Anak Haziq Hot FM, Chayra Auliya yang berusia dua bulan dimasukkan ke hospital dan didiagnosis dijangkiti Bordetella Pertussis atau batuk kokol. Lebih menyedihkan penyakit ini tidak mempunyai ubat dan hanya akan hilang dengan sendirinya selepas 100 hari.
Isteri Haziq, Ayunda Putri memuatnaik naik gambarnya dengan Chayra di dalam wad pediatrik. Bordetella Pertussis atau batuk kokol yang dialami Chayra dikatakan akan sembuh dalam masa 100 hari. Ayunda sendiri tidak tahu bagaimana bayinya itu boleh dijangkiti pertussis dan telah banyak berusaha untuk merawat Chayra. Dia juga turut meminta para follower dan netizen untuk mendoakan kesembuhan buat puterinya itu & meminta pendapat tentang rawatan pertussis. Berikut ialah perkongsian Ayunda;
ayundaputrii Chayra tgah cakap kat mama yg dia geram sgt dgan batuk kahak nye tu.. sian anak mama ?
For those of you yg tanya chayra sakit apa, Chayra diagnosed with Bordetella Pertussis (batuk 100 hari) kalau org kite pggil batuk kokol. Kami pun xtau macam mane la dia bole kenak pertussis. Kami dah cuba sapukan minyak Asmak, garlic balm, vicks, n ramai yg suggest utk buat therapy Sonotron (thankyou byk2 korang dah bg nasihat dan petuah2 ni ??) tp Pertussis akan sembuh dalam 100 hari, batuk tu akan hilang dgan sendiri nya nanti sbb pertussis mmg takde ubat ?
Chayra now admitted lg sbb nak dptkan rawatan nebulizer n masuk antibiotik lg sbab kahak dia dtang balik.
Ads
Mintak jasa baik awak semua please doakan Chayra Auliya Binti Muhammad Haziq Irfan semoga cepat sembuh dan segera Allah angkat penyakitnya dan sihat kembali ?? sebut la nama penuh chayra dalam doa awak selepas solat, bantu kami utk kesembuhan puteri kami.. any suggestion yg korang tahu utk rawatan pertussis ni bole bgtau puti sila comment je..
Penyakit yg takde ubat boleh sembuh dgan doa, yg penting kita ikhtiar dan percaya dgan kekuatan Doa.. Allah maha memberi kesembuhan utk hamba2-Nya.. Thankyou byk2, semoga Allah balas jasa baik awak semua
Kelahiran bayi pramatang memang mendebarkan. Bayi lahir jauh lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin sedangkan banyak lagi organ-organ masih belum matang sepenuhnya. Dengan kuasa Allah dan kemajuan teknologi perubatan mereka bertahan dan boleh membesar seperti biasa. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 Oktober 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita didapati lebih cenderung untuk menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik (CKD) berbanding lelaki.
Bernama melaporkan kajian yang dilakukan oleh Institute of Health Metrics and Evaluation (IHME) mendapati golongan wanita didapati lebih cenderung untuk menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik (CKD) berbanding lelaki
Ketua Jabatan dan Konsultan Kanan Nefrologi Hospital Serdang, Prof Dr Goh Bak Leong memberitahu Bernama, ada beberapa sebab berbeza yang menjadikan jangkitan CKD lebih mudah kepada wanita, termasuk ketersediaan kemudahan kesihatan untuk wanita di sesetengah negara.
“Namun, sehingga kini penyebabkan kajian masih dijalankan secara konsisten oleh semua negara maju dan membangun mengenai faktor penyakit ini memberikan kesan yang berbeza antara lelaki dan wanita,”katanya.
Seperti yang dinyatakan di dalam laman web Hello Doktor, tanda-tanda kegagalan buah pinggang kronik adalah seperti di bawah:
Ujian darah yang tidak normal, termasuk diagnosis anemia
Ujian air kencing yang tidak normal
Bengkak di muka, tangan, dan kaki
Sakit kepala
Tekanan darah tinggi
Hilang selera makan
Loya dan muntah
Rasa logam di dalam mulut
Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
Sesak nafas
Sakit dada
Lebam mudah
Warna kulit kuning ke coklat
Gatal
Kekejangan otot atau twitches
Kebas dan sensasi kesegaran
Tulang lemah yang meningkatkan risiko patah tulang
Keletihan
Masalah tidur
Kekeliruan
Sawan
Coma
Melalui perkongsian seorang ahli farmasi di aplikasi tiktok iaitu Puan Noori, dia berkongsi 5 tabiat perempuan yang boleh rosakkan buah pinggang. Jom ketahui tabiat tersebut supaya kita dapat mencegah sebelum merawat!
5 tabiat perempuan yang boleh rosakkan buah pinggang
Minum terlalu banyak kopi yang boleh menyebabkan tekanan kepada buah pinggang.
Minum banyak alkohol yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang untuk tapis darah.
Kurang minum air kosong yang menyebabkan toksik tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya dari badan.
Banyak makan gula yang menyebabkan diabetes, boleh merosakkan saraf dan salur darah di buah pinggang.
Tahan kencing yang menyebabkan tumbuh batu karang.
Oleh itu, saranan Doktor Goh untuk mengatasi peningkatan atau permulaan penyakit buah pinggang pada wanita, seperti emeriksaan berkala untuk penyakit buah pinggang dan mengambil tindakan sepatutnya untuk menjaga tekanan darah dan kadar gula dalam darah.
Bayi baru lahir kerap menyusu menimbulkan tanda tanya kepada para ibu bapa & orang sekeliling. Adakah sebenarnya dia sedang kelaparan disebabkan oleh susu ibu tidak mencukupi? Ini penjelasan kaunselor laktasi.
Menurut Noorfazila Abdul Rahman, Kaunselor Laktasi Bertauliah, pemahaman ibu bapa dan keluarga tentang cabaran penyusuan susu ibu pada peringkat awal kelahiran amat penting untuk memastikan perjalanan susu ibu secara eksklusif tidak mudah ‘tergugat.’
YAKINLAH ANDA SEMUA MAMPU LAKUKANNYA!!!
Bagaimana mengetahui anak mendapat susu yang mencukupi atau tidak?
Baby nampak tenang selepas menyusu. Biasanya baby akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
Lampin dipakai berat dan perlu ditukar lebih dari 6 kali dalam tempoh 24 jam.
Air kencing baby berwarna jernih dan tidak berbau.
Baby menyusu lebih dari 10 kali sehari pada minggu-minggu pertama kelahiran. Pada minggu pertama kelahiran najis baby berwarna kuning gelap bagaimanapun najis baby semakin cerah selepas seminggu.
Apabila menyusu anda boleh lihat dan dengar baby seakan menelan.
Payudara akan menjadi lebih lembut setelah selesai sesi penyusuan.
Kulit baby juga berasa tegang dan memantul semula apabila dicubit.
Berat akan bertambah mengikut umur.
Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan.
Jika semua tanda di atas dialami oleh bayi anda, anda tidak perlu risau lagi. Ramai ibu yang mengadu pada saya yang mereka risau jika anak tidak mendapat bekalan susu yang secukupnya terutama minggu-minggu pertama kelahiran.
SUSU IBU MUDAH DIHADAM, BAYI MUDAH LAPAR
Ini kerana kebiasaannya bayi yang baru lahir kerap menyusu dan kadangkala seperti mahu menyusu setiap masa dan nampak seperti tidak puas selepas menyusu.
Jangan risau ini sesuatu yang normal kerana susu ibu sangat mudah dan cepat dihadam (1-2 jam selepas menyusu) sebab itulah bayi akan cepat lapar.
11802469 – asian woman breastfeeding her newborn daughter in her arm
NORMAL BAYI BARU LAHIR MENYUSU SAMPAI 15 KALI SEHARI
Kebiasaannya sepanjang minggu pertama kelahiran bayi yang baru lahir akan menyusu hingga 15 kali sehari.
Terdapat juga bayi yang masih menyusu hingga 12 kali sehari selepas minggu pertama kelahiran. Pola penyusuan ini akan berterusan sehingga jumlah sesi menyusu berkurangan ke 10 kali sehari.
SUSUKAN BAYI SEKERAP MUNGKIN
Apa yang penting susukanlah bayi sekerap yang boleh. Kerana lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan kita. Kebiasaannya kegusaran ini timbul apabila ada ibu yang melihat berat bayi semakin menurun dari berat semasa dilahirkan.
Perlu diingatkan bahawa, berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Bagaimanapun berat akan mula bertambah selepas itu dan pulih seperti berat lahirnya pada minggu kedua dilahirkan.
PEKA TANDA BAYI TIDAK MENDAPAT CUKUP SUSU
Bagaimana pula cara untuk mengetahui anak tidak mendapat susu yang mencukupi?
Diapers sentiasa ringan dan selepas seminggu anda tidak menyalin diapers lebih dari 6 kali.
Baby tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap selepas seminggu dilahirkan.
Berat baby masih tidak bertambah atau tidak mendapat berat lahir walaupun selepas dua minggu kelahiran
Payudara masih keras dan berat selepas sesi penyusuan.
Baby sering meragam atau nampak seperti tidak aktif dan tidak bermaya.
Semasa menyusu, pipi baby anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini tanda baby tidak menyusu dengan betul dan khidmat nasihat diperlukan bagi memastikan baby menyusu dengan teknik yang betul.)
Muka baby kelihatan cengkung dan tidak berisi.
Kulitnya anda tetap berkerut selepas minggu pertama.
Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. Pada peringkat awal, masalah paling utama untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi seorang ibu ialah KURANG KEYAKINAN dan sering BERFIKIRAN NEGATIF.
Percayalah penyusuan susu ibu sesuatu yang mudah jika ianya diiringi dengan KEYAKINAN, SEMANGAT dan KESUNGGUHAN. Teruskan niat murni anda dan jangan berhenti berdoa kepada Allah swt agar perjalanan penyusuan anda dimudahkan.
Penyusuan susu sbu bukan sesuatu yang menyeksa atau menyakitkan sebaliknya suatu pengalaman berharga dan menyeronokkan bagi semua ibu.
Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir. Kira-kira 60 peratus bayi mengalami jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran.
Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis, doktor akan menyarankan agar bayi diberikan susu ibu dengan secukupnya. Tetapi dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi mungkin mengalami jaundis disebabkan susu ibu sendiri. Jadi, apakah sebenarnya kaitan antara bayi kuning dengan susu ibu?
Bagaimana jaundis berlaku
Jaundis berlaku apabila bayi mempunyai kadar bilirubin yang tinggi dalam darah mereka. Bilirubin adalah pigmen kuning yang dihasilkan semasa pecahan sel darah merah yang telah tua.
Bilirubin kebiasaannya melalui hati yang memprosesnya untuk disingkirkan melalui usus. Walau bagaimanapun, dalam bayi yang baru lahir, hati selalunya belum cukup berkembang dan mungkin tidak dapat menyingkirkan bilirubin daripada darah. Apabila terlalu banyak bilirubin dalam darah, ia boleh menetap di kulit. Ini menyebabkan kulit dan mata kelihatan kuning.
Selain masalah menyingkirkan bilirubin melalui hati dengan berkesan, bayi juga tidak mempunyai pergerakan usus yang cukup kerap. Salah satu manfaat kolostrum atau susu pertama bayi ialah ia membantu membersihkan usus bayi anda. Walaupun kolostrum hanya sebanyak satu sudu teh, ‘susu pertama’ ini akan membantu bayi anda membuang air. Jadi, jika bayi anda dipastikan menyusu secukupnya, bayi anda akan menerima banyak kolostrum dan akan menyebabkan banyak pergerakan usus, yang akan membantu bilirubin disingkirkan dengan cepat.
Susu ibu dan jaundis
Terdapat dua jenis jaundis yang berkaitan dengan penyusuan badan iaitu jaundis susu ibu (breast milk jaundice) dan jaundis penyusuan susu ibu (breastfeeding jaundice).Dalam kebanyakan hal, bayi anda mungkin mengalami jaundis penyusuan susu ibu, iaitu disebabkan tidak menyusu dengan mencukupi. Dalam keadaan ini, anda akan disarankan untuk menyusukan bayi anda sekerap mungkin, agar lebih banyak bilirubin dibuang daripada badan bayi.
Doktor anda mungkin akan menyarankan tip-tip berikut:
Sejurus selepas kelahiran, pegang bayi anda kulit ke kulit supaya menggalakkan bayi menekap di payudara. Letak bayi di dada sekerap mungkin.
Susukan bayi sejurus selepas kelahiran dan sekerap mungkin dalam beberapa hari pertama. Lebih kerap bayi menyusu, lebih kerap bayi akan membuang dan menyingkirkan bilirubin.
Pam susu anda untuk diberikan kepada bayi, jika perlu.
Jika bayi anda kerap mengantuk, pam susu kolostrum dan berikan menggunakan cawan atau sudu.
Hubungi konsultan laktasi untuk pemeriksaan teknik menyusu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
Ketahui isyarat lapar bayi anda dan segera bertindak balas! Jangan tunggu sampai bayi anda menangis untuk mula memberinya makan.
Pastikan anda menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
Jika bayi anda tidak bangun sendiri dalam tempoh 3 jam, kejutkan untuk menyusukannya.
Buka pakaian bayi anda dan biarkan lampin sahaja agar bayi terjaga sewaktu menyusu dan menyusu dengan betul.
Teruskan menyusu. Jangan memberikan air untuk menyingkirkan bilirubin.
Jaundis susu ibu (breast milk jaundice) pula adalah penyakit kuning dalam bayi yang berlaku seminggu selepas kelahiran. Keadaan ini sangat jarang berlaku dan dilaporkan terjadi dalam kurang daripada 3 peratus bayi. Keadaan ini kadang-kadang boleh bertahan sehingga 12 minggu, tetapi jarang menyebabkan komplikasi pada bayi yang sihat dan menyusu baik.
Punca sebenar jaundis susu ibu tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu ibu yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin. Keadaan ini boleh diwarisi dalam keluarga.
Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mereka mengalami jaundis susu ibu. Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami jaundis susu melainkan atas arahan doktor. Susu ibu adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Ia membekalkan semua nutrien yang diperlukan dan melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan. American Academy of
Pediatrics mengesyorkan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari untuk enam bulan pertama kehidupan.
Punca sebenar jaundis susu ibu tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu ibu yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin. Keadaan ini boleh diwarisi dalam keluarga.
Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mereka mengalami jaundis susu ibu. Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami jaundis susu melainkan atas arahan doktor. Susu ibu adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Ia membekalkan semua nutrien yang diperlukan dan melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan. American Academy of
Pediatrics mengesyorkan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari untuk enam bulan pertama kehidupan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.