Musim anak demam, batuk dan selesema yang melanda anak-anak kita kini sememangnya buat kita risau. Selain pengambilan ubat dalam rutin biasa, apa kata kita tambahkan Sup Chicken Broth ini untuk tambah memulihkan anak.
Macam mana resipinya? Jom ikuti perkongsian Pn Ainini Zainal ini.
Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).
Ini bukan maksudnya mengenepikan ubat-ubatan lain, tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah, bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk Sistem Imun Badan anak. Semua orang akan sakit, tetapi bila kuat Sistem Imun Badan kita, healing process jadi lebih mudah. Itu maksudnya.
Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.
Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah: Madu Habbatus Sauda Minyak Zaitun Minyak kelapa Air kelapa tanpa gula Singgang Broth Soup
Broth Soup? Ada berjenis-jenis versi yang telah saya cuba. Bahan, ikut apa yang ada. Amalkan minum pada hari biasa sebagai naturalsupplement. Ia immune boosting food semulajadi.
Ads
Bila tak sihat, berikan 2,3 kali sehari untuk hirup. Ia juga bantu elakkan badan dehydrate di samping nutrisi di dalamnya yang kaya protein dan kalsium serta bahan antiradang membantu – turunkan suhu badan – melawan kuman dan bakteria dalam badan – meredakan selesema dan batuk – sumber elektrolit untuk badan – melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan hingus serta kahak. – menjadikan badan lebih kuat setelah melalui fasa demam, selesema dan batuk.
Ini sebahagian yang saya sempat tulis. Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya.
CHICKEN BROTH SOUP AININI ZAINAL
Bahan-bahan:
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar
3 inci halia
2 inci kunyit
¼ biji labu
1 biji lobak merah
Organic Shiitake Mushroom (optional)
Apa apa sayuran hijau
1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang
2 liter air
1 biji tomato
1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping
1 sudu besar Garam Himalaya
Organic celery, jika ada
Ads
Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam atau guna slow cook dan masak 2-4 jam.
Atau jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSG semulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.
Setelah siap, tapis dan minum supnya. Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya.
Tahan di bahagian Chiller selama 4-5 hari. Tahan di freezer sehingga 3 bulan.
Buat dalam bentuk kiub, tuang dalam acuan, bekukan pun boleh. Nak masak, ambil je beberapa kiub.
Ads
**MSGsemulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasa MSG, kiub masakan komersial tinggi MSG dalam masakan?
Jom perlahan-lahan kurangkan yang tak perlu untuk kebaikan kesihatan anak dan kita semua.
Semoga post ini bermanfaat untuk semua. Boleh guna resipi ni untuk sediakan bila anak tak sihat, tau.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja donat, anak-anak melompat suka. Mana taknya, rasa donat yang lembut dan gebu ditambah pula taburan gula di atasnya buat anak-anak suka.
Macam mana nak buat donat cara mudah? Resipi sukatan donat satu cawan yang dikongsikan oleh Khairunnisa Mohamad ini mama kena cuba. Senang!
Resepi Donat 1 Cawan. Nak beli? Malas keluar. Nak buat? Takut banyak sangat, takda orang makan. Begitu syulitttt. Tak pa. Hari ni kita buat satu cawan tepung je.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
*Ni semua campur, gaul dan uli sekejap.
*Lepastu masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung.
Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
Lepas perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. Bulatkan. Penyekkan. Lubangkan di tengah.
Perap lagi 30 minit. Lepas tu goreng. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik je donatnya ni. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar tiber dah habis.
Hari Raya yang masuk hari ke lima hari ini pastinya bertambah meriah dengan kehadiran tetamu ke rumah. Sediakan menu apa?
Pening memikirkan menu, apa kata mama cuba Laksa Thai kuah pekat ini pulak untuk tetamu dan keluarga. Sedap!
Resepi ni saya ambil dari maid thai. Memang simple dan sedap sangat!! Kuah dia memang pekat. Puas makan!!
BAHAN-BAHAN (Kuah Laksa_
Ikan kembung saiz kecil 1 1/2 kg
Bawang Putih 1Labu *
BawangMerah Ros 5biji *
Bawang Besar 1biji *
Serai 3Batang *
Lengkuas (besar dua ibu jari) *
Akar Daun Ketumbar (3) Cili Padi (15-20biji) nak kurang pedas, letak *sikit.
Cili Hijau (3biji) *
Bunga Kantan 3 kelopak
Daun Limau Purut 3 helai
Santan Kotak 1 saiz kecil
Asam Keping 3/4
Bahan laksa:
1 Paket Laksa Kering
Rendam dulu 1-2 jam (anaskan air, dan masukkan laksa tadi. Bila dah lembut boleh toskan.. Siap!!
Bahan Ulam:
Kacang Panjang (potong halus)
Daun Selasih
Daun Pudina
Tauge
Timun(sagat nipis)
Bunga Kantan (Potong Halus)
Limau Kasturi (belah dua)
Cili Padi Potong(kalau nak pedas)
Ikan tu, siang dan cuci bersih, rebus. Asingkan isi ikan, tulang, dan air rebusan. Blender isi ikan dan asingkan..
Blend tulang dan asingkan. Tapis (tulang yang blend tadi) tadi ambik pati sahaja.
Bila dah siap campur isi ikan yabg dah di blend halus, air pati tulang ikan dan air rebusan ikan tadi. Ketepikan.
Blend Bahan yang bertanda. Letak minyak untuk tumis. Minyak jangan banyak sangat. Tumis bahan yang di blend sampai masak.
Bila bahan tumis dah masak, masukkan stok ikan tadi,bunga kantan, asam keping,daun limau purut, dan air 1 cawan besar.
Buka api slow, biarkan dia masak. Bila dah menggelegak, letak santan dan garam. Boleh adjus bagi cukup asam garam ikut selera masing-masing.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pancake atau lempeng antara menu yang cukup mudah disediakan pada anak-anak kita. Semakin lembut strukturnya, semakin senang anak menjamahnya. Lagi-lagi rasanya yang enak, berlemak dan manis semulajadi.
Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi yang dihasilkan oleh Puan Farisha Sofea ini lain daripada yang lain. Strukturnya lembut malah beliau menggunakan putih telur untuk menambahkan struktur gebu dan lembut. Jom lihat bagaimana lempeng cantik dan lembut ini dihasilkan.
Lembut dan gebu.
FLUFFY CARROT PANCAKE VERSI BABY
Bahan Bahan :
Bahan A :
1 biji putih telur
Bahan B :
1 biji kuning telur
3 sb lobak merah (dah direbus dan dilenyek)
1 sb pisang mas (boleh guna puree kurma)
2 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
1/4 cawan susu penuh krim
1/2 sk minyak zaitun
Sedikit esen vanilla
Pukul Bahan A sehingga kembang dan gebu. Ketepikan seketika.
Di dalam bekas lain, satukan Bahan B dan kacau sehingga sebati.
Gebu.
Kemudian masukkan Bahan A ke dalam Bahan B sedikit demi sedikit sambil digaul rata sehingga adunan habis.
Panaskan kuali tahan lekat dan sendukkan adunan. Masak menggunakan api yang kecil sahaja.
Terbalikkan adunan apabila permukaan atas sudah kelihatan buih buih dan berlubang.
Masak seketika kemudian angkat dan letakkan di dalam pinggan. Siap sedia dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.