Anak Susah Makan Sayur? Jadikan Menu Ni Sebagai Trik, Memang Sedap & Extra Rasa!
Nampak sahaja hidangan sayur di atas meja, biasanya anak-anak tak akan sentuh. Puaslah kita suakan ke mulut, tidak mahu dijamahnya. Tapi berbeza sekali jika anda sediakan menu Cheezy Dadar Super Yummy ini.
Senang kata, dengan menyediakan meni ini adalah sebagai salah satu trik yang ‘menjadi’ untuk tarik perhatian anak-anak makan sayur dengan berselera. Bukan sahaja kerana rasanya yang ekstra berasa malah penuh dengan khasiat.
Untuk sediakan menu ini mudah sahaja, ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Norhidayah Mohd Aripin. Jadi tunggu apa lagi, jom kita masuk dapur dan sediakan menu yang istimewa ini untuk dinikmati bersama keluarga.
Cheezy Dadar Super Yummy
Filling :
Bawang putih
Bilis tumbuk
Secubit lada hitam
Ads
Bayam
Air
Garam secukup rasa
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, lada hitam dan bilis tumbuk
2.Bahan tumis sedikit garing, masukkan air. Tak perlu banyak ya
3.Masukkan bayam, kacau dan kemudian perasakan
4.Boleh ketepikan bayam
Ads
Dadar :
4 biji telur
4 keping Chesdale cheese
Garam (jika perlu)
1.Pukul telur dan masukkan bayam tumis, perasakan jika perlu
2.Panaskan kuali dan masukkan telur bersama bayam tadi
Ads
3.Tutup kuali, biarkan sebentar sehingga sebelah bawah permukaan telur sedikit garing
4.Tekap pinggan ke dalam kuali. Angkat dan terbalikkan telur ke dalam pinggan supaya telur tidak berterabur dan hancur
5.Tolak masuk telur ke dalam kuali. Boleh masukkan cheese dan tutup kuali
6.Boleh angkat jika telur dadar sudah sedikit garing
7Sedia dihidang. Cadangan hidangan, boleh dipaip mayonis dan sos di bahagian atas sebagai topping ; bergantung pada kreativiti ibu ibu. Boleh makan sebagai sarapan atau boleh juga dihidang sebagai lauk makan tengahari.
Musim cuti panjang ini ada baiknya kita sediakan menu yang ringkas tetapi berkhasiat buat anak-anak. Selain menghadkan jumlah stok bekalan yang ada agar tidak berlaku pembaziran, menu-menu ringkas sebegini juga membolehkan masa ibu yang bekerja dari rumah menjadi lebih sempurna dan teratur.
Jadi dapatlah ibu yang bekerja dari rumah mengatur masa bekerja mereka namun dalam masa yang sama dapat menyediakan makanan yang berkhasiat buat anak-anak.
Menu bubur ayam ini antara menu yang boleh di cuba dalam proses kita bercuti dan bertenang. Paling penting jimat masa tanpa perlu mengenepikan khasiat untuk anak. Bubur Ayam Ala McD yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ini wajib dicuba.
BUBUR AYAM MCD VERSI BABY
Bahan Bahan :
1 ketul ayam
Beras secukupnya
Halia
Cfs ( chicken feet stock )
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Air secukupnya
Minyak bijan
Daun sup
Bawang goreng
Didihkan air di dalam periuk dan rebuskan ayam sehingga masak. Angkat dan toskan. Sejukkan seketika.
Carik carikkan isi ayam dan ketepikan.
Masukkan beras di dalam air rebusan ayam tadi dan masak bubur seperti biasa.
Apabila bubur separuh masak, masukkan cfs, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, minyak bijan dan juga halia.
Kemudian masukkan isi ayam yang dicarik tadi, tinggalkan juga sedikit untuk hiasan bubur nanti.
Apabila bubur sudah masak sempurna, tutupkan api. Tuangkan ke dalam mangkuk.
Taburkan isi ayam, bawang goreng dan juga daun sup.
Siap sedia dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak istimewa sememangnya perlu diberikan perhatian yang lebih dan ini termasuklah dalam soal pemakanan mereka setiap hari.
Menurut Pegawai Dietetik, Puan Rose Hanizan Mat Hassan, setiap jenis penyakit mempunyai keperluan kalori serta penjagaan pemakanan yang berlainan.
Setiap ibu bapa serta keluarga perlu faham keadaan penyakit yang di hadapi bagi memudahkan penjagaan kanak – kanak tersebut dalam setiap sudut termasuklah cara berkomunikasi, cara pemakanan yang sihat dan sebagainya.
Keperluan kalori setiap anak istimewa berlainan dari anak normal kerana keperluan mereka bergantung kepada sakit dan masalah yang mereka hadapi.
Bagi kanak – kanak Down Syndrome yang tidak mengalami sebarang komplikasi, keperluan mereka adalah sama dengan kanak – kanak biasa. Disebabkan itulah ibu bapa perlu membuat pemeriksaan berkala untuk anak – anak ini.
Bagi mereka yang mengalami down syndrome bersama – sama masalah hipotiroid, prader willie syndrome dan spina bifida, tumbesaran anak – anak biasanya agak lambat. Malah keperluan tenaga mereka juga adalah berkurangan daripada anak – anak normal lain. Sekiranya kita tidak mengawal kalori yang mereka ambil, anak – anak akan berisiko untuk mengalami masalah berat badan sehinggalah mereka dewasa.
Bukan itu sahaja malah keperluan kalori mereka juga perlu dikurangkan dan pengambilan tenaga sebanyak 10-15% daripada saranan RNI. Ini adalah kerana kadar metabolisme mereka adalah lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak normal.
Contohnya: = (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) – 15 % = 2000kcal – 300 kcal = 1700 kcal
Manakala bagi anak – anak yang kurang zat makanan dan berisiko untuk mengalami masalah pengurangan berat badan adalah seperti mereka yang mengalami Cerebral Palsy dan ADHD.
Anak-anak ini perlu diberi keperluan kalori atau tenaga yang lebih dari kanak – kanak normal kerana mereka berisiko untuk tiada kenaikan berat badan. Keperluan tenaga mereka perlu dipertingkatkan sehingga 150% atau lebih daripada saranan RNI.
Contohnya: = (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) + 50% = 1700 kcal + 850 kcal = 2550 kcal
Pilih Tinggi Protein
Pengambilan protein adalah penting untuk anak – anak istimewa terutama bagi anak – anak yang mengalami masalah berkaitan otot, saraf dan tumbesaran mereka.
Ibu bapa perlu memantau anak – anak dengan lebih terperinci seperti berat anak, interaksi anak, percakapan, pengunyahan anak – anak perlu selari dengan usia agar mereka tidak ketinggalan.
Protein juga perlulah dipilih daripada sumber yang berkualiti dan menarik minat mereka. Ini untuk memastikan mereka berminat untuk makan dan cukup bagi keperluan nutrisi mereka. Ayam, daging, ikan, atau telur adalah protein yang berkualiti baik dan seeloknya adalah tanpa lemak.
Bagi nutrisi dari lemak pula, ibu bapa perlu kawal untuk mengelakkan obesiti terutamanya kanak – kanak yang rendah metabolisme. Bagi anak – anak yang kurang berat badan, ibu bapa tidak perlu kawal pengambilan lemak tetapi perlu pastikan lemak yang baik dan tidak memudaratkan tumbesaran anak – anak istimewa.
Para ibu bapa juga perlu ambil perhatian lebih kepada sesetengah vitamin dan mineral untuk anak – anak istimewa.
Pengambilan buah – buahan dan sayuran yang tinggi vitamin C adalah penting untuk meningkatkan tahap antibodi dan sistem imuniti anak – anak terhadap persekitaran.
Ini bagi mengelakkan anak – anak senang mendapat jangkitan seperti demam dan selsema. Vitamin dan mineral lain adalah seperti vitamin E, A, zinc, copper, serta amino acid dan lain – lain yang penting untuk menambah baik tumbesaran serta meningkatkan lagi perkembangan kognitif, peka dan meningkatkan tumpuan anak – anak.
Sentiasa Bekalkan Susu
Ibu bapa juga jangan lupa untuk memberikan produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya kepada anak – anak sama seperti anak – anak normal.
Malah sekiranya perlu produk tenusu ini juga perlu diberi sehingga dewasa. Ini adalah penting untuk memastikan tumbesaran tulang dan gigi seperti normal dan kuat.
Peringatan untuk ibu dan bapa, pemakanan yang baik, sihat dan seimbang pada awal kehidupan anak – anak kita adalah penting untuk kehidupan mereka di masa hadapan. Adalah penting untuk kita pastikan kita tidak memberikan makanan ringan atau ‘jajan’ kerana tidak mempunyai nutrisi tetapi tinggi kalori dan ini akan mendedahkan anak kita untuk menjadi seorang yang obese atau berlebihan berat badan.
Begitu juga dengan anak – anak istimewa adalah tidak wajar untuk diberikan makanan yang mendorong kepada kekurangan nutrisi serta menggangu perkembangan saraf anak – anak tersebut.
Bagi anak – anak yang mengalami hiperaktif seperti ADHD elakkan memberikan makanan yang tinggi dengan gula ringkas seperti gula – gula atau makanan manis kerana ia dapat mengurangkan simptom hiperaktif tersebut.
Aktiviti fizikal juga penting untuk membantu tumbesaran anak – anak dan dalam masa yang sama kita juga telah mengajar anak – anak kita ke arah kehidupan yang lebih sihat dan cergas.
Ibu bapa perlu menghadkan tabiat yang tidak aktif dan sedentari seperti menonton television atau permainan video dan telefon secara berlebihan. Sama – sama kita menjaga pemakan dan gaya hidup yang sihat untuk anak – anak kita semua.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Popia basah antara juadah popular yang boleh didapati di pasar pagi atau pasar malam. Kulitnya yang lembut, sayur yang rangup dan ditambah dengan sos memang membangkitkan selera.
Sebelum ini kita hanya dapatkan di kedai, kali ini apakata kita cuba sendiri buat di rumah. Anak-anak pasti suka!
Resipi Popia Basah Kulit Buatan Sendiri
Bahan-Bahan:
Bahan Kulit –
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan Inti Popia –
1/2 biji kobis – di racik halus
3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Sos Sambal –
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar – jika suka
Cara Membuat:
Kulit Popia –
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
2. Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
3. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.
Inti Popia –
4. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
5. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
Sos Sambal –
6. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
7. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
8. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.
Tip:
Cara penyediaan popia bergantung pada citarasa. Jika anda hendak letakkan sambal dahulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pun boleh. Ikut selera anda.
Kehamilan datang dengan banyak perubahan, dan kadang-kadang badan pun mula rasa tak selesa dan asyik lenguh-lenguh badan. Sesekali bantu diri ibu hamil untuk lebih relaks dan legakan badan yang tak selesa.