Tip bercakap dengan anak bawah 2 tahun, rangsang kemahiran komunikasi awal. Bercakap dengan anak di bawah usia 2 tahun adalah langkah penting dalam membantu perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Tip Bercakap Dengan Anak Bawah 2 Tahun
Pada usia ini, otak anak-anak adalah seperti span yang menyerap segala yang mereka dengar dan lihat.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu ibu bapa dan penjaga berkomunikasi dengan anak-anak kecil mereka dengan berkesan.
Rangsang Kemahiran Komunikasi Awal
1. Gunakan Bahasa Yang Sederhana Dan Jelas
Gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Elakkan menggunakan perkataan yang terlalu kompleks. Contohnya, jika anda mahu anak anda mengambil bola, katakan “Ambil bola” bukannya “Boleh kamu tolong ambilkan bola itu?”.
2. Bercakap Dengan Nada Yang Menyenangkan
Nada suara yang lembut dan menyenangkan akan menarik perhatian anak-anak. Mereka lebih cenderung untuk mendengar dan memberi respons apabila nada suara anda mesra dan penuh kasih sayang.
3. Gunakan Isyarat Dan Bahasa Badan
Anak-anak kecil sangat responsif terhadap isyarat dan bahasa badan. Gunakan gerakan tangan, ekspresi wajah, dan isyarat visual untuk membantu mereka memahami apa yang anda katakan. Contohnya, tunjukkan objek sambil menyebut namanya.
4. Berikan Respons Kepada Cubaan Berkomunikasi Anak
Ads
Walaupun anak anda mungkin belum dapat bercakap dengan jelas, mereka tetap berusaha untuk berkomunikasi melalui bunyi, gerakan, atau mimik muka. Berikan perhatian dan respons positif kepada setiap cubaan mereka untuk berkomunikasi.
5. Bacakan Buku Kepada Anak
Membacakan buku kepada anak adalah cara yang baik untuk memperkenalkan mereka kepada perkataan baru dan struktur ayat. Pilih buku bergambar dengan cerita yang ringkas dan menarik. Arahkan perhatian mereka kepada gambar dan sebutkan apa yang dilihat.
6. Gunakan Lagu Dan Rima Kanak-kanak
Lagu dan rima kanak-kanak adalah alat yang hebat untuk membantu perkembangan bahasa. Melalui lagu, anak-anak belajar tentang intonasi, ritma, dan perkataan baru. Menyanyi bersama mereka juga menjadikan aktiviti ini lebih menyeronokkan.
7. Berbual Sepanjang Aktiviti Harian
Gunakan setiap kesempatan untuk berbual dengan anak anda. Ketika memberi mereka makan, mandi, atau bermain, ceritakan apa yang sedang anda lakukan. Contohnya, “Sekarang kita mandi, airnya sejuk ya?” atau “Mari kita makan nasi”.
Ads
8. Berikan Pujian Dan Galakan
Berikan pujian dan galakan setiap kali anak anda berusaha untuk bercakap atau berkomunikasi. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka dan menggalakkan mereka untuk terus mencuba.
9. Jadi Pendengar Yang Baik
Dengarkan anak anda dengan penuh perhatian. Tunjukkan bahawa anda menghargai setiap bunyi dan perkataan yang mereka cuba ungkapkan. Ini akan memberi mereka keyakinan bahawa komunikasi mereka penting dan dihargai.
10. Bersabar Dan Konsisten
Pembangunan bahasa adalah proses yang memerlukan masa. Bersabar dan konsisten dalam usaha anda. Teruskan bercakap dan berkomunikasi dengan anak anda setiap hari, walaupun anda tidak melihat perubahan yang cepat.
Ads
Komunikasi dengan anak di bawah usia 2 tahun adalah asas penting bagi perkembangan bahasa dan kemahiran sosial mereka. Dengan menggunakan bahasa yang mudah, nada yang menyenangkan, dan memberi respons positif, anda boleh membantu anak anda membangun kemahiran komunikasi yang kukuh sejak awal.
Ingatlah bahawa setiap anak adalah unik dan perkembangan mereka mungkin berbeza, jadi teruskan usaha dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
‘Membiaknya’ Buli Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor, Jangan Hanya Salahkan Guru – Asyraf Wajdi. Faktor rumah tangga dan peranan ibu bapa dilihat menjadi antara penyumbang utama kepada gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah, menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
‘Membiaknya’ Buli Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor, Jangan Hanya Salahkan Guru – Asyraf Wajdi
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook pada hari Rabu, beliau menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada guru atau pelajar semata-mata.
“KITA TIDAK BOLEH HANYA MENYALAHKAN PELAJAR ATAU PENDIDIK. KEADAAN DALAM KELUARGA SERTA SIKAP IBU BAPA TURUT MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM MENCORAKKAN TINGKAH LAKU ANAK-ANAK, TERMASUK KECENDERUNGAN KEPADA PERBUATAN MEMBULI YANG AKHIRNYA TERBAWA KE SEKOLAH ATAU ASRAMA,” JELAS BELIAU.
Kenyataan tersebut dibuat susulan laporan oleh media pada Isnin yang menyatakan bahawa pihak MARA telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap satu kes buli yang dikatakan berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di bahagian utara negara.
Insiden tersebut mencetuskan kemarahan ramai selepas satu video berdurasi 1 minit 31 saat tular di media sosial, memaparkan beberapa pelajar yang bertindak memijak dan duduk di atas seorang pelajar lelaki lain. Lebih membimbangkan, mangsa turut diikat kakinya menggunakan tali pinggang tanpa menunjukkan sebarang usaha untuk melawan.
Berikutan siasatan dalaman yang dilakukan, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa tujuh pelajar yang terlibat dalam kejadian tersebut telah disyorkan untuk diberhentikan daripada pengajian di institusi berkenaan.
Hasil keputusan Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) mendapati bahawa daripada tujuh pelajar terbabit, dua daripadanya memainkan peranan utama dalam tindakan membuli, manakala lima lagi dikenal pasti bersubahat.
“Kesemua mereka telah dicadangkan untuk ditamatkan pengajian di MRSM sebagai langkah tegas terhadap sebarang bentuk salah laku yang mencemarkan nama institusi pendidikan,” ujarnya lagi.
Mendidik anak menjadi insan yang lebih baik, mengenal Allah dan mengenal kehidupan ini bukanlah satu hal yang mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan mak ayah.
Jangan putus asa dalam mendidik anak. Teruslah bersabar dan tabah dalam setiap ujian ketika mendidik anak kita berjaya. Ganjaran pahala yang menanti mak ayah cukup besar.
Memahami tentang ganjaran mendidik anak-anak, ayuh kita baca perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi ini untuk dijadikan inspirasi buat ibu ayah agar istiqomah mendidik anak-anak.
Pahala Ibubapa Mendidik Anak
Pendidikan anak-anak bermula dari rumah dan ganjaran mendidik adalah sesuatu yang sangat besar di sisi Allah. Dalam al-Quran Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman al-Hakim kerana sifat mereka mendidik keluarganya. Firman Allah:
“Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!” (Surah Maryam: 55)
2. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:
“Jika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. “ (HR Muslim).
3. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:
“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)
4. Manakala ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:
“Barangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.” (HR Ahmad)
Kehilangan bayi di taska memang satu peristiwa yang meruntun jiwa. Sebagai seorang ibu, setiap saat teringat wajah kecil anak, senyuman manisnya, bau tubuhnya… semua tu buat rindu jadi semakin dalam. Malam-malam yang sunyi, selalu terfikir, “Kalau ada dia, mesti rumah ni lebih meriah.” Tapi sekarang, hanya kenangan yang tinggal, dan hati ni tak pernah berhenti bertanya, kenapa?
Nyata, setiap ketentuan yang ditakdirkan Allah SWT itu di luar kemampuan kita untuk menolaknya dan ia juga tidak boleh diubah kerana sudah tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi.
Namun sebagai manusia, pastinya jiwa sentiasa merindui yang tersayang. Lebih meruntun jiwa anak yang baru lahir.
Begitulah yang dirasai oleh Nurul Fateha Sandollah yang kehilangan bayinya, Haura Najia yang baru berusia 6 bulan di sebuah taska di Melaka.
Terbaru menerusi perkongsianya di Facebook, dia meluahkan rasa isi hatinya tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
DUA-DUA BAYI INI MENINGGAL DI TASKA DI MELAKA. Sept 2024 dan Oktober 2022
Ironinya bayi yg br meninggal ini mendapat tindakan awal dari polis n mendapat keputusan postmortem yg cepat dari forensik dan bukti kukuh melalui cctv. Sakitnya kehilangan spt ini sbb sy masih merasa kan hgga kini. Keluarga ini 13 tahun menunggu zuriat pertama.. Manakala sy mendapat bayi ke3 sy selepas 7 tahun.
Tetapi bayi sy HAURA Najia 6 bulan meninggal di taska pada 27hb Oktober 2022 tidak mendapat tindakan yg sewajarnya dari pihak polis dan forensik dan JKM
Berbulan baru keputusan postmortem diterima yg akhirnya tidak memihak kepada kami.
CCTV taska pula dikatakan dummy tetapi firasat sy kuat menyatakan cctv telah dipadamkan kerana polis lmbt tiba di taska tersebut untuk menyiasat.
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MELAKA tiada mengambil apa2 tindakan terhadap taska tersebut malah sesorg kakitangan jkm dengan lancang berjaya KAMI AKAN BANTU TASKA BEROPERASI SEMULA. Dan ya taska itu hanya di tutup sementara dan telah melebarkan sayapnya semula tanpa ada apa2 tindakan sewajarnya. Lesen tros diberikan selepas lebih 10tahun beroperasi tanpa lesen.. Hebat bukan JKM Melaka?
APA YG SY HENDAK? HANYA PENJELASAN SY PERLUKAN DAN TINDAKAN SEWAJARNYA DR PIHAK TERLIBAT. TETAPI KES ANK SY DISENYAPKAN OLEH MEREKA2..
ALLAH itu ada..kepada yg terlibat sy tidak redha atas perbuatan dan tindakan anda semua terhadap ank sy..
Alfatihah bayi2 syurga.. Tunggu ibu n baba di sana.
Haura syg jumpalah ibu walau seketika kerana ibu amat rindukan haura.. Peluklah ibu walau dlm mimpi kerana ibu rindu pelukan terakhir haura.. Maafkan ibu…
Meninjua di ruangan komen rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.