Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan memang ramai yang rajin ke dapur termasuklah pengacara dan personaliti televisyen Malaysia yang cukup popular, Fedtri Yahya.
Terkenal bukan sahaja kerana kepetahannya mengacarakan setiap program yang ditugaskan, malah dia juga sangat dikenali dengan pengusaan bahasa puitis yang cukup indah.
Mengintai ke akaun Facebook milik ayah kepada empat cahaya mata ini, sepanjang musim PKP dilaksanakan Fedtri rajin masuk ke dapur dan mencuba pelbagai jenis resipi untuk dikongsikan kepada warga net.
Apa yang dikongsikan kebanyakkannya cukup ringkas dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Baru-baru ini sambil menjaga anak dengan berlatar belakangkan suaranya yang cukup petah menyusun ayat, Fedtri berkongsi resipi rempeyek yang rangup buat kudapan waktu petang bersama keluarga.
Fedtri dengan suara lunaknya cuba membuat rempeyek. Menurutnya resipi ringkas ini sesuai untuk dijadikan hidangan ketika Ramadan nanti untuk diberikan kepada jiran-jiran dan sahabat handai.
Resipi Rempeyek Campak-campak Fedtri Yahya
Bahan-bahan:
Tepung Beras
Ads
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Jintan Manis
Ikan Bilik – ditumbuk
Bawang Putih – ditumbuk
Telur
Ads
Sedikit Air
Serbuk Kunyit
Serbuk Cili
Kacang Tanah (Untuk ditabur kemudian)
Cara penyediaan:
Ads
Gabungkan semua tepung gandum, serbuk jintan putih, jintan manis, bilis dan bawang putih yang ditumbuk bersama telur.
Tambah Air dan gaul sekata
Tambah sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili
Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Celupkan sudip atau senduk yang digunakan sebagai acuan dalam minyak
Tuang adunan pada senduk tadi dan taburkan kacang tanah.
Goreng sehingga agak kekuningan. Angkat dan toskan.
Siap!
Sempat Fedtri berseloroh rempeyek yang dibuat ini hanya eksperimen pertama dan sesuai untuk makan sendiri dan bukan untuk dijual.
Jadi untuk siapa yang nak cuba dan teringin nak makan rempeyek boleh tengok video yang dikongsikan. Para suami pun boleh cuba buat macam Fedtri Yahya. Terbaiklah!
Sumber: Feidtri Yahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering kali kita berjanji dengan anak-anak untuk membawanya ke tempat menarik atau makan makanan yang sedap-sedap dan bila kita terlupa untuk menunaikan, pasti anak-anak akan menuntut. Daya ingatan anak-anak sangat kuat dan emosinya sangat rapuh.
Jika kita berjanji dengan harapan dia akan menyiapkan kerja sekolah atau membantu kita, setelah selesai tugasnya pastikan kita tunaikan janji kita pula. Jika tidak ditunaikan, perjanjian tersebut akan terkesan dalam minda anak-anak. Menurut perkongsian seorang bapa di laman facebook, Encik Mohd Fhais berpendapat, kita sebagai ibu bapa raikanlah anak-anak walaupun penat.
Budak ni kalau dah berjanji sampai ke kolam udang dia tuntut. Jam 10 malam, orang lain semua dah lemau. Dah tiba masa untuk recharge tenaga, landing time. Tapi budak ni masih lagi terkinja – kinja lompat katil, panjat katil. Kacau semua orang.
Argh.. Stress! Esok nak keje, mata dah rabak.
Maknya, neneknya puas dah pujuk suruh tidur. Satu pun tak jalan. Haru biru rumah semalam.
Bila di selidik-selidik rupa-rupanya ada janji yang belum di tunai.
“Papa cakap nak tengok udang?”, Rania buat muka comel
Aduh, memang lupa dah petang tu ada janji nak bawa dia tengok udang. Dekat kawasan rumah ni ada satu kolam mancing udang. Pernah bawa rania sekali ke sana.
Memang terserlah dia punya teruja dan gembira tengok udang hidup. Malam tu juga, 10.30 malam start kereta pergi kat kolam mancing udang tu. Ingat nak mancing sekali dah alang-alang sampai tu.
Belum sempat capai pancing rania dah tarik tangan dan cakap, “Tak payah papa, tengok je”. Jadi tengok je la malam tu. Dia punya seronok, siap cakap best papa tengok udang.
Tak lama pun, lebih kurang 10 minit dia dah ajak balik. Balik rumah, basuh kaki, buat susu terus tidur. Aik, senang pula tidur.
Tadi maknya dan wan duk terjerit-jerit suruh tidur selama 30 minit tak di endahnya, ni tak sampai 5 minit dah tidur.
Itulah budak-budak. Selain badan, otak dan emosi pun ada stamina. Selagi otak dan emosi ni tak dipenatkan, jangan harap mereka nak tidur dengan mudah.
Kadang tu bukan anak yang tak dengar cakap, tapi sebenarnya kita yang tak dengar apa diorang cuba cakap.
Jangan mengeluh, tapi raikan mereka. Inilah tenaga yang boleh gegar dunia satu hari nanti.
Nak buat anak-anak teruja dengan makanan sebenarnya tidak lah sesukar mana. Sediakan sahaja kegemaran mereka atau manisan yang mampu menarik perhatian, pastinya habis licin!
Kek antara salah satu yang menjadi kesukaan anak-anak. Melihat ibu menyediakan kek di rumah buat anak teruja dan tidak sabar untuk makan. Apa lagi menyediakan kek kesukaan mereka. Bosan dengan kek biasa, apa kata kita cuba pula Kek Karamel Pelangi Kukus yang dikongsikan oleh Teratai Putih ini. Lain macam nampak gebunya. Jom cuba!
Resepi kek karamel pelangi versi kukus.
Bahan-bahannya:
2sb gula kasar Taburkan dalam loyang bagi rata dan bakar dalam oven lebih kurang 4 minit atau sehingga gula cair dan perang. Jangan bagi hangus. Ketepikan.
Bahan untuk karamel:
1tin susu cair
1/3 cawan susu pekat (kalau suka manis boleh tambah lagi)
2 sudu besar tepung kastard
3 biji telur
2 biji kuning telur sahaja
Sedikit esen vanila
Blender semua ni bagi sebati dan berbuih-buih. Masukkan dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. Kukus selama 20 atau 25 minit. Jangan lama sangat tau.
Bahan Kek Minyak Pelangi:
5 biji telur gred A
2 sudu besar gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
2 cawan atau 250 gram tepung naik sendiri
1 sudu besar ovalette
Esen vanila sikit
Pewarna ikut nak warna apa
Campurkan semua sekali dan mixer lah sampai putih dan gebu.
Lepas tu bahagikan apa je warna yang korang nak.
Cucukkan dulu permukaan karamel yang dah suam-suam kuku tadi. Jangan letak kek masa karamel panas-panas tau. Nanti terbantu kek korang.
Letak elok-elok, seli seli warna sampai habis. Kemudian kukus selama 1 jam kalau korang guna loyang 8 inci atau 9 inci.
Kalau loyang 5 inci boleh bahagi 6 atau 5. Loyang 6 inci dapat 4. Kukus selama setengah jam.
Ni satu pesanan terpenting, api kukus tu jangan kuat ye dan steamer trio tak sesuai. Nanti kek korang terbantut tumbesarannya.
Ajal maut semua rahsia Allah. Bila dan bagaimana cara kematian kita, semua itu Allah yang tahu. Begitulah yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila anak ketiganya telah pergi buat selama-lamanya selepas demam dan mengalami sawan.
Perkongsian dari seorang bapa Mohd Esmadi Ibrahim ini boleh dijadikan peringatan bersama.
Sekejap saja Allah bagi pinjam
Seminggu anak saya Muhammad Dayyan Hazim (ajim) yang berumur 1 tahun 8 bulan meninggalkan saya untuk kembali kepada Allah SWT.
Kini saya diberi kekuatan olehNya untuk menceritakan detik sebelum anak saya kembali ke rahmatullah dan menitipkan pesan buat semua. Sayangnya kami sekeluarga pada Ajim Allah saja yang Maha Mengetahui.
31/12/2019
Anak kedua demam, sah Influenza A
Anell abang kepada Ajim demam pada paginya dan suhunya mendadak naik sehingga 39 degree pada sebelah petang dan malam. Demam tak kebah-kebah walaupun diberi ubat. Saya bawa Anell ke hospital untuk mendapatkan rawatan jam 12 tengah malam.
Setelah darah diambil, doktor di hospital mengesahkan yang anak saya tiada jangkitan kuman dan disuruh balik..Subhannallah. Saya bagitau kepada doktor tersebut anak saya sering sakit perut dan demamnya tak kebah-kebah walaupun diberi ubat demam.
Malahan ubat demam yang diberi di hospital juga tidak memberi kesan untuk menyembuhkan demam beliau. Doktor tetap arahkan saya untuk balik dan kerap membasahkan badan anak saya dengan air.. Allahuakbar. Dengan sedikit kekecewaan saya bawa anak saya balik. Sampai rumah jam 6 pagi saya dan isteri sering basahkan badan anak tetapi seperti meletakkan air di atas cerek panas. Ia tak mampu untuk menurunkan suhu.
Jam 8 pagi sekali lagi saya bawa Anell ke klinik di bandar Temerloh dan menceritakan semuanya termasuk darah telah diambil di hospital. Doktor di klinik kemudiannya mengambil sample hingus untuk dibuat ujian influenza. Tak syak lagi bahawa Anell dijangkiti Influenza A.
Bayangkan begitu sedih saya dengan fasiliti hospital kerajaan yang sangat menyedihkan tak mampu mengesahkan anak saya menghidap Influenza A. Dengan surat rujukan dari klinik saya bawa Anell terus ke hospital swasta di bandar Kuantan.
Bayangkan sahabat-sahabat semua, saya tak dapat bagi tumpuan pada Ajim sepanjang masa tu dan tak pernah berjumpa dia dari 1 Januari 2020.. Allahuakbar.. saya lebih memberi tumpuan kepada Anell kerana dia demam teruk. Saya sangat sedih sehingga sekarang bila terkenangkan semua ni.. Saya berada di hospital bersama Anell dan umi menjaga Ajim dan along di rumah.
2/1/2020
Ajim demam, mengadu sakit perut
Pada sebelah malam umi bagitau saya yang Ajim demam. Saya hanya memikirkan yang Ajim hanya demam biasa sebab beliau kebah selepas tu. Pada sebelah pagi 3/1/2020 Ajim demam balik dan saya bagitau umi supaya baw Ajim ke klinik yang sama masa abangnya demam sebelum ni.
Saya bagitau umi untuk minta doktor di klinik tersebut buat influenza test. Alhamdulillah negatif. Ajim sangat aktif sehingga saya dan isteri memang tidak dapat mengesan langsung sama ada Ajim tengah sakit atau pun tidak.
Tapi, umi bagitau Ajim selalu sakit perut. Umi bawa Ajim balik rumah berbekalkan ubat demam jenis cecair dan sub serta antibiotik. Selepas jumaat umi call saya bagitau demam Ajim naik dengan mendadak. Allahuakbar Ajim dimandikan dengan air lemon tapi masih tak kebah-kebah. Umi bagitau yang dia nak masukkan sub dan saya pun setuju..😭😭. Selepas masukkan sub lah Ajim sawan yang tiada penghujungnya…Allahhh.
Dalam keadaan bercelaru umi ditemani oleh dua orang staff saya bawa Ajim ke emergency. Pada masa yang sama saya terus bergegas balik dari hospital swasta di Kuantan bersama Anel walaupun Anel masih tak sihat. Berita yang sangat menyedihkan saya terima dalam perjalanan bahawa Ajim semakin kritikal dan terpaksa dihantar ke hospital.
Satu Hari Demam Terus Kritikal
Bayangkan sahabat-sahabatku, Ajim kritikal dengan hanya demam satu hari saja.. Allahuakbar…lemah seluruh tubuhku..Allah saja yang tahu. Sepanjang perjalanan air mata mengalir mengenangkan anak aku yang masih kecil.
Sampai di hospital tak dibenarkan masuk tengok Ajim sebab masih dirawat. Allah Hanya Engkau saja yang tahu perasaanku pada ketika itu.
Dari jauh saya tengok Ajim terbaring kaku dah dan tak dapat melihat saya malah bergerak pun tak boleh. Mulut diikat sebab sawan..Allahuakbar anak saya terus dipindahkan ke hospital lain dan ditempatkan di zon kritikal. Doktor pakar memaklumkan kepada saya yang anak saya sangat kritikal terpaksa dipantau 24 jam.
Selepas CT scan anak sy dimasukkan ke ICU. Saya dalam keadaan sangat sedih terpaksa bawa balik Anell ke hospital swasta di Kuantan semula dan saya terpaksa minta Anell dipindahkan ke hospital berdekatan rumah.
Ajim pergi buat selamanya
Saya pendekkan cerita dengan keadaan Ajim yang sangat kritikal, Ajim pergi meninggalkan kami pada 6/1/2020 jam 7.11 am. Walaupun saya dan isteri sangat sayangkan Ajim tapi kami reda yang Allah lebih sayangkannya.
Kami tahu bahawa Allah akan menempatkan Ajim di tempat yang paling tinggi iaitu Syurga Allah.. Ajim dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jengka 18 pada hari yang sama.
Saya titipkan kisah ini sebagai kenangan buat saya dan isteri di alam maya ini dan saya ingin menyampaikan pesan buat semua yang membaca kisah saya ini janganlah abaikan anak kita walaupun demam sedikit. Kita tak tahu apa yang mereka tanggung masa tu…Tolonglah bagi tumpuan penuh pada anak-anak.
Al-Fatihah (dengan bacaan) Abi, umi, along dan Anell sayang Ajim sangat-sangat.