Panik dan mencemaskan bila anak yang sedang mengalami demam panas secara tiba-tiba diserang sawan. Badan menjadi kejang, mata terbeliak atau tidak sedarkan diri. Keadaan tentu saja menjadi serba tidak kena.

Anak ‘Diserang’ Sawan, Ibu Bapa Jangan Panik

Ibu bapa mana yang tidak panik bila anak diserang sawan. Ketika anak deman, ibu bapa dinasihatkan supaya memantau suhu badan anak terutama bayi ketika demam. Ini kerana bimbang bayi atau kanak-kanak kecil mudah terkena sawan apabila mereka demam terutama bila suhu badan terlalu tinggi.

Mama dan papa yang tidak mempunyai pengalaman mula tidak keruan sebelum terus membawa anak ke hospital atau klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Apakah sebenarnya punca sawan? Baca penjelasan tentang sawan dan cara menguruskan anak ketika kena sawan.

SAWAN KETIKA ANAK DEMAM MAMPU DIELAKKAN DENGAN PEMBERIAN UBAT DEMAM?

Anak ‘Diserang’ Sawan, Ibu Bapa Jangan Panik, Ambil Tahu Fakta Ini
Kredit foto: Freepik

Sawan ketika demam selalu berlaku kepada kanak-kanak. Penyebab kepada berlakunya sawan ini ketika demam masih lagi menjadi tanda tanya para saintis dan juga doktor perubatan.

Ada pendapat yang mengatakan disebabkan otak kanak-kanak masih belum matang, maka ia boleh mencetuskan maklumat yang bercelaru di dalam otak ketika mana suhu tinggi

Disamping itu ramai, dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa kawalan suhu yang bagus dapat mengelakkan anak yang demam daripada terkena sawan. Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai sejarah anak sawan ketika demam akan kerap memberikan ubat demam kepada anak mereka ketika demam.

Tetapi tahukah anda, PEMBERIAN UBAT DEMAM TIDAK MAMPU MENCEGAH SAWAN?

IKLAN

SATU KAJIAN TELAH DIBUAT PADA TAHUN 2009 DAN SERAMAI 289 KANAK-KANAK YANG PERNAH MENGALAMI SAWAN KETIKA DEMAM MENYERTAI KAJIAN INI. KEPUTUSAN KAJIAN MENDAPATI KEBARANGKALIAN KANAK-KANAK INI MENDAPAT SAWAN ADALAH SAMA DIANTARA KANAK-KANAK YANG MENGAMBIL UBAT DEMAM ATAUPUN TIDAK.

Manakala pada 2013 pula, sekumpulan doktor perubatan menggabungkan 3 kajian mengenai ‘pencegahan sawan ketika demam dengan pengambilan ubat demam’. Kajian tersebut juga mendapati bahawa kegunaan ubat demam tidak mampu mengelakkan sawan daripada berlaku.

Anak ‘Diserang’ Sawan, Ibu Bapa Jangan Panik, Ambil Tahu Fakta Ini
Kredit foto: Freepik

Bermaksud, ambil ubat demam ataupun tidak jika sawan itu nak datang, ia pasti akan datang.

Kajian ini bukanlah membawa kesimpulan bahawa tidak perlu beri ubat demam kepada kanak-kanak. Tetapi ia menyatakan satu aspek yang lebih penting daripada kawalan demam iaitu PENGURUSAN ANAK KETIKA SAWAN.

Ini disebabkan sejauh mana kita kawal suhu kanak-kanak tersebut, ia tidak mempengaruhi langsung kebarangkalian kanak-kanak tersebut untuk mengalami sawan. Seperti yang saya katakan, jika sawan itu nak datang ia akan datang.

Ambil Tahu Fakta Ini

Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai anak-anak seperti ini perlu mempunyai ilmu asas untuk menguruskan anak yang sedang mengalami sawan.

IKLAN

Berikut adalah cara yang mudah untuk anda menguruskan anak anda ketika sawan:

1) Jangan panik: Sebagai Ibu bapa, anda tidak perlu terlampau panik sehingga mana anda lupa langkah-langkah yang seterusnya. Jika lupa, anda mungkin akan membahayakan nyawa anak anda.

2) Lihat jam untuk mengetahui pukul berapa sawan itu bermula.

3) Jauhkan pesakit daripada bahan-bahan ataupun kawasan yang berbahaya.

4) Letak pesakit secara mengiring ke kiri: Sebenarnya jika anda lupa, mengiring sebelah kiri dan kanan pun tak kisah. Tetapi yang paling tepat adalah mengiring sebelah kiri. Ini kerana ketika sawan, lelehan air liur ataupun makanan boleh masuk ke dalam saluran trakea iaitu saluran paru-paru.

IKLAN

Air liur ataupun makanan ini boleh memasuki paru-paru melalui bronchus. Tetapi bronchus paru-paru sebelah kanan lebih lurus berbanding paru-paru sebelah kiri menyebabkan paru-paru sebelah kanan lebih senang dimasuki air liur ataupun makanan tersebut. Oleh itu, mengiring ke kiri adalah lebih baik ketika berlakunya sawan.

5) Dilarang untuk meletak barang di dalam mulut pesakit. Orang terdahulu menyuruh kita meletakkan sesuatu di dalam mulut ketika sawan berlaku. Tetapi didapati perbuatan itu hanya menerukkan lagi keadaan pesakit seperti gigi pesakit boleh patah dan pesakit tercekik, trauma pada lidah dan lain-lain lagi.

6) Sapu sebarang lelehan air liur daripada mulut pesakit. Ini untuk mengelakkan daripada saluran udara tersumbat dengan perkara tersebut

7) Jika sawan sudah berhenti, bawa terus ke jabatan kecemasan.

Wajib pergi bawa terus pergi hospital jika:
a) Muka pesakit menjadi biru
b) Sawan lebih daripada 3 minit.
c) Pesakit terus tidak sedarkan diri

Perkara yang dinyatakan bukan menunjukkan tidak perlu menggunakan ubat demam. Tetapi lebih kepada kefahaman ibu bapa berkenaan perkara ini dan pentingnya ibu bapa tahubagaimana hendak menguruskan kanak-kanak yang sedang sawan. Harap maklumat ini membantu anda.

Sumber: Root of Science

Kredit foto (top image): Freepik

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI