Selamat bergelar bapa pada Isnin lalu selepas isterinya melahirkan seorang bayi perempuan, Azmi Saat meluahkan rasa syukur malah berterima kasih kepada semua yang banyak membantunya dari awal kehamilan.

Luah Azmi lagi menerusi media sosialnya, dia dan isteri yang sudah pun dibenarkan pulang ke rumah amat berterima kasih pada semua.

Bukan itu sahaja bahkan Azmi juga turut berkongsi perkembangan terkini buah hatinya, Khalisa yang kini sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda mempunyai masalah demam kuning.

“Saya, isteri dan Khalisa masih di hospital. Insya-Allah kejap lagi dah boleh balik.

“Alhamdulillah Khalisa dan ibu sihat. Khalisa belum nampak ada kuning. Harap-harap dia akan terus sihat.

“Belum Nampak Ada Kuning” Syukur Anak & Isteri Sihat, Azmi Saat Luah Penghargaan Buat Semua!

IKLAN

“Sedang duduk sementara tunggu masa untuk keluar, tiba-tiba dapat lawatan dari pihak pengurusan UKMSC. Siap bawa hadiah lagi.

“Terima kasih banyak-banyak atas layanan yang sangat baik tak kira doktor, jururawat dan semua pekerja di sini. Kami sangat menghargainya,” kongsinya.

Allah rezekikan bertemu dengan doktor hebat

Melalui perkongsiannya, Azmi turut berterima kasih kepada doktor yang membantunya dari awal kehamilan sehinggalah menyambut kelahiran bayi perempuannya pada Isnin lalu.

Detik pertemuan yang tidak disangka-sangka bersama Prof Azurah, seperti yang dikongsikan oleh Azmi rupanya menjadi asbab rezeki hebat dari Allah SWT.

IKLAN

“Belum Nampak Ada Kuning” Syukur Anak & Isteri Sihat, Azmi Saat Luah Penghargaan Buat Semua!

“Antara keajaiban Tuhan yang saya dan isteri dapat rasai adalah bertemu dengan wanita hebat yang berada di sebelah isteri itu. Beliau adalah pensyarah dan pakar perunding kanan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di PPUKM. Beliaulah yang bertanggungjawab memeriksa kandungan sampailah membuat pembedahan untuk isteri saya melahirkan puteri kami.

“Saya mula kenal Prof Azurah adalah waktu sesi temubual di TV 3 dalam rancangan Helo Doktor pada bulan Oktober tahun lepas. Waktu itu kami berbincang tentang Kemurungan Pasca Kelahiran. Selesai bersiaran, sempat kami berbual. Barulah kami tahu rupanya kami tinggal di kawasan yang berhampiran. Terus Prof tawarkan untuk hantar saya balik. Tak perlu saya tempah Grab.

“Belum Nampak Ada Kuning” Syukur Anak & Isteri Sihat, Azmi Saat Luah Penghargaan Buat Semua!

IKLAN

“Semasa dalam perjalanan balik, Prof Azurah maklumkan sekiranya saya dan isteri berhasrat untuk buat IVF, beliau sedia membantu. Tanpa disangka rupanya Prof bantu saya bukan untuk urusan IVF tapi terus ke urusan mengandung. Hehehe.

“Kalaulah kalian tahu betapa baiknya layanan Prof kepada kami, pasti kalian turut merasakan betapa kami bersyukur dengan apa yang Allah rezekikan kepada kami. Ia benar-benar keajaiban Tuhan untuk kami. Terima kasih dari lubuk hati kami yang paling dalam buat Prof Azurah dan pembantu-pembantunya.

“Semoga Allah limpahkan keberkatan kepada kalian, peroleh kejayaan dan kesejahteraan di Dunia, bahkan lebih lagi di Akhirat nanti,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Azmi dan isterinya, Nazirah Mohammad selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 6 November lalu selepas pemergian anak pertama, Khairul Afnan pada tahun 2020 kerana mempunyai masalah pernafasan selepas lahir.

Menarik: “Kita Dah La Cepat Nervous” Wany Hasrita Dedah Wajah Anak, Kongsi Pengalaman Pertama Kali Naik Flight Bawa Aishah

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI