Cara kita meraikan hari lahir buat anak tersayang berbeza-beza. Bagi pelakon Anzalna Nasir, dia dan suami memilih untuk meraikan hari bermakna kelahiran anaknya itu bersama anak-anak yatim.
Sempena hari lahir anaknya, Mohammad Eidrees yang kini berusia dua tahun, Anzalna dan suami meraikan satu majlis ringkas buat anak-anak yatim.
Melalui Instagramnya, Anzalna berkongsi video sambutan hari lahir itu yang diadakan di rumah anak-anak yatim. Namun Anzalna sekeluarga hanya menyertainya melalui talian sahaja.
“Eidrees’ birthday celebration. Tahun ni menyambut birthday Eidrees bersama anak-anak yatim / asnaf tapi kami hanya boleh join melalui online sahaja.
“Terima kasih anak-anak mendoakan untuk Eidrees. Hope to see you all soon. Sayang semua! Thank you kak Ros diatas kerjasama untuk menjayakan sambutan birthday Eidrees,” kongsinya di kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan pelakon cantik dan berbakat ini lagi, sambutan yang diraikan cukup meriah. Penuh dengan hiasan, belon-belon, jamuan kecil tidak kurang sebiji kek untuk meraikan anak-anak di sana.
Ads
Pastinya satu kegembiraan buat anak-anak kecil ini yang kekurangan kasih sayang ibu dan ayah. Memberi kegembiraan dan bersedekah seperti yang dilakukan oleh Anzalna ini seharusnya dicontohi oleh kita semua jika mempunyai rezeki yang lebih.
Perkongsian video dari Anzalna itu menerima pelbagai reaksi positif dari seluruh peminatnya malah wargamaya amat mengagumi sifat Anzalna yang suka bersedekah, lebih-lebih lagi sering menggembirakan dan menyantuni anak-anak yatim dengan baik.
Ads
“Amalan yang terbaik, semoga Adik Eidrees dipanjangkan dan diberkati umurnya menjadi anak yang soleh, berbakti kepada kedua orang tuanya berkat menyantuni anak-anak syurga ini”
“Alhamdulillah.. epi birthday ensem boy. Sangat beruntung dapat mummy beauty with brain. Salute!
“MasyAllah parents yang bijak. Well done both and I’m sure Eidress will grow up to a fine young man with the great upbringing.”
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran terdahulunya di Instagram, Anzalna turut berkongsi ucapan hari lahir buat anak kesayangannya itu.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @anzalnanasir88
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tentu ramai ibu ayah lega walaupun anak-anak buat rumah bersepah. Ini gara-gara lepas baca pendapat beberapa pakar perkembangan kanak-kanak bahawa rumah bersepah adalah tanda anak-anak sedang aktif belajar dan bereksplorasi.
Mesti ramai ibu ayah yang mementingkan kebersihan dan kekemasan rumah walaupun ada anak kecil rasa keliru dan sedikit “kecil hati” dengan pendapat tersebut. Sebenarnya, tak perlu keliru atau salah anggap kerana rumah yang kemas juga tanda anda ibu ayah yang terbaik dan anak-anak juga boleh bereksplorasi banyak perkara.
Anda boleh baca pendapat Puan Uswatun Hasanah, Konsultan Tangisan Bayi tentang hal ini.
Bukan baru-baru ini saja kita mendengar slogan yang mengaitkan rumah yang bersepah itu tanda anak-anak bergembira.
Antara kata-kata yang sering diguna pakai untuk mempromosi hal ini ialah :
“Please excuse the mess,the children are making memories” (Maaf kerana keadaan bersepah, anak-anak sedang membuat memori)
“Good moms have: sticky floors, messy kitchen, laundry piles, dirty ovens and happy kids” (Ibu yang baik mempunyai: lantai yang melekit, dapur yang bersepah, baju kotor yang menimbun, ketuhar yang kotor dan anak- anak yang gembira).
Seriously? Benarkah anak-anak yang duduk di rumah yang kotor dan bersepah itu gembira?. Adakah keadaan bersepah dan kotor itu menggembirakan anak-anak? Bagaimana pula rumah yang kemas dan bersih itu membuat anak-anak tak gembira? Adakah anak-anak yang duduk di dalam rumah yang kemas adalah anak-anak yang tidak gembira? Adakah rumah yang kemas itu tanda anak yang tinggal di dalamnya tidak berpeluang bebas menjadi kanak-kanak: membuat sepah, menjadi kreatif, mengguna imaginasi dan meneroka?
Be careful mommy. Jangan cepat jadikan anak-anak sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan kita.
Ada anak kecil memang kena kemas rumah je
Pepatah ada berkata, ” Cleaning the house while your kids are still growing is like shoveling the walk before it stops snowing” ( Membersihkan rumah ketika anak- anak masih lagi membesar ibarat mengaup salji di jalanan sebelum musim salji berakhir ).
Apa maksudnya? Sepanjang musim ‘winter’ , salji memang akan turun tanpa henti lalu menyebabkan jalan dilitupi salji setiap masa hingga menebal seiring masa. Namun, demi keselamatan dan kemudahan, kita tiada pilihan selain terus membersih dan mengaup salji dari atas jalanan walau kita tahu keadaan tidak akan berubah selama salji masih turun.
Sama halnya dengan anak-anak. Ya,fitrah anak itu bermain, meneroka, membuat onar dan bereksperimen. Ia tidak akan berhenti selama mereka bergelar anak kecil. Namun,adakah ia harus jadi alasan untuk kita membiar keadaan menjadi kotor teruk dan bersepah demi fitrah ini?
Mungkin ada yang berkata, “Buat apa nak kemas,nanti kejap lagi anak main semula, sepah jugak balik..” Wow..jadi adakah ok untuk kita berkata begini untuk hal-hal seperti di bawah ini pula ?
– Buat apa nak kemas katil, malam nanti nak tidur jugak.
– Buat apa nak kemas dapur, kejap lagi nak masak jugak
– Buat apa nak cuci baju, nanti pakai kotor jugak
– Buat apa nak sental toilet, memang selalu orang guna jugak
Come on..ada garis pemisahnya antara membuat alasan kerana malas dan kerana keadaaan memerlukan ia jadi begitu.
Selesai main kena kemas!
Bermainlah semahunya ketika anak mahu bermain: tuang keluar semua mainan dari kotaknya, taburkan semua krayon dan pensel untuk melukis, lompat-berlari-bersembunyilah di setiap ceruk rumah ketika bermain perang-perang, punggahlah semua bantal,kusyen dan sofa untuk bina kubu dan rumah ‘olok-olok’…silakan semuanya.
Namun,bila selesai bermain,ajarlah anak bahawa keadaan harus kembali kemas untuk rumah berfungsi. Rumah bukan semata-mata tempat untuk bermain dan bergembira,tetapi rumah juga tempat berkerja, belajar (mengulangkaji), beribadat,meraikan tetamu dan rakan (berkumpul) juga tempat menenangkan fikiran. Rumah harus jadi tempat paling mahu ditujui oleh semua ahlinya.
Benar, rumah yang bersepah atau kemas, bukan ukuran rasa gembira yang ada dalam hati penghuninya. Tetapi hakikatnya, ada banyak manfaat memiliki rumah yang kemas hingga tidak perlu lah seseorang sampai berhajat untuk memiliki rumah yang kotor! Rumah yang kemas lebih selesa untuk diduduki, mudah untuk mencari barang tanpa perlu banyak masa mencari di sebalik timbunan atau terpaksa membeli barang baru akibat tak berjumpa barang yang dicari, lebih menjamin kesihatan anak-anak serta melancarkan rutin harian dengan adanya pinggan, cawan ,baju dan pelbagai barangan guna harian yang bersih dan tersedia untuk digunakan.
Bukan tak boleh sepah langsung
Bukanlah bermaksud rumah harus setiap hari licin ke tahap tiada secalit habuk, berbau peluntur ibarat di steril semua sudut dan barang-barang tersusun dengan darjah dan turutan warna tertentu. TIDAK! Itu OCD namanya. Tak perlu menjadi OCD untuk jadi pengemas. Ini kena faham. Kalau tidak,ramai pula yang sarkastik dalam hal ini.
(Nota: harap faham bahawa kenyataan ini bukan untuk mempersenda penghidap OCD. Terma OCD diguna hanya untuk ‘membalas kembali’ dakwaan sebahagian orang yang menyangka bahawa ‘kemas’ yang disebut dalam hal ini bermaksud seperti ciri ketelitian OCD)
Tiada masalah untuk membiar pinggan mangkuk berlonggok di sinki hingga tengahari kerana anda mahu melayan anak bermain. Tiada masalah membiar baju sebesen tak berlipat hingga ke tengah minggu kerana menjaga anak-anak yang demam. Tiada masalah dapur dan tandas tak sempat di cuci hingga ke hujung minggu kerana terlalu banyak urusan kerja sekolah, projek Sains dan seni anak-anak yang harus dibantu.
Ini keadaan sementara yang dapat difahami. Ia menunjukkan seseorang itu tahu memberi fokus pada apa yang penting dahulu. Mencari ‘balance’ atau keseimbangan itu kuncinya. Ia lain benar dengan membuat alasan kerana malas dan tak ingin terlibat langsung atau tak mahu berfikir langsung untuk menyelesaikannya!.
Jangan jadikan anak kecik sebagai alasan
Lebih penting, anak-anak harus jadi sebahagian dari penyelesaian masalah, bukan sebahagian dari masalah semata-mata. Memiliki rumah yang kemas sementara memiliki anak kecil itu bukan sesuatu yang mustahil.
Menurut pakar, menjadi fitrah anak kecil untuk meniru dan merasa bangga dapat meniru kehebatan ibu bapa (atau orang dewasa) yang dekat dihatinya. Mereka juga mahu merasa ‘berguna’, menyumbang sesuatu kepada keluarga , merasa hebat dengan pencapaiannya hingga terasa dia itu memang sebahagian dari keluarga. Maka, amat normal kita melihat anak kecil sibuk-sibuk mahu menyapu rumah, sibuk-sibuk mahu mendodoi adik, sibuk-sibuk mahu mengelap meja, sibuk-sibuk mahu tolong masak dan macam-macam lagi. Jadi, raikanlah sikap anak kecil ini.
Anak seusia 2 – 3 tahun sudah boleh mengutip mainannya dan memasukkan ke dalam kotak, sudah boleh diminta menyusun kembali buku yang dibacanya, membuang lampin kotornya ke dalam bakul atau membantu memberi makan kepada binatang peliharaan.
Anak seusia 4-7 pula misalnya sudah boleh diminta mengemas katil (susun bantal dan lipat selimut), angkat pinggan dan cawan kotor, membuang sampah ringan, letak stoking dan baju kotor ke dalam mesin basuh,menyiram pokok malah menyusun barang dapur yang baru dibeli dari pasaraya.
Malah, anak- anak kecil sudah faham arahan dan penerangan ringkas untuk kita mula tetapkan batasan dan peraturan seperti menconteng hanya pada kertas atau dinding khas dibilik mainan sahaja, plastik makanan yang dibuka perlu dibuang sendiri ke dalam tong sampah,tangan yang kotor perlu dicuci sebelum bermain dan setiap kali mengguna tandas,ia harus di pam.
Ajak anak kemas rumah juga cara untuk bonding
Meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak,bukan hanya dengan cara bermain sahaja. Melibatkan mereka membuat kerja rumah juga adalah satu darinya. Siapa kata, ia tidak boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan?.
Minta anak berlumba kutip semua barang di lantai sementara anda menyanyi lagu dan ia harus selesai sebelum nyanyian anda berakhir, atau minta anak kutip barang mengikut warna atau bentuk yang anda sebut ,atau buatlah pertandingan mengemas tentang siapa yang paling pantas dan elok pula hasilnya, atau ikut cara game online: bermain ikut tahap kesukaran.
Setiap anak diberikan senarai kerja yang perlu diselesaikan pada hari ini dan setiap kerja yang disempurnakan layak mendapat bintang. Jumlah bintang yang terkumpul akan mewakili jumlah ‘special playtime’ yang ibu harus luangkan dengan anak,atau boleh mewakili jumlah buku atau cerita yang anak ingin dengar sebelum tidur atau mewakili pilihan makanan atau tempat yang anak ingin pergi pada hujung minggu ini.
Tidak benar jika ada yang berpendapat rumah akan sentiasa bersepah selama anak belum besar. Malah, sebenarnya, kenyataan seperti itu hanya merendahkan kemampuan anak kecil: seolah-olah mereka adalah makhluk primitif yang tak boleh dibentuk dan tak faham sivik.
Pada akhirnya, melibatkan anak-anak dalam urusan kerja rumah mempunyai 5 manfaat besar berikut;
2. Ibu bapa melengkapkan anak dengan kemahiran hidup yang diperlukannya sepanjang hayat. Bukankah ibu bapa tiada selamanya untuk anak?
3. Anak belajar tentang mengambil tanggungjawab. Anak perlu tahu bahawa jika semua orang bangkit memegang tanggungjawab, semua urusan menjadi ringan.
4. Anak belajar menilai dan menghargai kerja keras/susah. Anak perlu tahu, dalam hidupnya,ada orang yang bertungkus lumus memastikan dia dapat tinggal di tempat yang cukup selesa untuk dipanggil rumah,ada makan minum dan pakaian yang tersedia dan ianya satu komitmen yang tak harus diperlekeh.
5. Anak mencontohi sikap ibu ayah. Ia adalah pelajaran yang akan anak bawa dalam dirinya sampai bila-bila.
Selain masalah anak sakit, menidurkan anak juga begitu menguji kesabaran mak ayah. Ada waktunya anak begitu mudah untuk tidur namun sebalik, ada waktu yang begitu memenatnya sehingga dua jam pun anak mata masih celik. Sukar.
Dato’Dr Sheikh Muszaphar Shukor, figura yang sering berkongsi mengenai ilmu keibubapaan ini tidak terkecuali berkongsi tip untuk menidurkan bayi kecil kita.
Malah melalui Instagramnya, Dr Sheikh turut memuat naik video ketika menidurkan kembarnya, Eusoff.
Menurut kata Dr Sheikh, bagi kaum ibu pastinya tidak menjadi kesukaran kerana dapat menidurkan mereka ketika menyusu dan ini menyenangkan berbanding bapa.
Ini tip mudah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar buat semua bapa.
“Nak tidurkan bayi memerlukan kemahiran.
* Gelapkan bilik
* Perhatikan matanya yang kuyu
* Sedar akan corak pernafasannya
* Mak ayah perlu juga pura-pura tidur.
* Pastikan tiada satu pergerakan.
Malah menurut kata Dr Sheikh lagi, jika langkah mudah ini tersalah, anak akan terjaga dan bapa perlu ulang semula langkah ini. Jadi pastinya sukses!
“Kalau tersalah sikit, bayi akan terjaga dan anda perlu bermula sekali lagi. Petua untuk Daddy.
Ps: Mudah untuk mommies nak tidurkan anak sebab mereka boleh menyusukan bayi sampai tidur,” tulisnya berkongsi.
Pilih bonding sebelum tidur
Namun lain pula pendekatannya buat dua kembarnya, Adam dan Noah yang kini sedang meningkat usianya. Bagi kedua kembar yang sedang lasak dan membesar ini kata Dr Sheikh, dia memilih untuk merapatkan bonding dengan kedua kembarnya itu dengan membacakan buku bersama mereka.
“Saya membacakan mereka buku setiap hari bersama Adam & Nuh, setiap malam sebelum tidur.
“Saya biasanya biarkan mereka pilih sendiri buku. Tapi biasanya buku yang sama, bertajuk ‘ Daddy and Me ‘ jadi pilihan.
“Penting sangat aktiviti membaca bersama anak. Boleh tingkatkan ikatan bonding dengan anak, tingkatkan imaginasi anak, fikir di luar kotak dan boleh juga tanamkan minat membaca pada mereka.
Jadi untuk para bapa khususnya, banyakkan bersabar semasa nak tidurkan anak. Paling penting, langkah perlu tepat seperti yang diajarkan oleh Dr Sheikh Muszaphar.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda mendapat anak yang susah mendengar cakap, jangan terus menyangka memang nasib anda dapat anak yang begitu. Itu maksudnya menyalahkan nasib atau menyalahkan Tuhan.
Kedegilan anak ada satu peluang untuk anda belajar bagaimana untuk memperbaiki diri. Kita diuji untuk menjadi lebih upaya dan lebih baik.
Sebenarnya, anak datang kepada kita untuk kita asuh dan didik dengan baik.
TANYA INI PADA DIRI
Maka bertanyalah diri mengapa dia tidak mendengar cakap? Dimana saya boleh memperbaiki diri.
1. Adakah kerana dia terlalu kecil untuk faham?
2. Adakah perhatiannya pada masa itu kepada perkara lain?
3. Adakah dia telah immune dengan nada yang anda gunakan lantaran tidak mahu mendengar kata-kata anda?
4. Adakah anda mengelarnya dengan panggilan yang menjerut hatinya. Contoh :
-budak tak mendengar kata ni
-budak tuli ni
-ada telinga tapi tak mendengar?
5. Adakah kerana dia memahami komunikasi bukan hanya dengan perkataan tetapi memerlukan visual atau contoh pergerakan kerana dia memahami sesuatu dengan visual atau dengan membuat?
6. Adakah anda terlupa untuk memohon doa agar anak itu mudah mendengar kata?
7. Adakah anda terlupa untuk benar-benar memohon maaf dari ibu atau bapa kerana kedegilan anda semasa kecil dulu?
8. Adakah anda memang merasakan anak anda ini memang degil dan tiada harap untuk mendengar kata? Jika ya, ianya akan menutup jalan untuk anak itu mendengar kata. Bersangka baiklah dan berdoalah agar anda menjumpai jalan untuk mendidik anak-anak anda agar mendengar kata yang baik dari anda.
JANGAN PUTUS ASA
Belajarlah dari teladan Nabi Nuh a.s. dimana anaknya tidak mahu mendengar dakwahnya…sehingga ke akhir hayat anaknya, sebelum dihanyutkan oleh air banjir…Nabi Nuh a.s. terus mengajak dan terus memberi nasihat.
Ibu mendoakan agar semua yang membaca ini diberi Allah keyakinan bahawa anda mampu mendidik anak-anak dengan penuh kasih-sayang dan tegas supaya anak-anak anak menjadi anak-anak yang berjasa dan berakhlak mulia serta berjaya dunia akhirat.
JANGAN MUDAH TERPERANGKAP MENYALAHKAN NASIB
Paling Ibu doakan agar anda tidak termasuk ke dalam perangkap menyalahkan nasib.
Terlalu mudah kadang-kadang tu seseorang menyalahkan keadaan atau nasib.
” Saya penat..itu sebab saya cepat melenting..”
” Saya ni memang baran…”
” Anak saya tak serupa anak orang lain, cakap lah baik..nanti lagi mengada-ngada “
Sikap begini tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Anak kecil tidak mahu mendengar kata, bolehlah dimarah-marah…tapi kalau sudah remaja…banyak lagi masalah lain yang akan timbul!
SOLUSI : AMBIL TANGGUNGJAWAB
Keluarlah dari belenggu menyalahkan keadaan.
Take ownership of your mistake…contoh
” Oh, saya penat tadi, lalu kurang sabar…saya akan memperbaiki diri…saya akan terus berusaha. Semoga Allah memudahkan..”
” Saya ni baran sejak kecil…namun, saya akan berusaha mencari jalan mengurangkan baran saya..saya akan mencari jalannya..”
” Memang anak saya ni kalau saya bercakap baik dia menjadi mengada-ngada…tentu ada sebabnya dia jadi begitu…saya akan cari jalan bagaimana nak didik dia dengan berkata baik dan dia boleh mendengar tanpa mengada-ngada… “
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri dengan harga murah boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...