Beberapa hari lepas kecoh apabila sebuah kes seorang ibu muda meninggal dunia selepas bersalin akibat rahimnya terkeluar menyongsang semasa proses mengeluarkan uri dilakukan. Bagi menerangkan kejadian ini, Dato‘ Dr Rushdan Noor, Pakar Obstetrik & Ginekologi berkongsi penulisannya melalui laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia.
RAHIM MENYONGSANG (UTERINE INVERSION)
Baru-baru ini disiarkan berita kejadian yang berlaku di negara Rusia di mana seorang ibu meninggal dunia apabila rahim beliau terkeluar menyongsang semasa proses mengeluarkan uri dilakukan.
Rahim menyongsang (“turned inside out”) ataupun “uterine inversion” adalah salah satu komplikasi kelahiran yang serius berlaku selepas bayi dilahirkan. Ia boleh berlaku dengan sendiri apabila tekanan tinggi dalam rongga abdomen dikenakan ke atas rahim yang tidak mengecut dengan baik. Ia juga boleh disebabkan oleh kedudukan uri di bahagian bumbung rahim dan melekat pada dinding rahim.
Apabila uri ini cuba dikeluarkan, ia tidak terpisah dari dinding rahim sebaliknya menarik dinding rahim bersama turun ke bawah hingga keluar menerusi faraj secara menyonGsang. Dalam keadaan ini, bahagian rahim yang sepatutnya berada di atas berpindah ke bawah dan pangkal rahim tertinggal di atas. Bahagian rahim tersebut boleh keluar melalui faraj dan kelihatan seperti ketumbuhan besar.
Rahim menyongsang berbeza dengan rahim turun (“uterine prolapse”) kerana rahim yang turun masih mengekalkan bentuk yang normal. Rahim turun adalah umpama anda menuruni tangga dengan kepala di atas tetapi rahim terbalik adalah umpama anda menuruni tangga dengan kepala anda di bawah. Rahim benyongsang dikategorikan kepada beberapa tahap berdasarkan kepada kedudukan bumbung rahim (fundus) yang terkeluar. Di negara kita juga pernah berlaku komplikasi ini tetapi semakin berkurangan pada masa ini disebabkan oleh peningkatan proses kelahiran selamat yang dikendalikan oleh petugas terlatih.
Rahim yang keluar menyongsang ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak dan boleh mencetus renjatan saraf vasovagal. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan rahim. Jika tidak dirawat segera wanita tersebut boleh mati. Kejadian rahim menyongsang ini dianggap satu keadaan kecemasan dan jika ditangani pada peringkat awal, rahim itu dapat dikembalikan pada kedudukan asal dan pesakit dapat diselamatkan.
Ads
Jika rahim gagal dikembalikan dengan kaedah manual, pembedahan perlu dilakukan untuk memulihkan rahim tersebut tetapi kadangkala doktor mungkin perlu melakukan pembedahan mengeluarkan rahim jika pendarahan tidak dapat dihentikan.
Di antara risiko kejadian rahim menyongsang adalah ibu-ibu yang pernah mengalami komplikasi ini di masa dahulu (berulang), kedudukan uri berada di bahagian bumbung rahim (fundus), uri yang melekat kuat pada dinding rahim (“placenta accreta”) dan tali pusat bayi yang pendek. Ia juga boleh berlaku jika kelahiran dikendalikan oleh petugas yang tidak terlatih ataupun tergesa-gesa menarik keluar uri sebelum uri terpisah dari dinding rahim.
Terdapat juga ibu yang mengalami rahim menyongsang secara spontan dan tidak diketahui punca yang sebenarnya. Ini menunjukkan betapa pentingnya kelahiran dikendalikan oleh petugas yang terlatih di fasiliti yang selamat. Jika perkara berlaku di rumah maka peluang untuk menyelamatkan ibu sangat tipis.
Rahim yang menyongsang bukan semuanya berlaku ke atas ibu yang melahirkan anak tetapi juga wanita-wanita yang tidak hamil. Wanita ini mengalami penyakit ketumbuhan fibroid pada bahagian atas rongga rahim, apabila fibroid ini membesar ia akan mengisi rongga rahim dan keluar menerusi rongga pangkal rahim ke dalam faraj, akibat dari tarikan dari fibroid yang membesar ini, bumbung rahim akan ditarik turun dan masuk ke dalam faraj. Disebabkan oleh proses rahim menyongsang ini berlaku dalam jangkamasa yang panjang ianya dikenali sebagai rahim menyongsang yang kronik (“chronic uterine inversion”).
Ramai dari kalangan kita tidak percaya penyakit misteri. Tapi hakikatnya ada berlaku. Cuma bagaimana kita merawatnya mestilah dengan penawar sesuai dan tak membelakangkan Allah.
Usaha dan tawakal penting untuk pastikan keadaan kembali pulih. Begitu juga kes yang berlaku kepada seorang kanak-kanak Tuah Luthfi yang sebelum ini mengalami masalah gegata sehingga badannya mengalami luka teruk.
Menerusi perkongsian di Facebook Ustaz Norazri Medzlan telah mendapat perhatian terutamanya bagi golongan ibu bapa..
Kalau kena gegata jangan dibuat main
Jelas posting berkenaan, beliau menerangkan penyakit gegata yang ditanggung kanak-kanak tersebut bukan disebabkan alergik malah akibat diganggu mahluk halus. Dalam erti kata lain, diludah oleh jin.
Gegata naik masa tertentu lepas Asar hingga Subuh
Menurutnya lagi, ludah jin kebiasaanya akan berlaku selepas asar sehingga subuh. Sesudah itu, gegata itu hilang dan kembali seperti normal.
Tetapi kes yang terjadi pada adik Tuah Luthfi ini semakin melarat kerana sudah dibiarkan terlalu lama sebelum mengambil keputusan untuk berubat.
Luka Seluruh Badan
Rawatan Ruqyah Dan Azan
Masalah gegata makin kurang
Lepas jalani rawatan hospital dan Islam nampak perubahan
Alhamdulillah adik Tuah dah pulih, tinggal parut sikit lagi
Menerusi ruangan komen, ayah kepada adik Tuah Luthfi, Encik Azuan Shah Jaafar memuat naik gambar terbaru anaknya dengan komen yang menyatakan anaknya semakin pulih dan baik, cuma tinggal kesan-kesan parut ada sikit lagi dan hampir hilang.
Menurut Azuan, Tuah Luthfi kena masa umurnya 1 tahun 6 bulan. Masa tu belum pandai cakap lagi dan hanya merengek sakit serta tak selesa. Waktu itu air matanya juga keluar darah sehingga doktor terpaksa bagi ubat tahan sakit.
Rasa sakit pada luka pembedahan caesarean? Ia mungkin tanda rahim sedang mengecut. Tapi mama perlu perhatikan juga, bimbang ia tanda-tanda luka dalaman bermasalah!
Penjagaan luka yang baik dan tahap kesihatan ibu yang optimum membantu penyembuhan luka pembedahan selepas bersalin. Menjadi satu igauan ngeri sekiranya timbul masalah.
Terdapat ibu yang berasa sakit pada bahagian dalam luka pembedahan walau pun bahagian sudah kering. Ada juga ibu yang merasakan sakit & perit dirasakan terutamanya semasa menyusukan bayi.
Menurut Dr Nurul Azwa Hasni, Konsultan Obstetrik & Ginekologi, Salam Specialist Hospital pembedahan caesarean merupakan pembedahan yang melibatkan 7 lapisan perut.
Memandangkan banyak lapisan yang terlibat, proses pemulihan mengambil masa dalam 4 hingga 6 minggu, kadangkala 3-6 bulan, bergantung pada individu.
PERINGKAT PENYEMBUHAN
Lapisan yang paling awal pulih adalah lapisan kulit dalam 7-10 hari, manakala luka dalaman seperti lapisan rahim dan rektus mengambil masa yang lebih lama. Oleh sebab yang demikian, adalah normal sekiranya ibu selepas bersalin masih berasa sakit pada bahagian dalam luka permbedahan walaupun luka pada kulit telah kering.
FAKTOR MEMPENGARUHI PENYEMBUHAN
Faktor – faktor yang mempengaruhi proses pemulihan boleh dibahagikan kepada 2 faktor utama iaitu faktor setempat (local) atau faktor sistemik.
Faktor setempat termasuk keluasan luka yang terlibat jangkamasa pembedahan dan banyak atau sikit pendarahan semasa pembedahan.
Manakala faktor sistemik termasuk pada umur, nutrisi, masalah kesihatan ibu semasa mengandung, ubat – ubatan yang diambil semasa mengandung dan juga cara hidup ibu semasa mengandung.
Para ibu juga digalakkan bersenam ringan untuk memastikan perjalanan darah ke seluruh badan adalah baik.
PUNCA LAMBAT SEMBUH
Antara faktor yang menyebabkan luka menjadi lambat sembuh ialah umur ibu yang meningkat, masalah kurang zat makanan dan masalah kesihatan ibu seperti anaemia.
Selain itu, obesiti, kencing manis, darah tinggi dan kekurang tiroid, pengambilan steroid untuk perubatan dan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam atau pergeraka juga akan melambatkan proses pemulihan.
PENGECUTAN RAHIM
Rasa sakit dan perit semasa menyusukan disebabkan oleh penghasilan oksitosin di mana ia mengecutkan rahim seterusnya mengelakkan dari tumpah darah. Proses pengecutan ini boleh menyebabkan sakit pada tempat pembedahan.
TANDA-TANDA BAHAYA PADA LUKA
Agak sukar untuk mengetahui luka dalaman dalam keadaan baik atau tidak; kecuali ibu mengalami sakit dan perit yang berterusan, demam tak tahu punca, perut bertambah kembung sehingga rasa loya dan muntah, sesak nafas atau pendaharan banyak dengan tiba-tiba. Tanda-tanda ini perlu mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera!
Untuk memastikan pemulihan berlangsung dengan cepat, ibu selepas bersalin perlu mengawal gula dalam darah. Ikut nasihat doktor berkenaan pemakanan dan dos insulin. Makan makanan berkhasiat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.