Ads

Sampai Hati! Bayi Baru Lahir Maut Di Tangan Ibu Sendiri

Hanya sempat menikmati dunia selama beberapa jam, seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan menemui ajal dalam satu tragedi menyayat hati di Pantai Remis, Perak.

Lebih memilukan, insan yang dipercayai terlibat dalam tragedi itu ialah ibu kandungnya sendiri. Bayi yang sepatutnya dibelai, dipeluk dan dilindungi sejak detik pertama kelahirannya tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu.

Kejadian dipercayai berlaku pada 14 November lalu, kira-kira jam 1 tengah hari, iaitu pada hari bayi berkenaan dilahirkan.

Sampai Hati! Bayi Baru Lahir Maut Di Tangan Ibu Sendiri

Memetik kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, siasatan awal mendapati wanita berusia 19 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan di rumahnya sebelum menghubungi teman lelakinya untuk membantu menanam mayat bayi tersebut di belakang rumah.

Ads

“Kejadian ini terbongkar selepas ibu bayi itu memaklumkan perkara tersebut kepada seorang rakannya.

“Rakannya yang berasa bersalah kemudian tampil membuat laporan polis sehingga membawa kepada tindakan siasatan dan penahanan ibu mangsa dan teman lelakinya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada Khamis.

Ads

Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat dua kesan tikaman di bahagian dada bayi berkenaan menggunakan senjata tajam.

“Kita juga sudah memperoleh senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu,” katanya.

Ads

Tambah Mohd Alwi, wanita terbabit akan dihantar menjalani pemeriksaan psikiatri bagi mengenal pasti keadaan kesihatan mentalnya.

“Kedua-dua individu itu telah direman dari 18 hingga 23 November ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tragedi ini pastinya mengundang rasa pilu. Satu nyawa kecil yang baru mengenal dunia telah pergi sebelum sempat membesar, mengenal kasih sayang dan merasai indahnya kehidupan.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Apa Punca Keguguran Berulang? Ramai Wanita Tak Sedar Simptom Ni!

Apa Punca Keguguran Berulang? Ramai Wanita Tak Sedar Simptom Ni!

Sindrom Antibodi Antifosfolipid (APS) boleh menjadi punca keguguran berulang tanpa disedari. Ketahui simptom, faktor risiko, rawatan serta peluang untuk menjalani kehamilan yang selamat.