Cili jeruk yang sedap ialah bila dimakan rangup dikunyah. Makan char kuey teow jika tak ada cili jeruk memang tak puaslah makan. Pendek kata cili jeruk wajib ada, tak lengkap kalau tak ada.
Bagi anda yang ingin cuba membuat sendiri cili jeruk yang kekal rangup krup krup walaupun sudah berhari-hari, cuba cara seperti yang dipraktikkan oleh Farid Sham ini. Senang betul nak buat dan yang pasti bila buat sendiri sudah tentu terjamin kebersihannya.
RESIPI CILI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau
2 sudu makan gula
Cuka makan
Bekas berpenutup (botol jem setinggi tin susu sejat)
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan cili hijau yang segar.
2. Potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Agak-agak sahaja potongannya.
Ads
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup kemudian goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan masukkan air. Perap selama tiga hari dalam peti sejuk. Sukatan gula ialah 2 sudu makan untuk saiz botol setinggi tin susu sejat).
Ads
4. Hari ke tiga, baru kita masukkan cuka makan separas cili potong itu. Ingat ya, jangan sesekali bubuh air. Hari ke empat cili jeruk sudah boleh dimakan.
Selain Nasi Arab, Nasi Ayam juga antara pilihan terbaik keluarga untuk juadah berbuka nanti. Anak-anak pun bukan main suka kalau mama sediakan nasi ayam. Tak gitu? Salah satu resipi nasi ayam paling ringkas dan mudah hendak disediakan ini mama wajib cuba. Paling membantu mama di dapur!
Resipi yang dikongsikan oleh Pn Amirah Husain ini memang mudah. Hasil nasinya yang berkilat juga buat kita sudah mula terasa-rasa akan kesedapannya. Jom sediakan buat anak-anak petang ini.
Assalamualaikum. Hari ni sis nak share resepi nasi ayam terlajak senang dan sedap.
Bahan-bahan untuk sup:
Untuk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yang brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Bahan-bahan untuk perap ayam:
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nak manis macam mana)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu
Bahan-bahan untuk nasi:
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yang sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)
Bahan-bahan untuk kuah lada:
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka
Mula-mula korang tumis semua bahan yang telah dipotong mayang dan 4 sekawan sampai naik bau.
Ok lepas tu korang letak la air banyak mana korang nak tapi bagi sis kene letak banyak la sebab korang akan guna kuah sup ni untuk masak nasi dan perap ayam. Ok.. lepas tu korang masuk laa ayam dan kiub pati ayam. Bila dah mendidih korang letak la garam dan pak aji. Pastikan masak sampai ayam empuk tau.
Ok sambil-sambil tunggu sup korang tu masak, korang buat la kuah lada pulak. Blender semua ok, masuk sekali cuka, gula dan garam.
Lepas tu masak balik, api slow je tau. Kacau sampai mendidih pastu tutup la.
Ok part ni bagi sis senang, setengah orang kalau nak masak nasi mesti kena tumis segala mak nenek tu kan. Ok kalau resepi sis, korang takyah susah-susah nak tumis dah. Korang basuh beras macam biasa, lepas tu korang tuang la marjerin yang dah dicairkan.
Ok lepas tu ambik kuah sup yang korang dah masak tadi masuk ke dalam periuk nasi korang tu. Pastikan ambik sikit minyak dalam kuah tu. Nanti nasi korang cantik tau, berkilat aje. Kuah tu ikut sukatan banyak mana korang masak nasi tau.
Ingat tu. Jangan lupa daun pandan, baru la wangi nasi uolss..tanak nasi macam biasa. Jangan gatal tangan nak tambah garam ke apa ke sebab masa uolss masak sup tu korang dah masukkan. So nasi dah cukup sedap dah.
Ok ni untuk perap ayam pulak. Masukkan kuah sup dan campur segala kicap dan sos yang sis tulis tadi termasuk madu.
Lepas tu korang golek-golek la ayam kat dalam bahan tadi. Jangan celup dengan tangan sebab lepas uolss goreng ayam tu, lebihan kuah tu untuk kuah kicap. Lepas ayam tu dah sebati dengan kuah kicap, korang letak dalam peti sat. Setengah jam pun dah ok, lepas tu goreng dengan api kuat.
Bila-bila korang goreng guna api kuat, ayam korang akan garing kat bahagian luar tapi juicy di dalam. Walaupun dah sejuk ayam tu tetap lembut. Bila ayam tu dah bertukar warna terus agkat. Gambar untuk kuah kicap sis lupa nak snap. Lebihan kuah perap ayam tu, korang masak balik lepas tu letak bancuhan tepung jagung. Bila mendidih dan pekat tutup api.
Ada waktunya dikala teringin untuk makan sesuatu jenis makanan, kita mula berkreatif dengan segala kelengkapan yang anda. Paling membanggakan cubaan kita berhasil kerana daya usaha yang tinggi. Salah satu contoh terbaik adalah resipi samperit tiga bahan ini.
Samperit mudah dengan hanya menggunakan tiga bahan ini paling mudah. Resipi yang dikongsikan oleh Syamiza Atikah ini menariknya hanya dimasak di periuk dan menggunakan dapur gas sahaja. Tanpa mixer malah tanpa oven pun biskut terhasil dengan baik. Dapatlah lepaskan mengidam. Terbaik!
Isi masa lapang dengan anak main tekap-tekap kuih ” hasilnya tak cantik sebab bukan minat sangat buat kuih. Kuali boleh ✓ rice cooker pun boleh. Tak lama pun masa untuk satu tray 10 minit masak, janji jangan tebal sangat bentuk kan doh tu sebab nanti akan amik masa yang lama nak masak sepenuhnya. Saya masak ni atas dapur gas taw. Api slow. Tak pakai mixer. Tak pakai oven.
Resepi semperit 3 bahan
500g tepung jagung
3 senduk nasi butter @ marjerin
½ tin susu manis
Gaul sebati tepung jagung dan butter@marjerin. Masukkan susu tin dan gaul hingga sebati dan lembut.
Jika agak lembik tambahkan tepung jagung sedikit.
*Kebiasaannya terlebih butter@marjerin/susu yang buat terlembik.
Terap pakai acuan kesukaan, oleskan marjerin atas dulang dan masukkan dalam periuk.
Tidak dinafikan, kek keju atau cheese punya penggemarnya sendiri. Namun membelinya di kedai apa lagi untuk hidangan seisi keluarga memakan kos yang cukup tinggi. Jadi rasanya adalah lebih baik ibu cuba hasilkan sendiri sebiji kek keju untuk anak-anak. Barulah puas makan.
Resipi Blueberry Cheese Cake yang dihasilkan oleh Suisan Aliezsha ini cukup senang dan mudah. Paling menarik kosnya tidak sampai RM30 malah boleh sediakan sebiji kek untuk dimakan seisi keluarga. Memang jimat. Jom cuba resipi hebat yang dikongsikan olehnya.
Selamat malam semua. Hasil malam ni saya kongsikn untuk korang penggemar cheese. Teringin tu boleh la buat time-time cuti ni. Kos bahan-bahan pun tak mahal tak sampai RM30. Beli sepotong dah mahal, kalau buat 1 family dapat merasa.
Resepi lapisan bawah:
8@9 keping biskut digestive (saya guna biskut jacobs weetameal) kalau tak ada boleh je guna biskut belvita, hancurkan saya guna batu lesung je. Tak payah nak cerewet sangat kan. Tapi nak hasil lagi halus blend kering)
2 sudu makan butter (cairkan)
Selepas hancurkan biskut masukkan ke dalam bekas, masukkan butter yang dah siap dicairkan. Gaul sebati.
Kemudian masukkan ke dalam loyang tekan-tekan untuk padatkan biskut tersebut (saya guna saiz 5 sebab adunan tak banyak)
Untuk cheese:
250g cream cheese tatura
2 biji telur
2 sudu makan gula halus (kalau tak nak letak toping, gula 3@4 sudu dah cukup)
1 sudu setengah tepung gandum (saya guna cap rose (sudu makan ye, kalau sudu metrik 1 ½)
1/2 sudu makan jus limau@lemon
Jem blueberry
Mix cheese dan gula, dah sebati masukkan telur. Putar kemudian masukkan jus limau.
Last masukkan tepung gandum dan mix sebatikan.
Kemudian curahkan ke dalam loyang berisi biskut tadi. Jangan lupa loyang alaskan dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 160° selama 20-25 minit, bergantung oven masing-masing. Dah masak biarkan sejuk kemudian toping ikut kehendak korang, blueberry, strawbery@mango. Kalau nak letak toping horlick, semasa nak masukkan dalam oven taburkan atas permukaan kek.
Siap, nanti dah siap bertoping sejukkan ke dalam peti ais baru aummm rasa dia.
Selamat mencuba.
Nak dapatkan barangan atau kelengkapan kek bolehlah klik di sini.https://invol.co/cloqny Senang tak payah beratur panjang di kedai. Shopping online je.