Perasan tak ibu-ibu, pada buku rekod kesihatan ibu (buku pink) ada pelekat yang ditampalkan? Apa maknanya? Yang penting ia bukan ditampal saja-saja, mesti dengan tujuan penting. Ikuti penerangan daripada doktor ini.
Jika anda mendapatkan pemeriksaan pranatal di klinik kesihatan ibu dan anak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, anda tentu akan melihat ada pelekat (sticker) yang ditampalkan pada bucu kiri bahagian atas muka depan buku pink ini.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, tag warna ini menunjukkan bagaimana pengendalian kes kehamilan pemilik buku itu. Ada 4 tag berwarna iaitu merah, kuning, hijau dan putih. Berikut ialah perkongsian beliau;
PENGENDALIAN KES-KES KEHAMILAN MENGIKUT SISTEM TAG WARNA
Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.
TAG MERAH
Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga
Ads
TAG KUNING
Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan
TAG HIJAU
Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.
Ads
TAG PUTIH
Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih)
Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.
Ads
DOKTOR BOLEH MENUKAR WARNA PELEKAT BERDASARKAN PENILAIAN TAHAP RISIKO IBU
Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod warna yang telah diberikan sebelumnya.
Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag colour apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. ada tak? Kalau ada, kaji /Tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian ?
Pelakon jelita Siti Saleha berkongsi berita gembira bersama peminat apabila mendedahkan jantina anak sulungnya dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan penuh makna dan kasih sayang.
Menerusi perkongsian di Instagram, Siti Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum memilih untuk meraikan detik istimewa itu dalam suasana yang cukup indah, menerapkan elemen adat Jawa sebagai penghargaan kepada budaya yang dekat di hatinya dan suami tercinta, Joshua Fitton.
Majlis tersebut berlangsung dengan suasana penuh warna lembut, dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan rapat. Dalam video yang dikongsikan, kelihatan pasangan ini tersenyum bahagia saat belon berwarna biru dilepaskan — simbol bahawa mereka bakal menimang anak lelaki.
“Alhamdulillah… kami berdua sangat bersyukur. Tak sabar nak bertemu dengan si kecil,” tulis Siti di ruangan kapsyen sambil berkongsi momen mesra bersama suami.
Sebelum ini, pelakon drama terkenal 7 Hari Mencintaiku itu memaklumkan bahawa kandungannya kini sudah memasuki trimester ketiga. Meski sibuk dengan urusan kerja dan kehidupan harian, Siti mengakui dirinya kini lebih banyak berehat dan memberi tumpuan kepada kesihatan serta persiapan menyambut kelahiran anak lelaki sulung mereka.
“Fasa ini memang penuh debaran, tapi saya ambil semuanya dengan tenang. Saya nak nikmati setiap saat sebagai bakal ibu,” ujar Siti dalam satu temubual bersama media tempatan.
Perkongsian tersebut menerima ribuan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warganet. Rata-rata meluahkan rasa teruja melihat sisi lembut dan keibuan yang makin terserlah pada diri Siti Saleha. Ramai juga yang mendoakan agar proses kelahiran beliau nanti berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Seronok tengok pasangan ini bahagia. Semoga Siti dan baby sihat selalu,” tulis salah seorang pengikutnya di Instagram.
Untuk info, pasangan Siti Saleha dan Joshua Fitton melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, pada Februari lalu. Kedua-duanya memilih untuk menjalani kehidupan berumah tangga secara sederhana namun penuh cinta. Kini, kehadiran bakal anak lelaki ini menjadi pelengkap kebahagiaan mereka.
Bagi peminat setia, berita ini bukan sekadar satu perkongsian selebriti — tetapi juga simbol perjalanan indah seorang wanita yang kini melangkah ke fasa keibuan dengan penuh syukur dan kasih. 💙
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jalan & tidur semakin mencabar tatkala hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, Tya Ariffin akui perlu kawal makan supaya bayi dalam kandungan tak terlalu besar.
Melewati minggu-minggu terakhir sebelum bersalin, isteri kepada Asyraf Dato’ Seri Khalid ini mengakui godaan terhadap makanan semakin besar.
Cabaran buat ibu yang bakal melahirkan ini ialah perlu mengawal makan supaya berat tidak naik keterlaluan dan bayi besar. Tya juga mengakui pergerakannya untuk berjalan serta untuk tidur juga semakin sukar.
tyaarifinnw Semakin kesini godaan lebih besar,
Kena jaga berat badan biar baby tak besar sgt, tapi nafsu makan semakin besar, jalan dan tidur semakin tak sedap?
Hahaha
Adik baby boleh tak ibu nak makan banyak tapi tak nak naik berat badan? ??
#memangtakla?
Kandungan yang disangka hanya satu rupanya dua. Namun kedua-duanya pergi dengan cara berlainan. Perkongsian wanita ini tentang keguguran dan kehamilan ektopik boleh dijadikan pengajaran.
Jika sebelum ni, aku dikhabarkan mengandung 1-2 minggu, di peringkat awal kehamilan lagi. Hati ibu mana tak gembira, bila dalam rahim ada yang menghuni.
Setiap hari aku berdoa supaya anak syurga ni sentiasa dipelihara dan di jaga semasa dalam rahim aku ni. Namun, Tuhan menguji bila aku keguguran yang buat aku redda atas segalanya. Aku anggap Allah lebih menyayanginya.
Pada 22 Januari – Proses D&C dijalankan. Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dimaklumkan. Maka terjawablah proses bleeding aku selama ini adalah disebabkan masih ada sisa janin yang ada didalam rahimku. Alangkah sedihnya, tuhan sahaja yang tahu. Isi Hati aku sebagai ibu. Terus teringat mama.
Berpantang di rumah sendiri waktu tu, memang payah. Tapi nak bergerak kemana pun susah. Abah dan mama jarang berada dirumah berikutan sibuk menguruskan hal-hal rumah di **********.
Waktu tu pagi, dapat panggilan urgent, doctor minta buat Beta-HCG di******hari Khamis ni. Tapi disebabkan aku jaga hati kawan-kawan almaklum 2 minggu cuti kan. Aku pilih untuk ke ****** selepas waktu kerja.
4.30 petang – Badan aku waktu ni mula dedar, perut memulas. tapi rileks je macam biasa. drive balik waktu ni, memang senak ya ampun perut, rasa mencucuk-cucuk.
6.30 petang – Sampai di kawasan perumahan, terus berehat dalam kereta. sebab tak tahan sakit perut. subhanallah memang tuhan je tahu macam mana sakitnya.
7.01 malam – Terus perlahan-lahan naik tangga, hallooo! tingkat 3 tu. Waktu tu, mujurlah geng-geng makcik yang suka berborak ni, setiap tingkat ada sediakan kerusi untuk duduk. Aku dengan jayanya naik satu tingkat lepastu duduk, begitulah seterusnya, bila sampai di tingkat aku, terus perlahan jalan kerumah, namun waktu tu kepala berpinar, nak jatuh namun gagah jugak. Pada awalnya aku ingat, cuma bentan disebabkan keguguran lepas.
Pada keesokkannya aku rileks pergi kerja macam biasa. Ibarat macam takde pape terjadi. Namun aku ada jugak mengadu kat suami, kenapa perut aku sakit waktu jalan dan lalu bumper rumah atau lopak. Namun aku buat tak endah.
Ikutkan dah janji dengan mama nak balik kampung minggu ni tau, tapi suruh mama balik dulu sebab ikutkan jumaat nak balik kampung. Happy waktu ni, masa dalam perjalanan nak pergi ****** tu, aku siap gelak-gelak buat lawak bila video call dengan asben kacak tu. Kena tegur dengan asben
6.45 petang – Sampai di ****** aku terus parking di petak doktor, kau hadooo! terpaksa drive sendiri, sebab suami tugas luar waktu tu. Terpaksa aku berdikari tau. Namapun superwoman.
7.30 petang – Aku tak dibenarkan pulang, sebab waktu tu dah high jugak demam tu. Redha je, Cuma terus pergi scan sebab masih lagi ada bacaan Beta HCG.
8.00 malam – Waktu tu, seramai 4 pakar yang kerumun aku tau, dia macam berkerut tengok sesuatu. Bila last pakar turun, terus lagi kerut muka beliau. Nampak macam serius, aku pulak berdebar macam jantung ni nak roboh dibuatnya.
ADA CECAIR DALAM RAHIM
“Haniza, kami nak beritahu, dikawasan rahim ni, ada fluid yang kami sendiri tidak ketahui, nampak tak tompok yang ada tu disekitar rahim, kandungan air badan yang normal, tidak mempunyai sebanyak begitu. Jadi kami nak buat laparscopic terus nak masukkan kamera, tengok apa yang ada disitu, jika didapati mencurigakan, terus kami czer bawah perut untuk keluarkan fluid tersebut.”
8.15 Malam – Aku terkedu, mundar mandir, siap call mama, tapi aku minta doctor sendiri call suami kacak aku, sebab aku tak sanggup nak bercakap dengan beliau.
8.45 Malam – Suami aku sampai, waktu tu aku peluk menangis ketakutan, sebab selalu mama abah yang temankan aku, tapi suami depan mata aku menangis teruk sebab takut. Tanya kenapa aku diuji macamni, satu persatu allah beri dugaan pada aku. Suami pun nangis sama. Hanya Allah Maha Mengetahui.
9.15 Malam – Aku bersiap-siap dipakaikan baju untuk Emergency OT. Masih lagi mood meleleh air mata. Berzikir pada Allah, doa minta dijauhkan segalanya. Masa nak lepaskan dari pelukan suami tu, nak masuk bilik OT, hati aku sedih yang teramat. sebab aku tengok muka suami aku sedih.
Bila tersedar rupanya, nampak muka suami, orang pertama. Nangis tepi bucu katil, usap rambut kita, nangis sekali lagi. Waktu ni aku rasa pedih sangat. Almaklum mak ayah jauh, tinggal dengan suami je. Harapkan dia je. Mujur lah boleh diharap tapi duk tengok meleleh air mata aku jugak risau.
SATU JANIN TERSEKAT DI TIUB KANAN
“Abang sayang awak, abang takut kehilangan awak, sayang kita redha sekali lagi ujian Allah ye, tapi abang bersyukur, Allah panjangkan umur sayang. Sebab abang terlalu sayangkan awak.
Waktu tu aku terpinga-pinga jugak, sakit lagi dengan nangis lagi, tertanya-tanya lagi. Bila ditanya suami taknak cakap kenapa dan kenapa, mujurlah doktor yang rawat aku ni datang.
“Haniza, takziah sekali lagi saya ucapkan. Rupanya Allah sayang kat awak dan masih bernafas sampai harini, sebenarnya, kandungan awak yang lagi satu tersekat di tiub sebelah kanan sehingga menyebabkan pecah, dan tak dapat diselamatkan lagi.
CECAIR ITU DARAH!
“Fluid yang saya katakan itu adalah darah dari tiub awak yang pecah. Kandungan awak 8 minggu disahkan meninggal, tapi kami terpaksa bawa keluar untuk di hantar ke lab. Mujur awak cepat ke sini, sebab ada ibu yang takdapat diselamatkan sebab kes ni,” kata doktor.
Waktu tu, aku tak menangis, tapi aku bersyukur Allah beri aku pengalaman dan dua anak syurga yang bakal tunggu aku disana nanti. Bila terjadinya ujian maka allah sayang kat kita. Tapi apakan daya, anggap allah nak beri rezeki yang terbaik selepas ini.
Sehari selepas Operation, doctor dah suruh bangun jalan ke tandas, hiba jugak kadang, kita masuk bersalin tanpa budak, kiri kanan katil ada baby pulak tu. Kadang mak-mak baby tu, minta kita tengokkan anak beliau.
Nangis jugak tapi redha bak kata suami dan keluarga. Tapi Allah punya perancangan lebih baik. Namun selepas seminggu baru aku dibenarkan pulang.
Sediakan Dressing Kit ( boleh beli di farmasi RM 3.50 x 7 hari )
Setelah selesai proses cucian luka, penting untuk sembur Opsite agar kuman tidak melekat. ( Opsite boleh di beli di farmasi RM 29.90 botol kecil sahaja )
Lakukan sehingga luka sembuh sepenuhnya.
Aku bersyukur anak-anak syurga tunggu diatas sana. Dugaan yang Allah beri itu adalah kifarah, dia tarik semua nikmat kita di dunia, tapi dipulangkan kembali setelah sihat, namun segala dosa kita tidak dipulangkan semula, bahkan gugur semuanya. Inilah dugaan ibu untuk anak-anak syurga.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.