Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang difikirkan, para ibu mengalami masalah rambut. Masalah rambut ada banyak, tetapi yang paling popular adalah keguguran dan rambut beruban. Siapa sangka, masalah rambut ini dapat dikurangkan dengan daun kari. Rupanya daun kari ini bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi juga untuk kesihatan rambut.
Pengasas produk semulajadi, Pn Suzy Honey berkongsi di laman Facebooknya tentang kebaikan daun kari untuk mengatasi masalah berkaitan rambut.
Jika anda ada masalah keguguran rambut, rambut mula beruban, rambut menipis dan masalah kelumumur. Sila baca apa yang saya apa yang saya tuliskan ini.
Sebut sahaja daun kari memang tahu digunakan untuk masakan. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa daun kari mempunyai khasiat yang bagus untuk rambut.
Merujuk kepada pihak pengkaji dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry antara kebaikan daun kari untuk rambut:
1. Daun kari membekalkan nutrien penting kepada rambut dan kulit kepala yang dapat memperbaiki akar rambut rosak.
2. Kandungan beta-karoten dan protein dalam daun kari mampu mengurangkan keguguran rambut.
3. Daun kari kaya dengan antioksidan yang membantu meningkatkan kesihatan folikel rambut dengan menyingkirkan sel kulit mati dan kotoran yang terkumpul di kulit kepala.
4. Vitamin B yang terdapat dalam daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat.
Ads
5. Vitamin B6 yang terkandung dalam daun kari dapat menguatkan akar rambut.
Berikut adalah cara penggunaan daun kari untuk penjagaan rambut :
1. Dijadikan tonik rambut Daun kari turut berfungsi sebagai tonik rambut yang berkesan kerana ia mengekalkan kelembapan kulit kepala.
Ambil segenggam daun kari dan rebus bersama 2-3 sudu minyak kelapa, kemudian lumur pada rambut ketika sudah sejuk.
Ads
Kandungan vitamin B6 dalam daun kari dapat membantu menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur.
2. Menghasilkan rambut yang berkilat
Campurkan satu sudu pes daun kari dengan tiga sudu plain yogurt. Gaul hingga sebati, kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan.
Biarkan selama 30 minit, seterusnya cuci dengan air suam. Lakukan sekali seminggu untuk memulihkan rambut kusam supaya licin dan berkilat.
3. Mencegah kelemumur Daun kari membantu menyingkirkan kulit kepala mati dan penumpukan folikel yang merupakan penyebab utama kelemumur.
Caranya adalah campurkan daun kari dengan sedikit susu segar (fresh milk) dan sapukan pada kawasan kelemumur. Lakukan cara ini setiap hari dan biarkan selama 20 minit sebelum mencucinya.
Ads
4. Mencegah uban pramatang Daun kari merupakan salah satu bahan terbaik untuk membantu mencegah rambut beruban lebih cepat.
Campurkan ½ cawan minyak zaitun dan ½ cawan minyak badam, kemudian masukkan segenggam daun kari. Keringkan lebih kurang 15 minit dan biarkan ia sejuk sebelum disapu pada rambut.
Amalkan tiga kali seminggu untuk mencegah rambut beruban.
5. Meningkatkan pertumbuhan rambut
Penggunaan daun kari yang teratur terbukti dapat meningkatkan pertumbuhan rambut.
Ambil beberapa helai daun kari dan keringkan di bawah cahaya matahari. Setelah itu, tumbuk daun kari menjadi serbuk dan campurkan dengan satu sudu yogurt, kemudian oleskan pada akar rambut dan hujung-hujung rambut.
6. Mencegah rambut menipis Wanita kerap mengalami rambut yang semakin menipis kerana beberapa faktor. Daun kari boleh membantu mengukuhkan folikel rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
Tumbuk beberapa helai daun kari, kemudian campurkan dengan serbuk cendana dan sapu pada kulit kepala.
Tak ada lagi syampu yang diformulasi dengan daun kari di pasaran kan? Kalau daun inai tu ada lah. Rajinkan diri untuk amalkan petua lama ini, moga-moga dapat membantu anda mengurangkan masalah rambut yang dialami. Perkongsian dari Pn Suzy Honey ini pun tidaklah susah nak dibuat, modal pun besar. Bolehlah Mama semua mencubanya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menerusi instagram Nedim, dia ada kongsikan kapsyen dengan menyatakan Ney Ney anak yang kuat. Daddy sayang Ney.
Melalui gambar yang dimuat naik itu, nampaknya Ney Ney tenang je sambil dipangku oleh Nora Danish untuk mendapatkan rawatan membantu pernafasannya.
Ramai netizen yang prihatin dan memberikan beberapa cadangan pada Nedim dan Nora supaya sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekarang.
“Sekarang ni musim.. baik elakkan dari orang ramai yang nak cium terutama yang merokok”.
“Kalau yang merokok, pastikan basuh mulut, cuci tangan dan tukar baju sebelum sentuh anak kecil. Sebab mereka kecil dan lagi senang berjangkit”.
Ada juga yang nasihatkan pasangan ini untuk baby Ney Ney ambil suntikan pneumococal. Suntikan ini baik untuk melindungi paru-paru dari terkena jangkitan.
Nedim jangan merokok depan anak
Walaupun tak diketahui punca sebenar Ney Ney mendapatkan rawatan nebulizer, ada peminat yang syorkan Nedim untuk berhenti merokok. Kesian Ney Ney.
Sebaiknya jangan merokok di depan anak. Kadang-kadang kita tak perasan asap rokok tu dihidu si kecil.
Diharapkan kesihatan Ney Ney kembali pulih secepat mungkin dan ceria seperti biasa. Bukan mudah nak membesarkan anak-anak selagi antibodinya tak kuat. Pengorbanan ibu bapa sangat penting.
Sumber: boss_ned
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang paling mengembirakan buat seorang ibu apabila dapat berita diri berbadan dua. Tak kisahlah sama ada anak pertama, kedua atau seterusnya kehadiran zuriat ibarat pelengkap rumah tangga.
Namun jika Allah uji, kita sebagai hambanya perlu reda walaupun ia sukar untuk dihadapi. Hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik dan percayaalah walaupun sedih sekarang ni pasti akan ada manisnya di penghujung nanti.
Seperti kisah seorang ibu, Nor Hayana yang melahirkan anak syurga ketika kandungan 35 minggu dan akhirnya dijemput ilahi sesuatu yang berat namun percaya Allah uji sebab dia sayang.
Lahir terus masuk NICU
Sepatutnya 1.1.2021 adalah tarikh due date untuk arwah Ummar Asyraf bin Malek Riduwan(anak syurga kami) arwah adalah anak ke-4 kami.
Tapi arwah Ummar lahir 26.11.20 pada minggu ke-35 disebabkan umi mengalami pecah air ketuban awal. Selepas dilahirkan Ummar terus dimasukkan ke NICU disebabkan mengalami masalah pernafasan.
Bergantung dengan mesin pernafasan
Selama 15 hari arwah di dalam NICU setiap hari umi melawat Ummar, arwah bergantung dengan mesin pernafasan kerana jantung dan paru-paru dia masih tidak kuat dan lemah. Kami hanya mampu berdoa supaya cepat-cepat sihat dan boleh balik rumah.
Hari ke 10 dalam NICU
Doktor beritahu arwah sangat kritikal
Pada tarikh 12.12.20 iaitu hari ke-16, kami menerima pangilan telefon dari wad untuk segera ke hospital kerana arwah mengalami penafasan yang teruk kerana kedua-dua paru-paru dah dijangkiti kuman.
Sesampainya kami di dalam wad doktor memberitahu keadaan arwah sangat-sangat kritikal. Hanya Tuhan je tahu perasaan kami masa itu.
Akhirnya jam 3.30 petang pada waktu itu, doktor memanggil dan meletakkan arwah dipangkuan sehinggalah doktor mengesahkan jam 4.15 petang arwah telah tiada. Hanya Tuhan yang tahu perasaan kami waktu itu. Seakan tidak percaya semua ni berlaku pada kami.
Umi berjalan ke bilik forensik sambil memangku arwah dalam dakapan dengan linangan air mata yang dari tadi tidak henti-henti. Selesai dimandikan dan dikafankan kami membawa jenazah arwah balik.
Sampai rumah arwah dibuka untuk tatapan ahli keluarga kami yang belum sempat melihat dari dia dilahirkan, sejuk dan comel je jenazah kamu wahai anak syurga
Rezeki untuk lihat kubur arwah setiap hari
Selepas Maghrib arwah selamat dikebumikan. Kubur arwah hanya beberapa meter je dari rumah kami. Rezeki kami sekeluarga kerana setiap hari dapat tengok kubur arwah.
Selesai dikebumikan…kubur Ummar hanya beberapa meter jer dari rumah kami. Kami bertuah kerana rumah kami berhadapan dengan kubur.
Pertama dan terakhir kali umi dapat memeluk arwah Ummar Asyraf kami redha dengan ketentuan ilahi. Penutup 2020 dengan suka duka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon kecil molek, Falisha Crossley berkongsi berita gembira dengan peminat memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan anak kedua pada 4 Disember yang lalu.
Dalam perkongsian tersebut juga Falisha atau nama sebenarnya, Nur Falisha Crossley Faisal turut mendedahkan nama yang dipilih buat anak keduanya itu.
Dalam posting di Instagram yang memuat naik beberapa keping gambar permata hati terbarunya, nama Mohama Shaqur Mateen menjadi pilihan Falisha dan suami.
“Bismillahhirahmanirrahim. Assalamualaikum everyone. Alhamdulillah. Finally after patiently waiting for 40weeks + 2 days-overdue. We’re so proud to announce the arrival of our baby boy on last baraqah Friday, 4th December 2020.
“There’s no other words to describe how we feel about having him in our arms except – ‘Syukur’.” Tulisnya.
Jelasnya lagi, anak lelakinya itu dilahirkan dengan berat 3.68kg pada 11.38 pagi pada 4 Disember yang lalu.
Dia juga turut menjelaskan maksud disebalik nama yang menjadi pilihan buat cahaya mata keduanya itu.
“And after 8 days he was born, we would love everyone to meet our darling son. Raysha’s little brother and yes, of course our cute bundle of joy. Mohamad Shaqur Mateen Bin Mohamad Rafiq.
🐣Friday Dec 4th, 2020
⏰ 11.38am
🧸 3.68kg
📏 53cm
Antara nama-nama yang terbaik adalah nama2 yang di sandarkan dengan nama Allah.(Asmaul Husna) InshaAllah
AL SHAKUR: THE MOST GRATEFUL or The Acknowledging One (Bersyukur)
The Grateful, The Appreciative, The One who gives a lot of reward for a little obedience.
AL MATIN: THE FIRM ONE (Teguh)
The One with extreme Power which is un-interrupted and He does not get tired.
Semoga Shaqur Mateen menjadi anak yg soleh, taat perintah Allah,akhlak sifat terpuji, rupa yg elok, sentiasa dikurniakan aafiyah, dgr ckp dan syg mummy daddy selalu, sentiasa bersyukur (shaqur) ke jln Allah dan teguhkanlah (mateen) tetapkanlah hatinya dengan iman kepada Allah dan Rasul, dan teguhkanlah hidupnya berlandaskan Alquran, Amin,” tulisnya lagi.
Menjenguk ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut menitipkan ucapan tahniah buat kehadiran cahaya mata baru Falisha.
Falisha yang pernah membintangi filem Mat Moto mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohamad Rafiq Mohd. Arif pada Januari 2017. Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Nur Raysha Maikhayla yang kini berumur tiga tahun.
Tahniah diucapkan kepada Falisha dan pasangan. Semoga kehadiran Shaqur Mateen melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga ini.
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.