
Bagi pasangan yang sedang melalui fasa ‘Trying to Conceive’ (TTC) untuk mencuba mendapatkan anak, pastinya berdepan kesukaran malah ada waktunya membuatkan diri sentiasa dalam tekanan.
Bagi pasangan suami isteri yang tengah mencuba untuk mendapatkan zuriat, paling Utama pastinya elakkan sentiasa berada dalam keadaan stres hingga menguasai diri.
Bagi pasangan TTC, tip yang dikongsikan ini pastinya dapat membantu. Paling penting perlu bersedia lebih awal.

Ini prosedur bagi pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat (TTC):
Ini Tip Bagi Wanita
– Berhenti makan selepas pukul 7 malam.
– Hentikan pengambilan minuman bergula.
– Elakkan makanan yang tidak memberi manfaat.
– Minum air kosong sahaja.
– Ambil nasi dalam kuantiti sedikit.
– Ayam, ikan, telur, dan daging merupakan makanan utama.
– Dari hari pertama haid hingga hari ke-14, lebihkan pengambilan daging, ayam, ikan dan telur. Makan paling awal sekitar jam 9 pagi, atau jika lewat, sekitar jam 11 pagi.
– Hanya makan dua kali sehari.
– Cari coklat gelap (dark chocolate) 75% ke atas. Makan hanya apabila benar-benar mengidam.
– Dari hari ke-18 hingga hari ke-28 kitaran haid, puasa antara waktu makan (intermittent fasting) tidak perlu terlalu lama.
– Sekiranya makan semula keesokan harinya, makan selewat-lewatnya jam 9 pagi.
– Boleh makan tiga kali sehari, tetapi hanya satu kali untuk hidangan berat. Dua lagi hidangan sederhana.
– Kurangkan nasi. Elakkan: roti, pasta, kuey teow, mee, bihun, biskut, piza, dan karbohidrat terproses.
– Lebihkan lauk-pauk dan tambah sedikit sayur.
– Jika ingin memaniskan minuman, gunakan stevia, sucralose, erythritol, atau allulose. Biasakan minum air kosong beralkali/mineral.
– Pengambilan buah tidak perlu setiap hari, cukup seminggu sekali.
– Elakkan jus buah, makan buah secara terus lebih baik.

Tip Bagi Lelaki
– Lakukan puasa antara waktu makan (intermittent fasting) selama 18–23 jam sekali seminggu.
– Hari lain, lakukan IF antara 12–16 jam mengikut kemampuan.
– Amalkan pemakanan lazy keto.
– Lakukan senaman rintangan (resistance training).
– Berjalan sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari.
– Dapatkan cahaya matahari secukupnya.
– Lakukan grounding (berkaki ayam di atas tanah) tiga kali seminggu.
– Elakkan penggunaan sabun yang boleh mengganggu hormon (terutamanya sabun berparaben).
– Jangan minum minuman bergula.
– Elakkan makanan ringan dan jajan yang tidak berkhasiat.
– Daging merah adalah makanan utama.

– Kurangkan pengambilan nasi.
– Jangan ambil roti, walaupun jenis sourdough, tangguhkan dahulu.
– Elakkan makanan berasaskan soya buat sementara waktu.
Lupa nak cakap. Tengah buat prosedur ni, garam SANGAT penting. At least kena dapatkan one teaspoon quantity dalam masakan setiap hari.
Kalau tak dapat amaun yang memuaskan dari makanan, suplemen dengan Celtic Salt atau Lake Salt Light, at least suku sudu sehari. When you do elimination type diets, salt is VERY important. Kalau boleh jangan minum kopi dulu. Stay buat ni at least 4 bulan. Do it and tell me how it goes.
Usaha Mendapatkan Zuriat, Suami Isteri Perlu Saling Bekerjasama
Dalam usaha mendapatkan zuriat, bukan isteri sahaja yang perlu menjaga pemakanan dan kesihatan diri, malah suami juga memainkan peranan yang sama penting. Amalan pemakanan seimbang, tidur yang mencukupi, senaman secara konsisten dan pengurusan tekanan yang baik dapat membantu menyokong kesihatan reproduktif pasangan.
Namun, jangan terlalu memaksa diri sehingga mengamalkan diet yang ekstrem atau menjadikan perjalanan TTC (Trying To Conceive) sebagai satu tekanan. Setiap individu mempunyai keadaan kesihatan dan keperluan nutrisi yang berbeza.
Tip Tambahan Buat Pasangan Yang Sedang TTC
-
Wanita disarankan mengambil asid folik sebanyak 400 mikrogram setiap hari, sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan, kecuali jika doktor menetapkan dos berbeza.
-
Kenali kitaran haid dan waktu subur untuk meningkatkan peluang kehamilan.
-
Kekalkan berat badan yang sihat dan amalkan pemakanan seimbang.
-
Dapatkan tidur berkualiti antara tujuh hingga sembilan jam sehari.
-
Elakkan tabiat merokok, vape dan pengambilan alkohol.
- Lakukan pemeriksaan kesuburan bersama pasangan sekiranya masih belum dikurniakan zuriat selepas 12 bulan mencuba, atau enam bulan jika isteri berusia 35 tahun ke atas.
Apa yang penting, jangan sesekali saling menyalahkan apabila rezeki zuriat masih belum tiba. Teruskan berusaha, berdoa dan saling memberikan sokongan emosi antara satu sama lain.
Semoga setiap usaha dan penantian pasangan yang sedang berjuang mendapatkan zuriat dipermudahkan Allah SWT dan dikurniakan cahaya mata yang sihat suatu hari nanti.
Semoga tips kesuburan lelaki dan wanita ini dapat memberi manfaat!
Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan!
Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!
Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out
Sumber: Facebook Azril Nizam Jamaludin

sekarang!
