Tip beri nasihat pada anak, pakar cadangkan waktu paling efektif dan sesuai. Selalunya bila ibu bapa mendepani kerenah anak, itulah juga waktunya kita hendak memberi ‘tazkirah’ kepada anak.
Niat memberi nasihat itu akhirnya bertukar menjadi bebelan, menjadi ugutan, keluar ungkapan tidak enak, dan lebih parah lagi menjadi episod jawab menjawab dengan anak.
Nasihat akhirnya menjadi ungkapan kosong masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Buang masa dan buang tenaga.
Tip Beri Nasihat Pada Anak
Nasihat harus sampai ke hati terlebih dahulu, barulah otak akan mula berfungsi untuk memikirkan kesan dan akibat sesuatu perbuatan.
Anak tidak akan dapat menerima nasihat pada bila-bila masa. Ada waktunya keadaan fizikal, mental dan emosi anak tidak bersedia untuk menerima nasihat ataupun terlalu terbeban dengan perkara lain walaupun kita bersemangat memberi nasihat.
BILAKAH WAKTU YANG SESUAI MENASIHATI ANAK?
Dr. Muhammad Abdul Hafizh Suwaid dalam buku Prophetic Parenting mencadangkan 3 waktu yang paling efektif dan paling sesuai untuk menasihati anak. Satu lagi adalah cadangan saya sendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Pakar Cadangkan Waktu Paling Efektif & Sesuai
Empat waktunya adalah:
1. WAKTU MAKAN
Sekurang-kurangnya sekali sehari duduklah bersama-sama menikmati hidangan sekeluarga di meja makan. Inilah masanya kita mendengar cerita anak-anak tentang hari yang dilalui mereka. Inilah waktunya mereka akan meminta dan memerlukan nasihat secara langsung atau secara tidak langsung. Ketika kita mendengar dan bercerita, selitkanlah nasihat dan panduan sebagai pedoman untuk anak-anak.
Inilah juga masanya kita menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, adab mengambil makanan, adab menyuap makanan, adab berdoa, adab bersyukur dengan rezeki yang berada di depan mata, adab berbicara dan adab mendengar.
Waktu makan adalah waktu santai. Kata orang, kenyang perut senang hati. Apabila hati senang, nasihat dan panduan pun mudah sampai ke dasar hati.
Oleh sebab inilah adalah merugikan sekiranya waktu makan dijadikan waktu untuk anak melayan gajet atau sambil menonton televisyen. Jika kita terlepas peluang untuk memberi nasihat pada waktu ini kerana gajet, mungkin kita juga akan terlepas peluang pada waktu lain. Jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.
Ads
2. WAKTU DALAM PERJALANAN
Kehidupan moden adalah kehidupan yang terkejar-kejar. Keluar rumah awal pagi, pulang ke rumah setelah tiada matahari. Beruntunglah mereka yang boleh bekerja masa fleksi.
Sebenarnya waktu yang singkat dan terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak dari sekolah merupakan waktu yang efektif untuk menasihati anak. Nasihat tidak semestinya panjang lebar. Nasihat yang ringkas dan padat lebih mudah dihadam berbanding nasihat yang penuh berfalsafah.
Dalam perjalanan ke sekolah nasihatilah anak tentang adab dan akhlak bersama guru, bersama rakan-rakan dan juga terhadap orang sekeliling. Nasihat anak supaya gigih berusaha. Sesuatu insiden atau kejadian di luar kenderaan juga boleh dijadikan modal untuk menasihati anak, supaya anak peka dan cakna dengan keadaan sekeliling.
Di samping bersantai mendengar lagu-lagu di radio, pilihlah juga saluran radio yang bermanfaat, yang boleh dijadikan modal perbincangan bagi menjana minda anak-anak.
Seperti bait lirik nasyid oleh kumpulan Raihan
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”
Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah pula, dengarlah cerita anak tentang sekolah, tentang guru, tentang rakan-rakan anak dan juga tentang tugasan sekolah agar kita faham dan terlibat dengan persekolahan anak. Apabila kita mendengar dan faham, anak akan lebih terbuka untuk bercerita dan kita juga lebih berpeluang untuk memberi nasihat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidhi pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Ibnu Abbas yang berusia belasan tahun ketika itu secara santai ketika Ibn Abbas menunggang unta (kenderaan) di belakang Rasulullah SAW. Nasihat Baginda, “Jagalah agama Allah, nescaya Allah menjagamu”
Kita biasa mendengar, bermainlah dengan anak ketika berusia 0-7 tahun dan disiplinkanlah anak ketika berusia 7-14 tahun.
Ads
Kedua-dua fasa itu berkaitan. Bermain dengan anak ketika usia awal akan mempermudahkan kita untuk mendisiplinkan anak kemudiannya.
Bermain bersama-sama anak ketika mereka kecil, ketika membesar dan juga ketika remaja bukan hanya memberi manfaat kepada perkembangan fizikal anak, malah ia juga membentuk keperibadian positif anak.
Ibubapa yang terlibat adalah ibubapa yang peduli. ‘Involved parents are caring parents’.
Setiap permainan mempunyai peraturan dan strateginya. Setiap permainan mempunyai pemikiran dan emosinya. Inilah waktu yang terbaik untuk menasihati anak tentang asam garam kehidupan, tentang kawalan emosi, tentang interaksi sosial, dan tentang keperibadian dan tingkah laku.
Bermain ‘game’ bersama-sama dengan anak lebih bermanfaat berbanding membiarkan anak mengadap ‘game’ di skrin berseorangan. Apabila ‘bonding’ diwujudkan antara ibubapa dan anak ketika bermain bersama-sama, anak lebih terbuka untuk menerima sebarang nasihat mahupun teguran. Inilah yang memudahkan kita untuk mendisiplinkan anak.
4. WAKTU ANAK SAKIT
Menurut Dr. Abdul Hafizh Suwaid, sakit dapat melunakkan hati orang dewasa yang keras apatah lagi hati anak-anak yang masih lembut dan lebih mudah menerima. Lumrahnya apabila sakit anak-anak menjadi lebih ‘clingy’ dan lebih inginkan belaian dan perhatian daripada ibubapa. Inilah peluangnya untuk kita berlembut menasihati anak secara ringan tanpa membebankan.
Bagi menggembirakan hati anak, kita boleh merancang dengan anak untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila anak sihat kelak dan pada masa yang sama boleh diselitkan kata-kata nasihat buat anak. Pilihlah nasihat yang mudah diterima dan sesuai dengan keadaan anak.
Usahlah diberikan nasihat yang tidak sihat di kala anak sakit seperti
Ads
“Itulah tak dengar cakap Mama, kan dah sakit. Kalau dengar cakap taklah jadi macam ni.”
Ataupun
“Inilah balasan sebab berdosa dengan ayah semalam.”
Anak yang sakit bertambah nazak jadinya dengan kata-kata yang menghukum dan tidak berasas sedemikian.
Dalam buku ‘Prophetic Parenting’ ada diceritakan kisah Rasulullah SAW yang berdakwah kepada pembantu Baginda yang berbangsa Yahudi ketika Baginda SAW menziarahinya yang sedang sakit.
Begitulah antara waktu-waktu efektif untuk menasihati seorang anak. Setiap anak menerima nasihat pada waktu yang berbeza-beza mengikut keperluan, keupayaan dan kematangan masing-masing. Carilah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat agar nasihat itu meresap ke jiwa anak dan tidak menjadi seumpama menyimbah air ke daun keladi.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar (Parent Connect Consultancy)
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Didik anak berdikari cara psikologi adalah keperluan untuk semua ibu bapa. Tahukah anda bahawa seorang anak tanpa disuruh akan mengambil mainan untuk bermain masak-masak, manakala seorang lagi anak akan ke sudut bacaan memilih buku. Mereka tidak meminta orang dewasa membantu sebaliknya melakukannya sendiri!
Hakikatnya menggalakkan anak melakukan sendiri merupakan salah satu cara memupuk sikap berdikari. Sediakan sokongan dan panduan kepada anak untuk cuba menyelesaikan masalah. Bagaimana pula, bagi anak yang tidak mampu melakukan dengan sendiri. Berikut tujuh tip secara psikologi untuk mendidik anak untuk menjadi seorang yang berdikari.
7 tip untuk didik anak berdikari
1.Tugasan kecil kepada tugasan besar
Mulakan dengan tugasan kecil. Bahagikan tugasan besar kepada bahagian kecil. Semasa anak menyelesaikan tugasan kecil dengan jayanya, ajak melakukan tugasan yang lebih besar. Umpamanya setelah menyelesaikan puzzle, tingkatkan cabaran untuk tahap yang lebih sedikit cabarannya. Jangan lupa jika anak berjaya, beri penghargaan kepadanya.
2. Permainan bebas
Rancang masa “permainan bebas” dalam jadual harian. Anak memerlukan masa untuk membuat peraturan sendiri dan membina sempadan. Gunakan masa untuk membuat pemerhatian individu semasa anak bermain sendirian atau secara kumpulan.
3.Jadual tugasan harian
Jadual tugasan harian boleh dijadikan penanda aras peningkatan kebolehan anak berdikari. Gunakan carta bina graf jangkaan yang dicapai oleh setiap anak. Ubah tugasan mengikut harian atau mingguan. Semasa anak menyelesaikan tugasan, anak boleh meletakkan kertas pelekat pada bahagian namanya dicarta. Aktiviti tugasan termasuklah memberi makan ikan, menyiram pokok, memulangkan buku ke rak yang betul, membersihkan bilik dan lain-lain tugasan yang sesuai dengannya.
4. Bantuan menguruskan masa
Bantu anak belajar menguruskan masanya sendiri. Terdapat anak yang tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Malah ada yang tidak tahu menjalankan aktiviti. Anak sebegini perlu diberi bantuan mengurus dengan menstrukturkan masa permainan bebas dan aktiviti.
5.Pilihan permainan
Sebaik-baiknya sediakan pilihan permainan buat anak. Mulakan dengan memberikan dua pilihan kemudian bergerak kepada tiga pilihan apabila anak sudah matang. Contohnya,”Adik hendak bermain buaian atau gelongsor?” Anak perlu memilih salah satu daripada dua pilihan yang dicadangkan. Aktiviti ini dapat membina kebebasan untuk berfikir dan belajar.
6. Lakukan tugasan sehingga selesai
Biarpun tugasan itu kecil, anak perlu menyelesaikannya. Beri pujian kepada anak kerana mengikut arahan. Jika perlu boleh diulang atau diajar semula perkara yang mereka tidak jelas. Tidak semua anak dapat memahami arahan dengan cepat.
6. Meletakkan barang di tempat asal
Memulangkan semula setiap peralatan ditempat yang betul dapat membantu anak belajar berdikari. Guru boleh melabel sama ada dengan gambar atau perkataan pada almari atau bekas peralatan. Isyarat ini dapat membantu anak mengingat kedudukan peralatan untuk disimpan. Disamping itu menggalakkan anak meningkatkan perkembangan literasi.
7. Mempunyai kawan baik
Menggalakkan persahabatan juga dapat membina perkembangan imej sendiri yang positif. Secara tidak langsung meluahkan perasaan simpati dan penyayang kepada orang lain.
Kesimpulannya, aktiviti yang mudah dapat membina keyakinan diri secara individu disamping menggalakkan anak menyelesaikan masalah tanpa mengharap bantuan orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sukanya ibu dan ayah kalau ada anak-anak yang sedari kecil dah boleh membaca. Sebenarnya kalau nak anak cekap membaca tidak semestinya hanya dengan latihan membaca sahaja.
Menurut Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, Terapis Cara Kerja di Gym Academy, ibu dan ayah perlu membuat latihan bagi cekapkan pergerakan mata. Aktiviti sebegini dapat membantu anak punya fokus mata yang baik sekaligus membantu mereka untuk membaca di awal usia.
Main baling bola merupakan aktiviti yang boleh mama papa praktikkan dengan anak-anak untuk membantu mereka cekap membaca. Ikut perkongsian beliau:
Tahu tak, MAIN BALING BOLA boleh bantu anak CEKAP MEMBACA?
Kita selalu rasa kalau nak bagi anak membaca, latih membaca je lah kan?
Kita ajak anak duduk, ambil buku, minta anak kita mengeja dan baca.
Hmm… Tulah kesilapan kita.
Kita selalu rasa untuk membaca, anak kena dilatih membaca je.
Tapi….
Sedar tak kita kalau anak nak membaca, anak kena ada fokus mata yang cekap?
Ada anak yang selalu ter”skip” perkataan atau baris masa membaca.
Anak-anak ni kita selalu kata mereka cuai.
Tapi, sebenarnya, mungkin mereka kurang latihan untuk cekapkan pergerakan mata tu.
Cekap pergerakan mata ni ada dua :
Kecekapan anggar jarak
– ni penting untuk anak boleh anggar jarak dari satu huruf ke satu huruf. Anak boleh kenal pasti jarak antara perkataan tu dengan baik.
Barulah anak tak terskip perkataan. Untuk menulis pun penting ni supaya anak boleh tulis dengan kemas.
Kecekapan anggar masa
– ni penting supaya anak tak baca kelam-kabut.
Mata anak akan boleh nak fokus dari satu huruf ke satu huruf tanpa tergopoh-gapah nak baca huruf atau perkataan seterusnya.
Main BALING-TEPUK-SAMBUT akan bantu latih kedua-dua kecekapan mata ni.
Caranya:
1. Anak baling bola ke atas,
2. Tepuk tangan sekali sementara bola masih di atas,
3. Tangkap/sambut bola dengan baik bila bola turun ke bawah.
Boleh cuba pada anak bermula usia 5 tahun ke atas.
SHARE INFO ni supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya ya
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Rata-rata kini, sama ada di rumah, di dalam kereta, terutamanya di restoran, penggunaan gajet-gajet elektronik adalah sangat meluas, sehinggakan kita merasakan ia adalah benda paling wajib untuk membantu mententeramkan anak-anak. Telefon pintar merupakan gajet wajib untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil untuk mengelakkan mereka mengganggu ibu bapa yang sedang sibuk atau sebagai hiburan harian untuk si kecil.
Kemudian pula, myopia. Myopia atau rabun jauh telah menjadi isu kesihatan umum global sejak beberapa dekad yang lalu. Memetik statistik terkini dari jurnal optometris, myopia melibatkan kira-kira 85 hingga 90% remaja di beberapa negara Asia seperti Singapura dan Taiwan. Sebagai perbandingan, pada tahun 1950-an, hanya 10-20% penduduk China yang rabun jauh.
Ini jelas menunjukkan secara global, wujudnya kaitan antara penggunaan gajet atau skrin digital yang berlebihan dan peningkatan kes myopia. Tidak boleh dinafikan bahawa kanta lekap, cermin mata atau pembedahan LASIK boleh memperbetulkan rabun jauh, tetapi jika dilihat dari dasarnya, masalah myopia berpunca dari bola mata yang memanjang.
Sebagai kesimpulan, adakah penggunaan telefon pintar dan gajet elektronik boleh dipersalahkan? Jawapan ringkasnya adalah “ya. Ikuti kupasan lanjut mengenai bahaya pengunaan gajet kepada anak-anak kecil Bersama Dr Tan Jin Poi, Pakar Bedah Mata, Pantai Hospital Pulau Pinang.
Bahayakah Gajet Kepada Kanak-kanak?
Menurut Dr Tan Jin Poi, ibu bapa dan kanak-kanak pada masa kini gemar dengan penggunaan gajet dalam rutin harian disebabkan oleh kesan positifnya seperti hiburan atau sesuatu yang menghiburkan anak-anak dan pendidikan untuk kanak-kanak, meningkatkan kemahiran, dan lain-lain.
Tetapi ia boleh memudaratkan jika penggunaan yang berlebihan. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan gajet yang terlalu lama boleh menyebabkan kesan negatif fizikal dan mental contohnya seperti:
kelewatan pertuturan,
aktiviti sosial semakin kurang dan tiada kemahiran untuk berkomunikasi,
kurang interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak,
kebimbangan dan kemurungan,
pendedahan awal kepada kandungan negatif, ketagihan dan lain-lain.
Ia benar-benar mengejutkan bahawa satu kajian yang dijalankan Amerika Syarikat mendedahkan 1 dalam 3 kanak-kanak di Amerika Syarikat boleh menggunakan tablet atau telefon sebelum mereka mula bercakap.
Biasanya kanak-kanak yang menggunakan gajet ini selalunya sangat fokus memberi tumpuan pada kandungan sehinggakan mereka tidak memberi perhatian kepada postur mereka, terutamanya jarak mata mereka dari skrin. Ia adalah perkara biasa untuk melihat gajet dengan postur membongkok, berbaring dan selalunya tidak berada dalam postur yang sihat. Dan ini akan memberi kesan kepada badan dan mata.
Bagaimana gajet boleh menjejaskan mata
Jelas Dr Tan Jin Poi lagi merenung skrin elektronik secara berterusan untuk masa yang lama boleh menyebabkan ketegangan mata. sindrom penglihatan komputer juga dikenali sebagai ketegangan mata digital adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh masa skrin lanjutan. Ia adalah gabungan mata dan bukan okular gejala
Ini termasuk: tahap penglihatan turun naik, penglihatan berganda, sukar memberi tumpuan, ketegangan mata dan keletihan, mata gatal-gatal, berair, mata merah, mata kering, sakit kepala dan keletihan, leher, belakang dan bahu sakit/lenguh.
Para penyelidik juga menyedari bahawa masa skrin meningkat di kalangan kanak-kanak adalah satu faktor risiko besar untuk pembangunan dan perkembangan sightedness pendek (myopia)
Adalah difahamkan bahawa kelaziman myopia telah meningkat dengan ketara dalam beberapa dekad yang lalu yang berlaku serentak dengan peningkatan penggunaan peranti digital.
Kesan terlalu kerap tumpu pada skrin terhadap mata kanak-kanak
Kajian menunjukkan mereka yang menggunakan skrin dengan kerap mempunyai lebih gejala mata berbanding mereka yang tidak. Didapati bahawa kanak-kanak boleh menghabiskan lebih daripada 2 jam sehingga 9 jam sehari masa pada skrin.
Skrin berkilat pada kebanyakan gajet boleh menyebabkan ‘glare’ yang boleh menyebabkan ketepatan (clear) penglihatan menurun dengan ketara dan dengan itu menyebabkan penglihatan kabur.
Kanak-kanak yang menggunakan gajet lebih daripada 4 jam sehari mempunyai sindrom penglihatan komputer lebih teruk daripada individu yang kurang fokus pada gajet. Oleh itu risiko untuk mendapat masalah myopia (rabun pendek) juga boleh meningkat pada kanak-kanak apabila mereka sering menghabiskan masa kira-kira 8 jam setiap hari pada gajet.
Jika boleh, hadkan jumlah masa kanak-kanak pada alat atau peranti dan tidak membenarkan mereka untuk menggunakan selepas masa mereka tamat. Juga menghadkan masa menonton televisyen. Kanak-kanak kecil boleh menggunakan alat atau peranti satu jam sehari dan dua jam sehari untuk kanak-kanak sekolah sebaiknya tidak perlu menggunakan komputer atau peranti mudah alih lebih daripada 4 jam secara berterusan dalam satu hari.
Penggunaan skrin digital seperti komputer riba, tablet atau telefon pintar melibatkan satu proses penglihatan yang aktif untuk mengekalkan imej yang jelas, iaitu proses akomodasi. Proses akomodasi adalah mekanisme di mana mata berubah fokus dari melihat imej jauh ke dekat dengan mengontraksi otot-otot siliari. Ini membolehkan kanta mata melengkung dan membenarkan imej dekat tertumpu tepat pada retina, dengan itu memberikan fokus yang jelas kepada objek tersebut.
Sebaliknya apabila mata berubah fokus ke imej yang jauh, proses akomodasi merehatkan oto siliari, serat mata ditegangkan dan kanta mata memanjang. Cahaya dari imej jauh akan tertumpu tepat pada retina. Pemfokusan pandangan ke objek dekat untuk tempoh yang berpanjangan, contohnya ketika menggunakan telefon pintar, memerlukan otot siliari kontraksi/mengecut untuk masa yang lama.
Apabila mata berubah fokus ke imej yang jauh, ada kalanya otot siliari gagal untuk direhatkan untuk membolehkan kanta mata memanjang dan seterusnya memfokuskan cahaya dari imej jauh ke retina. Keadaan ini dipanggil ‘Kekejangan Akomodasi’. Imej jauh tersebut akan terfokus di hadapan retina dan menyebabkan kekaburan. Sindrom ini dipanggil pseudo-myopia atau rabun jauh palsu. Pada kebiasannya, keadaan ini bersifat sementara dan akan hilang selepas penggunaan skrin digital diberhentikan.
Antara kesan-kesan kerana terlalu lama merenung skrin
Menurut kajian yang berbeza, kanak-kanak akan berkemungkinan memiliki berat badan berlebihan atau mempunyai masalah penglihatan apabila mereka menghabiskan terlalu banyak masa dengan menggunakan alat atau peranti gajet.
Pemikiran dan perkembangan emosi dalam tempoh lima tahun pertama seorang kanak-kanak adalah penting. Menghabiskan masa lebih daripada dua jam sehari pada sesuatu skrin boleh menyebabkan perkembangan kognitif perlahan dan defisit perhatian.
Oleh itu, secara keseluruhannya adalah dinasihatkan untuk mengurangkan masa skrin dan menambah penglibatan aktiviti-aktiviti lain untuk mempunyai pembangunan tumbesaran mereka yang seimbang.
Cara untuk praktikkan gaya amalan mata sihat untuk anak-anak
Mungkin tidak realistik untuk menghentikan kanak-kanak dari menggunakan alat dan peranti digital pada hari ini. Namun ibu bapa boleh mengamalkan cara yang sihat supaya mata si kecil tidak terlalu terdedah dengan bahaya penggunaan skrin yang lama. Antaranya adalah:
Rehat yang kerap di antara: Galakkan mereka untuk mengikuti “20-20-20” peraturan: Selepas setiap 20 minit, rehatkan mata daripada skrin dan melihat sekurang-kurangnya 20 kaki dalam jangka masa sekurang-kurangnya 20 saat. Ini melegakan mata memberi tumpuan dan otot penjajaran. Ia juga adalah masa yang baik untuk berdiri, berjalan, melakukan regangan atau lain-lain tugas, untuk melegakan otot tegang dan mengurangkan keletihan.
Aktiviti-aktiviti luar: Menggalakkan kanak-kanak bermain di luar dengan kawan-kawan dan adik-beradik yang lain. Supaya membantu dalam menjalankan penglihatan jarak jauh dan mengurangkan peluang untuk myopia. Mereka juga boleh mengambil udara segar dan senaman, dan belajar untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.
Ibu bapa tidak perlu sentiasa menggunakan gajet sebagai alat untuk pengasuh. Gantikan gajet dengan aktiviti sesuai umur anak seperti membuat kraf, mewarna buku dan banyak lagi.
Laraskan cahaya pada skrin gajet supaya ia selesa untuk kanak-kanak melihat. Lapisan anti-reflektif pada cermin mata atau atas skrin boleh membantu mengurangkan amat nyata dan ketegangan.
Lebih masa Bersama keluarga tanpa gajet. Gunakan masa ini untuk ‘bonding’ Bersama keluarga tersayang. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk mendisiplinkan anak-anak dan mengawal pendedahan mereka kepada gajet.
Waktu sesuai untuk membuat pemeriksaan mata
Menurut Dr. Tan Jin Poi, seorang doktor atau pakar profesional kesihatan akan memeriksa bayi yang baru lahir dan ketika ibu bapa membawa anak mereka untuk pemeriksaan susulan atau apabila diberi vaksinasi. Mereka akan menyaring dan melihat sebarang jangkitan mata, kecacatan mata, katarak kongenital atau glaukoma semasa pemeriksaan dan lawatan.
Selain itu juga, bu bapa boleh membawa anak-anak mereka kepada optometris, pakar pediatrik atau pakar mata seawal 3 hingga 5 tahun untuk saringan mata selagi mereka boleh bekerjasama.
Walau bagaimanapun, jika ibu bapa mula perasan anak mempunyai masalah juling (strabismus), mata malas (amblyopia), isu mata memberi tumpuan atau mata murid berwarna putih (leukocoria) semasa mengambil foto, kanak-kanak perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh pakar mata. Sebaiknya kanak-kanak yang sudah berusia 5 tahun dan ke atas, digalakkan membuat pemeriksaan mata setiap tahun.
Tip untuk melindungi kanak-kanak dari kesan buruk skrin elektronik
Dalam era ini, ia tidak praktikal untuk menghentikan diri kita sendiri atau anak-anak kita daripada menggunakan peranti ini. Oleh itu, ia adalah penting bahawa kita harus cuba untuk mengurangkan kesan alat-alat ini pada anak-anak kita.
Ia adalah penting untuk ibu bapa dan penjaga untuk mewujudkan gaya hidup yang seimbang dan sihat untuk anak-anak mereka sejak awal usia. Ini boleh menjadi penting dalam membesarkan anak-anak yang dapat menjaga diri mereka sendiri semasa dewasa.
Boleh menggunakan telefon pada waktu malam menjadi salah satu punca buta? Atau adakah benar menggunakan telefon pintar anda dalam risiko gelap mempercepatkan kehilangan penglihatan?
Penggunaan jangka pendek telefon dalam gelap tidak berbahaya kepada mata. Masalah bermula apabila ia berpanjangan dan tiada rehat yang mencukupi. Terlalu banyak penggunaan telefon dalam gelap selama beberapa jam tidak digalakkan. Terlalu banyak pendedahan cahaya terus ke mata boleh mencetuskan tindak balas toksik dipanggil phototoxicity, yang akan membunuh sel-sel photoreceptor cahaya-sensor dalam retina.
Sel-sel photoreceptor tidak dapat tumbuh semula. Bertambah buruk ini, apabila kita berada dalam gelap, murid-murid kami diluaskan dan ini meningkatkan jumlah pendedahan cahaya ke dalam mata kita. Tetapi apabila kita berada di dalam sebuah bilik yang terang, kontrak murid kami dan akan mengurangkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata.
Macula adalah kawasan pusat retina kami yang bertanggungjawab dalam memberikan imej terperinci jelas dalam penglihatan pusat kami. Cahaya dari telefon pintar boleh mempunyai potensi untuk degenerasi makular yang boleh membawa kepada beberapa tahap kehilangan penglihatan dengan masa.
Makanan baik untuk mata?
Beberapa kajian utama telah menunjukkan pengaruh faktor-faktor pemakanan dalam kesihatan mata. Penyelidik terus mengkaji dan melihat pelbagai khasiat juga dalam mata kering, katarak, dan glaukoma.
Mata Kering (Dry Eye) : Banyak kajian telah menunjukkan manfaat minyak ikan (Essential Fatty Acids) dalam mata kering.
Glaucoma: Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa mengurangkan oksidatif manfaat tekanan glauoma. Mereka yang mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan vitamin A dan C dan karotenoid kurang berkemungkinan untuk mempunyai glaukoma.
Umur yang berkaitan Macular Degeneration: Makanan yang kaya dengan Omega-3 asid lemak, tembaga, zeaxanthin, lutein, zink, vitamin C dan E yang melambatkan antioksidan umur yang berkaitan kerosakan Cadangan harian semasa untuk nutrien mata yang sihat, turun seperti yang dicadangkan oleh American Academy of Ophthalmology (AAO) untuk melambatkan perkembangan mata mundur mudah, adalah: · 500 miligram (mg) vitamin C · 400 unit antarabangsa vitamin E · 10 mg lutein · 2 mg zeaxanthin · 80 mg zink oksida · 2 mg oksida tembaga
Ia adalah lebih baik untuk makan diet seimbang yang sihat dengan banyak sayur-sayuran segar dan buah-buahan, dan gula yang minimum, garam, dan daging lebih baik daripada bergantung kepada makanan tambahan berat.
Lutein dan zeaxanthin adalah karotenoid yang mengatasi sebarang kejadian radikal bebas. Kedua-dua yang banyak terdapat dalam sayur-sayuran berdaun seperti bayam dan kale. Ini karotenoid membentuk pigmen makula, yang memberikan macula warna kuning sifatnya. – Ikan kaya dengan Omega-3 asid lemak seperti salmon, tuna.
Kekacang juga kaya dengan omega-3 asid lemak dan vitamin E contohnya. Walnut, cashews, Pistachios, walnut, badam.
Seeds – Bijian contohnya. ChiaSeed, Flaxseed Oil and Black Currant Seed Oil juga mengandungi omega-3 asid lemak. Sunflower Seeds adalah sumber yang sangat baik vitamin E dan zink.
Buah-buahan sitrus dan buah beri adalah kaya dengan vitamin C seperti lemon, oren, grapefruits dan beri -Sweet kentang kaya dengan vitamin E dan beta karotena.
Daging seperti daging lembu, daging babi pinggang, dada ayam kaya dengan zink yang juga kelewatan yang berkaitan dengan usia degenerasi makula – Telur adalah sumber yang sangat baik lutein dan zeaxanthin, sumber yang baik vitamins A, C dan E, dan zink.
Air mengelakkan dehidrasi yang boleh mengurangkan mata gejala kering .
Semua jenis bijirin (grains): adalah makanan dengan indeks yang rendah glisemik (GI) boleh mengurangkan risiko berkaitan dengan usia degenerasi makula. Mengurangkan karbohidrat ditapis dan mengambil quinoa, beras perang, oat penuh dan roti gandum dan pasta. bijirin penuh kaya dengan vitamin E, zink dan niacin yang juga akan membantu menggalakkan kesihatan mata secara keseluruhan.
Buah-buahan yang berwarna-warni dan sayur-sayuran Makanan seperti lobak merah, tomato, lada loceng, strawberi, labu, jagung dan tembikai adalah sumber yang sangat baik vitamin A dan C.
Kekacang: kacang buah pinggang, kacang hitam bermata dan lentil adalah sumber yang baik bioflavonoids dan zink.
Daging merah: dalam kesederhanaan, daging lembu tanpa lemak dalam diet anda juga mengandungi zink, yang membantu badan anda menyerap vitamin A.
Kemungkinan kita mesti mempunyai mengambil sejenis makanan yang cepat dimasak dan disiapkan tetapi sebaik-baiknya elakkan makanan yang telah diproses. Ini kerana makanan segera yang diproses mengandungi bijirin halus, lemak, gula, garam, dan bahan tambahan yang membawa kepada peningkatan keradangan dan tekanan oksidatif, mempercepatkan proses degeneratif.
Awas: Elakkan mengambil suplemen berlebihan. Lebih tidak semestinya lebih baik. Terdapat bahaya nutrien diulang yang boleh menyebabkan mudarat kepada badan. Berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...