Tidur merupakan salah satu keperluan asas dalam fungsi badan manusia sebagaimana bernafas, makan dan minum. Tidur yang cukup and berkualiti adalah salah satu faktor yang penting bagi kesihatan yang baik, terutamanya bagi anak kecil yang sedang membesar dengan pesat.

Anak Yang Kurang Tidur Bahaya Untuk Emosinya. Ikuti Saranan Pakar Untuk Waktu Tidur Yang Terbaik

Tidur yang secukupnya adalah sangat penting bagi memastikan segala fungsi organ dan badan berada di tahap optimum. Ikuti perkongsian Dr.Rosni Jamalludin, Pakar Kanak-kanak tentang waktu tidur yang terbaik.

KEPENTINGAN TIDUR

IKLAN

Semasa tidur, tisu-tisu atau sel-sel organ penting seperti jantung dan salur darah melalui proses pemulihan. Sel-sel otak si kecil juga dicas semula  dan litar sinaps  baharu dilahirkan semasa tidur. Ini penting supaya keesokan harinya anak anda dapat mempelajari lebih banyak benda baharu, membina memori dan ingatan dan sebagainya.

Ia juga membantu  menyeimbangkan emosi dan psikologi, dan seterusnya membolehkan anak anda belajar berfungsi dengan baik dalam struktur sosial dan masyarakat. Selain daripada itu, tabiat pemakanan anak anda juga dipengaruhi oleh rutin tidur dan berjaga yang optima dan konsisten kerana sebahagain ritma rembesan hormon yang mengawal selera makan anak anda bergantung kepada tabiat tidur yang sihat.

SARANAN WAKTU TIDUR

IKLAN

Kanak-kanak yang berusia 1-2 tahun disarankan untuk tidur selama 11-14 jam sehari. Ini termasuk waktu tidur di siang hari. Walaubagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak tidur dalam lingkungan 10-12jam pada usia tersebut. Kanak-kanak di usia ini sudah mula lebih aktif mempelajari benda baharu, menerokai pelbagai aktiviti, dan mungkin akan kurang ‘berminat’ untuk tidur terutamanya di siang hari.

Malahan ada kanak-kanak yang melawan keinginan untuk tidur dan hanya akan tidur setelah terlalu kepenatan. Walaubagaimanapun sebagai ibu bapa, kita seharusnya cuba untuk menyusun atur waktu berjaga dan waktu tidur anak sebaik mungkin. Tetapkan waktu tidur yang konsisten supaya anak belajar rutin yang betul. Apabila menghampiri waktu untuk tidur, berhentikan segala aktiviti termasuk gajet elektronik seperti televisyen dan telefon bimbit, dan malapkan cahaya di kamar tidur. Berikan susunya sambil mendodoikan anak kecil anda sehingga tidur.

IKLAN

SIMPTOM ANAK KURANG TIDUR

Antara simptom atau gejala anak yang kurang tidur adalah anak cepat marah atau kerap mengamuk, impulsif atau berubah emosi secara mendadak.  Kadangkala anak yang kurang tidur juga boleh menjadi terlalu ‘hyperactive’ buat seketika.

Anak Yang Kurang Tidur Bahaya Untuk Emosinya. Ikuti Saranan Pakar Untuk Waktu Tidur Yang Terbaik

Sekiranya ia berterusan, anak yang terlalu kurang tidur pula mungkin kelihatan tidak bermaya dan kurang berminat untuk melakukan aktiviti dan mempelajari benda baharu. Selain daripada itu, kurang tidur atau tabiat tidur yang tidak sihat juga boleh mempengaruhi selera dan tabiat makan anak-anak. Seterusnya ini akan mempengaruhi tumbesaran anak anda sama ada menyebabkan kekurangan zat dan menjejaskan tumbesaran atau menyebabkan kecenderungan kepada obesiti.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI