Rezeki setiap orang tak sama. Kadang bila kita rasa susah sebenarnya ada lagi yang lebih susah dan memerlukan daripada kita. Walaupun kita sekeluarga hidup secara sederhana, masih cukup makan dan minum, dapat besarkan anak dengan sempurna dan tinggal di rumah yang selesa itu semua dah cukup baik.

Kadang kehidupan orang lain belum tentu sebaik kita dan ada yang perlu catu makanan untuk pastikan ada lagi makanan untuk hari esok bersama keluarga.

“Anak Nak Nasi Telur, Duit Tinggal RM2”. Ibu Bawa Anak Kutip Tin Untuk Beli Makanan 

Bawa anak keluar kutip tin, botol nak beli makanan 

Seperti yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) bagi organisasi bantuan kemanusian, Malaysia Relief Agency di Johor, Shamsiah Shaaban masih ada lagi insan yang sanggup keluar mencari rezeki walaupun kerajaan mengehadkan pergerakan semata-mata nak pastikan anak-anak tak lapar.

Menurut Shamsiah  dalam posting di Facebooknya baru-baru ini, semasa dalam perjalanan pulang, dia menemui dua beranak yang berada di kawasan awam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Anak Nak Nasi Telur, Duit Tinggal RM2”. Ibu Bawa Anak Kutip Tin Untuk Beli Makanan 

“Dalam perjalanan pulang itu, kami terserempak dengan mereka. Maknya tengah kutip tin-tin, botol-botol kosong untuk dijual.

“Dalam musim Covid-19 ni si mak ambil risiko bawa anak untuk keluar mencari tin-tin kosong untuk dijual, ” tulisnya.

IKLAN

Anak minta nak akan nasi lauk telur

Dalam pertemuan itu, Shamsiah memberitahu, wanita berkenaan menjelaskan dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada siapa yang dapat menjaganya di rumah.

Tambahnya, wanita tersebut turut memaklumkan suaminya telah meninggal dunia.

Shamsiah datang meninjau keadaan rumah wanita berkenaan.

“Kami berhenti, kami tanya. Jawapan dia ‘Saya nak jual tin-tin ni nak cari duit untuk beli telur. Duit saya tingal RM2 sahaja. Anak pula haus nak air, dah beli air tak dapat beli telur… anak saya nak makan nasi lauk telur’.

“Siapa tak sentap dengar, kami pelawa untuk hantar mereka pulang dan berikan sedikit sumbangan. Anak kecil yang tak mengerti apa-apa, tenang bermain dan ketawa membuatkan kami sebak, ” katanya.

“Anak Nak Nasi Telur, Duit Tinggal RM2”. Ibu Bawa Anak Kutip Tin Untuk Beli Makanan 
Ramai yang prihatin dan membantu keluarga kakak ini

Susulan perkongsian itu, Shamsiah berkata, ramai yang tampil untuk memberi bantuan kepada wanita tersebut dan anaknya menerusi hashtag atau tanda pagar #kakaktin.

IKLAN

Rentetan dari kisah yang tular itu, Shamsiah bersyukur ramai yang telah menghulurkan sumbangan untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga tersebut berada dalam keadaan baik.

ARTIKEL MENARIK [“Selalu Tanya Bila Ayah Pulang, Tengok Anak Terus Sebak”. Isteri Mangsa COVID-19 Perlu Bantuan]

Banyak sumbangan yang diterima dan kita akan bantu secara berperingkat. Atas bantuan orang ramai, kita akan belikan keperluan keluarga ini, ” katanya.

“Anak Nak Nasi Telur, Duit Tinggal RM2”. Ibu Bawa Anak Kutip Tin Untuk Beli Makanan 

Anak kecil tidur di atas tilam yang usang

IKLAN

Menurut Shamsiah, pihaknya turut berkesempatan berkunjung ke rumah wanita itu bersama anaknya dekat Kluang, Johor.

“Rumah dia agak teruk, tak ada tikar getah, tak ada kipas… tak ada apa. Kita akan bantu dahulu… bersihkan rumah dia, beri keselesaan, ” katanya.

“Anak Nak Nasi Telur, Duit Tinggal RM2”. Ibu Bawa Anak Kutip Tin Untuk Beli Makanan 
Hasil sumbangan orang ramai, bantuan dah diserahkan

Walaupun menerima bantuan keperluan asas, Shamsiah mendedahkan keperibadian wanita itu yang sanggup berpenat-lelah demi menyara kehidupan bersama anaknya.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Terpaksa Minum Air Gula Campur Air Mentah. Bapa Strok, Ibu Tiada. Anak Jadi Ketua Keluarga]

“Tak ada duit susah, tapi dia tak nak menyusahkan orang jadi dia cubalah usaha. Bekerja cari tin, botol, ” katanya sambil mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

Sekiranya ada yang masih nak menghulurkan sumbangan boleh salurkan sumbangan anda melalui

MAYBANK BERHAD
551043529587
MRA JOHOR
==============================
Atau boleh berhubung klik talian WhatsApp Official MRA Johor www.wasap.my/601132723337/mrajohor

Sumber: Shamsiah Shaaban & Mstar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI