Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan perintah hak jagaan dua anak pelakon, Hafidz Roshdi kepada bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Hakim Syarie, Zalinah Said memutuskan demikian selepas meneliti permohonan hadanah iaitu hak penjagaan penuh difailkan Hafidz atau nama sebenar, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, selaku plaintif.
Hakim syarie berkata, mahkamah memerintahkan Humairah, 8, dan Umar, 5, diberikan kepada Nurul Shuhada yang juga defendan selaku ibu kandung.
Hafidz bagaimanapun diberikan hak lawatan dan bermalam dengan anak-anaknya pada cuti persekolahan.
Ads
“Mahkamah memerintahkan plaintif diberikan hak untuk menghubungi mereka tanpa halangan daripada ahli keluarga mahu pun defendan.
“Pihak polis, Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi berkaitan perlu memberi kerjasama bagi memberikan perintah ini dapat dipatuhi,” kata hakim syarie.
Ads
Bapa kepada tiga cahaya mata itu meluahkan rasa kecewa kerana gagal mendapatkan hak jagaan penuh terhadap dua anak yang kali terakhir ditemui pada dua tahun lalu.
Katanya, tidak pernah timbul isu dia mengabai anak-anak kerana pelbagai usaha dibuat untuk menemui mereka yang kini berada di luar negara.
Ads
“Sangat kecewa kerana mengharapkan keputusan berbeza namun saya menghormati keputusan mahkamah.
“Saya harap dapat jumpa anak-anak dalam masa terdekat, saya terlalu rindukan mereka, ” katanya.
Hafidz yang baharu menimang cahaya mata sulung bersama isteri keduanya, Athira Yuhada pada 13 Februari lalu, diwakili peguam syarie, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Didik anak belajar hidup susah, barulah dia jadi lebih kuat. Sebagai ibu bapa, adalah naluri semula jadi untuk ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Namun, dalam usaha memastikan mereka hidup selesa, ada risiko anak-anak menjadi terlalu bergantung atau kurang memahami erti susah dan usaha.
Oleh itu, penting bagi kita mendidik mereka untuk merasai kesusahan, agar mereka membesar sebagai individu yang lebih berdikari, kuat, dan matang.
Kena belajar rasa susah, supaya dia lebih kuat.Pagi tadi anak saya nak ke Balai Seni di KL. Dia nak siapkan assignment universiti katanya.
Dia cek Grab, tambang sehala RM90.00. Itu belum masuk tol. Kos pergi balik boleh cecah RM200.
Jadi saya suruh dia naik MRT dan naik bas sahaja. Lebih jimat.
Dia keluar dua beradik (adik lelaki dia sebagai bodyguard) tak habis pun RM20.00. Kos sebenar cuma RM15.20 untuk dua orang.
Walaupun mampu untuk benarkan dia naik Grab, tapi kena biasakan diri hidup macam mahasiswa yang lain. Yang ibubapa mereka tak mampu sediakan segalanya.
Dia pun kena belajar susah.
Bila dah terbiasa susah, kita tak akan rasa susah lagi bila susah sebenar tu datang.
Hari ni dia anak orang yang ada duit. Yang boleh sediakan segalanya untuk dia belajar dengan selesa. InsyaAllah.
Tapi masa depan dia belum pasti.
Dia kena belajar rasa susah sama macam mahasiswa lain supaya lebih mudah dia bina kejayaan dia sendiri.
Kesenangan yang berpanjangan boleh menjadikan kita lemah. Ibarat hidup tanpa exercise, badan makin lama makin lemah.
Tekanan ketika exercise tu menjadikan otot dan tulang kita makin kuat. Tekanan tu menjadikan tubuh kita lebih kuat.
Daya tahan hadapi tekanan itulah menjadikan diamond sebagai batu pertama yang paling kuat.
Membangunkan Ketahanan Diri
Kesusahan mengajar anak untuk menghadapi cabaran hidup dengan tenang dan berani. Mereka belajar bahawa hidup ini tidak selalu mudah, dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ini membantu mereka mengembangkan daya tahan (resilience) yang penting untuk berjaya dalam kehidupan.
Menghargai Usaha Dan Pengorbanan
Apabila anak mengalami kesusahan, mereka akan lebih memahami nilai usaha dan pengorbanan. Contohnya, jika mereka terlibat membantu kerja rumah atau menabung untuk membeli sesuatu, mereka akan lebih menghargai barang tersebut kerana mereka tahu usaha yang diperlukan untuk mendapatkannya.
Mengelakkan Sikap Manja Atau Bergantung
Anak yang tidak pernah merasai kesusahan cenderung menjadi manja dan kurang berdikari. Mereka mungkin sukar membuat keputusan atau menangani masalah apabila berhadapan dengan realiti kehidupan yang mencabar. Belajar menghadapi kesusahan membantu mereka berdikari dan lebih yakin pada diri sendiri.
Mengajar Nilai Kesyukuran
Kesusahan mengajar anak-anak untuk mensyukuri apa yang mereka miliki. Mereka akan memahami bahawa bukan semua orang bernasib baik, dan ini akan membentuk sifat empati serta keinginan untuk membantu orang lain.
Berikan Tanggungjawab
Libatkan anak-anak dalam tugasan harian seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, atau memasak. Tanggungjawab ini akan mengajar mereka bahawa hidup memerlukan usaha dan kerjasama.
Ajarkan Pengurusan Kewangan
Berikan peluang kepada anak untuk mengurus wang mereka sendiri, contohnya dengan memberi wang saku dan menggalakkan mereka menabung. Apabila mereka perlu menyimpan untuk sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan belajar bahawa wang tidak datang dengan mudah.
Jangan Terlalu Cepat Membantu
Biarkan anak-anak menghadapi masalah mereka sendiri sebelum campur tangan. Contohnya, jika mereka tertinggal kerja sekolah, biarkan mereka bertanggungjawab mencari cara untuk menyelesaikannya. Ini akan mengajar mereka menyelesaikan masalah secara sendiri.
Libatkan Mereka Dalam Aktiviti Sukarela
Bawa anak-anak menyertai aktiviti sukarela seperti membantu golongan kurang bernasib baik. Ini akan membuka mata mereka tentang kesusahan orang lain dan mengajar mereka untuk lebih bersyukur.
Beri Galakan, Bukan Kemanjaan
Walaupun menghadapi kesusahan, anak-anak tetap memerlukan sokongan emosi daripada ibu bapa. Berikan galakan untuk mereka terus berusaha, tetapi elakkan memberikan keselesaan berlebihan yang boleh melemahkan semangat mereka.
Kesimpulannya mendidik anak untuk merasai kesusahan bukan bermaksud kita tidak menyayangi mereka. Sebaliknya, ia adalah langkah penting untuk membantu mereka memahami realiti kehidupan dan membentuk keperibadian yang lebih kuat dan berdikari.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memberikan kemewahan atau keselesaan, tetapi juga memastikan anak-anak kita bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan yakin. Ingatlah, anak yang pernah merasai kesusahan akan lebih menghargai apa yang dimilikinya dan mampu menjadi individu yang tabah dan berjaya.
Salah satu lauk yang menjadi kegemaran kita adalah ikan kembung. Tapi bila mahu dimakan ia bertulang. Apatah lagi jika anak-anak kita penggemar ikan, jenuh nak tolong asingkan isi dengan tulang untuk mereka.
Satu cara untuk memudahkan anak makan ikan tanpa kita perlu rasa risau adalah dengan membuang tulang itu semasa menyiangnya. Tak perlu potong isi ikan, dengan teknik yang betul boleh buat kita tarik keluar tulang tanpa menjejaskan bentuk ikan.
Geram betul bila kita dah semangat nak basuh baju tapi air kecil. Paip kita dah buka habis, tapi air keluar bagaikan hidup segan mati tak mahu. Elok ada mood nak mendobi, terus ‘down‘.
Selain mesin basuh yang kotor dan kepingan daki hitam melekat pada baju, satu lagi masalah yang buat mama geram waktu nak basuh baju adalah aliran air yang perlahan.
Kalau air kecil mengalir, bila mesin basuh nak mula berpusing kan? Elok kena tunggu 20-30 minit untuk pakaian siap dicuci, jadi kerja berjam-jam pula. Memang jadi lambat lah kerja kita!
Sabar mama, kalau ada masalah macam ni mungkin boleh cuba tip yang dikongsikan oleh abahyie ini. Bila tengok video ni, terus dalam hati terdetik, “Patutlah air kecil. Selama beli mesin basuh, tak pernah sekali pun check bahagian ni.”
Dapat dilihat dalam video ini, bahagian yang menyambung paip pada mesin basu mempunyai satu penapis di dalamnya. Apabila kita menggunakan mesin basuh dalam tempoh terlalu lama tanpa bahagian ini dibersihkan, ia menyekat aliran air. Sebab itulah air perlahan, tapi bila dah dicuci terus jadi laju. Hebat!
Jom tengok macam mana nak atasi masalah aliran air paip kecil ni dan cuba pada mesin basuh di rumah!
Bila dah tahu tentang hal ni, barulah faham kenapa aliran air selalu kecil dan mesin pun selalu keluarkan habuk-habuk hitam yang melekat pada baju. Bolehlah periksa mesin basuh nanti, selamat mencuba!