Cara kita meraikan hari lahir buat anak tersayang berbeza-beza. Bagi pelakon Anzalna Nasir, dia dan suami memilih untuk meraikan hari bermakna kelahiran anaknya itu bersama anak-anak yatim.

Sempena hari lahir anaknya, Mohammad Eidrees yang kini berusia dua tahun, Anzalna dan suami meraikan satu majlis ringkas buat anak-anak yatim.

“Terima Kasih Doakan Eidrees” Sempena Hari Lahir Anak, Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim!

Melalui Instagramnya, Anzalna berkongsi video sambutan hari lahir itu yang diadakan di rumah anak-anak yatim. Namun Anzalna sekeluarga hanya menyertainya melalui talian sahaja.

“Terima Kasih Doakan Eidrees” Sempena Hari Lahir Anak, Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim!

“Eidrees’ birthday celebration. Tahun ni menyambut birthday Eidrees bersama anak-anak yatim / asnaf tapi kami hanya boleh join melalui online sahaja.

“Terima kasih anak-anak mendoakan untuk Eidrees. Hope to see you all soon. Sayang semua! Thank you kak Ros diatas kerjasama untuk menjayakan sambutan birthday Eidrees,” kongsinya di kapsyen.

Menerusi video yang dikongsikan pelakon cantik dan berbakat ini lagi, sambutan yang diraikan cukup meriah. Penuh dengan hiasan, belon-belon, jamuan kecil tidak kurang sebiji kek untuk meraikan anak-anak di sana.

IKLAN

Pastinya satu kegembiraan buat anak-anak kecil ini yang kekurangan kasih sayang ibu dan ayah. Memberi kegembiraan dan bersedekah seperti yang dilakukan oleh Anzalna ini seharusnya dicontohi oleh kita semua jika mempunyai rezeki yang lebih.

“Terima Kasih Doakan Eidrees” Sempena Hari Lahir Anak, Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim!

Perkongsian video dari Anzalna itu menerima pelbagai reaksi positif dari seluruh peminatnya malah wargamaya amat mengagumi sifat Anzalna yang suka bersedekah, lebih-lebih lagi sering menggembirakan dan menyantuni anak-anak yatim dengan baik.

“Terima Kasih Doakan Eidrees” Sempena Hari Lahir Anak, Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim!

 

IKLAN

“Amalan yang terbaik, semoga Adik Eidrees dipanjangkan dan diberkati umurnya menjadi anak yang soleh, berbakti kepada kedua orang tuanya berkat menyantuni anak-anak syurga ini”

“Alhamdulillah.. epi birthday ensem boy. Sangat beruntung dapat mummy beauty with brain. Salute!

“MasyAllah parents yang bijak. Well done both and I’m sure Eidress will grow up to a fine young man with the great upbringing.”

“Terima Kasih Doakan Eidrees” Sempena Hari Lahir Anak, Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim! “Terima Kasih Doakan Eidrees” Sempena Hari Lahir Anak, Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim! “Terima Kasih Doakan Eidrees” Sempena Hari Lahir Anak, Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim!

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran terdahulunya di Instagram, Anzalna turut berkongsi ucapan hari lahir buat anak kesayangannya itu.

IKLAN

Semoga Eidress terus menjadi anak yang bijak, berbudi pekerti mulia seperti ibu dan ayahnya.

Menarik: Dahlah Handsome, Bijak Pulak, Dulu Berzikir, Kini Anak Anzalna Pandai Mengira Dalam Bahasa Perancis!

Sebak Tengok Muka Anak-Anak, Hadiahkan Mainan & Baju Pada Anak-Anak Yatim, Wargamaya Puji Tindakan Anzalna Nasir

“Terima Kasih Doakan Eidrees” Sempena Hari Lahir Anak, Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim!

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @anzalnanasir88

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI