Kuih lopes antara kuih wajib sepanjang bulan puasa ini. Malah kuih yang satu ini menjadi menu tradisi keluarga turun temurun ketika berpuasa. Walaupun mudah, namun kuih lopes sering dianggap sukar sedangkan hakikatnya cara hendak membuatnya cukuplah mudah.
Rasa tidak yakin untuk mencuba? Resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Sally Aqua ini cukup lengkap untuk anda ikuti. Confirm jadi. Jadi jom kita cuba!
Ikan merupakan sumber protein terbaik dan nutrisinya sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Bagi mama yang tercari-cari resipi sesuai untuk si manja, mama boleh cuba resipi ikan singgang ini.
Singgang ikan (Baby 7bulan++)
Bahan-bahan:
Halia (hiris)
Bawang putih (hiris)
Bawang merah (hiris)
Tomato
Carrot
Sawi (Sayur ikut suka nak buh ape janji sesuai)
Ikan kembung (terpulang nak pakai ikan apa pun yang sesuai untuk bayi)
Serbuk kunyit
(Sukatan bahan ikut kesesuaian sendiri)
Cara penyediaan:
Tumis bawang dan halia dengan Unsalted butter. Masukkan air. Masukkan ikan dan sayur-sayur keras. Ikan dah masak baru masuk sayur lembut-lembut.
Tambah sikit serbuk kunyit. Bagi menarik skit. Lepas dah sejuk saya ambik isi ikan and blend. Makan dengan nasik lembik.
Anak 7 bulan dah boleh slowly intro texture baru..yang kasar sikit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ikan goreng mungkin menu biasa. Akan tetapi sajian nasi tengahari tambah naik seleranya dengan ikan goreng panas-panas. Jika selalu ikan goreng hanya digaulkan bersama serbuk kunyit dan garam sahaja, kali ini tambahkan satu lagi bahan.
Bahan apa? Perkongsian Nur Darwisya Qasdina ini mak-mak kena cuba. Sedaopnya lain macam. Boleh bertambah sampai 2 hingga 3 pinggan.
Selama 35 tahun hidup, ni la first time makan ikan goreng sedap. Ikan goreng je kan, tu pun nak kecoh orang cakap.
Korang try buat, baru tau kecoh ke. Nikmat sangat rasa dia, lain dari lain. Mak mertua yang ajar.
Asam jawa, garam, serbuk kunyit.
Lumurkan bahan tu dekat ikan.
Nak perap kejap boleh. Nak terus goreng pun boleh.
Ikan memang akan bertukar colour hitam. Sama jugak minyak pon akan tukar colour.
Tapi rasa dia memang sedap sangat.
Buat ratah memang tak sedar dua tiga ekor sorang hadap. Cubealah!
Jangan kecam tau, even ikan goreng, rasa dia memang padu kalau buat macam ni.
Masakan yang sedap mestilah cukup rasa semuanya. Kebanyakan daripada kita akan menggunakan serbuk perasa untuk beri rasa sedap. Sebenarnya ada lagi cara yang lebih berkhasiat untuk mama sediakan makanan untuk seisi keluarga.
Salah satu pilihan sihat yang boleh digunakan untuk beri kelazatan pada makanan adalah dengan menggunakan kulit tomato. Rasa asli semulajadinya ini lagi baik untuk kesihatan selain kaya dengan Vitamin C.
Perkongsian Roazura Bahari ini boleh mama cuba kerana kita tahu khasiat buah tomato ini memang sangat bagus.
Akhirnya tertunai juga untuk berkongsi serbuk perisa tambahan bagi sesiapa yang ingin menggunakannya dalam masakan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua, menambah kesedapan dalam masakan lebih asli dan semulajadi.
Bahan utama:
Buah tomato secukupnya
Langkah membuatnya:
1) Belah 4 bahagian tau potong ‘X’ atas buah tomato
2) Kemudian masukkan dalam periuk dengan air mendidih
3) Biarkan sehingga kulit tomato sedikit terbuka kemudian angkat dan toskan.
4) Kupas kulit tomato tersebut, lapik kertas minyak atas dulang dan susun kulit tomato tersebut.
5) Bakar dalam oven atau air fryer sehingga kulit tomato kering.
6) Selepas itu, masukkan dalam blender kering dan kisar halus kulit tomato tersebut
7) Siap dijadikan serbuk perisa semulajadi
8) Bolehlah dimasukkan dalam masakan untuk menyedapkan lagi rasanya.
Selamat mencuba! Nak lagi mudah buat stok perasa semulajadi ni pada hari minggu. Serbuk perasa ni boleh dicampurkan dalam pelbagai jenis masakan seperti berkuah atau bergoreng. Dijamin sedap!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.