Pelakon berbakat besar yang juga merupakan anak bongsu kepada pasangan Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Al-Yahya iaitu Sharifah Aryana berkongsi berita gembira yang dirinya kini hamil lima bulan.
Sumber foto: Instagram Sharifah Aryana
Lebih mesra disapa sebagai Yana, mengakui teruja dengan fasa baharu dalam hidupnya yang bakal menjadi seorang ibu. Namun begitu, dia tidak menafikan merasa gementar tetapi bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang sangat kuat.
Turut berkongsi bayi dalam kandungannya baik-baik sahaja. Lebih manis, Yana turut memberitahu bahawa dia sedang mengandung bayi lelaki.
Sempat juga memohon maaf, Yana memohon agar orang ramai mendoakan dia dan suami serta segala urusan dipermudahkan. Sama-sama kita doakan kehamilan Yana baik-baik sahaja dan akan selamat melahirkan lebih kurang empat bulan lagi. Tahniah!
Membesarkan seorang insan baru di dalam rahim kita bukanlah tugas yang mudah. Walaupun wanita bukan pertama kali melaluinya, mereka tetap akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang berbeza dengan kehamilan pertama. Maka, stres dan pergolakan emosi tentu akan berlaku dari semasa ke semasa.
Sebenarnya, kerisauan adalah perkara normal dan ia tidak mungkin dapat dielakkan sepenuhnya dalam hidup kita. Namun begitu, sekiranya perasaan ini semakin mendalam dan berlaku dengan terlalu kerap, ia dikhuatiri dapat memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Berikut adalah antara kesan stres terhadap kandungan dan kesihatan ibu mengandung.
Apabila anda stres, tubuh anda akan menghantar isyarat tertentu kepada tubuh dan merembeskan hormon stres. Hormon ini akan menyebabkan otot dan jantung berdegup lebih kencang.
Sekiranya anda boleh mengendalikan stres tersebut dengan baik, respon ini akan semakin perlahan sehinggalah organ tubuh anda kembali bekerja dalam keadaan normal. Kesan stres buat jangka masa panjang adalah tidak sihat kepada tubuh, di mana ia tidak kembali kepada keadaan normal.
Apabila emosi yang dilalui tidak dapat dikendalikan oleh sistem pengendalian stres tubuh, ia akan menyebabkan seseorang melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.
Selain itu, ia juga boleh mencetuskan rangsangan negatif terhadap kesihatan tubuh seperti keletihan, gangguan emosi, dan lebih cenderung terkena jangkitan atau penyakit.
Menurut laman kesihatan Web MD, situasi seperti ini telah dikaitkan dengan masalah seperti kelahiran bayi yang kurang berat dan juga kelahiran pra matang.
Menurut sebuah lagi kajian, bayi seawal usia 17 minggu boleh terdedah kepada stres yang dirasakan oleh ibu mengandung.
Dalam sebuah laporan oleh News Week, pakar mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mengalami stres yang tinggi sepanjang kehamilan turut ‘mewariskannya’ kepada bayi. Bayi yang dimaksudkan ini memperlihatkan sensitiviti yang lebih tinggi terhadap stres berbanding bayi normal.
Malah, bayi-bayi ini turut dipantau sehingga berusia 2 tahun, di mana mereka turut mempamerkan kecenderungan untuk berasa risau, takut, dan gelisah. Semasa diuji di dalam makmal dengan sebiji bola, anak kecil yang normal akan bermain bola tersebut dan tidak begitu kekok terhadap orang yang tidak dikenali. Sebaliknya, anak kecil yang dilahirkan oleh ibu yang memiliki kadar kortisol yang tinggi (sering stres) didapati akan berdiri keresahan di tepi dinding atau berlari balik kepada ibu masing-masing.
Dalam sebuah pemerhatian lain yang dilaporkan melalui The Guardian, 100 orang bayi dan anak kecil yang terdedah kepada stres melampau ketika dalam kandungan dinilai IQ mereka. Hasilnya, IQ mereka adalah 10 poin di bawah purata dan kebanyakan daripada mereka memiliki kadar stres yang tinggi sehingga mengalami masalah kurang fokus.
Dalam pemerhatian tersebut, ibu-ibu yang mengalami stres kebanyakannya adalah disebabkan masalah dalam hubungan rumah tangga.
STRES BOLEH MENGANCAM HUBUNGAN ANTARA IBU DAN BAYI
Selain daripada kesan di atas, kesan stres juga mampu mengancam hubungan antara ibu dan bayi yang telah lahir. Seperti yang kita tahu, bayi baru lahir memerlukan begitu banyak masa dan perhatian daripada seorang ibu. Maka, tentu sukar untuk fokus terhadap penjagaan bayi sekiranya ibu sendiri sering mengalami masalah yang membahayakan kesihatan diri.
Memandangkan kesannya yang serius, pasangan perlulah memainkan peranan yang proaktif dalam membantu menguruskan emosi isteri yang hamil. Bantulah menyediakan keselesaan dan berilah sokongan kepada mereka dari segi emosi, fizikal, dan rohani walaupun mereka tidak pernah memintanya daripada anda.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui penyanyi Ainan Tasneem bakal melahirkan anak kembarnya sedikit masa lagi. Namun dalam keterujaan menyambut kelahiran bayi kembarnya, Ainan meluahkan rasa kebimbangannya pada anak sulungnya, Ainan Salsabiela.
Menerusi instagram miliknya, pelantun lagu Aku Suka Dia itu meluahkan rasa kebimbangannya. Bimbang anak manja yang selama ini menjadi pendamping setianya merajuk hati dengan dua adik kembar yang bakal dilahirkan kelak.
Risau anak kecilnya itu rasa terpinggir dan kurang beri perhatian kepadanya kelak. Begitu kongsi Ainan.
“Ainan Salsabiela, ummi loves you so much! Eventho rasa excited sangat nak tunggu baby kembar lahir tapi serious bermacam perasaan Ainan terhadap anak sulung yang tersayang ni. Mixed feeling sungguh!
“Risau sangat kalau nanti kita terkurang bagi perhatian pada dia. Taknak dia rasa macam terpinggir,”kata Ainan menerusi satu entri di instagramnya.
Dalam pada itu, Ainan juga berpendapat sokongan kuat suami perlu bagi mengelakkan hal semacam ini terjadi pada anak sulungnya.
“I think husband & wife memang kena jadi tag team dalam menangani benda ni. Contohnya time si ibu tu sibuk uruskan anak-anak yang baru lahir, yang si bapa boleh bagi sepenuh perhatian dekat anak yang sulung.
“Kalau ada apa-apa aktiviti yang melibatkan anak yang baru lahir mungkin boleh ajak yang sulung ni pun untuk join sekali. So dia rasa macam dia pun penting dalam setiap apa yang kita lakukan dengan anak yang baru lahir.
“Takdela dia rasa macam adik-adik dia tiba-tiba rampas segala perhatian yang dia dapat selama ni kan,”kata Ainan lagi.
Ainan juga turut bertanyakan tip dan perkongsian dari pengikutnya di instagram. Rata-rata ada yang berkongsi tip dan meminta agar Ainan membelikan mainan dan sebagainya agar Salsabiela merasa tidak terpinggir.
Tip ini boleh juga dijadikan panduan untuk ibu yang bakal melahirkan anak kedua, sama seperti Ainan.
Terdahulu Ainan Tasneem mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Sasabiela pada 2 Mac 2018.
Menurut laporan portal Hiburan Gempak, Nad memang sudah ada perancangan untuk tambah cahaya mata tahun ini atau tahun depan memandangkan anak sulungnya yang sudah besar.
“Sebenarnya memang ada perancangan untuk tambah anak tahun ini atau tahun depan. Lagipun anak sulung dah besar. Saya tahu (hamil) lepas dua minggu ketika penggambaran dengan Remy dan Mimi Lana (drama Hati Yang Tersakiti).
Menurut Nad lagi, anak sulungnya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 4, juga sudah tidak sabar untuk menerima kehadiran adiknya.
“Dia sangat teruja, setiap hari tanya bila baby nak keluar. Setiap kali itu kena terangkan pada dia,
“Dah lama tak ada anak kecil di rumah, jadi semua orang pun teruja,” katanya.
Ujar Nad, keadaan kesihatannya juga semuanya baik-baik sahaja sepanjang di awal tempoh kehamilan tanpa alahan teruk.
Dalam satu laporan yang lain di Mtar Online, Nad juga berkata dia masih belum membuat sebarang persiapan dan mahu menjalani proses kehamilan kali ini secara tenang.
Dia juga memohon agar orang ramai mendoakan kehamilannya kali ini berjalan lancar.
“Doakan perjalanan kali kedua ini semudah yang pertama. Yem nak jadi abang,” ujarnya.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015.
Pasangan tersebut dikurniakan anak sulung yang mesra dengan panggilan Yem pada 14 Oktober 2016.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!