Mesti ramai yang masih ingat dengan iklan merdeka yang bertajuk Tan Hong Ming Dilamun Cinta sekitar tahun 2007 dahulu. Iklan yang dibintangi dua kanak-kanak kecil ini mengisi slot iklan Petronas sempena kempen kemerdekaan ke-50.

Gelagat dan kecomelan gelagat dua teraju utamanya, Tang Hong Ming dan Ummi Khazriena berjaya mencuri perhatian penonton. Iklan yang mendapat sentuhan magis Allahyarham Yasmin Ahmad itu turut membuatkan rakyat Malaysia tersentuh hati.

Selepas 16 Tahun, Ini Wajah ‘Dewasa’ Ummi & Tan Hong Ming

Walau iklan tersebut hanya berdurasi 33 saat, namun iklan yang bertajuk ‘Tan Hong Ming Dilamun Cinta’ itu nyata meninggalkan impak yang besar.  Hasil sentuhan magis Yasmin Ahmad ini membuatkan seluruh rakyat Malaysia tersentuh hati dan tersenyum melihat aksi kecomelan dua teraju utamanya, Tang Hong Ming dan juga Ummi Khazriena.

Mesej Keharmonian Kaum

Malah, iklan ini menyaksikan Tan Hong Ming dengan penuh keikhlasan, naif dan selamba menceritakan kisah cinta pertamanya dengan rakan sekelas Ummi Khazriena Skhrudin, dilihat berjaya menyampaikan mesej keharmonian kaum di kalangan rakyat Malaysia sehingga kini.

IKLAN

Kanak-Kanak Viral Iklan Merdeka Petronas

Selepas 16 tahun Bergandingan Semula

Selepas 16 tahun, mereka berdua disatu dan dipertemukan kembali menerusi iklan Merdeka yang diterbitkan oleh pengeluar jersi sukan dan gaya hidup terkemuka yang berpengkalan di Pulau Pinang, Lokalteez dan Teamwear.

Selepas 16 Tahun, Ini Wajah ‘Dewasa’ Ummi & Tan Hong Ming, Kanak-Kanak Viral Iklan Merdeka Petronas

IKLAN

Di dalam video tersebut, jelas kelihatan keterujaan Ummi Khazriena dan Tan Hong Ming yang dipertemukan semula selepas terputus hubungan. Walaupun timbul sedikit kejanggalan berikutan sudah lama tidak bertentang mata, namun kedua-duanya masih lagi erat dan akrab seperti dahulu.

Bila kali terakhir anda berdua berjumpa? “Beberapa tahun lepas, pada tahun 2016 untuk satu iklan tidak silap, dah lama dah.” Jelas Ummi. Selepas itu apa yang terjadi? Ujar Tan Hong Ming, “Kami berdua terus terputus hubungan, mungkin kedua-duanya sibuk dengan kehidupan masing-masing.”

Ummi yang kini bertugas sebagai seorang eksekutif dan Tan Hong Ming pula baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi dari Sunway University sempat mengimbas kenangan bekerja di bawah arahan pengarah tersohor, Yasmin Ahmad.

Selepas 16 Tahun, Ini Wajah ‘Dewasa’ Ummi & Tan Hong Ming, Kanak-Kanak Viral Iklan Merdeka Petronas

IKLAN

Apakah pendapat Tan Hong Ming tentang arwah Yasmin Ahmad? “Arwah Yasmin Ahmad berjaya menyerlahkan rasa muhibah dalam karyanya. Dan saya rasa itulah kualiti terbaik yang ada pada Yasmin Ahmad. “Dia seorang yang berbakat besar, malah Yasmin mampu keluarkan rasa dan jiwa dalam karyanya. Bagi Ummi, dia adalah seorang dalam sejuta”, ulas Ummi pula.

Saksikan video penuh iklan hari kebangsaan Ummi & Tan Hong Ming: Remembering Yasmin Ahmad dibawakan secara eksklusif oleh Lokalteez.

Artikel ini adalah olahan daripada Remaja

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI