Hati ibu mana yang tidak sedih dan risau apabila si kecil yang baru sahaja dilahirkan terpaksa ditahan di wad kerana masalah kesihatan. Namun apa yang boleh dilakukan adalah berdoa kepada Yang Maha Esa agar si kecil terus diberikan kesembuhan.

Setelah 14 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU), bayi kepada selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi akhirnya dibenarkan pulang. Berita gembira itu dikongsikan oleh Oki menerusi akaun Instagramnya.

Selepas 14 Hari Di NICU, Akhirnya Bayi Oki Setiana Dewi Dibenarkan Pulang. Alami Masalah Pernafasan Sejak Dilahirkan

Oki bersyukur kerana akhirnya anak bongsunya itu dapat pulang ke rumah buat pertama kali sejak ia dilahirkan pada 16 November lalu.

“Alhamdulillah, tak lupa syukur selalu kami panjatkan kepada Allah akhirnya baby Sulaiman Allah izinkan kondisinya semakin membaik dan sudah boleh berkumpul dirumah bersama kakak-kakaknya.

“Mohon terus bantu doa agar Allah bantu melancarkan proses pemulihan Baby Sulaiman ya sahabat,” katanya.

Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto bayinya yang selamat berada di rumah.

 

IKLAN

Pun begitu, Oki memberitahu Sulaiman masih perlu menjalani beberapa rawatan susulan.

“Baby Sulaiman masih terus melakukan rawat jalan. Saya pun masih menunggu beberapa hasil pemeriksaan, yang terus terang selalu membuat hati ini berdebar-debar.

“Takut, cemas, berharap , husnuzon terus bercampur menjadi satu,” luahnya lagi.

Terdahulu, difahamkan Sulaiman mengalami masalah pernafasan sejak dilahirkan.

IKLAN

Oki melahirkan Sulaiman dengan berat 2.7 kilogram (kg) pada 16 November lalu secara pembedahan.

Selepas 14 Hari Di NICU, Akhirnya Bayi Oki Setiana Dewi Dibenarkan Pulang. Alami Masalah Pernafasan Sejak Dilahirkan

Dia yang mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Semoga baby Sulaiman terus diberikan kesembuhan!

Sumber: Gempak & IG okisetianadewi

IKLAN

Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini! 

Baca: “Tak Mahu Bersedih Tapi Saya Masih Terus Menangis,” Oki Setiana Dewi Selamat Bersalin, Anak Masih Di NICU!

Baca: Baru 12 Hari Eusoff Dah Dilatih Meniarap. Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Kebaikan Tummy Time Untuk Bayi!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI