Dalam bekerja dan menguruskan rumah tangga, tanpa sedar seseorang wanita itu cenderung untuk menghadapi stres. Stres bukan sekadar keletihan badan, tetapi lebih kepada mental dan emosi.
Sebenarnya stres boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang wanita. Kebanyakan wanita yang bekerja dalam profesion yang banyak memerlukan berfikir, selalunya akan berdepan dengan tekanan.
Melalui penulisannya di blog, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi kisahnya bersama pesakit yang tidak datang haid selama tiga bulan, tetapi bukan kerana mengandung. Menurut pesakit tersebut, dia mengalami tekanan kerja serta desakan dari ibu mertuanya yang meminta dia segara hamil.
Sumber foto: www.freepik.com
Menurut Dr Zubaidi lagi, ramai yang tidak menyangka tekanan emosi dan fizikal ketika bekerja dapat mempengaruhi kesuburan seseorang. Keletihan kerana bekerja selama 10-12 jam dan tekanan dari ketua dan perlu menguruskan rumah tangga menyebabkan wanita sangat letih.
Keupayaan tubuh dan minda berbeza antara satu sama lain. Mungkin sesetengah wanita boleh hadapi tekanan dengan baik, tetapi ada yang tidak.
Dalam otak manusia, terdapat satu kelenjar besar yang dinamakan sebagai hypothalamus. Ia berfungsi untuk mengawal emosi, selera makan dan mengeluarkan hormon FSH dan LH yang merangsang pengeluaran ovum dari ovari.
Oleh kerana fungsinya saling berhubungan antara satu sama lain, gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon FSH dan LH lalu mempengaruhi sama ada kitaran haid pada masa ini mengalami ovulasi atau tidak.
Tahap stres yang keterlaluan pada seorang wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. keadaan ini dinamakan sebagai stress-induced anovulation.
Sumber foto: www.freepik.com
Jika kitaran haid kali itu tidak mengalami ovulasi, bermakna tiada ovam dikeluarka dan tidak dapat disenyawakan. Ini bermakna kehamilan adalah mustahil. Selain itu stres juga akan mengganggu emosi pasangan, sam ada lelaki atau perempuan.
Emosi yang terganggu akan menyebabkan kurang minat terhadap seks atau mengurangkan keinginan untuk ‘bersama’ yang mungkin mengganggu kebarangkalian untuk hamil.
Bagi lelaki yang mengalami stres pula boleh menyebabkan mereka ‘mati pucuk sementara’ (temporary ercetile dysfunction).
Sumber foto: www.freepik.com
Stres dibahagikan kepada dua jenis:
Ads
1. Stres yang datang secara tiba-tiba (acute stress)
2. Stres yang selalu berlaku (chronic stress)
Untuk stres yang kronik, selalunya tubuh sudah terbiasa dan lali dnegan keadaan itu. Sebagai contoh, wanita bekerja dengan pelanggan dan sudah biasa dengan kesibukan dan menerima stres itu, maka tubuhnya tidak menghadapi masalah untuk ovulasi (mengeluarkan telur dari ovari).
Namun jika stress berlaku secara tiba-tiba seperti berlaku kematian dalam keluarga, gangguan emosi yang serius seperti ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu dan ovari tidak mengeluarkan telur.
Sumber foto: www.freepik.com
Untuk mengetahui tahap stres yang dialami terlalu berat, lendiran yang keluar hanya sedikit dan beberapa hari sahaja. Berbeza dengan wanita yang bebas stres atau kurang stres, menjelang waktu ovulasi akan mengalami lendiran jernih keluar dari faraj dan banyak. Jika haid lewat beberapa hari tiada masalah kerana hanya akan mengganggu sedikit pengeluaran hormon (dan tidak menyebabkan ketidaksuburan).
Ads
Bolehlah buat hubungan seks bersama suami seperti biasa. Tetapi sekiranya kitaran haid terhenti selama beberapa bulan, pemeriksaan lengkap harus dilakukan. Lakukan pemeriksaan dengan doktor dan elakkan membeli produk kesuburan yang kononnya boleh membantu kehamilan.
Rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) adalah salah satu cara dan usaha untuk setiap pasangan mendapatkan cahaya mata. Umum mengetahui bahawa pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin kini dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.
Berkongsi menerusi hantaran terbaru di Instagram, pemilik nama Siti Elizad Sharifuddin ini semalam memulakan proses suntikan IVF di rumah sendiri dibantu suaminya, Shamsul Baharin Rahman.
“Bismillahhirrahmanirrahim . Hari pertama suntikan untuk IVF. Hari ni check darah .
“Sambil tu doktor dan dan nurse ajar suami cara nak suntik dekat bahagian perut .
“Jadi hari ni hari pertama kami . Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah sendiri , doakan kami ya.
“Insya-Allah jumpa doktor lagi dua minggu,” katanya.
Penyampai radio Sinar itu berkongsi perkara tersebut di akun Instagram miliknya.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Anzalna Nasir kini sedang hamil dan pertama kali memuatnaik gambarnya menampakkan perutnya. Peminat teruja melihat baby bump Anzalna dan memuji seri wajah ibu mengandung.
Anzalna yang kini sedang hamil 4 bulan mengumumkan berita gembira tersebut ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini. Setelah 3 tahun perkahwinannya dengan Hanif Zaki, kehamilan ini sememangnya dinanti-nantikan. Berita kehamilannya menggembirakan semua peminat.
Terbaru, Anzalna pertama kali menampilkan baby bump nya kepada umum. Dia memuatnaik rakaman video menjalani sesi fotografi. Anzalna yang memakai sehelai dres berwarna perang muda dan menampakkan baby bump yang comel! Dalam kapsyen Anzalna turut berkata yang dia akan berkongsi lebih lanjut tentang kandungannya di Youtube.
anzalnanasir88 Hello aunties and uncles! Semalam first time join mommy photo shoot.
Mommy konon nak hide perut tapi client cakap kalau mommy tunjuk perut lagi diorang suka!
Alhamdulillah. Alamak… anak i dah pandai mengadu! Hahahahahhahahha ? Ramai sangat yang minta share macam mana Anzalna boleh pregnant.
InsyaAllah i will share with you guys. Tapi kena ingat, jadinya dengan izin Allah. Apa yang penting kerjasama! ? Hahahahhahahahahaha Stay tuned. I will share on my youtube channel and dont forget to subscribe .
Seorang wanita muda dari Russia menjadi tular di media sosial selepas mendakwa dirinya menukar warna mata ketika hamil semata-mata kerana mahu anak yang bakal dilahirkan mewarisi mata berwarna biru.
Wanita berkenaan, yang bekerja sebagai pakar kosmetologi, membuat kenyataan mengejutkan itu ketika menjadi tetamu dalam satu rancangan audio siar perubatan popular di Russia. Katanya, dia menjalani prosedur pertukaran warna mata menggunakan teknologi laser sebelum bersalin kerana percaya DNA akan berubah secara automatik, sekali gus memberi kesan kepada warna mata bayi.
SEORANG wanita Russia mendedahkan dia melakukan proses menukar warna mata ketika hamil hanya kerana mahu bayinya kelak bermata biru. – AGENSI
“Saya tukar warna mata sebelum bersalin supaya anak saya lahir bermata biru. DNA akan susun semula dengan sendirinya,” katanya yakin.
Netizen Tak Tahan Ketawa, Anggap Dakwaan Tak Masuk Akal
Menurut laporan Utusan, walaupun hos rancangan itu kekal tenang mendengar pengakuan berani wanita tersebut, ramai netizen di media sosial tidak dapat menahan gelak. Mereka menganggap kenyataan itu tidak logik dan mengelirukan.
Antara komen lucu yang ditinggalkan:
“Kalau begitu, saya buat rawatan buang bulu laser supaya anak saya lahir tanpa bulu.”
“Saya belajar bahasa Jerman sebelum hamil, jadi anak saya terus tahu bahasa itu sejak lahir!”
Lucu tetapi dalam masa yang sama, ramai juga yang bimbang dengan penyebaran maklumat tidak berasas seperti ini yang boleh mengelirukan wanita lain, khususnya bakal ibu yang mudah terpengaruh dengan trend kecantikan pelik di media sosial.
Gambar Hiasan AI
Pakar Tegas: Tiada Prosedur Kosmetik Boleh Ubah DNA
Menurut pakar perubatan, memang wujud beberapa prosedur moden untuk menukar warna mata seseorang seperti:
Implan iris tiruan,
Rawatan laser menyingkirkan melanin, dan
Teknik tatu kornea (keratopigmentation).
Namun semua ini hanyalah rawatan kosmetik sementara dan langsung tidak mengubah struktur genetik atau DNA seseorang. Ini bermakna, warna mata bayi tidak boleh dipengaruhi oleh prosedur kosmetik yang dilakukan ibu.
“Perubahan kosmetik tidak pernah diwarisi oleh anak. Warna mata bayi hanya ditentukan oleh gabungan gen ibu dan ayah,” jelas pakar genetik.
Warna Mata Bayi Ditentukan Oleh Genetik, Bukan Gaya Hidup Ibu
Hakikatnya, warna mata bayi ditentukan oleh jumlah pigmen melanin dalam iris — yang diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa.
Jika kedua-duanya mempunyai mata cerah, peluang bayi bermata biru memang lebih tinggi. Tetapi jika salah seorang memiliki gen mata gelap, warna itu akan menjadi dominan.
Selain itu, ramai bayi dilahirkan dengan mata kelabu atau biru pucat, dan warna itu akan berubah secara semula jadi dalam masa 6 hingga 12 bulan pertama kehidupan apabila sel pigmen berkembang sepenuhnya.
Pa&Ma Pesan: Jangan Terlalu Mengejar Sempurna
Sebagai ibu, kita memang ingin anak lahir dengan rupa yang comel, kulit cerah, mata cantik tapi percayalah, kecantikan anak tidak datang daripada warna mata bayi, tetapi daripada kasih sayang yang kita curahkan setiap hari.
Trend seperti ini mungkin kelihatan menarik di media sosial, tapi kesihatan ibu dan bayi jauh lebih penting. Nikmatilah setiap detik kehamilan dengan penuh syukur kerana setiap anak itu unik dan sempurna dengan caranya sendiri.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.