Sebut sahaja sambal sardin pasti terkenangkan keenakan dan paling penting kepantasan memasaknya yang cukup membantu mak-mak di dapur. Bagi persediaan memasuki bulan puasa tidak lama lagi, stok sardin pastinya menjadi juadah sahur kita.
Selain membeli sardin dalam tin, apa kata kali ini kita cabar diri hasilkan sardin tin sendiri. Lagi sedap dan yang penting lama selamat!
Macam mana nak buatnya? Jom cuba resipinya.
SARDIN HOMEMADE BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia -tak payah letak banyak
3 sudi besar cili kering blender
Sebiji tomato dadu
5 biji cili belah 2
4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
Garam
2 sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air -ikut kepekatan
Limau nipis 2 biji -untuk perap
Ikan dipotong ekor dan kepala. Bersihkan, lepas tu perap 10 minit dengan 1/2 sb garam dan 2 biji limau nipis atau kasturi.
Dah perap basuh semula dan toskan air. Ketepikan.
Ads
Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato. Tumis hingga wangi dalam minyak yang banyak sikit lebih kurang suku cawan.
Dah garing dan wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul-betul garing dan pecah minyak.
Masukkan pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato potong dan bahan lain kecuali air. Kacau lagi bagi sebati rasa masin manis dan masamnya.
Ads
Kalau dah ok tambah 2 cawan air. Tak payah banyak-banyak sangat. Kacau sebati dan masuk ikan.
Tutup periuk tekanan dan setkan masa dalam 80 minit lebih kurang. Tulang dah agak lembut.
Bila dah cukup masa, lepaskan wap tekanan. Ikut arahan pressure cooker masing-masing la ye. Kak Non guna periuk ajaib tu je, stir fry sikit dalam 2 minit bagi kuah pekat. Sedia di hidangkan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Roti Titab atau Roti Bakar Telor Bergoyang memang cukup popular di kedai. Namun macam mana cara hendak membuatnya sendiri. Lagi mudah rupanya menggunakan air fryer. Macam mana nak buat?
Jom cuba ikuti perkongsian resipi Fatin Idrus ini. Simple dan cepat!
Kalau saya panggil macam tu tapi ada yang panggil Roti Titab, Roti bakaq teloq goyang kan?
Saya cuba guna air fryer untuk bakar roti dan buat telur separuh masak. Yang ada air fryer boleh cuba, takdela beli tersimpan buat hiasan je kan. 😅 Gitchuu.
Bahan-bahan:
Telur
Masa – 8 hingga 10 minit
Suhu – 100′ c
Roti
Masa – 6 minit
Suhu -180′ c
Mula-mula masak dulu telur dengar air fryer selama 8-10 minit denga suhu 100’C (ikut air fryer masing-masing. Ketepikan.
Lepas tu potong keliling roti dan sapu sedikit marjerin atau butter.
Boleh terus bakar roti, suhu 180’C saja selama 6 minit.
Pecahkan telur atas roti dan letaklah sekaya di kiri kanan. Memang layan!
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila sebut sahaja sayur, anak-anak mulalah liat untuk makan. Ubah gaya dan jadikan sayur versi rangup. Anak mesti suka.
Jika sebelum ini bayam atau sawi jadi pilihan, olah pula terung untuk dijadikan fries. Rangup dan sedap. Jom cuba perkongsian resipi Syahirah Adnan.
Sedap terung goreng ni. Semalam tengok member dalam group ni share macam mana dia nak tarik minat anak makan sayur.
Alhamdulillah saya baru je goreng ni untuk kudapan petang anak, berebut diorang. Yang ni saya gaul dengan tepung bestari je.
Tq pada “baba” yang share resepi & tips ni. Ha gambar kedua tu, kita repeat lagi goreng untuk dinner. Ada kawan-kawan dalam group cakap potong bentuk jejari pun sedap.
Masha Allah lagi sedap!! Mcm fries!!!
Mula-mula, basuh bersih terung dan potong ikut kesukaan. Nak rangup, potong nipis-nipis.
Lepas cuci terung tu, saya terus gaul dengan tepung bestari je. Tepung tak payah bancuh guna air.
Lepas tu panaskan minyak dan terus goreng. Kena minyak banyak macam goreng fries tu. Nak rangup kena goreng garing sikit.
Nak rangup, masuk masa minyak betul-betul panas tapi api jangan besar.
Ibu-ibu mesti selalu ketandusan idea nak sediakan kudapan untuk anak-anak kan? Lagi-lagi anak yang suka mengunyah. Daripada makan jajan yang tak ada khasiat baiklah ibu berkreatif sikit.
Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Umairah Jamaah dia menjelaskan anak-anaknya suka mengunyah. Sementara nak tunggu waktu makan utama perut anak-anak mesti kena isi. Maklum sajalah anak-anak aktif. Jadi perlukan tenaga extra.
Ini antara beberapa menu kudapan. Guna sumber sayur-sayuran. Bebas perasa dan pengawet tiruan. Mudah juga nak disediakan.
Cuma bancuh tepung beras. Salut dan goreng. Siap untuk dimakan.
Ini bahan-bahan yang biasa kak Mai guna sebagai salutannya.
1 cawan tepung beras 1 sudu tepung jagung (kadang-kadang tak letak pun) 1/2 cawan air *** Garam untuk anak umur atas 2 tahun sahaja.
Kita bancuh begini. Suka ‘coating’ tipis saja.Lobak merah. Sedap tau. Manis-manis rasa dia.Cendawan enoki nama diberi. Yang ini kena gunting-gunting sikit. Bagi anak mudah kunyah. Risau tercekik. Bila panjang sangat. Rangup tau.Terung kaya dengan anti oksidan.Serius sedap labu bila digoreng begini guys. Mnanis! Labu sangat untuk sistem penghadaman. Baik untuk kecacingan.BayamSawiPeria. Walaupun pahit. Tapi anak-anak kakMai suka
** Labu, lobak merah dan terung boleh terus goreng dengan api perlahan.
(Lobak merah lepas goreng jadi texture ala-ala kentang. Cuma ada serat sikit manakala labu lepas goreng jadi lembut)
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.