Lagi masalah sayur. Kalau bagi sayur secara terus pada anak, mulalah ada drama tak nak makan dan elak nak makan. Kadang-kadang anak luahkan sahaja sayur depan mata. Sedih juga kerana merasakan sayur sememangnya cukup sihat buat anak kita.

Salah satu resipi homemade yang buat anak takkan perasaan adalah jadikan biskut. Spinach Cream Craker Homemade yang disediakan oleh Puan Danya Ayesya Abdul Razak ini menerusi grup Happy Baby Food Malaysia memang kreatif. Serius anak mesti tak perasan. Jom cuba!

Sorok Je Sayur Bagi Anak Tak Perasan, Spinach Cream Cracker Homemade Ni Memang Sedap!

Biskut ni memang favourite Medina. Dia dah tau mak letak kat mana bekas biskut dia. Sorok bekas belakang kain pun, dia tau ade biskut kat situ. Selagi tak bagi, selagi tu lah dia tarik tangan kita suruh amik jugak..hahaha.

Dulu buat cream cracker kosong je, kali ni buat tambah spinach, healthy version la kononnya..hihi. Next time nak try sayur lain pulak. Sebenarnya teringin nak buat cream cracker macam yang Munchys tuu..tapi cemana tah nak dapat tekstur biskut camtu.

IKLAN

SPINACH CREAM CRACKER
Unsalted butter (Anchor) – suku butter yang 227g tu / 3 ketul yang kecil
Tepung gandum unbleached – +-5 tbsp
Tepung jagung – +- 3tbsp
Minyak jagung/masak 1tbsp
Cream cheese tatura 50g.
Baby spinach – cincang halus

Sorok Je Sayur Bagi Anak Tak Perasan, Spinach Cream Cracker Homemade Ni Memang Sedap!

IKLAN

Campurkan sebati semua bahan. Uli sampai jadi doh. Doh tak terlalu keras, tak terlalu lembut dan tak melekat di tangan.

Sorok Je Sayur Bagi Anak Tak Perasan, Spinach Cream Cracker Homemade Ni Memang Sedap!
Sorok Je Sayur Bagi Anak Tak Perasan, Spinach Cream Cracker Homemade Ni Memang Sedap!

IKLAN

Kalau nak biskut melt dalam mulut, lebihkan tepung jagung. Nak keras sikit, lebihkan tepung gandum. Adunan atas ni, just nice. Pegang tak hancur, rangup & tak keras (baby tak ada gigi pun boleh makan).

Sorok Je Sayur Bagi Anak Tak Perasan, Spinach Cream Cracker Homemade Ni Memang Sedap!
.Sorok Je Sayur Bagi Anak Tak Perasan, Spinach Cream Cracker Homemade Ni Memang Sedap!

 

Bakar dalam oven suhu 160°C / 170°C selama 15 – 20 minit atau ikut oven masing-masing.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI