Proses penyusuan susu ibu memerlukan komitmen, kesabaran dan disiplin yang tinggi dalam diri seseorang. Bukan mudah nak menyusukan anak apatah lagi jika anak itu anak kembar. Banyak tenaga yang diperlukan untuk menyusukan mereka.

Namun semuanya menjadi indah dan lancar bila adanya penglibatan suami dalam penyusuan susu ibu ini. Percayalah, ‘support system’ yang utama bagi seorang isteri adalah suaminya sendiri. Ikuti bagaimana peranan bapa kepada 6 cahaya mata ini, Ustaz Mohd Yazid Ismail dalam mejayakan penyusuan susu ibu buat isteri tercinta.


Alhamdulillah kesemua 5 orang anak kami menyusu badan hingga lebih 2 tahun. Si Noura anak ke-6 ni masih dalam penyusuan 10 bulan. Proses penyusuan memerlukan sokongan dan kerjasama dari suami.

“Suami Ambil Cuti Setahun Sebab Menyusu” Bapa 6 Anak Kongsi Pentingnya Peranan Suami Dalam Penyusuan Ibu

Orang lelaki kena tahu dan memahami apa yang isteri lalui sepanjang proses penyusuan. Dia memberi makan anak anda DENGAN BADANNYA. Mengorbankan badan sendiri untuk kebaikan anak. Makhluk kecil yang membesar dalam dirinya selama 9 bulan ini masih bergantung kepada isteri untuk semua nutrisi dan pembesaran.

Anak yang baru lahir menyusu setiap 2-3 jam. Dalam tempoh setahun isteri menghabiskan lebih 2000 JAM menyusukan anak. Subhanallah lamanya. Isteri tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri.

Katakanlah anak mula menyusu pada pukul 10 pagi selama 40 minit. Isteri cuba meletakkan bayi pada pukul 10:45 pagi kemudian terbangun pada pukul 11.15 ​​pagi, anak perlu ditukar lampinnya. Anak akan mahu menyusu semula pada pukul 12 tengah hari. Si ibu mempunyai masa kurang dari satu jam untuk tubuhnya diperlukan semula. Tak sempat nak berehat pun.

Ada lagi keperluan anak-anak yang lain perlu diuruskan, mengemas rumah, masak, lipat baju. Suami jangan fikir isteri malas jika tengok isteri banyak tidur ketika menyusu, kelihatan dia banyak berehat sambil menyusukan bayi anda, berbaring di atas katil dan tertidur. Tetapi sebenarnya dia sangat letih dan tidak menyedari dia tertidur.

Tambah penat dan kelam kabut kalau bayi muntah, jeluak selepas menyusu. Nak selalu dipegang semasa tidur. Lampin bocor. Menangis tak berhenti.
Ketahuilah isteri anda sangat-sangat letih. Penyusuan susu ibu satu pengorbanan dan kerja yang sangat keras. Isteri membakar 650 kalori sehari menyusukan anak. Isteri dah dikira bertuah jika dapat tidur 2 jam tanpa gangguan.

Isteri anda adalah seorang IBU sekarang. Bukan hanya sebagai isteri. Tawarkan untuk memegang bayi semasa dia mandi atau tidur. Sediakan makan malam atau beli sahaja makanan yang dah siap. Jangan mengeluh kalau keadaan rumah bersepah.

Bantulah isteri dalam proses penyusuan anak. Itu aktiviti mencipta kebahagiaan💖 Bagilah hadiah sebagai upah menyusu.

SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU (TAHUN 2013)

Setahun saya cuti dari mengajar. Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Saya jawab “MENYUSU”.

“Suami Ambil Cuti Setahun Sebab Menyusu” Bapa 6 Anak Kongsi Pentingnya Peranan Suami Dalam Penyusuan Ibu

Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan-bukan bila dengar jawapan tu.. tapi sy senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yang dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni.

IKLAN

Anak kembar kami dilahirkan pramatang, Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency.

Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat. Hari-hari saya ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2x kali sehari untuk melawat Fina dan hantar susu EBM.

Nasib baik kerja saya sebagai unit trust consultant Public Mutual tak macam orang kerja ofis 9am-5pm, jadi saya banyak masa untuk bersama Fina. Saya batalkan banyak apoimen dengan klien.

Walaupun masih sakit isteri saya, Dyana tetap berusaha keras untuk menyusu Dhia dan dalam masa yg sama pump susu utk dihantar ke hospital. Susah macam mana pun dia bertekad untuk full breasfeed anak kembar kami.

Makin lama makin berat dugaan sebab twin dah mula minum susu banyak dan kadang2 macam tak cukup susu tapi Dyana selalu ulang cakap “tak ape..susu cukup.Kalau kembar 4 pun Allah akan buat susu cukup”.

Paling kritikal masa twin berumur lebih kurang 3 bulan Dyana diserang demam panas, susu merudum dan twin meragam, nangis je memanjang..mama twin join sekali nangis.

Cuba bayangkan dua baby umur 3 bulan menangis lama serentak tambah pula baby yang umur 300bulan nangis sama2 (baby 300bulan tu nangis sambil menyandar kat dinding). Huwaa..sedih pilu merobek jiwa saya tengok.

Pastu saya cuba bertindak rasional pergi beli susu FM utk bagi kat twin supaya Dyana boleh rehat hingga sutuasi kembali tenang tapi dia macam merajuk marah saya beli FM katanya saya macam tak support dia full breastfeed, padahal dah banyak saya berkorban utk menjayakan misi breastfeed ni, belikan pump yg terbaik, deepfreezer, alatan storage, carikan maklumat dll.

Susu fm tu Dyana buang. Dia pegang prinsip -demand and supply- lagi banyak baby demand nak minum lagi banyak susu akan berjaya disupply.

IKLAN

Bila twin dah mula tumbuh gigi maka lagi kuat dugaan, dua2 gigit mama masa menyusu sampai berdarah2 tapi mama tetap bersabar dan tabah menghadapi kesakitan yang sangat dasyat tu. Sampai kalau sakit sangat mama mengadu pd Allah betapa peritnya kesakitan yg sedang dia alami sambil nangis2.

Ya Allah berat mata memandang berat lagi yang memikul. Demi kebaikan Dhia dan fina mama sanggup hadapi semua tu.

Banyak kali mama menangis masa menyusu sebab tahan sakit luka yang agak dalam. Abah dah tak tahan tengok keluar ke bilik sebelah lap air mata sambil fikir nak seludup masuk rumah susu fm dan simpan di stor, bagi kat twin senyap2 untuk ringankan beban mama. Tapi tak jadi, takut kantoi nanti mama merajuk lagi susah abah.

Tidur malam memang tak cukup, tiap2 jam twin bangun bergilir2 kadang2 berjemaah nangis nak susu. Saya tak boleh nak tolong sebab saya takda susu so bangun buat2 tolong je lah.

Pagi dan petang pula mama berusaha mengepam utk buat stock. Memang kagum saya tengok disiplinnya dalam bab ni. Alhamdulillah berjaya kumpul stock sampai hampir penuh deep freez..prinsip -demand supply- berkesan.


Tapi sedih, dengan buat semua ni Dyana hilang banyak peratus keisterian dan peratusan keibuan naik mendadak, maka saya pun kena kurangkan kesuamian dan jadi lebih keBAPAan berbanding sebelum ni 😉

Berbalik cerita pasal cuti setahun tu, saya mengajar Bahasa Arab Alquran di masjid di Puchong dan Bangi setiap malam Isnin dan Rabu.

Saya cutikan dua-dua kelas ni sebab pada satu malam masa saya di Puchong Dyana hntar sms bagitahu dia tak sempat nak solat magrib, masa tu dah nak masuk isyak. Dia cakap sedih sebab dah banyak kali hampir tak sempat solat maghrib, suami sepatutnya jaga ibadah isteri.

IKLAN

Twin masa tu umur 8bulan buat perangai minum susu ebm sikit je kat nursery, dua2 tunggu mama datang ambil lepas habis kerja baru nak qada minum susu direct banyak2.. jadi lepas sampai rumah dekat-dekat nak magrib dua-dua berebut menyusu lama..gilir-gilir hingga nak masuk isyak.

Sampai sekarang sama je perangai minum sikit je kat nursery. Masa twin nyusu saya kena jaga seorang twin, kalau tak diorg menangis (kadang-kadang termasuk mamanya join sekali).

Walaupun saya sangat2 suka mengajar Arab tapi saya terpaksa cuti bermula Julai 2012 hingga twin habis menyusu 2tahun. Kalau tak.. niat nak buat pahala mengajar agama tapi dpt dosa sbb abaikan ibadah isteri di rumah. Insyaallah bulan 10 ni lepas twin cukup 2tahun kelas akan diadakan semula.

Jika ada orang tanya lagi “kenapa lama sangat ustaz cutikan kelas Arab tu?” saya akan jawab “sebab menyusu” ikutlah diorang nak fikir apa pun saya tak kesah

“Suami Ambil Cuti Setahun Sebab Menyusu” Bapa 6 Anak Kongsi Pentingnya Peranan Suami Dalam Penyusuan Ibu

-ni gambar Dhia dan Fina. Semoga menjadi anak-anak yang solehah. Terima kasih isteri tercinta Widyana Ali kerana sanggup bersusah payah untuk bagi yang terbaik pada anak-anak.

Kredit: Mohd Yazid Ismail 

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

“Suami Ambil Cuti Setahun Sebab Menyusu” Bapa 6 Anak Kongsi Pentingnya Peranan Suami Dalam Penyusuan Ibu

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI