Memikirkan lauk apa nak masak untuk menu berbuka dan bersahur, ramai ibu dah mula buat senarai awal-awal. Apa saja resipi yang orang kongsi dan nampak mudah itu yang akan disimpan dengan harapan bila nak buat boleh terus rujuk.
Bagi ibu yang sekarang ini banyak masa di rumah, inilah peluang untuk anda sediakan pes untuk jimatkan masa memasak.
Ada 6 jenis pes yang boleh memudahkan anak memasak dalam masa singkat dan terkejar-kejar dah jika terlewat bangun sahur pun atau nak sediakan makanan waktu berbuka. Hari ini juga anda boleh buat stok ni siap-siap dan simpan dalam peti.
RESEPI PES MEMUDAHKAN ANDA MEMASAK
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang) 2. Pes Tom Yam 3. Pes Masak Kicap Berempah 4. Pes Asam Pedas 5. Pes Cili Padi 6. Pes Sambal Ikan/Ayam/Daging/Seafood/
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang)
🌶️20 biji cabai hijau besar *
🌶️10 biji cili api hijau *
🌶️10 ulas bwg merah *
🌶️8 ulas bwg putih *
🌶️5 biji tomato hijau (yg muda) *
🌶️1 kiub bilis
🌶️3 helai daun limau purut
Bahan bertanda * rebus sampai lembik sikit, pastu lenyek dengan lesung batu ataupun blend kasar. Panaskan minyak, tumis semua bahan sampai pecah minyak, masukkan kiub bilis, perasakan dengan garam dan gula dan masukkan daun limau purut tadi.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu leh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
2. Pes Tom Yam
Ads
🍅20 biji cili kering (rebus pastu goreng gareng ngan minyak)*
🍎15 ulas bwg putih *
🍎10 ulas bwg merah *
🍅10 batang serai *
🍅8 helai daun limau purut *
🍅2 inci lengkuas *
🍅2 inci halia *
🍅3 sudu besar udang kering *
🍅3 cm belacan yg dibakar *
🍅1/4 gula melaka (dari sekeping)
🍅Air asam jawa
🍎3 sudu besar sos ikan (amik yang gambar ikan bawal)
🍅Air, minyak, garam
Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air atau minyak goreng cili tadi. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan sampai pekat. Masukkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka dan garam. Masak betul-betul pecah minyak dan pekat.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
🥬20 biji cili kering(goreng dengan minyak sampai garing) *
🥬10 ulas bawang merah *
🥬8 ulas bawang putih *
🥬2 inci halia *
🥬2 sudu besar jintan manis ※
🥬2 sudu besar jintan kasar ※
🥬1 sudu besar lada hitam biji ※
🥬1 sudu besar ketumbar biji ※
Bahan bertanda ※ kena goreng tanpa minyak
🥬Air asam jawa
🥬Minyak, garam, gula, kiub bilis
🥬4 sudu besar Sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin
Ads
Kisar bahan bertanda * dan bahan bertanda ※ guna minyak cili goreng tadi sampai lumat. Tumis dengan minyak sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan sos-sos tadi. Jangan lupa bubuh garam, gula dan kiub bilis sebiji.Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
4. Pes Asam Pedas
🍗20 biji cili kering (rebus dulu) *
🍗10 biji cili merah (rebus dulu) *
🍗5 biji cili padi (rebus dulu) *
🍗15 ulas bwg merah *
🍗10 ulas bwg putih *
🍗2 inci lengkuas *
🍗2 inci halia *
🍗2 inci belacan bakar *
🍗1 sudu besar biji ketumbar *
🍗1 sudu besar jintan manis *
🍗Air asam jawa, gula n garam
Kisar bahan bertanda * sampai sebati. Panaskan minyak dan tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan ngan garam, air asam jawa dan gula.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, selepas itu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
5. Pes Cili Padi
Ads
🌰20 biji cili padi merah (rebus)
🌰20 biji cili merah besar (rebus)
🌰2 inci kunyit hidup & Garam
Kisar semua bahan dengan sedikit air. Pastikan guna air panas atau suam.Lagi bagus kalau kisar kering.Selepas itu terus simpan dalam tupperware kedap udara, bubuh dalam freezer. Pes ni sesuai lau nak masak gulai yang tak gunakan bawang.
6. Pes Sambal Serbaguna Ikan/Ayam/Seafood
🍄20 biji cili kering (rebus) *
🍄20 biji cili merah (rebus) *
🍄4 biji tomato *
🍄15 ulas bawang merah *
🍄10 ulas bawang putih *
🍄2 inci halia *
🍄1/4 gula melaka (daripada sekeping)
🍄4 sb sos cili dan sos tiram
🍄1 biji kiub bilis, leh gak ganti 3 sudu besar udang kering*
🍄Garam
🍄Minyak
Kisar semua bahan guna sedikit air. Kalau dapat kisar kering lagi bagus. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan garing. Masukkan gula melaka, kiub bilis, air asam jawa dan sos. Perasakan dengan garam.Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
1. Masak guna api yang perlahan ye
2. Guna air masak/air panas/air suam
3. Sudah betul-betul sejuk baru masuk freezer
4. Keluarkan pes awal 1jam sebelum digunakan bagi tujuan defrost
5. Seeloknya penggunaan lebih kurang sebulan kalau guna suhu sejuk biasa, kalau sejuk beku confirm lagi tahan. Tapi siapa rajin masak, confirm tak tahan sebulan.
Selain makanan berat dan utama, anak juga sama macam kita, sukakan makanan yang pelbagai. Salah satu menu yang boleh diberikan kepada anak-anak kita adalah beraneka bubur. Pun begitu, untuk bayi dua tahun ke bawah perlulah dikawal kandungan gulanya supaya tidak terlalu manis. Sebolehnya elakkan letakkan gula di dalam bubur anda.
Potong juga buah atau elemen utama dalam saiz yang kecil supaya tidak membahayakan anak untuk makan. Apapun jenis makanan dan bubur pastikan ibu sentiasa mengawalnya ketika anak makan. Lebih selamat. Anak kenyang, ibu pun senang hati.
Empat pilihan pengat atau bubur manis daripada empat ibu hebat ini nampak sedap. Pilihan buat anak-anak kita di petang hari. Jom cuba.
Resipi Atieyn Myra ini mudah sahaja, hanya gunakan 4 bahan sahaja.
Petang ni tea time Mawaddah ibu buatkan bubur jagung. Sedap walaupun no sugar no salt. Ibu dah makan semangkuk dah.
Bubur Jagung Simple
2 tongkol jagung manis
1 cawan air
⅓ cawan santan segar (saya lebihkan untuk rasa yang lebih creamy)
2 biji kurma (boleh lebihkan kalau nak lagi manis)
1. Kupas jagung dan sisirkan isinya. Ketepikan.
2. Rendam kurma dengan air panas. Buang kulit dan biji. Lenyekkan.
3. Masukkan santan, air dan kurma ke dalam periuk. Nyalakan api. Masak sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan jagung. Kacau sekejap. Masak sekitar 5 minit sahaja. Tutup api. Siap!
Tips : Kalau beli jagung manis / jagung susu / jagung mutiara dari cameron, cara masaknya memang 5 minit sahaja. Kalau untuk rebus, makesure didihkan air sehingga menggelegak then celup 5 minit. Kalau lebih masa jagung akan kering dan hilang rasa.
Ini pula resipi perkongsian ibu Nor Syahidah Ramli yang menyediakan Pengat Pisang Kurma tanpa garam dan gula. Hanya kurma dan manis pisang sebagai perasa. Dua bahan saja dan cukup.
Semua makanan anak saya Zaid tak ditambah garam/gula tapi tetap cukup rasa.
Bak kata doktor yg ummi jumpa, “Setiap orang tahap masin, manisnya lain-lain. Macam tu juga baby. Baby tu tak kenal lagi masin manis. Deria dia pun 3 kali ganda kuat dari kita. 2 tahun ke bawah tak perlu gula garam. Cukup kenalkan dengan yang semulajadi”
Ps: untuk anak yang masih makan texture halus, boleh blend makanan. Masak dan blend ikut texture anak masing-masing.
Pengat Pasta Kurma dan Pisang
(Sesuai untuk 7m+)
Bahan-bahan:
Pisang – dipotong kecil
Kurma Pasta
Cara:
1. Masak kurma pasta dari Eatalian Express selama 5 minit dengan air yang secukupnya.
2. Masukkan pisang.
3. Masak sehingga lembut semuanya.
Note: boleh masukkan puri kurma sebagai pengganti gula.
Bubur gandum versi baby 9 bulan dari Puan Nurul Afifah pun nampak sedap. Laju je anak makan.
Guna barang asas yang ada di rumah saja.
Bubur Gandum Versi Bayi
Bahan :
Biji gandum
Santan
Kurma
Air secukupnya untuk rebus
Cara cara:
Biji gandum rebus sampai lembut kembang. Dah lembut masukkan santan. Asingkan untuk portion anak. Maniskan skit dengan puree kurma. Selebihnya untuk hidangan keluarga.
Kalau tak ada gandum, guna barli pun boleh. Kalau nak wangi lagi letak daun pandan.
Ini pula resipi Bubur Barli daripada Puan Dahlia Kamaruza. Barli memang sedap dan baik untuk kesihatan jadi tak salah beri anak rasa barli pula kali ini. Jom cuba.
Bubur Manis Barli Epal & Pear
Barli 2 sudu besar
Apple merah 1/2 biji
Pear 1/2 biji
Caranya:
Rendam dulu barli selama 1/2-1 jam. Apple dan pear buang kulit dan potong dadu kecil. Lepas tu rebus je semua sampai barli kembang dan buah lembut.
Rebus sampai air agak kering kemudian blend kejap. Kalau nak halus boleh blend sampai halus. Ikut texture mana yang anak nak makan. Kalau dah boleh makan tak perlu bleh.
Tak perlu tambah kurma pun dah ada rasa manis-manis dari buah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketiadaan bazaar Ramadan tahun ini membuatkan ibu mula cuba menyediakan sendiri kuih-muih untuk berbuka di petang hari. Namun kuih yang sukar ditambah dengan kuantiti barang yang banyak menyukarkan ibu, lebih-lebih lagi yang terpaksa bekerja dari rumah. Nak mudah boleh cuba sediakan apam milo ini. Tersangatlah senang.
Resipi apam yang menggunakan empat bahan ini cukup senang nak disediakan. Blender sahaja kesemua bahan dan kukus hingga masak. Sangatlah mudah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rania Amira ini. Terbaik!
Tidak hanya untuk orang dewasa, kunyit hidup juga bermanfaat untuk anak-anak dan bayi. Kunyit dianggap sebagai salah satu immune booster yang sangat bagus, murah, senang nak maintain terutama untuk baby bawah 1 tahun.
Kunyit hidup bagus untuk pernafasan, kuatkan paru-paru, cairkan kahak, legakan batuk. Guna kunyit yang masih “hidup” bukannya yang kering atau serbuk. Gunakan satu hiris nipis dah memadai. Jangan berlebihan pula dan sampai buat jus pulak ya. Cuma campur sedikit dalam makanan harian dah memadai. Seminggu 2-3 kali makanan berkunyit.
Mungkin bagi ibu yang sedang mencari idea nak masak makanan anak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Herny Hafiz yang menggunakan kunyit hidup dalam masakan anak sejak anaknya berusia bawah setahun.
Resepi-resepi ini ialah antara yang saya dah bagi pada anak saya seawal 8 bulan.
7 RESEPI KUNYIT HIDUP
Bubur ayam kunyit (8m : bubur lembik)
Bahan-bahan
1/4 cawan beras
2 cawan air
1/2 cawan isi ayam
1 sudu ghee atau olive oil
1 hiris kunyit
1 sudu daun sup
1/2 cawan karot
> bahan2 dihiris & rebuskan semua.
Nasi kunyit (makan bersama sup)
1/2 cawan beras + 3/4 cawan air (atau secukupnya utk buat nasi)
1 sudu teh minyak sapi
1 ulas bawang putih
1 batang kecik kayu manis
1 hiris kunyit
basuh beras+ air + masukkan semua bahan dan masak macam nasi biasa
Ayam masak lemak kuning
1/2 cawan isi ayam atau 3-4 ketuk kecil ayam cincang
kunyit sehiris
bawang merah seulas kecik atau 1/4 bawang besar di hiris
santan segar 4 oz
serai sebatang
air 2 cawan
> rebus semua sekali
*tulang ayam boleh membuatkan masakan lebih manis
Pindang ikan
1/2 ketul ikan merah / siakap/ jenahak
1 hiris kunyit
1 keping kecil asam gelugor (kalau besar gunting 2)
1/4 ulas bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih
1 hirisan kunyit hidup
1 batang serai (potong pendek dan ketukkan)
2 kacang panjang atau kacang buncis
air 2 cawan
> rebus semua sekali
Ayam goreng kunyit
isi ayam di kisar / cincang
bawang merah bawang putih
daun bawang 1/2 cawan
kunyit 1 hiris
air 1/2 cawan
olive oil untuk tumis
> tumis bawang merah bawang putuh sampai lembut. masukkan air. msukkan kunyit kemudian masukkan isi ayam tadi. tunggu sampai air kering. angkat. jgn terlebih masak ayam nanti keras.
Gambar Hiasan
Ayam panggang kunyit
2 ketul ayam bahagian peha atau drummet
kunyit 1-2 hiris
bawang putih 3 ulas
bawang besar 1/2 ulas
*atas setahun tambah 1-2 sudu madu asli.
tumbuk/ kisar semua ,
perapkan dengan lebih kurang 1-2 jam bahagian chiller. kemudian boleh bekukan
> cara masak
tuang olive oil / butter dalam pemanggang/ tray
> grill guna oven atau pemanggang
Ikan panggang kunyit
1 ketul ikan
2 hiris kunyit
3 ulas bawang putih
1/2 ulas bawang besar
1 sudu lemon
> kisar atau tumbuk.
perapkan pada ikan buat 1-2 jam di chiller.
> tuang olive oil / butter
> panggangkan sampai masak guna oven atau pemanggang.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.