Anak Tidur Berdengkur, Kerap Demam Mungkin Masalah Tonsil. Penting Buat Pemeriksaan Awal

Share

Bila anak kerap demam, perkara yang biasa diperiksa adalah adakah tonsil anak bengkak. Keadaan ini boleh menyebabkan kerisauan ibu bapa. Sudahlah demam berpanjangan, anak pula tidak mahu makan atau minum sebab hilang selera.

Kerap demam akibat terkena jangkitan tonsil memang mengundang dilema dan persoalan. Perlukah anak dibedah untuk buang tonsil? Apakah rawatan terbaik untuk tonsil? Bahayakah tonsil kepada kanak-kanak?

Berikut antara perkongsian Doktor Telinga, Hidung Dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih

Sakit tekak dan tonsil…. bila anak saya perlu dibedah?

Tak semua masalah sakit tekak adalah disebabkan oleh masalah tonsil. Dan tak semua masalah tonsil perlu dibedah!

“Tapi, tonsil anak saya besar sangat doktor, tidurnya pun berdengkur teruk…”

Sakit tekak boleh berlaku oleh sebab lain selain daripada tonsil. Walaupun pembedahan membuang tonsil sudah dilakukan, anda masih boleh mengalami masalah sakit tekak sekiranya masalah resdung tidak dikawal, ada jangkitan lain di kawasan tekak dan sebagainya.

Oleh itu, bila pembedahan membuang tonsil perlu dilakukan?

  1. Apabila serangan tonsillitis berlaku sekurang-kurangnya tujuh kali dalam setahun.
  2. Mendapat komplikasi daripada masalah tonsillitis seperti peritonsillar abscess iaitu pengumpulan nanah di sekitar tonsil.
  3. Serangan tonsil secara kerap sehingga menyebabkan berlaku serangan sawan dan kekejangan.
  4. Kanser. Ini boleh disyaki melalui pemeriksaan klinikal termasuk saiz tonsil membesar sebelah bahagian sahaja.

Jadi, jumpalah doktor jika ada sebarang masalah. Jangan membuat konklusi sendiri.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

IKLAN