
Sedap betul mango cheese cake, rasa cheese dibahagian bawah dan dipadankan pula dengan kombinasi puri mangga di atas memang sangat sedap! Teringat pula ketika pertama kali merasai keenakan mango cheese cake di salah sebuah kedai kek yang terkenal di Kuantan.
Rupa-rupanya cara penyediaan mango cheese cake ni sangat mudah. Tak perlu oven atau mixer pun untuk menyediakanya. Cukup hanya disimpan di dalam peti sejuk. Yang paling penting mestilah ada buah mangga kan. Memandangkan sekarang musim buah mangga, ramai peniaga menjual buah mangga so apa tunggu lagi. Jom kita buat mango cheese cake sebagai manisan untuk berbuka nanti. Ikuti resipi perkongsian daripada Nuryatie PG’s.

Resipi Mango Cheese Cake

Bahan-Bahan;
– Butter
– Biskut Marie
– Cream Cheese
– Whipping Cream
– Gula Icing
– Serbuk Gelatin
– Buah Mangga dijadikan puri & potong dadu

Cara Penyediaan:
1) Lapisan bawah
-Cairkan butter separuh..dah cair masukkan biskut yang dihancurkan
-Kacau-kacau kemudian masukkan dalam loyang..padatkan
-Biskut marie dalam 20-25keping

2) Lapisan 2
-Blend 250g cream cheese kemudian masukkan whipping cream sekotak kecik dan gula icing dlm 2 atau 3 sudu (Kalau nak manis tambah lagi)
-Bancuh gelatin dalam sesudu besar campur air panas dalam 3 sudu..kacau sampai sebati masukkan dalam adunan blend tadi..blend sampai sebati
*dalam creamcheese kalau nak letak puri mangga atau mangga yang potong kecik-kecik pun boleh!
3) Masukkan adunan blend tadi dalam lapisan pertama..biarkan beku dalam 15-20 minit

4) Untuk puri mangga – blend sampai betul-betul halus campur dengan gelatin 1 sudu besar yang dah siap di bancuh dengan air panas
*mangga untuk puri saya pakai sebijik
5) Masukkan dalam loyang tadi..pastikan cream cheese dah beku..takut nanti adunan bercampur

6) Letak mangga yang dah potong kecik..suka hati la nk hias macam mana pun

7) Sejukkan..tunggu la dalam 4 – 5 jam, kalau tak sabaq potong ja makan.
Sumber: Nuryatie PG’s
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!











Kacau sebati gula perang, shortening, esen vanila dan kuning telur. Kemudian baru tambahkan badam serbuk, soda bikarbonat, baking powder. Kacau rata adunan.
Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau lagi.
Masuk tepung gandum dan serbuk cornflakes. Kacau sebati.
Tambahkan minyak. Kacau lagi.
Last tambah 1 cawan badam yang dah siap bakar awal.
Ok jadi doh cantik.
Bulatkan dan golek kat cornflakes yang kita ramas tadi.
Loyang sapu majerin, panaskan oven 150 5 minit kemudian bakar biskut suhu 160 masa 25-30 minit api atas bawah.
Siap dah.

















