
Ibu ayah di Selangor kini boleh menarik nafas lega apabila semua sekolah di Selangor diumumkan akan kembali beroperasi seperti biasa bermula esok, Khamis, 15 Oktober 2026, susulan perkembangan terkini keadaan jerebu.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) pada Rabu, 14 Oktober 2026.
Bagaimanapun, ibu ayah dinasihatkan supaya terus berwaspada terhadap keadaan kesihatan anak-anak, terutama mereka yang mudah mengalami masalah pernafasan akibat pencemaran udara.

Semua Sekolah Di Selangor Beroperasi Seperti Biasa
Menurut kenyataan berkenaan, semua sekolah di negeri Selangor akan beroperasi seperti biasa pada 15 Oktober 2026 (Khamis).
Pengumuman ini sekali gus memberi makluman kepada ibu ayah dan penjaga mengenai status terkini persekolahan anak-anak susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan sebelum ini.
Walaupun sesi persekolahan diteruskan, pihak JPNS turut menggalakkan semua murid yang hadir ke sekolah supaya memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.
“Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu semasa.”
Langkah ini bertujuan mengurangkan pendedahan murid kepada pencemaran udara, terutama ketika berada di luar bilik darjah.
Dengan pengumuman ini, ibu ayah boleh membuat persediaan seperti biasa untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Bagaimanapun, keadaan kesihatan setiap anak masih perlu diberikan perhatian, terutama sekiranya mereka mempunyai masalah pernafasan atau mudah terjejas akibat jerebu.

Ibu Ayah Boleh Pilih Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Jika Bimbang Kesihatan
Dalam kenyataan sama, JPNS turut memberikan kelonggaran kepada ibu ayah atau penjaga yang bimbang terhadap tahap kesihatan anak-anak mereka.
Menurut jabatan berkenaan, ibu ayah atau penjaga boleh memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya mempunyai kebimbangan terhadap kesihatan anak akibat keadaan jerebu.
Bagaimanapun, keputusan tersebut perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah.
Ini bermakna ibu ayah yang mendapati anak mengalami masalah kesihatan atau mempunyai keadaan tertentu yang boleh menjadi lebih teruk akibat jerebu boleh mempertimbangkan untuk merehatkan anak di rumah.

Ibu Ayah, Pantau Keadaan Anak Sebelum Ke Sekolah
Meskipun sekolah kembali beroperasi seperti biasa, ibu ayah disarankan supaya sentiasa memantau kesihatan anak-anak sepanjang musim jerebu.
Antara langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan termasuk memastikan anak mendapat air minuman mencukupi, mengurangkan aktiviti luar apabila kualiti udara tidak sihat dan memakai pelitup muka yang sesuai jika perlu.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai sejarah asma atau masalah pernafasan, ibu ayah perlu lebih berhati-hati sekiranya anak menunjukkan gejala seperti batuk berterusan, nafas berbunyi atau sesak nafas.
Sekiranya anak mengalami kesukaran bernafas, dapatkan rawatan perubatan segera.
Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan!
Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!
Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out
Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

