Nak buat anak-anak teruja dengan makanan sebenarnya tidak lah sesukar mana. Sediakan sahaja kegemaran mereka atau manisan yang mampu menarik perhatian, pastinya habis licin!

Kek antara salah satu yang menjadi kesukaan anak-anak. Melihat ibu menyediakan kek di rumah buat anak teruja dan tidak sabar untuk makan. Apa lagi menyediakan kek kesukaan mereka. Bosan dengan kek biasa, apa kata kita cuba pula Kek Karamel Pelangi Kukus yang dikongsikan oleh Teratai Putih ini. Lain macam nampak gebunya. Jom cuba!

Kek Karamel Pelangi Versi Kukus, Sekali Suap Nak Lagi, Nak Buat Pun Mudah!


Resepi kek karamel pelangi versi kukus.

Bahan-bahannya:
2sb gula kasar
Taburkan dalam loyang bagi rata dan bakar dalam oven lebih kurang 4 minit atau sehingga gula cair dan perang. Jangan bagi hangus. Ketepikan.

Bahan untuk karamel:
1tin susu cair
1/3 cawan susu pekat (kalau suka manis boleh tambah lagi)
2 sudu besar tepung kastard
3 biji telur
2 biji kuning telur sahaja
Sedikit esen vanila

Blender semua ni bagi sebati dan berbuih-buih.
Masukkan dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. Kukus selama 20 atau 25 minit. Jangan lama sangat tau.

Bahan Kek Minyak Pelangi:
5 biji telur gred A
2 sudu besar gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
2 cawan atau 250 gram tepung naik sendiri
1 sudu besar ovalette
Esen vanila sikit
Pewarna ikut nak warna apa

IKLAN

Kek Karamel Pelangi Versi Kukus, Sekali Suap Nak Lagi, Nak Buat Pun Mudah!

Campurkan semua sekali dan mixer lah sampai putih dan gebu.

Lepas tu bahagikan apa je warna yang korang nak.

Kek Karamel Pelangi Versi Kukus, Sekali Suap Nak Lagi, Nak Buat Pun Mudah!

IKLAN

Cucukkan dulu permukaan karamel yang dah suam-suam kuku tadi. Jangan letak kek masa karamel panas-panas tau. Nanti terbantu kek korang.

Letak elok-elok, seli seli warna sampai habis. Kemudian kukus selama 1 jam kalau korang guna loyang 8 inci atau 9 inci.

Kek Karamel Pelangi Versi Kukus, Sekali Suap Nak Lagi, Nak Buat Pun Mudah!

Kalau loyang 5 inci boleh bahagi 6 atau 5. Loyang 6 inci dapat 4. Kukus selama setengah jam.

IKLAN

Kek Karamel Pelangi Versi Kukus, Sekali Suap Nak Lagi, Nak Buat Pun Mudah!

Ni satu pesanan terpenting, api kukus tu jangan kuat ye dan steamer trio tak sesuai. Nanti kek korang terbantut tumbesarannya.

Artikel berkaitan: Kek Indulgence Sedap & Lembut Macam Aiskrim Tak Cukup Makan Sepotong!

Kek Coklat Kukus Moist Ni Paling Senang Nak Buat, Guna Sukatan Cawan!

Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral. Warna Cantik, Teksturnya Pun Lembut & Lembap

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI