Sayangkan anak bukan bermaksud kita tak boleh marah atau larang. Cuma kita perlu belajar cara marah dan melarang yang boleh membantu anak-anak kita jadi lebih berupaya dan sayang diri dia dan kita.
Caranya mudah sahaja seperti yang dikongsikan oleh Pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan, Ibu Rose
3 petua yang Ibu nak turunkan di sini:
Ads
– Sebelum melarang dan marah, check niat dulu. Buat sebab kita mahu anak itu betulkan kesilapan dan tahu kita hargai dia.
– Ingat kita sekadar membetulkan bukan mahu menyakitkan dan berdendam.
– Kuatkan rasa sayang dalam hati itu terhadap anak kita itu, baru larang dan betulkan.
Ads
Mana sempat nak buat semua tu Ibu!
Itulah namanya skil. Mula-mula mengambil masa dan terkial-kial, macam kita baru bawa kereta atau bermekap. Bila dan cekap, cepat dan senang jer.
Setiap hari kalau anak tak boleh tengok gajet, resah, gelisah, mengamuk tak tentu pasal semua ada. Selagi tak dapat, selagi itulah akan merengek dan sekaki dengan kita kan?
Disebabkan ibu bapa rasa anak dah mula menganggu nak buat kerja, akhirnya terpaksa juga beri anak tengok dengan alasan mereka akan leka dan boleh diam.
Anak-anak ini bila dah dapat gajet, boleh duduk diam berjam-jam. Makan minum dah tak kisah asalkan boleh layan cerita atau game.
Ingat ya walaupun kita nampak mudah nak uruskan anak macam ni, tapi kesan jangka panjang sangat tak elok. Sebab tu ibu bapa kena jadi kreatif dan cipta permainan yang boleh merangsang perkembangan anak baik dari aspek fizikal atau mental.
Perkongsian dari Puan Rasyidah Salleh melakukan aktiviti montessori yang sangat menarik untuk anaknya mungkin boleh dilakukan juga oleh ibu bapa lain pada anak-anak supaya mereka boleh lupakan gajet.
CUT THE FRUITS
Tak sabar nak tunggu anak teruna ibu tolong kat dapur. Gaya pegang pisau ‘A’ dah tu.
Kekuatan : Membantu bayi untuk fokus dalam membuat sesuatu perkara, bantu motor skill (pegang pisau)
GOAL
Bola-bola dari berlainan jenis. Ada yang keras, ada yang lembik, ada yang ringan, ada yang bantal.
Kekuatan : Memberi bayi pendedahan tentang kepelbagaian berat bola, bantu bayi fokus.
RIGHT HOLE
Bayi harus memasukkan batang aiskrim & pompom di lubang yang betul.
Kekuatan : Mendedahkan tentang kepelbagaian bentuk sesebuah barang, membantu bayi fokus.
SCOOP & TRANSFER
Ni paling lama dia main! Sejenis yang gigih.
Kekuatan : Membantu bayi fokus, koordinasi mata & tangan
ALA-ALA FLUBBER
Bahan : Campur tepung jagung & air, kacau untuk dapatkan kepekatan yang sesuai. Tekstur dia sangat menarik!
STRAW THREADING
Bayi akan sangat bersungguh bila buat ‘threading’.
ICE ICE BABY
Boleh letak buah berwarna warni sebelum keraskan ais tu untuk lebih menarik!
BABY DRUM CIRCLE
PARKING LOT
Mula2 ni dia tahu parking kereta je, lepas ni boleh upgrade letak sticker nombor & nomborkan parking tu.
SWEEP THE FLOOR
Sapu ‘sampah’ dengan kumpulkan sampah itu dalam satu petak tiles lantai yang ditetapkan.
Strength : Motor skill & focus
Nak galak anak buat kerja rumah, baca
“Innallaha yusikum biummahatikum”- (Sesungguhnya Allah mewasiatkan kepadamu supaya berbakti kepada ibumu)
Adik jom mandi! Kenapa kena mandi? Sebab badan adik dah kotor, seharian dah ke sana ke mari. Macam mana badan boleh kotor mama? terkadang tertekan mama melayan soalan-soalan si kecil yang tidak berkesudahan? Tak tahu apa yang patut anda respon, marah atau terus tersenyum. Namun itulah antara proses perkembangan si kecil yang baik untuk otak mereka.
Apabila anak anda bertanya soalan, dia mengambil peranan aktif dalam pembelajaran sendiri. Mereka cuba untuk memikirkan bagaimana dunianya berfungsi dengan mencari maklumat. Sambil bertanya soalan, anak-anak sedang membangunkan kemahiran pemikiran kritikal yang membina kekuatan otak.
Bertanya juga merupakan satu bentuk komunikasi yang penting. Anak anda mencari maklumat daripada individu lain yang menurut mereka lebih mempunyai pengetahuan. Ia mungkin akan bertanya kepada anda, kakak atau abang mereka, ahli keluarga yang lain atau juga pengasuh mereka untuk mendapatkan maklumat yang mereka perlukan.
Kanak-kanak kecil lazimnya akan bertanya soalan apabila:
Jenis soalan biasanya akan berubah mengikut perkembangan mereka. Berikut adalah soalan yang biasa ditanya mengikut peringkat umur mereka:
Adakalanya ibu dan ayah buntu untuk menjawab soalan si kecil yang berterusan. Sudah tentulah ia penting untuk menjawab soalan anak-anak tapi sebaiknya elakkan menjawab secara membuta tuli kerana ia mungkin mengurangkan peluang si kecil untuk berfikir sendiri dengan sokongan daripada anda. Apa yang boleh mungkin boleh anda lakukan adalah:
Anda juga boleh mencipta keadaan di mana anak-anak akan bertanya dan menunjukkan rasa ingin tahu si kecil:
Apa sahaja soalan si kecil, ibu dan ayah haruslah cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik kerana ia penting untuk perkembangan otak si kecil anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya ada jenis permainan yang boleh bantu anak bijak berdikari kerana kanak-kanak belajar ketika bermain. Jadi lepas ini janganlah halang atau marah bila anak sibuk main permainan tersebut. Layankan sahaja kerana ada banyak manfaat pada perkembangan mereka sendiri.
Walaupun setiap kanak-kanak itu adalah sebaya usianya namun perkembangan mereka berbeza. Kadang kala kanak-kanak yang lahir di awal tahun juga mempunyai perkembangan yang berbeza dengan kanak-kanak yang lahir di hujung tahun.
Tetapi ia tidak bermakna kanak-kanak tersebut tidak boleh membesar dengan bijak dan boleh berdikari. Yang penting mereka menerima rangsangan yang betul daripada ibu ayah.
Justeru itu, ibu dan ayah perlu bijak menyediakan pelbagai bahan bantuan pengajaran untuk mendidik kanak-kanak secara belajar sambil bermain. Berikut adalah beberapa bahan bantuan pengajaran yang diguna pakai untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak.
1. Permainan doh
Kanak-kanak amat gemar dengan permainan doh. Ia merupakan sejenis permainan yang sangat menarik untuk anak-anak bermain dan mendapatkan pengalaman. Aktiviti ini membolehkan mereka menguli, memicit, menggentel, meramas,mencubit, menekap menggunakan acuan biskut, memotong dan membentuk.
Permainan ini menggalakkan kreativiti dan imaginasi semasa bermain dengan permainan ini. Jika tidak mahu membeli doh mainan yang dijual, anda boleh buat sendiri doh mainan menggunakan bahan-bahan masakan di rumah. Lebih selamat dimain oleh anak-anak.
Cara membuatnya
3 cawan tepung serbaguna
1 1/2 cawan garam halus
3 sudu minyak sayuran
3 cawan air panas (masuk sedikit-sedikit)
6 sudu tartar cream
pewarna
Campur semua bahan, masuk air sedikit-sedikit supaya tidak lembik. Uli sampai doh tidak melekit. Kemudian bahagikan doh untuk letak pewarna kesukaan dan siap untuk dibuat bermain.
2. Mengira duit
Kanak-kanak belajar mengenai matematik melalui penggunaan wang. Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang,mengira,mengenal duit dan penggunaan wang syiling. Ia merupakan kemahiran asas yang penting untuk dikuasai pada usia murid-murid prasekolah.
Penggunaan atau perbelanjaan duit merupakan cara yang menarik dalam memperkukuhkan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami serta mengetahui pertukaran nilai wang ketika berbelanja dan pembelian barang adalah sangat penting.
3. Belajar Mengenali dunia
Cara mudah untuk kanak-kanak belajar mengenali negara-negara di seluruh dunia ialah melalui globe. Anda boleh beli sebuah globe bagi membolehkan anak belajar tentang nama benua dan negara-negara di seluruh dunia. Mereka juga lebih memahami kedudukan Negara Malaysia dalam peta dunia.
Kemudian menjelaskan terdapat pelbagai negara di seluruh dunia. Pembelajaran ini mengenalpasti setiap kanak-kanak mempunyai perfahaman yang baik. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan kanak-kanak yang akan menjadi kayu pengukur untuk mendidik kanak-kanak mengikut tahap perkembangannya.
4. Mengikat tali kasut
Kanak-kanak memang gemar hendak mencuba mengikat tali kasut mereka sendiri. Jangan marah atau halang mereka. Biarpun anda terpaksa bersabar menunggu mereka selesai mengikat tali kasut tetapi ia berbaloi kerana mengikat tali kasut adalah salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran motor halus .
Ia merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan seperti tangan untuk membuat pergerakan. Kepentingan aktiviti ini ialah kanak-kanak mudah melakukan pergerakan anggota tangan (jari-jemari) lebih mudah diajar menulis, melukis, dan melakar. Dalam pada itu, ia turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan.
5. Mari memasak
Kalau anak suka mengikut anda ke dapur, biarkan sahaja. Jangan halang minat dan keinginan mereka untuk belajar. Beri mereka peralatan dapur yang selamat untuk kanak-kanak bermain seperti mangkuk, senduk, pinggan plastik.
Jika ada bajet mungkin boleh beli alat permainan dapur bersaiz kanak-kanak yang ada peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkok. Cara ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka aktiviti dan berhubungkait dengan dunia sebenar. Aktivirti ini menggalakkan juga kanak-kanak mengetahui peranan seorang ibu di dapur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Air kosong bayi bawah 6 bulan boleh menyebabkan keracunan air, hiponatremia dan sawan. Ketahui sebab bayi tidak memerlukan air kosong serta waktu yang sesuai untuk mula minum air.