Musim-musim raya ni memang biasa sangat orang buat rumah terbuka. Banyak juadah yang dihidangkan buat para tetamu dan semuanya sedap-sedap belaka.
Rendang, lemang, kuah kacang dan masak lodeh adalah antara menu popular yang akan disediakan oleh tuan rumah buat para tetamu.
Untuk kelainan, apa kata hidangkan Nasi kandar uat tetamu yang menyerikan majlis rumah terbuka rumah anda?
Shafiqah Liyana ada kongsikan resipi ekspres yang boleh anda cuba;
✨️ RESEPI NASI KANDAR EXPRESS ✨️ Teringin nak makan ala ala Nasi Kandar tapi nak versi jimat musim musim gini. Dan saya cuba untuk buat semudah yang mungkin sebab ada anak kecil, dan saya juga homebaker 😊
Terima kasih pada yang sudi berkongsi resepi sebelum ni. Share dulu, kot kot nanti teringin nak cuba tapi dah tak jumpa resepi ni.
Sumber foto: Facebook Shafiqah Liyana
Kisarkan: – Bawang besar – Bawang putih – Halia. Dalam 2 biji bb, 3 ulas bp, dan seinci halia. Bahan kisar ni akan digunakan dalam 3 jenis lauk utama
AYAM GORENG ALA MAMAK Perapkan ayam menggunakan 1/3 bahan kisar tadi. Dalam setengah ekor ayam. Tambahkan : – serbuk kari – pewarna merah – tepung jagung – garam – gula perang / putih sikit Biarkan ayam dulu,sambil tu, jom tanak nasik.
Ads
NASI KUNING – Tumis 4 beradik dengan planta – Basuh beras, dan ukur air spt biasa – Curahkan tumisan planta tadi – Tambah sedikit serbuk kunyit untuk warna
KUAH HITAM – Tumis 1/3 lagi bahan kisar tadi – Dah pecah minyak, masukkan sedikit serbuk kari ikan / daging – Tambah kicap pekat dan kicap manis – Perasakan dengan gula dan garam
KUAH KARI – Tumis 4 beradik, dan daun kari – Tumis baki 1/3 bahan kisar tadi – Dah garing sikit, tambah cili boh dlm 2 sudu – Dah pecah minyak, masukkan serbuk kari – Tambah air asam jawa – Perasakan dengan garam
Celur bendi kalau ada,dan rebus telur asin. Laassttt sekali, goreng ayam Makan panas-panas, kriuk kriuk waktu makan nanti.
Ads
Hidangan berat lain seperti laksa dan bihun sup juga menjadi pilihan. Bagus juga kalau sesekali kita buat kelainan. Pasti hidangan ini menjadi pilihan utama para tetamu.
Nak pelbagaikan lauk, mungkin boleh tambahkan lauk kurma ataupun kuah madu. Selamat mencuba!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Tercari-cari menu yang simple tetapi sedap untuk anak-anak dan suami? Ayam Masak Mamak yang dikongsikan oleh Shafiqah Liyana ini pastinya buat anak dan suami makan tak berhenti. Sekali cuba pasti teringat-ingat.
Rupanya cara hendak membuatnya cukuplah mudah. Malah bahan yang digunakannya juga tidaklah banyak dan tidak sukar disediakan. Nak tahu macam mana cara nak sediakannya? Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan.
LAUK MESTI CUBA. Sebab sedap sangat, dan simple yang amat.
Ayam Masak Mamak. Maaf mamak,kita pinjam nama awak. Setakat ni, kalau saya masak lauk ni in shaa Allah licin, dan ramai yang akan suruh masakkan lagi. Dari yang muda, sampai yang berusia, semua suka.
Kita kongsi ye cara nak sediakannya. Senang je masak ni, masak sambil zumba kat dapur pun boleh.
Kita guna isi ayam. Saya ambil bahagian dada (chicken breast). Takde tulang, jadi senang nak makan. Kali ni saya guna 3 keping dada ayam.
Bahan-bahan mudah je. Yang sentiasa ada di dapur kita. Saya suka potong kasar, sebab nak kutip dan ratah.
Bahan-bahan dalam gambar : 3 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 3 tangkai daun kari Cili kering ikut tahap kepedasan masing-masing (kurangkan kalau anak tak makan pedas) * 1 inci halia kalau suka. (Opt) Saya tak masukkan halia harini sebab anak-anak komplen asyik tergigit halia je bu.
Kita gaulkan dengan tepung kentaki atau tepung bestari tu atau takde guna campuran tepung jagung dan tepung gandum. Gorengkan.
Rahsia feel “mamak”
Nak tahu apa rahsia yang menjadikan feel ‘mamak’ tu? Bahagian ini jangan lupa, jangan sesekali terlepas pandang serbuk yang satu ini. Jom layan tip yang dikongsikan olehnya. Sedap.
Tumiskan sehingga layu dan naik bau. Kemudian, (tak sempat snap gambar), masukkan 3 sudu sos tiram, 3 sudu sos cili, masukkan agak-agak dalam 1 sudu kecil (1sdk) pes asam jawa dan serbuk kari.
Tambah air sikit nak bagi berkuah. Tambah gula 1 sudu besar (1 sdb) dan sedikit garam. Dia manis-manis pedas rasanya.
Biar mendidih kejap, rasa dulu kuah dan agak-agak dah sedap kat tekak, masukkan ayam tadi dan gaul rata.
Lupa, waktu masukkan sos tiram dan sos tu masukkan 1 sdk serbuk kari. Tak perlu banyak sangat, bagi rasa-rasa je. Baru feel “mamak” nya tu.
Tutup api dan siappp. Taraaa jadilah Ayam Masak Mamak. Maka, haruslah kita curik-curik makan seketul dua haha.
Final product dia. Kalau dah siap, jangan tunggu lama-lama kena terus ngap.
Selamat mencuba!
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata, makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dan disediakan sendiri oleh ibu untuk anak.
Ini kerana penyediaannya lebih terjamin dari aspek kebersihan dan keperluan nutrisi.
Bagi anak yang berusia 2 tahun ke bawah, tak sesuai lagi diberikan makanan orang dewasa kerana sistem pencernaannya sedang dalam proses menerima makanan pejal dan yang penting tiada garam dan penambah rasa.
Ok untuk panduan semua ibu, ada beberapa resipi lauk simple untuk anak yang boleh dimasak kurang daripada 30 minit oleh Puan Adila Akhir
1. Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•Serbuk Kunyit
•Bawang Besar
•Halia
•Carrot
Cara-cara:
•Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan goreng hingga masak. Ketepikan.
•Goreng bawang besar, halia, dan carrot hingga sedikit layu.
•Masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi dan masak seketika.
•Angkat dan toskan.
2. Sup Ayam
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•4 Sekawan
•Bawang Putih
•Bawang Besar
•Halia
•Minyak
•Carrot
•Celery
•CBB
Cara-cara:
•Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan hingga naik bau.
•Tumis bawang putih, bawang besar, dan halia yang dihiris halus.
•Masukkan isi ayam dan biarkan hingga ayam keluar air.
•Masukkan air, CBB, dan kentang.
•Masukkan carrot dan celery bila kentang hampir empuk.
•Biarkan hingga sup mendidih.
3. Kari Ikan
Bahan-bahan:
•Ikan
•Halba Campur
•Bawang besar
•Bawang Putih
•Daun Kari
•Serbuk Kari Ikan
•Asam Jawa
Cara-cara:
•Panaskan minyak dan tumis halba campur.
•Masukkan bawang putih, bawang besar, dan daun kari hingga kekuningan.
•Masukkan serbuk kari ikan bersama sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
•Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
•Masukkan ikan hingga masak.
•Masukkan kacang bendi dan tomato jika suka.
4. Ikan Masak Asam
Bahan-bahan:
•Ikan
•Bawang Besar
•Bawang Putih
•Halia
•Serai
•Asam Jawa
Cara-cara:
•Goreng ikan hingga masak. Ketepikan.
•Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan serai yang telah dihiris.
•Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
•Masukkan ikan yang telah digoreng.
5. Sup Ikan
Bahan-bahan:
•Ikan
•Bawang Putih (dihiris)
•Bawang Besar (dihiris)
•Serai (diketuk)
•Asam Keping
Cara-cara:
•Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, dan serai hingga wangi.
•Masukkan air dan asam keping. Biarkan mendidih.
•Masukkan ikan dan biarkan masak.
6. Udang Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
•Udang
•Serbuk Kunyit
•Bawang Besar
•Bawang Putih
•Halia
Cara-cara:
•Lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan goreng. Ketepikan.
•Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia hingga garing.
•Masukkan semula udang yang telah digoreng tadi dan masak seketika.
•Angkat dan toskan.
7. Kari Ayam
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•4 sekawan
•Bawang Putih
•Bawang Besar
•Halia
•Daun Kari
•Serbuk Kari Ayam
•Serbuk Kurma
•Kentang
•CBB
Cara-cara:
•Panaskan minyak, tumis 4 sekawan.
•Masukkan bawang putih, bawang besar, halia, dan daun kari hingga wangi.
•Masukkan serbuk kari ayam dan serbuk kurma bersama sedikit air. Masukkan CBB.
•Masukkan ayam dan biarkan hingga naik minyak.
•Masukkan air dan kentang.
•Biarkan hingga ayam masak dan kentang empuk.
8. Begedil Ayam (frozen)
Bahan-bahan:
•Kentang (potong sederhana nipis)
•Isi Ayam (dicincang)
•Bawang Besar (dicincang)
•Daun Sup
•Telur
Cara-cara:
•Goreng kentang sampai masak dan toskan.
•Lenyek atau tumbuk kentang sampai lumat. Ketepikan.
•Tumis bawang besar dan masukkan isi ayam sehingga masak.
•Satukan ayam dengan kentang goreng yang telah ditumbuk/dilenyek dan daun sup.
•Masukkan kuning telur ke dalam adunan dan sebatikan.
•Bentukkan begedil.
•Celup begedil ke dalam putih telur dan goreng separuh masak.
•Toskan minyak dan simpan dalam freezer.
P/S: Bila nak makan, defrost begedil dan goreng sampai masak.
9. Ayam Masak Lemak
Bahan-bahan:
•Isi Ayam)
•Bawang Besar (dicincang atau ditumbuk
•Halia (diketuk)
•Serbuk Kunyit / Kunyit Hidup (ditumbuk)
•Ubi kentang
•Serai (diketuk)
•Asam Keping
•Santan
Cara-cara:
•Tumis bawang besar dengan sedikit minyak je (untuk bagi bawang sedikit layu).
•Masukkan air, serai, halia, asam keping, serbuk kunyit, isi ayam, dan ubi kentang. Masak hingga ayam masak dan kentang empuk.
•Masukkan santan dan biarkan mendidih.
P/S: Jika gunakan kunyit hidup, tumbuk sekali dengan bawang besar.
10. Egg Drop Soup
Bahan-bahan:
•Telur
•Bawang Putih
•Tepung Jagung
•CBB
•Sayur Sawi
Cara-cara:
•Panaskan minyak. Tumis bawang putih.
•Masukkan air bancuhan tepung jagung.
•Masukkan CBB.
•Masukkan batang sayur sawi hingga lembut atau hingga air mendidih.
•Masukkan daun sayur sawi dan tunggu seketika.
•Masukkan telur yang dicampur sedikit tepung jagung perlahan sambil dikacau mengikut arah lawan jam.
•Biarkan seketika.
11. Tomyam Ayam & Sayur
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•Bawang Putih
•Bawang Besar
•Homemade Tomato Paste
•CBB
•Broccoli
•Carrot
Cara-cara:
•Panaskan minyak.
•Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
•Masukkan isi ayam, tomato paste, CBB, dan sedikit air. Tunggu hingga mendidih.
•Masukkan broccoli dan carrot. Biarkan sehingga ayam masak, dan sayur lembut.
12. Kurma Ayam
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•4 Sekawan
•Bawang Putih (dicincang)
•Bawang Besar (dicincang)
•Halia (diketuk)
•Daun Kari
•Serbuk Kurma
•Kentang
•Carrot
•CBB
•Natural Yogurt Farm Fresh / Santan Segar
Cara-cara:
•Panaskan minyak.
•Tumis 4 sekawan hingga naik bau.
•Masukkan bawang putih, bawang besar, halia, dan daun kari hingga wangi dan sedikit keperangan.
•Masukkan sedikit serbuk kurma dan air hingga mendidih
•Masukkan ayam, kentang, carrot, CBB, yogurt/santan, dan air. Reneh hingga ayam masak dan kentang lembut.
Buat peminat K Drama pasti cukup arif mengenai menu kesukaan ramai, Gimbap. Nak cuba buat sendiri?
Tak susah pun nak buat sendiri, hanya sediakan bahan-bahan lebih awal dan kemudian digulung kemas. Jom cuba ikuti perkongsian resipi Pn Zalina Zulkifli ini.
Gimbap untuk sarapan. Jemput makan semua.
Bahan-bahan dan resepi:
Nasi
Rumpai laut kering -beli di Aeon
Lobak merah -dihiris
Sawi Jepun
Telur
Isi ayam
Nasi – Saya guna beras jenama Sumo, tanak seperti nasi biasa. Guna sukatan jari supaya nasi tak terlebih air dan lembik.
Hiris nipis lobak merak dan goreng di atas kuali sehingga lembut. Tambah sedikit garam.
Rebus dan toskan sawi Jepun. Kemudian gaul dengan sedikit minyak bijan.
Kacau dan goreng dadar. Kemudian gulung dan hiris nipis.
Isi ayam pula saya potong memanjang. Perap ayam dengan sesudu kicap masin dan sesudu sos tiram. Goreng dengan minyak sedikit sehingga garing.
Sewaktu gulung Gimbap, pastikan nasi sudah sejuk dan rata kan nasi senipisnya di atas rumpai laut.
Kemudian isi satu persatu bahan inti dan gulung sekemasnya. Kemudian potong.
Sos pencicah saya cuma guna kicap masin jenama Yeos (ada banyak jenama kicap masin yang sedap, boleh cuba).