Nak pesan mommy jangan stress kalau berat anak tak naik macam kita harapkan. Cuba enjoy dan pelbagaikan menu anak-anak. Kalau mommy stress siapa nak masak utk anak? Takkan jiran sebelah rumah pulak.
Kakak pernah hadap situation yang sama jadi memahami feeling kecewa tu. Nah tujuan kakak selit resipi nie semua utk bagi semangat balik dan for sure bg ilham untuk mak-mak prepare menu untuk anak masing-masing. Jadi mommy jangan stress kita enjoy okay. Resipi ada di setiap gambar. Selamat menjadi supermommy semua.
NO SUGAR NO SALT BELOW 2 YEAR.
TOMYAM AYAM
CARA-CARA
– tumis bawang dengan olive oil sehingga naik bau.
– masukkan tomato paste dan tumis sehingga garing.
– masukkan air, ayam, serai dan carrot. Masak sebentar.
– masukkan brocoli, celery dan tomato.
– akhir sekali masukkan daun ketumbar.
(boleh masukkan daun limau purut utk menambahkan lagi aroma wangi)
(boleh masukkan air limau sedikit jika umur anak 1 tahun ke atas)
TELUR DADAR
Ads
Telur dadar nie kawan dengan tomyam ayam. Baru la ngam!
KARI SALMON
Ads
CARA-CARA – tumis bawang dan daun kari dengan olive oil sehingga naik bau. – masukkan rempah kari (bancuh sedikit dengan air) sehingga garing. – masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
– masukkan ikan dan keledek. Siap!
SUP BAYAM
CARA-CARA -tumis bawang dengan olive oil sehingga naik bau. – masukkan air dan cbs.
– masukkan carrot dan masak sehingga agak lembut.
– masukkan enoki dan suhun.masak sebentar.
– akhir sekali masukkan bayam. Siap!
Ads
KURMA TELUR
CARA-CARA
– tumis bawang dan 4 sekawan dengan olive oil sehingga naik bau.
– masukkan rempah kurma (bancuh sedikit dgn air) sehingga garing.
– masukkan santan dan kentang.Masak hingga mendidih.
– masukkan telur dan reneh sehingga masak. Siap!
Kalau tidak dicuba sampai bila pun anak tidak akan makan sayur. Jangan ikut selera anda tetapi berikan sahaja anak mencuba semua jenis sayur supaya anak bijak memilih jenis sayur yang mereka suka.
Oleh menu menjadi lebih kreatif antara yang disarankan untuk memujuk si kecil kita makan sayur. Resipi perkongsian ibu ini, Umairah Jamaah memang ringkas dengan menjadikan bayam sebagai keropok. Memang rangup dan anak pasti akan makan sampai licin!
Antara menu kudapan yang selalu Kak Mai buat suatu masa dulu. Ketika Ostad Umar melalui zaman ‘picky-eater’nya. Sekarang pun masih memilih. Cuba tak seteruk dulu kala. Hihihihi
Cuba pelbagaikan menu-menu sihat. Olah dalam bentuk yang dia suka. Kanak-kanak riang dekat rumah ni panggil keropok sayur. Dua-dua orang suka makanan yang rangup. Sesuai untuk dibuat kudapan.
Bahan-bahan yang diperlukan :-
Sayur bayam
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil tepung jagung
Secubit garam (kalau anak bawah 2 tahun tak perlu letak)
Setengah cawan air
*Sukatan bahan-bahan ikut keperluan
Cara buatnya pun mudah saja:-
1. Bancuh semua bahan yang ada. Air adjust ikut keperluan.
2. Celur sayur bayam kat dalam tepung. Goreng sekejap. Kemudian toskan.
Boleh juga gunakan keledek. Sayur boleh saja nak ganti dengan carrot, sawi, terung, labu. Ikut kesesuaian. Janji anak dapat makan sumber-sumber bernutrisi
Selamat mencuba ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu terbiasa dengan hidangan nasi, mi dan roti, anak pun boleh jemu. Bila anak kurang selera, ibu pasti akan risau. Tak salah sekali sekala bolehlah tukarkan menu pasta pula.
Perkongsian resipi pasta daripada ibu ini nampak enak. Sesuai bagi anak-anak yang sedang berlatih menyuap makanan sendiri. Ibu-ibu yang sedang mencari resipi untuk memperkenalkan telur kepada bayi juga boleh mencuba sajian ini.
Nampak sedap, bahannya juga tidak banyak, tidak hairanlah resipi ini menerima lebih 1,000 reaksi dan beratus perkongsian daripada ibu di sebuah grup masakan bayi dan kanak-kanak.
Hari ini dinner buat STEAM EGG PASTA
Dalam steam egg ni ada rainbow pasta, sayur pakchoy yang telah blend, jagung, carrot dan serbuk ikan bilis homemade. Baby Chen Xin suka dan ini senang dipegang dan boleh makan sendiri. Hehe.. Mama hari malas suap.
Bahan-Bahan
Telur
Rainbow pasta
Sawi pakchoy
Jagung
Lobak merah
Serbuk ikan bilis
Cara membuatnya: 1. Asingkan telur kuning dan telur putih
2. Gaulkan pasta yang telah dimasak , semua sayur dengan telur putih.
3. Masukkan ke dalam bekas kaca dan steam5-8 minit.
4. Gaulkan telur kuning dan tabur atas bekas tu dan steam 5 minit. Jadi boleh nampak 2 lapisan cantik.
Ada ibu yang telah berkongsi hasil resipi ini. Apa yang menarik, ibu ini menggunakan nasi menggantikan pasta dalam sajiannya.
Saya dah try buat.sedap..saya guna nasi dalam menu ni
Banyak khasiat jagung untuk anak-anak antaranya ialah membantu menaikkan berat badan. Mama boleh sajikan anak makanan berasaskan jagung seperti bubur jagung. Rasa lemak-lemak manis bubur jagung pastinya menambat selera anak.
Untuk menghasilkan bubur jagung yang sedap berlemak dan pekat, ada tipnya. Mengikut perkongsian dari Tiesha Abdul Rahman, ini antara tip yang boleh digunakan jika memasak bubur jagung.
*Supaya rasa bubur jagung enak sebati dengan kuah dan pekat, kisar sedikit jagung dan masukkan dalam bubur.
*Bubur jagung lebih sedap jika diletakkan sagu.
*Untuk rasa bubur yang berlemak, guna santan segar dan letak sedikit garam.
Cara lengkap untuk membuat bubur jagung lemak manis yang sedap ini boleh ikut cara seperti di bawah.
Bahan-bahan:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula melaka
2 sb gula pasir
3 sb susu pekat
1/2 st garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Bahan kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
Cara membuat:
1. Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2. Kisar halus jagung bersama 1 cawan air supaya kuah rasa jagung.
3. Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4. Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5. Bila jagung sudah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau. Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
6. Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacau. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila sudah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Tip ekstra: Boleh juga tambah beras pulut untuk memekatkan bubur jagung
Boleh juga gunakan beras pulut untuk dapatkan bubur jagung yang pekat.
Caranya, masukkan 1/2 cawan beras pulut ke dalam periuk bersama jagung dan santan cair. Masak hingga pulut lembut kemudian bolehlah letak bahan-bahan lain.
Berikut adalah LIMA kebaikan jagung untuk kesihatan bayi/kanak-kanak:
1. Membantu menambah berat badan
Dalam 100 gram jagung, terdapat sekitar 350 kalori. Atas sebab ini, jagung boleh menjadi penyelesaian yang berkesan untuk meningkatkan berat badan bayi. Namun, ini tidak bermakna bayi yang mempunyai berat badan normal tidak boleh makan jagung. Pengambilan jagung boleh membantu mengekalkan berat badan bayi normal.
2. Mengoptimumkan perkembangan otak
Jagung kaya dengan fosforus, kalium, magnesium dan zat besi. Kandungan fosforus membantu mengoptimumkan kesihatan tulang, kalium dan magnesium penting untuk fungsi otot dan saraf, manakala zat besi membantu mengoptimumkan perkembangan otak.
3. Memudahkan penghadaman
Jagung kaya dengan serat yang menjadikannya julap (melancarkan penghadaman). Jadi jika bayi anda sering mengalami sembelit atau sukar membuang air besar, berikan sahaja sedikit produk yang mengandungi jagung, sebagai contoh buburjagung. Ini sangat mujarab untuk merawat sembelit. Sebenarnya tepung jagung juga bagus untuk merawat sembelit.
4. Meningkatkan fungsi mata dan kulit
Jagung kaya dengan vitamin A dan sumber beta karotena yang meningkatkan fungsi penglihatan. Berita baiknya ialah beta karotena juga berguna sebagai antioksidan yang tentunya baik untuk kulit bayi.
5. Melindungi sel darah
Kandungan vitamin E dalam jagung memberikan kebaikan antioksidan, yang menjadikannya sesuai untuk melindungi sel darah daripada kerosakan. Bukan itu sahaja, kandungan antioksida juga menghalang kerosakan sel lain dan DNA dalam tubuh anak.