Siapa sangka, tidak lama selepas berbuka puasa terjadi kebakaran di rumah keluarga ini sehingga mengorbankan empat orang kanak-kanak. Sedihnya kerana kesemua mereka masih kecil, tambahan pula kejadian berlaku dalam bulan Ramadan dan tak lama lagi kita akan menyambut ketibaan Syawal.
Memetik laporan berita Harian Metro, empat adik-beradik maut selepas kediaman mereka di Lorong Haji Muhammad, Kampung Sabak Awor, Muar, di sini, terbakar malam ini.
Dalam kejadian jam 7.49 malam itu, mangsa masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara tiga hingga lapan tahun ditemui sudah meninggal dunia.
Sumber foto: Ihsan Bomba kepada Harian Metro – Keadaan rumah yang terbakar
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, kebakaran membabitkan rumah jenis separuh kekal.
“Kebakaran memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah itu.
“Sebaik api padam sepenuhnya pihak bomba membuat pencarian mangsa.
“Empat mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemukan dalam bilik air rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Sumber foto: Ihsan Bomba kepada Harian Metro – Anggota bomba memeriksa rumah di Lorong Haji Muhammad yang terbakar serta mengorbankan empat beradik
Menurutnya, seramai 20 anggota dari BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mengesahkan semua mangsa sudah meninggal dunia.
“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Operasi tamat pada 9.52 malam.
Ads
Perkembangan terbaharu dari Harian Metro, ibu kepada empat mangsa itu keluar sebentar untuk mencari barang kelengkapan berbuka puasa. Baru saja 10 minit meninggalkan anak-anaknya, dia kemudiannya dihubungi jiran dan dimaklumkan tentang kejadian kebakaran itu.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian 7.49 malam itu, mangsa, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air di bahagian dapur kediaman mereka.
Menurut Raiz Mukhliz, ketika kejadian, ibu mangsa berusia 31 tahun terpaksa keluar sebentar untuk ke kedai berhampiran, manakala bapanya yang berusia 30 tahun bekerja di sebuah restoran di sekitar bandar, di sini.
“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.
“Bagaimanapun, kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemukan di dalam tandas dipercayai. Mereka (di situ) bagi tujuan menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sabar Awor, Jalan Ismail, di sini, malam tadi.
Ads
Beliau berkata, ibu mangsa yang baru keluar selama 10 minit mengetahui mengenai kebakaran itu selepas dihubungi jiran.
“Kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak bomba. Mangsa sudah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Terdahulu, 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.
Raiz Mukhliz, bomba mengambil masa lima minit bagi mengawal kebakaran yang sudah merebak sehingga 70 peratus.
“Pemadaman berjaya dilakukan beberapa minit kemudian dengan kemusnahan sebanyak 80 peratus.
“Setelah api padam sepenuhnya, bomba bertindak membuat pencarian mangsa sebelum menemukan mayat dua kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki,” katanya.
Sememangnya ujian ini sangat berat dan bukan mudah keluarga mereka mahu pulih dari trauma dan kesedihan yang dirasai. Sama-sama kita doakan mereka reda dan tabah dengan kehilangan besar ini. Al-fatihah.
Pemandu bas sekolah muatnaik video murid sekolah rendah direman 5 hari. Di zaman digital ini, maklumat peribadi mudah tersebar dengan pantas di pelbagai platform. Salah satu aspek yang semakin mendapat perhatian ialah privasi kanak-kanak, terutamanya apabila melibatkan rakaman gambar oleh orang luar.
Pemandu Bas Sekolah Muatnaik Video Murid Sekolah Rendah Direman 5 Hari
Sebagai ibu bapa atau penjaga, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah proaktif dalam melindungi privasi anak-anak.
Memetik Harian Metro, seorang pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video murid sekolah rendah yang juga penumpangnya dan merujuknya sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’ direman lima hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dibenarkan Majistret Suhaila Safi’uddin, selepas ia dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.
Sehubungan itu, pemandu bas berusia 24 tahun itu akan direman sehingga 10 September depan bagi siasatan mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suspek diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Batu Pahat.
Terdahulu media melaporkan suspek berkenaan ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dilaporkan berkata penahanan pemandu bas itu dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, 2.57 pagi tadi.
Gambar sekadar hiasan.
Polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya
Sebelum ini tular di TikTok seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Gambar sekadar hiasan.
Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Berdasarkan pemerhatian di TikTok, pemilik akaun itu merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah murid jelas kelihatan.
Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial.
Musim cuti telah bermula, namun khabar duka buat sebuah keluarga apabila kehilangan anak tersayang.
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan maut selepas dipercayai lemas akibat tergelincir ke dalam tali air di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok Kelantan pagi tadi.
Mangsa, Muhammad Bashir Mohd Arman, bersama abangnya, Mohd Iman Baharin, 10, dikatakan berbasikal ke kawasan tersebut, kira-kira 500 meter dari rumah mereka, sekitar jam 9.10 pagi untuk memancing.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ketika kejadian, abang mangsa melihat adiknya itu tergelincir ke dalam sungai dan cuba membantu, namun gagal.
“Abang mangsa balik ke rumah memberitahu ibu mereka bahawa mangsa lemas. Kakak mangsa kemudiannya menghubungi bapanya untuk ke lokasi.
“Mayat mangsa ditemukan empat jam selepas pencarian oleh bomba dan polis di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mayat kanak-kanak itu dibawa dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, untuk bedah siasat.
Terdahulu, suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila ahli keluarga kanak-kanak lelaki terbabit dilihat tidak dapat menahan sebak.
Mereka dilihat meratapi jenazah kanak-kanak malang itu sebaik sahaja mayatnya ditemukan pasukan penyelamat selepas pencarian selama empat jam.
Dalam pada itu, Mohamad Ismail menasihatkan masyarakat supaya cakna keberadaan anak masing-masing pada musim cuti sekolah ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betullah orang kata, suami yang bahagiakan isteri, rezekinya sentiasa ada dan tak putus. Lagi seronok apabila melihat kegembiraan di wajah isteri yang sebelum ini sama-sama susah dan senang bersama.
Itu juga yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon, Nubhan yang membuat kejutan untuk isterinya dengan menghadiahkan sebuah klinik gigi.
Menerusi perkongsian Nubhan, dia memberitahu ini adalah kejutan TERBESAR untuk isterinya sempena melahirkan anak yang ketiga.
“Akhirnya impian isteri saya nak ada klinik gigi sendiri tercapai.
“Saya rasa saya suami yang berguna bila dapat tunaikan impian isteri,” katanya dalam nada berseloroh.
Dalam pada itu, Nubhan juga turut memberitahu sebagai suami, dia akan sentiasa menjadi tulang belakang untuk isterinya. Ini demi merealisasikan impian orang tersayang. Lihat isteri gembira ia adalah satu kebahagiaan buatnya.
Sebagai suami, saya akan sentiasa menjadi tulang belakang depan kiri dan kanan wife saya. Dan merealisasikan impian org tersayang adalah satu kebahagiaan buat saya.
Difahamkan Klinik @lantara.dental akan dibuka tak lama lagi yang terletak di Metropark, Bandar Sri Sendayan, Seremban.
Beri nama anak ketiga Afzan Nayille
Sementara itu, dalam posting isteri Nubhan pula, Dr Afifah Tawfek, ada berkongsi mengenai nama anak ketiganya yang diberi nama Afzan Nayille binti Ahmad Nubhan.
Nama Afzan ini diambil sempena nama Tengku Ampuan Afzan yang dipilih oleh ayah Dr Afifah.
“Maaflah abah kali ni tidak berjaya letak nama “SYA”. Ibu menang part Nayille je.
“Aki @tawfekz dah ready nama Afzan sempena nama Tengku Ampuan of Pahang. Tengku Ampuan Afzan (Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad).
“Mentang-mentang aki nya orang Pahang… hehe… kita hadiahkan nama Afzan as bday present aki tahun ni sebab tarikh lahir aki tahun ni sgt special 22.02.2022!,” tulisya.
Afzan : kemenangan
Nayille : rahmat (grace)
Semoga membesar jadi anak solehah ya sayang.
Kredit: IG Nubhan
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.