Pelakon berbakat besar yang juga merupakan anak bongsu kepada pasangan Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Al-Yahya iaitu Sharifah Aryana berkongsi berita gembira yang dirinya kini hamil lima bulan.
Sumber foto: Instagram Sharifah Aryana
Lebih mesra disapa sebagai Yana, mengakui teruja dengan fasa baharu dalam hidupnya yang bakal menjadi seorang ibu. Namun begitu, dia tidak menafikan merasa gementar tetapi bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang sangat kuat.
Turut berkongsi bayi dalam kandungannya baik-baik sahaja. Lebih manis, Yana turut memberitahu bahawa dia sedang mengandung bayi lelaki.
Sempat juga memohon maaf, Yana memohon agar orang ramai mendoakan dia dan suami serta segala urusan dipermudahkan. Sama-sama kita doakan kehamilan Yana baik-baik sahaja dan akan selamat melahirkan lebih kurang empat bulan lagi. Tahniah!
Ada segelintir ibu berasa bimbang apabila doktor memaklumkan bayi dalam kandungan bersaiz besar. Khuatir berlaku komplikasi semasa proses kelahiran.
Namun, tahukah anda apakah punca bayi boleh menjadi besar? Dr Azirawaty Mohd Tadzri, Pegawai Perubatan di Klinik My Family, Ampang menjelaskan isu ini.
Makrosomia adalah terminologi untuk bayi yang lahir lebih daripada 4000 gram, tidak kira pada bila usia kandungan dilahirkan. Untuk makluman, sesetengah negara mengambil kira berat bayi yang lebih daripada 4.5 kg. Namun di Malaysia, mana-mana bayi yang dilahirkan lebih daripada 4000 gram atau 4kg, baulah dia tergolong di bawah bayi makrosomik.
Pengesanan bayi dalam kandungan bersaiz besar boleh dilakukan melalui pemeriksaan abdomen pada ibu. Ia dilakukan dengan memeriksa ketinggian rahim (fundal height). Jika bayi bersaiz besar, ukuran itu lebih daripada tiga minggu daripada usia kandungan.
Pertumbuhan bayi yang laju dan besar, boleh dikesan dengan pemeriksaan ultrasound
juga. Dalam pemeriksaan ini, doktor melihat kepada purata berat bayi dengan mengukur lilitan abdomen dan kepala bayi serta panjang tulang femur (paha). Antara lain, bayi yang besar turut boleh dikesan melalui indeks air ketuban. Paras indeks air ketuban di dalam perut yang tinggi boleh dikesan seawal 28 minggu!
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan bersaiz besar. Yang paling biasa ialah disebabkan oleh masalah diabetis mellitus yang berlaku sama ada sebelum ibu mengandung atau semasa mengandung.
Apabila ibu menghidap diabetes sama ada sebelum mengandung atau gestational diabetes (GDM), paras gula tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan bayi menghasilkan insulin berlebihan termasuk gula. Jadi, hal ini akan merangsang pertumbuhan lemak bayi yang berlebihan lalu menyebabkan dia mengalami makrosomik.
Faktor genetik si ibu dan si ayah pun diambil kira. Jika seorang ataupun kedua ibu bapa bersaiz besar, maka tidak menjadi sesuatu yang luar biasa untuk bayi yang dikandung itu turut boleh bersaiz besar. Jika ibu bersaiz obes, bayi di dalam kandungan pun boleh bersaiz besar juga.
Sekiranya ibu mengalami kenaikan berat badan yang terlalu berlebihan ketika mengandung, ia menambahkan risiko untuk bayi bersaiz besar. Purata kenaikan berat badan yang sihat ialah sekitar 11kg hingga 13kg. Jika lebih daripada itu, maka ia boleh menjadi faktor bayi bersaiz besar.
Umur ibu semasa mengandung yang lanjut iaitu lebih daripada 37 tahun ke atas pun boleh menjadi puncanya. Paling jarang berlaku ialah masalah genetik sindromik seperti Beckwith Wiedemann.
Sehubungan itu, pemakanan yang seimbang dan penuh dengan khasiat dan berwarna-warni seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang berbeza amat penting untuk kesihatan bayi dan berat bayi yang sihat. Namun begitu, jika ibu lebih banyak mengambil makanan yang tinggi gula dan lemak, hal ini boleh menjadi penyumbang faktor saiz bayi dalam kandungan menjadi lebih besar.
Bagi mana-mana ibu yang disahkan mempunyai bayi bersaiz besar, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah jangan panik. Jika ia dikesan awal, pemeriksaan lanjutan perlu dituruti. Antaranya ujian langsung ultrasound berkala setiap dua minggu untuk memastikan saiz bayi.
Dalam masa yang sama, diri pun sentiasa kekal aktif. Libatkanlah diri dengan pelbagai jenis aktiviti riadah yang bersesuaian dengan keadaaan semasa. Paling penting, amalkan pemakanan yang sihat.
Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, protein yang sihat dan rendah lemak tepu. Elakkan makan makanan tinggi gula seperti coklat, kek, buah-buahan yang terlalu manis seperti mangga, pisang, anggur dan minuman tidak sihat seperti jus kotak yang sedia ditambah gula dan minuman segera, 3 dalam 1.
Paling penting dan ialah kawal tekanan yang mungkin dialami. Tidak dinafikan ketika hamil, ibu mudah penat dan menjadi stres. Beringatlah bahawa stres adalah tidak baik untuk kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang lebih menggembirakan buat pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan selain berita tentang kehamilan pertama isteri atau lebih tepat lagi bunting pelamin. Tahniah diucapkan kepada pelakon Farah Nabilah yang baru berkongsi berita gembira tentang dirinya yang kini sudah hamil 19 minggu.
Dalam satu temuramah secara eksklusif dengan sebuah akhbar, Farah yang membuat pemeriksaan dan imbasan jantina bayi dengan doktor, pagi tadi, dijangka bersalin pada akhir Oktober atau awal November depan.
Farah berkata, dia dan suami, Mohamed Amirul Yunus tidak menyangka dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam tempoh singkat.
“Tidak sangka saya bunting pelamin… Alhamdulillah, rezeki datang awal. Soal jantina anak, saya dan suami tidak kisah, asalkan bayi sihat,” katanya yang mendirikan rumah tangga Disember lalu.
Penerima trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu mengaku mengalami alahan pada awal trimester.
“Saya alah santan dan ayam, tetapi sekarang sudah okay,” katanya yang mengaku suami terkejut apabila dikhabarkan dirinya berbadan dua.
Farah berkata, ramai pengikut mengagak dirinya hamil selepas melihat pertambahan berat badannya.
“Dalam kalangan pengikut, peminat dan teman ada yang mula bertanya dan menghantar mesej langsung di Instagram. Tapi, saya jawab sabar, nanti akan diumumkan,” katanya.
Pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Titian Cinta di TV3 itu mula mendapat tahu dirinya hamil, awal Mac lalu.
“Ketika itu, saya mahu ‘terbang’ ke Maldives untuk berbulan madu dengan suami pada 8 Mac lalu.
“Mendapat berita beberapa hari sebelum berangkat, saya jadi risau sama ada boleh ‘terbang’ atau tidak. Namun, takkanlah hendak batalkan penerbangan dan percutian. Namun, selepas mendapat nasihat doktor, saya dibenarkan menaiki kapal terbang,” katanya.
Farah yang mesra disapa Fawaa dalam kalangan teman rapat memberitahu, ada teman-temannya sudah bergelar ibu dan mengandung.
“Lucu kerana ada teman kini hamil anak perempuan. Kawan-kawan lain mahu saya lahirkan bayi lelaki pula,” katanya.
Selain itu, Farah turut berkongsi berita gembira ini di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian itu, pelakon ini mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi atas kurniaan rezeki cahaya mata buat dia dan suami. Dia juga memohon agar menitipkan doa buat dirinya dan anak dalam kandungan.
“Assalamualaikum aunties & uncles ! Alhamdulillah, Masya Allah wa Laahawla wa Laquwwata Illa Billah. Please do send us your doa ya? So, mini me or mini mirul ? #19weekspregnant,” tulisnya di Instagram
Diam tak diam, usia kandungan bintang Indonesia yang juga anak kesayangan penyanyi Kris Dayanti, Auriel Ermansyah kini hampir sembilan bulan.
Bakal melahirkan bayinya bulan depan, Aurel mengakui dia bersyukur kerana menempuh lapan bulan kehamilannya tanpa mengalami sebarang komplikasi yang tidak diingini.
Menunggu detik waktu kelahiran bayi sulungnya, Aurel mengakui dia begitu teruja bakal bergelar ibu di tahun baru ini.
“Masya Allah. Waktu benar-benar tak terasa. Insya Allah bulan depan sudah gendong baby A,” tulis Aurel ringkas.
Kata isteri kepada Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar ini lagi, bakal bergelar ibu sedikit masa lagi adalah hadiah terindah bagi dirinya.
Walau menempuh detik kehamilan tanpa dugaan namun Aurel mengakui ianya tidak mudah. Namun semuanya dilakukan demi insan tersayangnya itu.
“Benar-benar hadiah terindah banget, 2022 menjadi seorang ibu. Yang pasti tidak mudah apa lagi diusia muda, tapi semua akan aku lakukan demi Malaikat kecilku.
“8 bulan di kandungan tak pernah sama sekali menyusahkan mamanya. Bersyukur sangat mama. Terima kasih ya Allah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Aurel berkongsi kisah kehamilan keduanya pada pertengahan tahun lalu selepas mengalami keguguran pada kehamilannya yang pertama. Semoga dipermudahkan.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!