Sebagai ibu ayah, kita harus bijak untuk memujuk dan bercakap dengan anak. Pendekatan yang salah akan menyebabkan si anak merasa marah dan bosan dengan arahan yang diberikan. Mereka tidak suka merasa seperti dipaksa ketika melakukan sesuatu.
Jangan sesekali cakap anak degil atau nakal jika kita tidak faham psikologi mereka. Kenali karakter anak sebelum kita memberikan sebarang arahan kepada mereka.
Kita yang tak berapa faham psikologi anak, lepas tu selamba je cakap budak tu degil.
Saya dulu hampir jadi macam tu jugak.
Kadang tu nak suruh anak saya pergi pakai pakaian lepas mandi je pun tapi tak selesai-selesai sebab dia asyik duk meragam.
Ada saja benda tak kena.
Mulanya pening kepala jugak kenapalah susah sangat dia ni nak dengar cakap. Rupanya saya ni yang bermasalah sebab saya tak nampak fitrah anak kecil yang sebenar.
Ads
Kalau ikutkan lingkungan umur setahun setengah hingga 4 tahun ni, tengah dalam fasa Ego-centric lagi. Anak kita tu duk rasa dialah decision maker yang paling bijak. Paling genius.
Adakalanya kalau dia rasa dipaksa-paksa, memang dia akan meragam dan tak nak buat benda tu.
Sebab tu kita mak ayah lah kena jadi lebih hebat dan kreatif. Ini saya nak kongsi tips paling mudah untuk kita berdepan kerenah macam tu.
Kita buatkan si kecil tu rasa seolah-olah dia yang berkuasa untuk buat keputusan, dengan cara kita berikan dia pilihan.
Contohnya kita tanya dia, “Adik nak pakai baju merah ni ke atau baju biru tu?”
Sebenarnya kita dah tentukan pilihan tu daripada awal. Jadi tak apalah kalau dia pilih pakaian yang mana pun sebab tujuan asal kita memang nak dia pakai baju.
Ads
Yang tak bagusnya bila kita asyik memaksa je. Lagi tak best bila sampai ke tahap tinggikan suara. Itu yang buatkan anak memberontak.
Namun bila kita dah berjaya tawan hati si kecil dengan cara yang betul, jangan terkejut kalau makin lama dia makin kurang meragam.
Tolong #kongsikan tips penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Mak ayah yang bijak dia tahu apa nak buat untuk jadikan anak lebih tenang dan tak mudah meragam.
Supaya dengan perkongsian Dr. Luqman ni dapat membuatkan kita menjadi ibu ayah yang lebih kuat dari segi mental. Tak mudah marah-murah apatah lagi menggelar anak dengan panggilan yang tidak baik.
Bagaimana melatih bayi untuk tidur sendiri? Persoalan seperti ini sudah tentunya jarang terfikir oleh fikiran kita, betul? Namun percayakah anda bahawa apabila kena pada cara dan langkahnya, anak kita mampu di didik untuk tertidur dengan mudah.
Cuba lihat beberapa perkara ini:
1) Bawa anak ke bilik tidur lebih awal
Perkara pertama ini penting. Ia amat penting untuk membiasakan anak dan bayi kita bahawa ini adalah masa untuk mereka tidur. Anda akan merangsang anak anda sedari kecil lagi untuk tidur lebih awal. Rangsangan ini amat berharga kerana persediaan sebelum tidur amat diperlukan oleh anak kecil sebelum mereka mampu untuk tidur.
2) Rutin tidur yang teratur
Ini juga antara perkara paling penting. Langkah yang paling baik ialah mendidik masa untuk anak anda tidur semenjak usia bayi lagi. Ya, bayi memerlukan jangka masa tidur yang lebih lama berbanding dewasa. Tidak sama seperti kita. Cuba latih untuk mereka tidur pada waktu yang sama pada setiap hari, supaya jadual ini akan terus berlaku sehingga mereka meningkat usia.
3) ‘Bedtime routine’ yang konsisten
Ini juga penting. Bagi anda yang mempunyai anak pada usia kanak-kanak, cuba lakukan aktiviti sebelum tidur yang tenang, damai dan mampu merangsang anak-anak untuk tidur. Ini termasuk bercerita, menyanyi, alunan zikir dan sebagainya mengikut kesesuaian. Ia penting untuk mendidik anak-anak bahawa ketika itu adalah masa untuk mereka mulai tidur.
4) Letak anak anda di atas katil atau tilam ketika mereka mengantuk
Ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka untuk terus bermain walaupun mereka sudah kelihatan sangat letih dan mengantuk. Cuba lazimkan dengan meletakkan anak anda di bilik dalam suasana yang sunyi dan tenang sebaik sahaja melihat mereka letih. Secara tidak langsung, kita sedang melatih dan merangsang mereka untuk belajar tidur dengan sendirinya tanpa pengaruh kita.
5) Cuba kurangkan tabiat menyusukan anak sampai tertidur
Ya, ini merupakan antara langkah yang sering kita lihat dan lakukan sendiri. Ianya tidak salah. Cuma, apabila terlalu kerap anda melakukan cara begini, anda tidak akan langsung memberi peluang kepada anak untuk belajar tertidur tanpa pengaruh luar. Sesekali cuba lepaskan susuan apabila melihat anak sudah sangat letih, biarkan mereka tertidur sendiri.
Ibu bapa sekalian, belajar untuk menenangkan diri sendiri dan seterusnya mudah tidur bagi anak-anak ini sememangnya memerlukan masa, kesabaran, ruang dan tenaga, sama ada bagi ibu, ayah dan bayi itu sendiri. Ada anak yang memerlukan masa yang lebih lama daripada yang lain untuk mempelajarinya. Setiap anak tidak sama.
Bersabar dan teruskan dengan langkah yang anda lakukan sekarang. Lakukanlah dengan cara yang paling tenang, mudah dan penuh kasih-sayang. Sentiasa percaya bahawa suatu hari nanti ianya pasti akan mudah buat anak-anak kita.
Tangisan adalah cara bayi memberitahu kita kehendak dirinya. Ketahui 5 jenis tangisan yang menunjukkan bayi sedang kembung perut, mahu disendawakan, mengantuk, lapar & rasa tidak selesa.
Benar bahawa bayi menangis adalah normal. Menangis ialah salah aatu cara bagi bayi mengekspresikan kemahuan & keperluannya.
Mama & papa perlu tahu cara untuk mengenal jenis tangisan bayi.
Tangisan bayi sekiranya berlarutan tanpa henti dalam tempoh masa yang lama, pastinya merisaukan mama & papa.
Tahukah anda bahawa melalui kaedah Baby Language, tangisan bayi dapat dikenalpasti. Ini akan memudahkan mama dan papa memenuhi keperluan si kecil tanpa perlu tangisan yang berlanjutan. Malah bayi juga lebih ceria dan gembira.
Setiap tangisan bayi mempunyai pengertiannya tersendiri. Terdapat lima jenis tangisan bayi. Setiap tangisan bayi. Jika didengari secara teliti ia ternyata kedengaran berbeza.
1.“Neh”
Bayi kelaparan. Bunyi ini dihasilkan akibat “sucking reflex”.
2.“Heh”
Bayi sedang tidak selesa. Mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk,lampin bayi penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindakbalas kerengsaan terhadap kulit.
3.“Owh”
Bayi mengantuk dan ingin ditidurkan. Terhasil akibat refleks menguap (yawning reflex).
4.“Eh”
Bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.
5.“Eairh”
Bunyi yang mewakili kembung perut. Terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.
PERKEMBANGAN BAYI SEHINGGA 6 MINGGU
Bergelar ibu bapa membuatkan anda teruja untuk melihat perkembangan anak anda dari bulan ke bulan. Lebih manis lagi, bila si kecil menghadiahkan anda dengan senyuman dan agahan yang mengembirakan hati anda.
Sudah tentu momen indah ini, memberi kenangan manis buat anda. Ayuh lihat perkembangannya!
Objek dan bunyi
Dalam tempoh enam minggu, bayi anda duduk di dalam kerusi enjut di atas lantai. Bayi akan menunjukkan tindak balas apabila mendengar bunyi seperti menendang kaki dan mengerakkan tangannya. Malah, jari-jemarinya yang halus sudah mulai boleh memegang sesuatu yang ringan jika anda meletakkan di dalam tangannya.
Penerokaan
Sediakan ruang untuk bayi anda melakukan penerokaan diawal perkembangannya. Dengan meniarap, si manja akan belajar menolak dirinya menggunakan tangan dan menendang keluar kakinya ke belakang. Malah mungkin akan mengimbangkan badannya ketika meniarap.
Sambil mengurutnya, anda boleh mengajarnya tentang anggota badan. Urutan juga salah satu cara bonding yang baik bagi papa dan si manja.
Bergolek
Dalam tempoh sepanjang enam bulan, si kecil anda belajar bergolek, pada mulanya dari hadapan ke belakang, kemudian berpatah balik.
Mengangkat kepala
Malah dalam tempoh ini, si manja dapat mengangkat kepala ketika meniarap. Pergerakannya bayi semakin baik dalam tempoh enam minggu ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya apabila anak-anak menangis, kita akan minta mereka berhenti dan jangan buat bising. Sebenarnya anak menangis itu normal, ia salah satu tanda mereka menzahirkan emosi yang terpendam.
Benarkan anak-anak menangis, tetapi usahlah dibiarkan mereka bersendirian. Menangis itu salah satu bentuk komunikasi, jangan sesekali dihalang proses itu berlaku.
ANAK mudah Shut down tapi dia akan Pendam semua perasaan.
Bila dia ada isu di masa hadapan contoh ada orang Sentuh dia Cara Tidak sihat terus dia Shut down tidak beritahu Ibu Ayah
Jadi benda Happy atau Buruk semua dia tidak mahu kongsikan dengan Anak.
Padahnya bila anak cari Orang Lain luah emosi. Kalau orang itu baik niatnya tidak mengapa.
Yang perlu risau bila Niat tidak berapa nak baik.
ANAK lagi mudah Tantrum bila dia tidak dibenarkan Menangis.
Sudah lah kena pendam lepas itu tiada Ruang luah emosi dia.
Sampai satu Masa dia tidak boleh Tahan meletus juga api kemarahan dia itu.
Bila sudah meletus Ibu Ayah akan lebih mudah ikut Cakap Anak. Dan Anak pula akan dominasi Ibu Ayah.
Mula pula Fasa ‘Anak is the King’. Masa ini isu lain pula timbul.
ANAK tidak mudah percaya orang dan sukar kawal emosi diri
Bila emosi dia tidak diraikan. Dia juga tidak tahu mana perlu dia tunjukkan emosi dia.
Dia Sedih nak buat apa? Dia Marah nak buat apa?
Dengan Anak kita perlu beri ruang dan tunjuk dia cara kendali emosi.
Anak Nangis Respon segera Anak Mudah faham kawal emosi sendiri
Begitulah kitarannya
IBU AYAH perlu Faham yang Menangis adalah Satu Proses Belajar untuk Anak anak
Memang perlu kita benarkan Anak menangis terutama bila anak di awal Fasa Perkembangan iaitu 0 ke 3 bulan Pertama.
Kerana tangisan masih dalam bentuk REFLEK di usia ini.
Masa ini Anak Menangis kerana ada KEPERLUAN penting badan dia perlukan seperti Lapar, Tidak selesa dan bukannya suka suka
JADI ini adalah Komunikasi. Anak bukan ada Perkataan lain untuk dia beritahu Ibu Ayah pada Fasa ini.
Pada usia 4 Bulan anak mula develop Sense of Authority. Jadi dia bereksperimen dengan Menangis.
Masa ini Perkembangan Visual dia juga lebih Jelas dia lihat Muka Ibu Ayah. Jadi dia sukalah tengok Muka Ibu Ayah.
Nak Tengok perlu lah dia komunikasi kan. Jadi dia Nangis. Salah satu sebabnya selain sebab-sebab lain.
Tapi Masa ini Otak dia belum fully develop jadi dia tidak lah faham konsep Waiting atau Sabar itu Perlu.
Dia akan belajar konsep Tengok apa Respon Ibu atau Ayah saya bila menangis.
Yes anak seawal 4 bulan sudah eksperimen ya. Ini bertepatan dengan Piaget Theory yang banyak saya terangkan sebelum ini.
Pada usia 5 ke 7 bulan Anak mula eksperimen konsep jarak & ruang.
Anak mula sedar Ibu Atau Ayah boleh ambil masa lama bila dia akan menangis. Anak mula eksperimen jika Ibu Ayah Jauh akan ambil masa.
Masa ini memang mencabar sebab itu bila kita nak ke tandas pun anak punya jerit lain macam.
Nak Angkat Punggung masa ini juga sangatlah perlu berhati hati kan?
Jadi untuk Anak yang kemampuan Mobile dia terbatas maka dia Menangis dan meraung. Mulalah Anak ada Fasa Separation Anxiety.
Anak mula sedar yang ibunya boleh pergi jauh dan laju darinya. Sedangkan dia tak mampu buat apa-apa untuk ‘kejar’ mak. Ini adalah Separation Anxiety.
Dan ini adalah NORMAL. Separation anxiety kekal selama lamanya ya dan sangat memuncak ketika fasa 5 ke 7 bulan ini sebab dia mula kenal Siapa Primary Caregiver dia.
Bila anak masuk usia 7 ke 9 bulan fasa Anak lebih Panjang Akal.
Dia akan Belajar lebih mendalam tentang Manipulasi dan Bereksperimen dengan semua benda di sekeliling dia.
Bila Merangkak ke Tangga Apa Respon Ibu Ayah?
Bila Dia Menjerit Apa Respon Ibu Ayah?
Dia menangis berapa lama Ibu Ayah akan datang kepada dia sebagai Penyelamat keadaan untuk ajar dia Tenangkan diri.
Check list raya lengkap dan penting untuk pastikan persediaan balik kampung berjalan lancar, selamat dan tenang. Jangan tertinggal perkara penting sebelum beraya!