Jika sebelum ini resipi Yogurt Bak yang cukup popular dan dikenali sesuai untuk bayi yang mengalami masalah gatal-gatal gusi, kali ini anda juga boleh mencuba Yogurt Strawberi Pop ini yang lebih comel saiznya.
Malah resipi ringkas yang dikongsikan oleh Pn Nazihah Nasir ini juga amatlah mudah untuk disediakan. Hanya gunakan dua bahan dan simpan sahaja untuk disejukkan. Sekali di masukkan ke mulut, terus cair. Pastinya si comel kita suka.
Mama keraplah memberi anak-anak makan sup kebal imun atau immune-boosting meal. Ia sebenarnya sup biasa tetapi menggunakan bahan-bahan yang memang terkenal membantu meningkatkan pertahanan badan iaitu lobak putih, tulang-tulang dan isi ayam, bawang putih, bawang holland/merah dan celery (saderi).
Kita sedia maklum, bayi dan kanak-kanak belum mempunyai sistem imun badan yang kuat untuk mengelakkan daripada sebarang jangkitan kuman dan penyakit. Itulah sebabnya anak-anak kecil perlu dijauhkan daripada persekitaran yang tercemar, orang-orang yang tidak sihat dan makanan yang boleh menjadi punca penyakit.
Biasanya ibu-ibu akan beri anak suplemen untuk menguatkan sistem imun badan mereka. Sebenarnya ada cara yang mudah sangat untuk bagi badan anak kuat dan tak mudah dijangkiti kuman. Jom pelajari cara menyediakan sup kebal imun atau immune-boosting meal ini.
Bahan-bahan:
Bawang putih
Bawang holland/merah
2 batang celery (saderi)
2 batang daun bawang
2 batang lobak putih
2 batang lobak merah
3 biji tomato
Tulang ayam (semua anggota badan ayam termasuk kaki kecuali kepala)
Cara membuat:
1. Potong kecil semua bahan-bahan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kalau ada slow cooker lagi bagus.
3. Masukkan air sehingga tenggelam semua bahan.
4. Masak dengan api perlahan kira-kira 8 jam. Kemudian kisar dan tapis.
Selain dimakan terus, anda boleh bekukan sup ini dalam kiub ais, bekas kiub makanan bayi atau bekas bertutup dan dijadikan stok untuk apa-apa masakan di dalam peti sejuk. Kalau simpan di tempat dingin beku, boleh tahan berbulan tetapi kalau hanya disimpan di bahagian bawah peti sejuk, hanya tahan lima hari.
Dalam seminggu, sekurang-kurangnya tiga kali boleh bagi anak makan sup ini sama ada dihidangkan dalam bentuk sup atau masukkan dalam masakan lain.
KEBAIKAN SUP KEBAL IMUN KEPADA SI MANJA:
1. MENGUATKAN LELANGIT BAYI
Susu ibu dan susu formula agak manis rasanya, dengan memberikan sedikit rasa savori ia membantu meluaskan lelangit bayi.
2. MENGUATKAN TULANG DAN GIGI
Sup ini kaya dengan bahan mudah dihadam dan membentuk kalsium dan magnesium, yang penting untuk bayi anda membina tulang yang sihat dan gigi yang kuat.
3. MEMBANTU MEMBINA TISU PERANTARA DAN SENDI
Sup ini mengandungi glucosamine dan chondroitin, iaitu dua nutrisi penting untuk sendi dan membantu membina sendi-sendi bayi. Sup ini juga sumber terbaik gelatin dan kolagen, kunci utama membina dan menyokong perantara tisu.
4. MENGURANGKAN RISIKO ALERGI
Kekerapan makan sup ini meningkatkan keupayaan badan untuk menguatkan lapisan usus, yang mampu mengurangkan risiko alergi dan sensitiviti terhadap makanan.
5. MENYOKONG SISTEM IMUN DAN PENGHADAMAN
Asid amino yang terkandung dalam sup membantu merangsang sistem imun dan meningkatkan penghadaman.
Mudahnya sediakan sendiri ayam bakar ala Kenny Rogers. Bagi keluarga besar, masak sendiri boleh menjimatkan banyak kos berbanding makan di kedai.
Jom ikuti resepi mudah yang penting sedap!
Ayam Bakar KENNY ROGERS
Bahan-bahan:
💜1ekor ayam(cuci bersih)
💜2labu bwg beso
💜7ulas bwg putih
💜2inci halia
💜2sb pati Oren sunquick(yg dalam botoi tu)
💜1senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
💜3sb majerin(cairkan atas api)
💜1biji ubi kentang(rebus empuk)
💜1ketui kiub pati ayam
💜1sk garam
💜2sb gula pasir
Kentang, brokoli, tomato cerry tu optional la. Tak nak letak pon tak apa, ayam tetap sedap.
Cara penyediaan:
Semua bahan-bahan ni blend dengan sedikit air (suku cawan air je). Dah kisar semua….perapkan dengan ayam.
Cikpooja perap 2jam sebelom bako..lagi lama perap lagi sedap. Pas tu bakar suhu 200° 45 minit sampai masak…Api atas bawah.
Ikut pada oven masing-masin g la yea. Cikpooja suka yang crunchy diluar lembut juicy didalam…sbb tu letak suhu tinggi.
Jika berkunjung ke restoran, ayam goreng antara menu yang sentiasa dicari anak-anak kita. Jika disediakan di rumah, hidangan ayam goreng laku keras. Anak-anak pula siap makan bertambah-tambah. Inilah penangan ayam goreng.
Jika tercari-cari menu sedap, sama seperti di kedai, resipi yang satu ini wajib anda cuba. Dua bahan iaitu bawang putih dan halia, antara penguat rasa enak ini selain serbuk kari. Jom cuba resipi yang disediakan oleh Nor Hairiyah Hashim ini. Wajib cuba!
Resipi Ayam Goreng Favourite Anak-Anak.
Resepi untuk anggaran 1 ekor ayam:
Bawang putih dan halia seperti dalam gambar
1 biji telur
1 sdb serbuk kari
5 sdb tepung jagung
3/4 cawan air sejuk
Sedikit pewarna merah/oren (saya suka oren)
Garam secukup rasa
Blend semua bahan-bahan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat/cair.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.