Bapa mana yang tidak sayang anak. Demi sayang kepada anak perempuannya, seorang bapa sanggup berpanas dan berjalan dalam keadaan ‘squad’ demi menyarung kostum Pikachu kesukaan anaknya bersempena hari lahirnya.

Biarpun terpaksa bertahan lama selama 40 minit sepanjang majlis, langsung tidak menjadi hal kepada bapa, Mohd Hazwan Alif.

“Tak Berat Tapi Panas” Demi Anak, Bapa Sanggup Mandi Peluh & Berjalan Squad Pakai Kostum Pikachu!

Menerusi perkongsian isterinya di Tik Tok @nurulsyuhada_ali, idea itu tercetus kerana Pikachu merupakan karektor kartun kegemaran anaknya, Darleen Nur Arissa yang kini berusia lima tahun.

“Tak Berat Tapi Panas” Demi Anak, Bapa Sanggup Mandi Peluh & Berjalan Squad Pakai Kostum Pikachu!

“Disebalik maskot ada seorang bapa yang gigih sanggup mandi peluh demi menggembirakan anak perempuannya,” tulisnya di kapsyen.

“Tak Berat Tapi Panas” Demi Anak, Bapa Sanggup Mandi Peluh & Berjalan Squad Pakai Kostum Pikachu!

Menerusi perkongsian di Mstar, kongsi Hazwan lagi, walaupun dia berdepan kesukaran kerana memiliki ketinggian 179 cm dan tidak menutup sepenuhnya, dia rela demi anaknya.

IKLAN

“Tak Berat Tapi Panas” Demi Anak, Bapa Sanggup Mandi Peluh & Berjalan Squad Pakai Kostum Pikachu!

“Masa mula-mula sarungkan dekat luar rumah memang struggle sikit sampai nampak bahagian lutut.

“Tapi bila dah nak masuk ke rumah saya terpaksa squad sikit sambil berjalan sebab nak elak daripada mereka tahu saya.

“Kostum tu tak berapa berat tapi agak merimaskan sebab panas,” kongsinya lagi.

IKLAN

“Tak Berat Tapi Panas” Demi Anak, Bapa Sanggup Mandi Peluh & Berjalan Squad Pakai Kostum Pikachu!

Idea ‘berselindung’ sambil menggembirakan anak kecilnya itu akhirnya diketahui oleh seluruh ahli keluarga bila mana anaknya mula menyedari bapanya melalui lubang mulut Pikachu.

Kongsi Hazwan lagi, dia berpegang pada nasihat seorang penceramah di mana layanlah anak sebaiknya ketika anak berusia dari satu hingga tujuh tahun seperti raja dan puteri.

 

IKLAN
@nurulsyuhada_ali Semoga terhibur 😆 #fyp #fypdongggggggg #zyxcba ##viral ♬ original sound – NurulSyuhada

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

“Tak Berat Tapi Panas” Demi Anak, Bapa Sanggup Mandi Peluh & Berjalan Squad Pakai Kostum Pikachu!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: Tik Tok @nurulsyuhada_ali & Mstar Online

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI