Keputusan kerajaan untuk membuka semula Taska demi memastikan ibu bapa dapat kembali bekerja sepenuhnya bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan. Namun demi memastikan ibu bapa dapat bekerja dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan anak-anak dan bimbangkan risiko terdedah kepada wabak yang melanda negara kita, SOP lengkap dikeluarkan untuk panduan pemilik taska dan tadika.

Namun kerisauan pastinya masih tetap ada bagi semua ibu bapa. Begitu juga dengan pengusaha taska yang mengambil satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan hal ini berjalan lancar. Menurut kata Puan Liyana Nazli, pemilik Atfal Jannah Kuantan & Kemaman – Pusat Intervensi Awal Kanak-Kanak, membuka semula Taska bukanlah satu tindakan yang mudah.

Bukan hanya dengan SOP yang ketat bahkan ia tanggungjawab bersama dalam memastikan anak-anak selamat di samping ibu bapa juga dapat kembali bekerja dengan tenang tanpa memikirkan anak-anak. Sebagai pengusaha Taska, ini yang dikongsikan oleh beliau demi memastikan anak-anak di Taska bebas risiko.

“SOP Ketat, Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak-Anak Di Taska Selamat”, Mak Ayah Jangan Bimbang!


Done with AJ Kuantan today!

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha pusat jagaan ialah meminimakan peralatan dan perabot yang digunakan sepanjang operasi. Untuk mengurangkan risiko pencemaran serta memudahkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi harian.

Dalam SOP semua permukaan perabot dan lantai perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua kali sehari (pertukaran sesi pagi ke petang dan sebelum pulang). Jadi semua peralatan yang sukar untuk disanitasi teacher simpan dahulu buat sementara waktu, antaranya seperti:
– ball pool
– karpet
– floor mats

“SOP Ketat, Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak-Anak Di Taska Selamat”, Mak Ayah Jangan Bimbang!

Peralatan lain yang digunakan berkala disimpan dalam almari tertutup dan berkunci. Teacher minta terapis rekod peralatan pembelajaran yang digunakan oleh individu pelajar setiap hari, sanitasi selepas digunakan dan disimpan di tempatnya semula. Aktiviti seperti permainan yang melibatkan kumpulan tidak dijalankan buat sementara waktu.

IKLAN

Perabot pun diminimakan. Hanya yang betul-betul digunakan saja ada di ruang aktiviti dan dilabelkan dengan nama pelajar yang menggunakannya.

“SOP Ketat, Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak-Anak Di Taska Selamat”, Mak Ayah Jangan Bimbang!

Ha, bukan mudah nak buka semula pusat jagaan selepas tempoh PKP… InsyaAllah moga selamat semuanya. Faiza azamta fatawakkal ‘alallah!

Kebimbangan Tetap Ada

Pa&Ma sempat bertanyakan kebimbangan serta pematuhan SOP yang seharusnya dipatuhi Taska demi memastikan anak-anak terjamin keselamatan mereka. Sesungguhnya banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pihak Taska demi memastikan semua ini berjalan dengan baik. Malah ia juga menjadi tanggungjawab bersama, baik pihak Taska begitu juga dengan ibu bapa dalam memastikan anak-anak selamat.

“SOP Ketat, Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak-Anak Di Taska Selamat”, Mak Ayah Jangan Bimbang!

IKLAN

Bagaimana kebimbangan dan kesediaan pihak taska untuk membuka semula taska?

Sebagai pihak taska memang ada rasa bimbang sebab pematuhan SOP ini melibatkan semua pihak. Bukan sahaja daripada pihak TASKA. Kami sangat berharap ibu bapa juga dapat mematuhi SOP seperti yang ditetapkan supaya keselamatan semua orang terjaga. Tetapi melihatkan SOP yang ketat dan terperinci, sepatutnya memang selamat saja untuk TASKA yang mengikuti SOP untuk menerima pelajar. Mungkin ada sesetengah TASKA yang akan menghadapi masalah untuk mematuhi kerana kekangan ruang dan tenaga kerja.

“SOP Ketat, Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak-Anak Di Taska Selamat”, Mak Ayah Jangan Bimbang!

Sejauh mana Taska memastikan SOP berjalan lancar?

Dalam pematuhan SOP sebagai pemilik TASKA, perlu pastikan kakitangan faham prosedur dan mengapa langkah-langkah tersebut perlu dijalankan. Kakitangan perlu dilatih supaya segala prosedur berjalan lancar. Selain daripada itu memang perlu terangkan kepada ibu bapa mengapa setiap langkah dalam SOP itu perlu dipatuhi untuk keselamatan semua yang terlibat.

IKLAN

Tak boleh ambil mudah. Kedua-dua pihak kakitangan TASKA dan ibu bapa kedua-duanya perlu tandatangan borang akuan pengisytiharan kesihatan untuk declare bebas risiko Covid. Sebarang ketidaktepatan maklumat boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“SOP Ketat, Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak-Anak Di Taska Selamat”, Mak Ayah Jangan Bimbang!

Bagaimana meyakinkan semula ibu bapa untuk hantar anak?

Memang susah nak yakinkan ibu bapa. Jika mereka ada pilihan untuk menjaga anak sendiri di rumah, tak ada masalah. Kita tak paksa ibu bapa untuk hantar anak, malah lebih bagus sekiranya ada sebahagian daripada ibu bapa yang ada alternatif jagaan yang lain untuk memberi peluang kepada yang benar-benar memerlukan khidmat jagaan daripada TASKA. Apabila jumlah kanak-kanak berkurang, pematuhan SOP tu lebih baik.

“SOP Ketat, Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak-Anak Di Taska Selamat”, Mak Ayah Jangan Bimbang!

Tambah di peringkat awal ni masing-masing baru nak biasakan diri dengan norma baru, perlukan latihan dan peringatan. Secara berperingkat, kita boleh buka operasi dengan kapasiti kanak-kanak seperti biasa apabila semuanya telah terlatih dengan norma baru. Sebagai pemilik TASKA kita kena tunjukkan komitmen kita untuk pematuhan SOP untuk meyakinkan ibu bapa.

“SOP Ketat, Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak-Anak Di Taska Selamat”, Mak Ayah Jangan Bimbang!

Pesanan saya, dalam menghalang penularan wabak Covid memang tanggungjawab semua orang. Masing-masing ada peranan masing-masing, jadi perlu beri kerjasama yang sepenuhnya. InsyaAllah moga kita semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan dijauhi dari wabak Covid 19.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI