anda, anda boleh cuba resipi nasi goreng kampung. Boleh letak pelbagai jenis sayur kesukaan anak-anak. Selamat mencuba!
RESIPI NASI GORENG KAMPUNG
Bahan-bahannya:
● 3 cawan nasi
● 6 ekor udang, dibuang kulit
● 2 ekor sotong, dipotong bulat
● 3 ulas bawang merah
● 3 ulas bawan putih
● 6 biji cili padi
● 1/2 ikat sayur kangkung
● 1 mangkuk kecil karot, didadu
● 1 sudu besar sos ikan
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 biji telur
● 2 ketul fish cake, putong dadu
● ikan bilis goreng
● serbuk lada sulah
● garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk tumbuk kasar:
● 3 ulas bawang merah
● 3 ulas bawan putih
● 6 biji cili padi
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
5. Taburkan dengan ikan bilis goreng diatas sebelum hidang.
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Singo pear sememangnya cukup dikenali sebagai buah yang baik dalam menyembuhkan beberapa masalah anak terutama bagi bayi yang sedang batuk atau berkahak. Pada usia bayi, sebarang pengambilan ubat terutama ubat batuk dan selesema tidak digalakkan dan sebagai usaha, menu berasaskan singo pear ini mama boleh cuba.
Singo Pear memiliki kandungan Vitamin C dan Vitamin K serta copper yang penting untuk meningkatkan pertahanan tubuh. Buah ini juga mampu membantu melegakan batuk berkahak kerana ia mengandungi air yang banyak.
Tiga resipi yang disediakan oleh ibu ini, Puan Khairun Naziha Razak boleh dicuba ketika anak mengalami selesema dan batuk berkahak.
“Menu hari ni berasaskan singo pear sebab anak tengah selsema dan berkahak,” katanya berkongsi.
Menu breakfast, Tofu singo pear + dragon fruit
Tofu Singo Pear
Bahan-bahan:
Tofu organik
Puree singo pear
Dragon fruit (topping)
Apa-apa buah pun boleh untuk nampak menarik
Steam tofu selama 15 minit. Kemudian masukkan puree singo pear dan topping di atas. Siap di hidang.
* Singo pear tak perlu steam ye sebab kita dah blend hancur jadi puree.
Bubur Barli Untuk Snack Petang
Barli Singo Pear
Bahan-bahan:
Barli
Singo pear
Kurma
Basuh dan rendam barli selama 1 jam. Kemudian masak sehingga kembang. Bila barli dah kembang boleh terus masukkan singo pear dan kurma. Blend ikut tekstur anak makan ye.
Makan Tengahari dan Makan Malam Dengan Sup Daging Singo Pear
Sup Daging Singo Pear
Bahan-bahan:
Tulang daging
Daging(blend)
Singo pear (potong dadu)
Bunga lawang
Bawang holland (hiris )
Bawang putih (hiris )
Halia (hiris )
Sayur-sayuran (apa-apa sayur pun boleh)
Saya letak carrot , pak choy
Tumis bawang-bawang, halia dan bunga lawang sampai kekuningan atau naik bau.. Masukkan tulang daging dan tambah air sikit dan reneh kan sekejap.
Masukkan batang saderi, carrot, singo pear dan tambah air secukupnya. Masak sehingga sayur-sayuran tu lembut. Akhir sekali masukkan sayur pakchoy. Siap bole makan dengan bubur atau bihun dan pasta.
* Singo pear jangan letak terlalu banyak sebab buah tu tersangat manis.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.