Ada waktunya kita selalu salah faham dengan anak. Anak kecil kita tanpa kita sedar rupanya seorang ‘thinker’ yang suka berfikir.
Macam mana nak kenal anak jenis ini? Ini karektor anak thinker yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi perkongsian videonya.
Anak tu jarang bercakap tapi sekali bercakap memang bikin panas je.. sabor jelah.
Kadang-kadang kita salah faham juga dengan anak jenis thinker ini. Anak jenis thinker ini kebiasaannya dia kurang bercakap sebab dia lebih banyak bercakap dengan dirinya sendiri.
Fikirannya banyak berfikir dan kurang bercakap. Pun begitu walaupun dia kurang bercakap tetapi karektor keduanya, sekali dia dah cakap, ayat yang keluar itu kebiasaannya di luar kotak.
Adakalanya kita sendiri pun tak boleh terima apa yang anak cakap. Contohnya anak bertanya, “ibu sperma itu apa?”
Yang ketiga, anak jenis thinker ini jenis suka memantau dan melihat dan kemudiannya disusuli dengan pertanyaan yang tidak dijangka.
Anak jenis thinker ini kadang kala terdiri dari yang kuat menjawab. Jika arahan mak ayah dia rasakan tidak logik atau tak masuk akal, anak akan menjawab.
Anak jenis ini juga sukakan game atau permainan yang mencabar mindanya. Contohnya seperti teka teki atau teka silang kata yang boleh mencabar mindanya. Permainan biasa seperti main congkak, dam aji tidak menjadi pilihannya.
Inilah lima karektor anak jenis thinker yang kadang-kadang selalu buat mak ayah salah faham tetapi rupa-rupanya ada potensi yang sangat besar dalam diri mereka.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setiap 15 Minit Terjaga Mengadu Sakit, Icha Hidap Cystic Hygroma Perlu Pembedahan Segera
Isi Kandungan
ToggleIbu mana yang sanggup melihat anak merintih sakit setiap hari. Lebih memilukan apabila anak itu masih lagi kecil. Saat anak-anak lain seusianya aktif bermain, Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan yang berumur setahun Sembilan bulan terpaksa menanggung derita penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi.
Menurut Nur Atekah Mohd Yusof, 23, ibu kepada Icha, dia mula perasan ada kelainan pada leher anaknya itu selepas melahirkan Icha. Ekoran daripada itu, anaknya ditahan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Seri Manjung, selama tujuh hari.
Menurut Nur Atekah lagi, leher kiri anaknya itu membengkak dan mengandungi cecair atau air bisa dalam badan yang sepatutnya keluar melalui najis, namun sebaliknya terkumpul di leher.
“Icha kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan didapati cystic hygroma ketika berusia hampir tiga bulan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Bumi Hijau, Batu 5 Segari di Lumut oleh sebuah akbar.
Benjolan makin besar, saluran makanan dan pernafasan Icha makin sempit, perlu segera dibedah
“Luluh hati saya apabila Icha mengadu ‘Buuu, akit.. (Ibu.. sakit), malah dia kerap merengek dan terjaga dari tidur kerana tidak selesa dengan lehernya yang besar,” jelasnya sayu.
Menurut Nur Atekah, benjolan di leher anaknya itu semakin serius dan pemeriksaan imbas CT, bulan lalu, menunjukkan saluran makanan dan pernafasan Icha semakin terhimpit berikutan keadaan lehernya yang semakin membesar.
“Kalau ikutkan pembedahan akan dijalankan pada usia dua tahun ke atas tetapi keadaan Icha semakin serius dan pembedahan akan dibuat untuk membuang cecair itu di HKL, 21 Oktober ini.
“Saya dimaklumkan pembedahan ini berisiko serta boleh beri kesan kepada suara dan saraf tetapi sebagai ibu saya tak sanggup lihat anak berada dalam keadaan begitu, malah lehernya akan semakin membesar nanti.
“Sebab itu saya dan suami (Fahme Ridzuan Zulqarnil, 28) mahu Icha menjalani pembedahan dan kami juga mula menyimpan wang sebagai persediaan termasuk kos ulang-alik ke sana nanti,” katanya yang memaklumkan suaminya hanya bekerja sebagai operator kilang di Segari.
Setiap 15 minit Icha terjaga, mengadu sakit dan tak selesa
Nur Atekah berkata, tidur malam anaknya kini kerap terganggu kerana tidak selesa dengan keadaan lehernya itu sehingga menangis dan kadang-kadang bernafas menggunakan mulut.
“Hampir setiap malam setiap 15 minit dia akan terjaga dan tidur semula selepas diberi susu dan berulang sehingga pagi. Dia nak telan makanan juga agak sukar,” katanya.
Menurutnya, biarpun begitu, Nur Falisya Mardina seorang yang aktif serta suka berkawan dan berharap pembedahan anaknya itu berjalan lancar.
“Saya mahu lihat dia membesar dengan sihat seperti kanak-kanak normal lain, saya sedih melihat dia dijauhi dan dipandang pelik segelintir kanak-kanak ketika bermain di taman kerana keadaannya itu,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Agrobank bernombor 2005351000103289 atas nama Nur Atekah Mohd Yusof.
Sumber: Hmetro
Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ekzema Anak ‘On Off’, Penting Jaga Makan. Kalau Tak Sampai Bila-Bila Tak Ok!
Masalah ekzema dalam kalangan anak-anak atau orang dewasa sekarang ini seolah-olah menjadi satu kebiasaan. Disebabkan masalah ini, keadaan kulit akan kering, bersisik, kemerahan dan gatal.
Menurut Dr Suriyakhatun, ekzema ini disebabkan ada satu ‘suis’ yang di on sehingga badan memberi isyarat. Berikut antara fakta yang perlu ibu bapa tahu dan dikongsikan oleh doktor.
Anak perempuan, Ana, berumur enam tahun dapat eczema, kulit kering satu badan. Sudah setahun dia dapat eczema ini dan sebelum itu tak pernah dapat masalah kulit. Sejarah keluarga, ibu dan ayah saudara sebelah ibu ada eczema, ayah ada gatal hidung bila ambil udang.
Saya ulaskan:
Dia ada genetic eczema tetapi suis gene berkenaan dalam keadaan off hingga setahun yang lepas.
Ada perkara yang on kan suis nya.
“Ada perubahan pemakanan? Dalam setahun ini lebih banyak ambil biskut dan roti, jajan dan mee segera? “, saya bertanya sebab PKP menyebabkan diet begini. “ Mungkin juga kurang sayur dan kurang lawas buang air besar?”
Ibunya anguk, “Semua itu benar Dokor.”
Ulasan saya:
Organ detoks kita adalah sistem usus termasuk hati dan empedu dan dibuang melalui najis, selenihnya dari air kencing melalui ginjal, lepas itu peluh dan dari nafas ( vapour) dan akhir sekali ke sel kulit untuk keluar sebagai daki.
Semua makanan ada bahan yang nak dibuang tetapi bila banyak ambil makanan berproses yang ada kimia, pengawet perasa pewarna, racun serangga dan rumpai, racun pencemaran seperti logam berat, maka organ detoks terbeban.
Kurang minum air dan kurang ambil sayur dan buah menyebabkan kurang kencing dan buang air besar. Maka, kulit menjadi cara buang toksin dan akan gatal radang dan berair.
Lebih lagi ada sejarah keluarga. Suis Gene penyakit akan turn on. Jadi nak off kan, saya beri penawar untuk off kan dan kenalah betulkan pemakanan.
Kredit: Dr Suriyakhatun
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Cemas, Darah Keluar Dari Hidung Anak Bermangkuk-mangkuk! Pakar Kongsi Puncanya
Mak dan ayah selalu panik dan risau bila anak-anak hidung selalu berdarah. Kadang- kadang ada yang jadi masa tengah tidur, bangun-bangun je masa pagi penuh darah atas cadar dan katil anak-anak anda…. ada yang jadi masa tengah tengok TV, masa tengah main di padang permainan dan pelbagai lagi situasi yang boleh jadi pada bila-bila masa sahaja.
Pernahkah anak-anak anda mengalami situasi begini??
DOKTOR……KENAPA HIDUNG ANAK SAYA KERAP BERDARAH???
Pada pagi ini saya berkesempatan memeriksa seorang pesakit saya, adik ”S” yang sangat comel dan baru sahaja berumur 6 tahun. Adik S mengalami symptom hidung berdarah sejak beberapa minggu yang lepas.
Menurut ibunya, kejadian yang paling panik dan mendebarkan ibu dan ayahnya adalah pada 2 malam yang lepas yang terjadi semasa adik S sedang menonton TV. Darah yang keluar dari hidung tersangatlah banyak, bermangkuk dan berbaldi banyaknya darah yang keluar dan terjadi secara tiba-tiba setelah anaknya menggosok dan menonyoh hidung … habis panik ibu dan ayahnya….😔😔😔. tak tau macam mana nak buat dalam situasi tersebut…
okay, di sini saya ingin kongsikan sedikit perkongsian berkenaan masalah hidung berdarah di kalangan kanak-kanak.
1) PUNCA DAN PENYEBAB??
– alahan pada debu hama, seafood dsb
– suhu yang sejuk dan kering akibat penggunaan air-cond di rumah
– cuaca yang terlalu panas di luar rumah
– jangkitan kuman seperti selsema
– faktor persekitaran yang berdebu
2) KENAPA IA BOLEH BERLAKU??
-lapisan hidung anak-anak anda adalah sangat nipis semasa mereka kecil. berbanding dengan lapisan hidung dewasa
-apabila anak anda mengalami alahan allergi contohnya, ia akan menyebabkan radang pada lapisan hidung dan salur darah utama di bahagian depan hidung dikenali sebagai Little’s Area akan mengembang dan senang tercedera.
-apabila anak anda menggosok atau menonyoh hidung kerana hidung tersumbat atau gatal, akan menyebabkan salur darah ini pecah dan darah akan mengalir keluar dengan agak banyak.
3) JADI,BAGAIMANA NAK BUAT??
– Jika hidung anak anda berdarah, lakukanlah Trotter’s Method iaitu:
a) dalam keadaan duduk, tundukkan kepala ke bawah
b) picit bahagian depan hidung selama 10-15 minit tanpa lepas dan minta anak anda bernafas menggunakan mulut
c) ambil ais ketul, minta anak anda hisap di dalam mulut sehingga cair secara berterusan
d) ambil lagi ais ketul, balutkan dengan kain nipis, dan letakkan di atas hidung anak anda.
4) BILA NAK BAWA KE HOSPITAL??
– jika darah yang keluar tak berhenti-henti setelah prosedur Trotters di lakukan
– anak anda kelihatan sangat tidak bermaya dan lembik akibat terlalu banyak darah yang hilang
– hidung berdarah disebabkan bendasing di dalam hidung (perlu dikeluarkan oleh doktor)
– anak anda ada masalah pembekuan darah
– anak anda ada mengambil ubat yg mencairkan darah seperti warfarin atau aspirin dan menyebabkan pendarahan tidak berhenti.
5) JADI APAKAH LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN HAL INI BERLAKU??
-rawat masalah alahan dan allergi anak anda (boleh berjumpa doktor pakar ENT untuk khidmat nasihat dan rawatan)
-jangan tidur dalam air cond terlalu sejuk dan kering
-boleh beli home air purifier dan air humidifier untuk melembapkan bilik
-elakkan bermain dalam cuaca yang terlalu panas
-potong kuku jari anak anda…jangan terlalu panjang, sebab anak-anak ada kecenderungan untuk mengorek hidung dan kuku boleh menyebabkan luka
-sapukan pelembap seperti vaseline gel di bahagian hadapan hidung anak-anak anda sebelum dan selepas tidur.
Untuk dapatkan kepastian yang lebih lanjut dan penerangan serta pemeriksaan yang menyeluruh termasuk pemeriksaan endoskopi kamera, tuan/puan boleh berjumpa Pakar ENT ya…..
Pakar ENT juga boleh merawat dengan cara ubatan ataupun “cauterisation” – iaitu menggunakan ubat dan teknik terkini untuk hentikan pendarahan jika perlu.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama….
Feel free to share this article with others especially your family and friends.
Kredit: Dr Nik Hisyam
Pakar Resdung, Sinus, Telinga, Tekak, Leher,
SALAM Shah Alam Specialist Hospital,
Seksyen 19, Shah Alam
03-55434162 / 010-9783839 (call/whatsapp)
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI