Dalam hidup berkeluarga ni, kadang yang kita perlukan bukan perubahan besar tapi sedikit kelegaan. Bila harga barang tak turun-turun, gaji tetap macam tu juga, dan anak-anak makin membesar dengan keperluan yang makin banyak mak ayah mana yang tak rasa sesak?
Kita ni bukan minta mewah. Cukup kalau dapat isi minyak penuh tanpa rasa bersalah. Dapat beli barang dapur tanpa kena catu. Dapat belanja anak walau sedikit, tanpa rasa bersalah.
Jadi bila ada pengumuman besar “untuk rakyat dan negara”, tentulah harapan mak ayah macam kita ni mula terbit.
Semalam, Perdana Menteri Malaysia akhirnya membuat pengumuman rasmi yang ditunggu-tunggu rakyat. Ramai terkejut, ada yang skeptikal, tapi ramai juga yang tarik nafas lega.
Di sebalik pengumuman itu, seorang penulis, Liyana Marzuki, tampil dengan ulasan ringkas tapi deep. Menyentuh dua isi utama dalam pengumuman itu, ayuh ikuti perkongsiannya.
Ads
Minggu lepas kita dapat poster. Ada pengumuman besar untuk Rakyat dan negara. Lilbirds saya berciapan. Macam2 teori, macam2 harapan. Saya tak berapa kuasa nak layan. Saya percaya timing yang dibuat, ketika seorang Thanos tengah jadi mastermind nak jatuhkan seorang lagi Perdana Menteri, si dia ini sedang membaca rapi.
Apa saja yang dia akan umum, surely akan berbentuk populis. Dari hari ke hari, kita tunggu punya tunggu. Semalam dia umum. Dalam banyak benda, ada 2 perkara major saya nak bedah lanjut.
1. RON95 TURUN KE RM1.99 – UNTUK WARGA MALAYSIA SAHAJA
Ads
✅ Fakta: 📌Harga petrol turun RM0.06. Antara terendah di Asia Tenggara. 📌Subsidi kekal, tapi disasarkan. 📌Warga asing & penyeludup bayar RM2.50 (harga pasaran) Ini pada saya the most shocking dan tak dijangka. Reverse psychology at its best. Dalam pada orang menyumpah sebelum ini, subsidi T20 nak ditarik. Tetiba dia bagi harga minyak rendah lagi. Tak sampai 33 bulan, propaganda “Anwar naik, minyak turun” dah tak boleh guna. Ini polisi kasi terciduk namanya. Dari segi politik, ini A+. Rakyat tarik nafas lega. Strategically, polisi ini boleh selamatkan dia next pilihanraya. Dari segi ekonomi pun sound juga. Ia satu reformasi ekonomi, hatta kecil tapi ada. Menunjukkan Kerajaan ini tidak gopoh, sensible ke atas impak kepada rakyat. Pada masa sama, investor nampak ada juga daya nak betulkan fiskal negara.
2. RM100 UNTUK SEMUA DEWASA – UNIVERSAL ONE-OFF HANDOUT
✅ Fakta:
Ads
📌Pertama kali dalam sejarah negara, 22 juta rakyat dewasa akan terima cash untuk belanja.
📌Disalur terus ke MyKad — tak boleh disalahguna, tak boleh disalahbagi. 📌Hanya boleh dibelanjakan untuk barangan asas. Ini sebabkan suntikan RM2 bilion ke dalam ekonomi tempatan. Galak perbelanjaan rakyat tak kira marhein atau kayangan. Spillover effect kepada ekonomi itu besar.
Bukan cash is king secara simbolik untuk kesetiaan. Tapi semua Rakyat boleh terlibat dalam reformasi. Berbelanja dalam ekonomi.
Nilai simboliknya, it is small enough to be fiscally safe, but large enough to touch 22 million hearts… (kecuali yang nak berhimpun Sabtu nanti- disclaimer siap2).
All in all. Dasar ini kecil, tapi sampai. Ia populis, tapi terkawal. Tunjukkan bahawa walaupun Kerajaan mula2 mengambil dari kita, tapi ia juga sudah mula memberi. Si dia mungkin populis. Tapi kalau menjadi populis itu membuatkan Rakyat benefit, kita layankan. Kita tak perlu taksub. Tapi kalau kita boleh guna si Populis ini untuk desak dasar lebih adil, lebih berani, we take it as-is. Kerajaan bukan untuk disembah. Tapi kalau dasar turun ke bumi, kita wajib kenal dan hargai. Salam hormat, Liyana Marzuki Nota Kaki: Penulis berisiko digelar Walanon hari ini
Selepas kemelut rumahtangga yang berpanjangan, akhirnya bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi mengorak langkah bahagia bersama anak-anak dengan bercuti ke luar negara.
Menerusi Instagramnya, Shuhada tampil berkongsi momen indahnya bersama dua anaknya, Humairah dan Umar yang kini sedang bercuti ke Jepun.
“Hey Konichiwa. Safely arrived in Tokyo,” tulis Shuhada menerusi kapsyennya.
Menerusi satu hantarannya, Shuhada tampil ceria ketika mengabadikan kenangan di lapangan terbang bersama anak-anak.
Begitu juga ketika melawati beberapa tempat menarik di Tokyo. Malah Shuhada dan anaknya turut melapangkan masa untuk menonton wayang di sana, seperti janjinya bersama bekas suami.
Rata-rata wargamaya begitu kagum melihat semangat ibu tunggal ini yang tampil bangkit dari kesedihan hidup yang dilaluinya. Semuanya demi menjaga emosi dua anaknya, Humairah dan Umar.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut setia ibu tunggal ini turut mendoakan agar Shuhada dan anaknya terus bahagia.
Terdahulu, Hafidz dan Shuhada sah bercerai talak satu pada 27 Julai yang lalu.
Tidak sempat untuk menonton konsert jelajah penyanyi kesukaannya Jay Chou pada 26 Oktober lalu, seorang ibu hamil tidak menyangka dia melahirkan anak di Stadium National Bukit Jalil.
Difahamkan wanita berkenaan mengalami tanda-tanda untuk bersalin sebelum pasukan medik dikejarkan ke tempat itu bagi memberikan bantuan awal.
Tak lama kemudian bersaksikan ribuan penonton lain yang sedang beratur bagi memasuki stadium berkenaan, wanita itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang cukup sihat.
Kelahiran bayi perempuan comel yang berlaku di luar Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut membuat yang lain sama-sama bersorak kegembiraan.
Menurut perkongsian suaminya, isteri merupakan peminat Jay Chou dan dia sedia tahu isterinya tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri konsert itu memandangkan tiket sudah lama dibeli.
Bahkan katanya dia, dia dan isteri yang langsung tidak menyangka kelahiran cahaya matanya itu merancang untuk menonton konsert artis pujaan isterinya itu tahun depan.
Kadar kematian akibat lemas di seluruh negara setiap tahun adalah tiga atau empat kali ganda berbanding mangsa kebakaran sejak 2018.
Enam Kawasan Berisiko Mati Lemas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti enam kawasan berisiko mati lemas di seluruh negara, tahun ini, kata Ketua Pengarah Datuk Mohammad Hamdan Wahid.
Beliau berkata ia membabitkan lima kawasan sungai di Kedah, Perak dan Sabah serta satu kawasan air terjun di Terengganu dengan kematian akibat lemas direkodkan seramai 14 orang di kawasan terbabit, sehingga Oktober lepas.
"Kadar kematian akibat lemas di seluruh negara setiap tahun adalah tiga atau empat kali ganda berbanding mangsa kebakaran sejak 2018. Kebanyakan mangsa lemas ini merupakan pelajar sekolah dan kebiasaannya mangsa adalah orang luar dan bukan penduduk tempatan di kawasan itu,"
15 Kawasan Berisiko Direkodkan Bagi Tahun 2016 hingga 2018
Bagi 2016 hingga 2018, JBPM merekodkan sebanyak 15 kawasan dikenal pasti berisiko tinggi mati lemas membabitkan lima kawasan sungai di Sabah, Selangor dan Kelantan, empat kawasan air terjun di Selangor, Terengganu dan Pahang, tiga kawasan pantai di Kelantan dan Pulau Pinang dan tiga kawasan tasik, lombong dan empangan di Selangor, dengan kekerapan insiden mati lemas lebih daripada lima mangsa.
Selain itu, sebanyak 39 kawasan dikenal pasti sebagai kawasan berisiko mati lemas membabitkan sembilan kawasan sungai di Kedah, Negeri Sembilan, Sarawak dan Terengganu, lima kawasan air terjun di Terengganu, Selangor, Pahang dan Perak, lima kawasan tasik, lombong, empangan dan jambatan di Johor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Perak serta 20 kawasan pantai di Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak, Kelantan, Perak, Sabah, Selangor dan Pahang, bagi tempoh 2016 hingga 2018.
Ia membabitkan kekerapan insiden mati lemas kurang daripada lima mangsa.
Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata 80 peratus daripada keseluruhan 15,000 anggota JBPM dibekukan cuti sebagai persiapan menghadapi monsun timur laut yang dijangka berlaku bermula bulan ini sehingga bulan hadapan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.