Masih ingat lagi kisah adik Muhammad Iman Al Khausar bin Ismail yang hanya disebabkan terhantuk di kerusi dan kepalanya bengkak menjadi asbab sehingga dapat tahu yang dia disahkan menghidap kanser saraf tahap 4.
Kisah anak kecil ini yang kuat semangat bermula dari awal dia sakit hinggalah keadaannya hari ini membuktikan keluarga adik Iman tak putus asa untuk berusaha merawat sakitnya selagi ada peluang.
Perkongsian dari mama adik Iman, Puan Nursasabila Kamarulzaman ini benar-benar meruntun hati.
Assalammualaikum semua..salam sayang dari Iman untuk semua yang tak putus-putus mendoakan Iman. Dalam terketar-ketar mama Iman gagahkan juga untuk berkongsi setiap baris kata-kata yang nak disampaikan.
Bukan senang bukan mudah tapi harus diterima dan redha dengan ketentuan Yang Maha Esa. Iman dapat pulang ke rumah selepas seminggu di wad. Iman bukan dibenarkan pulang atas alasan dia sudah sihat dan demam sudah baik tapi Iman dibenarkan pulang bila doktor memutuskan tiada lagi rawatan untuk Iman.
Tubuh badan Iman sudah tidak dapat menerima ubat-ubat yang doktor bagi. Tindak balas positif dari ubat-ubat yang diberi juga sudah tidak ada. Demam masih tidak kebah dan kuman di dalam darah juga tidak menunjukkan semakin menurun malah makin bertambah.
Iman balik dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan ubat antibiotik yang perlu dihabiskn di rumah. Sekarang Iman juga selalu mengadu sakit-sakit di bahagian kaki dan tangannya.
Ads
Mungkin sel-sel yang merebak perlahan-lahan menyerang di setiap saraf-saraf utamanya. Dikesempatan di bulan Syawal ini mama dan semua keluarga Iman memohon maaf zahir dan batin,dan berterima kasih kepada semua yang bermurah hati berkongsi rezeki dengan Iman
Tak lupa kepada semua yang selalu mendoakan Iman tak kira ahli keluarga, sahabat-sahabat mama dan semua yang pernah mendoakan Iman. Terima kasih banyak-banyak semoga Allah membalas segala kebaikan kalian pada Iman dengan 1001 kali kebaikan lagi pada kalian dan keluarga. Amin.
Keadaan Iman semakin lemah
Kepada sesiapa yang bertanya bagaimana keadaan Iman sekarang, keadaan Iman agak lemah, tapi Iman sangat-sangat kuat. Dia masih mampu nak bermain di rumah. Semoga hari-hari Iman sentiasa indah dan gembira. Segala ketentuan di tangan Allah. Kami ahli keluarga akan cuba mencari jalan lain untuk merawat Iman selagi ada masa dan waktu kami akan ikhtiarkan untuk Iman..Inshaa allah…
Mari sama-sama doakan iman.. Bismillahhirahmanirahimm…
Ya Allah, hilangkan penyakitnya, Muhammad Iman Al Khausar bin Ismail.. Berikanlah kesembuhan padanya kerana Engkaulah penyembuh segala penyakit. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhanMu iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Hanya padaMu kami memohon dan berserah diri. Ameen Allahumma Ameen.
Ads
Sebelum ini kisah adik Iman pernah disiarkan di Pa&Ma dan menurut ibunya, Iman seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata. Namun ketentuan Allah sudah tertulis, Allah uji kami dengan ujian yang langsung tak pernah pun terlintas di fikiran.
“Hanya dengan terhantuk biasa sahaja di kerusi dan bukanlah jatuh di tempat yang tinggi atau terhantuk yang menyebabkan dia luka, segalanya berubah dalam masa dua minggu,” katanya.
Buat X-Ray Tapi Tiada Kecederaan Serius
Nursasabila berkata, selepas Iman jatuh terus bawa ke hospital dan buat X-ray tapi tiada kesan retak atau kecederaan serius.
“Selepas Iman jatuh demam on off dan bawanya ke klinik swasta untuk rawatan dan diberikan antibiotik. Seminggu makan antibiotik, keadaan Iman masih lagi tak baik. Demamnya masih lagi on off,” kongsinya.
Ads
CT Scan nampak ada ketumbuhan
Doktor telah buat CT scan dan hasilnya nampak ketumbuhan di depan kepala dan belakang bola mata Iman.
Selepas dapat tahu keputusan inilah, kehidupan Iman dari sehari ke sehari berubah sejak tahun lepas sehinggalah kini.
Namun apa yang pasti, semangat Iman begitu kuat dan seolah-olah faham keadaan dirinya yang sakit.
Walaupun ujian ini sangat besar, selagi Allah bagi Iman ada depan mata, kami akan usahakan sehabis baik untuk dia terus gembira. Sebolehnya kami tak nak dia tahu kesedihan yang semua ahli keluarga rasai dengan kesakitannya itu.
Jika Allah beri pilihan nak sangat lihat Iman kembali sihat dan ceria seperti sebelum ini.
Terima kasih sudi doakan #muhammadimanalkhausar. Moga Allah perkenankan doa kita.
Bahaya ke penyakit Influenza ni? Sama tak SELESEMA dengan VIRUS INFLUENZA? Siapa berisiko? Boleh bawa maut tak? Ini antara soalan yang sering diajukan.
Menurut Dr Abdul Rahim, sejak akhir-akhir ramai sungguh pesakit datang untuk buat pemeriksaan sama ada untuk diri sendiri atau anak-anak kerana mereka bimbang dijangkiti VIRUS INFLUENZA. Khabar OUTBREAK ni buat ramai kelam kabut. Jangan panik. Doktor nasihat anda faham dulu penyakit ni, baru ambil tindakan sewajarnya.
Apa tu penyakit Influenza?
Ia jangkitan VIRUS INFLUENZA terhadap hidung, tekak dan paru-paru. Virus ni mudah berjangkit terutama anda yang lemah antibodi seperti kanak-kanak, wanita hamil, warga emas & yang penyakit kronik. Tapi kita yg SIHAT pun tak dikecualikan. Take care!! Rawatan awal terbaik. Klu dpt komplikasinya, seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), sinusitis & infeksi telinga. Ia boleh burukkan penyakit sedia ada seperti asma, kegagalan jantung atau kencing manis. Komplikasi ni boleh membawa maut. JANGAN AMBIL LEWA je!
Ilmu yang MESTI anda tahu
Doktor nak bagi tahu semua yang VIRUS akibatkan anak-anak kita dijangkiti SELESEMA BIASA TAK SAMA dengan VIRUS yang akibatkan INFLUENZA!!
Kalau anda alami selesema biasa, virus selesema serang saluran penafasan dan selalunya hidung anda berhingus, bersin & tersumbat serta sakit korongkong. Ia tak bahaya & berlaku bila-bila masa & sembuh sendirinya selewat-lewatnya dalam seminggu.
Tpi klu uoll alami jangkitan VIRUS INFLUENZA, uoll dpt simptom-simptom seperti di atas tapi berlaku dengan cepat & lebih dahsyat!! Influenza ni berlaku BERMUSIM je.
Macam mana nak tahu anak anda INFLUENZA
1. Demam melebihi 37.8°C ( Normal 37°C ke 37.2°C.)
2. Batuk berkahak/tak, berhingus, hidung tersumbat. Batuk boleh lebih daripada seminggu.
3. Sakit kepala dan sakit otot.
4. Cirit-birit atau muntah-muntah
5. Anak letih dan tak aktif. Berasa letih dan mengalami demam
Macam mana ia merebak?
Kanak-kanak yang dijangkiti virus influenza akan memindah virus tu dalam titisan yang dibersin atau batuk keluar ke udara lalu di sedut atau disentuh titisan dipermukaan tercemar kepada anak anda dalam tempoh 24 jam. Awas ya!
Bagaimana anda nak melindungi si kecil daripada Influenza
1. Cara terbaik untuk anak anda ialah beri anak anda Vaksinasi Influenza bila umur 6 bulan ke atas. Ingat, Vaksin Influenza hanya beri perlindungan kepada kita selama 1 tahun saja. Vaksin ni TAK melindungi selesema yang biasa sebab VIRUSnya TAK sama.
2. Ubat antiviral diberi untk merawat virus influenza kepada kanak-kanak atau anda yang sakit teruk atau masuk hospital. Ia mempercepatkan untuk sembuh & elak komplikasi.
3. Jauhkan anak anda daripada kanak-kanak yang ada selesema/influenza.
4. Jauhkan diri daripada tempat keramaian.
Elak bersentuhan dengan orang yang dijangkiti demam atau selesema.
5. Tutup mulut hidung dengan mask.
6. Rajin cuci tangan dengan sabun.
7. Bagi air cukup elak dehidrasi & makan makanan seimbang.
Nota
1. Kebanyakan kanak-kanak yang hidap influenza akan sakit dalam seminggu, kemudian sembuh dengan sendirinya.
2. Tapi TAKE ACTION & jumpa doktor anda segera kalau anak anda:
• Demam panas tinggi & berlarutan
• Selesema berlarutan, pekat & sukar atau sesak bernafas.
• Sukar tidur, hilang selera, keliru & restless.
• Tak aktif
3. Jenis VIRUS INFLUENZA yang patut anda tau:
• Jenis A: Boleh jangkiti manusia & haiwan, merebak dengan pantas. Efeknya teruk & bahayakan nyawa.
• Jenis A (H1N1): Boleh jangkiti manusia & haiwan. Berbahayakan kita juga.
• Jenis B: Boleh jangkiti manusia. Efek tak teruk tapi ada bahayanya.
• Jenis C: Boleh jangkiti manusia. Efek ringan je.
Fasa selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai berpantang dalam masyarakat Melayu memberikan peluang ibu melalui proses penyembuhan dan perubahan hormon. Dalam tempoh ini juga, ramai yang akan turun berat badan semasa hamil seperti Che Puan Sarimah, turun hingga 8kg.
Sarimah dalam kemaskini Instagram berkongsi tentang perkembangan terkini dirinya dan si kecil Tunku Sofia Najihah. Ibu ini juga menyatakan bahawa cara pantang yang dilalui iaitu berurut setiap hari, bertungku dan bersauna pula setiap dua hari sekali.
“Day 15 pantang. No filter, no makeup just me at home. Sofia is sleeping so sempat nak ambik gambar kejap! So far:
“Healing Alhamdulillah, slow and steady. Urut everyday, bertungku and sauna every second day 10 minutes je, enough for me . Lost 8kg so far..only 3kgs left to pre pregnancy weight.”
MENYUSUKAN SENDIRI TUNKU SOFIA NAJIHAH
Pengacara popular ini juga mengamalkan penyusuan susu ibu. Tambahnya, Tunku Sofia Najihah adakala kuat menyusu.
Terkini Sarimah mengakui emosi semasa berpantang akibat perubahan hormon turut dirasai dan ia adalah normal bagi ibu selepas bersalin.
“Still breastfeeding, some days its hard to keep up with Sofia’s demands for so kena express banyak2 Emotions: happy cry happy cry (Normal..hormones la tu..) .”
Selain itu, wanita kacukan Irish & Melayu ini juga mendedahkan bahagian perut semakin rata dan lembut. Sarimah yang serinhg melakukan rutin senaman bersemangat untuk mula bersenam semula selepas tempoh berpantang nanti.
“Tummy is flatter but Softer. After pantang I’m gonna WORKOUT LIKE CRAZY @elainepilates @desmondkzj.”
Normal untuk anak-anak sedu, apatah lagi jika masih bayi. Memang sering berlaku. Kalau anak yang sudah besar, kita akan berikan mereka air kosong untuk diminum. Tapi bagaimana jika bayi yang tersedu, apa patut kita buat? Kalau mengikut kata orang lama, anak yang sedu akan berhenti jika kita letakkan cebisan kertas pada dahi mereka. Eh, betul ke?
Sebenarnya ada sebab mengapa sedu terjadi pada bayi. Ketahuilah bahawa perkara ini normal dan tidak perlu menjadi sesuatu yang membimbangkan.
KAWAL PERNAFASAN
SEDU ADALAH SESUATU YANG SERING TERJADI DALAM KALANGAN BAYI DAN IA ADALAH NORMAL. KEADAAN INI BIASANYA AKAN BERLAKU DALAM TEMPOH LAPAN MINIT SETIAP KALI TERSEDU. MENURUT PENYELIDIK, SEDU YANG BERLAKU SEBENARNYA UMPAMA SATU LATIHAN BAGI BAYI UNTUK MENGAWAL PERNAFASAN MEREKA.
Sebuah kajian oleh University College London yang melibatkan 217 orang bayi. 13 daripada mereka didapati mengalami sedu berterusan jadi dipasangkan elektrod pada kepala mereka. Ini bagi membolehkan bayi-bayi ini mengenal pasti gelombang otang penting yang tercetus setiap kali ia berlaku.
Menurut Dr Lorenzo Fabrizi yang merupakan peneraju penyelidikan ini, ia bermula dengan pengalaman apabila melihat isterinya risau ketika anak mereka tersedu yang telah mencetuskan idea untuk membuat kajian ini. Dr Fabrizi merasakan kebanyakan ibu bapa pasti risau apabila bayi mereka tersedu. Bagi orang dewasa, sedu mungkin mengganggu tetapi tidak bagi bayi.
SEDU BERLAKU KERANA IA MEMPUNYAI TUJUAN TERTENTU. KETIKA TERSEDU, IA MEMBANTU OTAK BAYI UNTUK BELAJAR MENGAWAL OTOT PERNAFASAN SUPAYA PROSES BERNAFAS BOLEH DILAKUKAN SECARA SUKARELA DENGAN MENGGERAKKAN DIAFRAGMA KE ATAS DAN KE BAWAH.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya bayi sudah mula tersedu ketika di dalam rahim pada usia sembilan minggu kehamilan. Bayi yang lahir secara pramatang pula mungkin akan mengambil masa lebih kurang 15 minit sehari hanya untuk tersedu.
Bagi orang dewasa, untuk mengawal pernafasan mungkin kita boleh menyelam di dalam air. Ini diakui sendiri oleh pengarang utama kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Clinical Neurophysiology, Kimberly Whitehead.
Tambahnya lagi, orang dewasa juga belajar untuk mengawal dan memperlahankan pernafasan untuk bertenang sekiranya berdepan dengan situasi mencemaskan atau ketika jantung berdegup kencang seperti selepas berlari atau berada dalam kegelisahan.
Benar jika bayi tersedu mungkin akan menyebabkan ibu bapa sedikit risau. Ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan tetapi sekiranya bayi anda tersedu untuk masa yang lama, bawalah mereka untuk mendapatkan pemeriksaan daripada doktor yang bertauliah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.