Anak kecil ni sememangnya penyeri hidup kita. Ada saja perangai mereka yang buat kita terhibur . Kadang-kadang tak perlu buat apa, hanya dengan mimik muka dah boleh mencuit hati.
Seperti yang dikongsikan ibu ini menerusi akaun TikTok nanabteabah, menunjukkan gelagat anaknya yang sedang merajuk. Biarpun dipanggil berkali-kali, tetap tidak diendahkan. Yang lucunya, apabila anaknya keluar bilik air dengan mulut yang dimuncungkan.
Tambah merajuk bila disuruh keluar pula untuk tanggalkan seluar dan lampinnya terlebih dahulu. Mungkin tak puas hati, itu yang muncung panjang sedepa dia bagi pada si ibu.
Comel betul awak ya, semoga awak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak. Jangan merajuk-rajuk selalu, nanti lekas tua!
Rindu yang tiada penghujung! Berat ujian ditanggung Mohd Mizi Abu Hasan apabila terpaksa menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi tanpa isteri tercinta, Nur Hanis Abd Rahman yang dijemput Ilahi pada 28 Mac lalu.
Nur Hanis meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat jangkitan Covid-19 dan barah payudara tahap empat.
Biarpun sudah genap sebulan Nur Hanis pergi, Mohd Mizi, 37, mengakui masih bersedih dan terkenangkan saat indah bersama isterinya itu walaupun semuanya kini tinggal kenangan.
Lebih menyedihkan Mohd Mizi apabila tidak berpeluang berada di sisi sewaktu Nur Hanis menghembuskan nafas terakhir kerana isterinya itu meninggal dunia di wad hospital pesakit Covid-19 yang tidak membenarkan kehadiran pelawat.
“Arwah memang isteri yang terbaik, taat, menghormati saya sebagai suami dan sentiasa uruskan keperluan iaitu makan serta pakai saya.
“Dia juga anak yang baik dan menyayangi keluarganya jadi kami semua terkesan dengan pemergiannya,” katanya.
Mohd Mizi berkata, dia dan isteri mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan hidup bahagia walaupun tiada rezeki dikurniakan cahaya mata.
Oktober tahun lalu, Nur Hanis disahkan menghidap barah payudara dan sejak itu tinggal dengan keluarganya di Kampung Selat Pulau, Kampung Gajah, di sini sebelum disahkan positif Covid-19 awal Mac.
“Berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot, arwah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan dan ditidurkan sepanjang dua minggu di wad.
“Arwah ada tersedar beberapa kali dan kami kerap berhubung menerusi panggilan video namun arwah tidak boleh bercakap kerana ada wayar pada mulutnya.
“Kiranya, kali terakhir saya bercakap dengan arwah adalah sebelum dia dimasukkan ke hospital dan arwah sempat berpesan untuk menjaga rumah serta keluarganya,” katanya.
Arwah tunjuk sikap pelik
Katanya, Nur Hanis ada menunjukkan beberapa tanda sebelum meninggal dunia yang disedarinya dan ahli keluarga.
“Antara sikap peliknya adalah bersungguh beri nombor pin kad bank miliknya kepada saya dan adiknya (Nur Nazirah Abd Rahman, 30) selain meminta maaf dengan mak dan ayahnya.
“Dia juga tidak menempah baju raya tahun ini seperti tahun terdahulu sebaliknya hanya ingin membeli pakaian yang sudah siap saja malah memujuk saya serta keluarga memakai pakaian sedondon berwarna kuning cair.
“Ditakdirkan, arwah meninggal dunia jadi tidak sempat bergambar dengan baju raya yang diimpikan dan kami tak sangka sikap aneh ditunjukkan menjadi petanda arwah akan pergi buat selamanya,” katanya.
Berkongsi kisah di sebalik videonya menangis sambil memegang bingkai gambar isteri mendapat perhatian di TikTok, Mohd Mizi mengakui tidak dapat menahan sebak ketika itu.
“Video itu dirakam ketika sesi fotografi saya bersama keluarga isteri di studio pada Ahad lalu.
“Saya jadi sebak kerana melihat ada ahli keluarga isteri yang menangis dan mengenangkan arwah tiada bersama kami ketika itu.
“Terima kasih kepada yang mendoakan walaupun tidak mengenali arwah. Semoga Allah makbulkan doa untuk kami sekeluarga dan beri kebaikan untuk mereka yang mendoakan,” katanya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun anak kesayangannya kini sudah pun berusia dua bulan, namun personaliti media sosial, Fila Amir enggan berkongsi wajah buah hati tersayangnya bagi mengelakkan penyakit ain.
Fila memuat naik satu hantaran di TikTok yang ketika itu merakam momen kepulangan suami, Adama selepas dua bulan meninggalkannya atas urusan kerja.
Tambah Fila lagi, dia belum bersedia berkongsi wajah anaknya malah menjawab pertanyaan pengikutnya berkenaan hal itu.
Bagaimanapun, terdapat seorang individu yang kurang senang melihat wajah anak pasangan tersebut yang masih dikaburkan.
“Anak sudah dua bulan, kenapa nak kaburkan lagi? Nak tengok muka baby,” tulisnya pengikutnya di ruangan komen.
Tidak berdiam diri, Fila kemudiannya membalas komen tersebut dan mempertahankan tindakannya itu demi kesihatan anaknya.
“Nak elak daripada penyakit ain dari orang macam awak,” tulisnya ringkas.
Kenyataan Fila itu mendapat sokongan daripada warganet yang turut melakukan perkara sama terhadap anak mereka.
Sekadar info, Fila dan suaminya selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada 14 Mei lalu selepas lima tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF).
Untuk rekod, Fila dan Adama yang berasal dari Guinea, Afrika mendirikan rumah tangga mereka pada 26 April 2019.
Sumber: TikTok Fila Adama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehilangan satu keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri bersama empat orang anak termasuk seorang bayi berusia enam bulan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat setempat apabila mereka gagal dikesan sejak 4 Julai lalu.
Keluarga tersebut, Mohd Rizal Che Din, 44, dan isterinya, Nor Alia Othman, 35, bempat orang anak mereka yang berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun, kali terakhir dilihat berada di rumah mereka di Kampung Bukit Chabang, Changlun pada Khamis minggu lalu. Sejak itu, mereka langsung tidak pulang ke rumah dan semua usaha untuk menghubungi mereka menemui jalan buntu.
Adik kepada Mohd Azim, Nur Adliah Shuhada berkata. abangnya sekeluarga sering kali datang bermalam dan kebiasaannya akan pulang awal pagi sebelum Mohd Azim Ezzat memulakan tugas sebagai pengawal keselamatan.
Pada hari kejadian, kira-kira jam 5.30 pagi, beliau menyedari keluarga berkenaan tiada di rumah dan menyangka mereka telah pulang ke rumah mentua di Jerlun.
“Saya sangka mereka sudah pulang ke Jerlun seperti biasa kerana abang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan biasanya keluar awal pagi manakala kakak ipar pula berniaga.
“Tapi bila ibu mentua abang hubungi saya dan maklumkan mereka tidak sampai ke rumah, saya mula rasa tak sedap hati,” katanya pada Ahad.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu mempunyai lima orang anak, namun anak sulung perempuan yang berusia 12 tahun tidak ikut serta dan tinggal bersama neneknya di Jerlun.
Nur Adliah Shuhada turut menjelaskan bahawa malam sebelum kejadian, mereka berbual seperti biasa dan tiada sebarang petunjuk menunjukkan pasangan itu menghadapi sebarang masalah.
Mohd Azim Ezzat sepatutnya bertugas pada pagi hari kejadian, manakala isterinya menjalankan perniagaan, namun tiada sebarang berita diterima daripada mereka sejak itu.
Tambahnya, usaha menghubungi telefon bimbit abang dan kakak iparnya berulang kali gagal sehingga kini, menambah lagi kegusaran pihak keluarga.
Pada pagi Sabtu lalu, beliau menerima maklumat mengenai penemuan sebuah kereta Proton Saga model lama di dalam Sungai Korok. Beliau bersama beberapa ahli keluarga terus ke lokasi kejadian, namun nombor pendaftaran kenderaan yang ditemui itu tidak sepadan dengan milik abangnya.
Susulan kejadian itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Jitra berhubung kehilangan keluarga berkenaan.
Sambil menjelaskan bahawa abang dan kakak iparnya tidak pernah gagal dikesan sebelum ini, beliau berharap sesiapa yang menemui mereka agar menghubunginya segera melalui talian 011-64408196 atau 011-60816922.
“Saya risaukan anak-anak abang, terutama yang bongsu baru berusia enam bulan, manakala tiga lagi masih bersekolah.”
“Kami akan terus berusaha mencari mereka di laluan sering dilalui sepanjang kawasan Sungai Korok, selain menghebahkan kehilangan itu melalui Facebook,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan semalam berhubung kehilangan pasangan suami isteri itu bersama bayi mereka berusia enam bulan dan tiga lagi anak berumur sembilan, lapan dan tujuh tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...