Memenuhi nutrisi bayi pramatang merupakan satu cabaran bagi doktor, jururawat serta ahli keluarga bayi. Nutrisi pada peringkat awal kehidupan bukan sahaja merupakan penentu bagi kehidupan bayi, perkembangan fizikal dan mental semasa waktu kanak-kanak, malah ia juga adalah penentu kesihatan pada masa hadapan.
Bayi yang pramatang sering memerlukan kemasukan ke dalam wad rawatan rapi bayi selepas lahir. Ini menambahkan sedikit cabaran kepada penyusuan susu ibu. Namun, kebanyakan ibu dapat memerah susu badan bagi menyusukan si manja mereka.
Pemerahan susu ibu
Susu ibu merupakan susu terbaik bagi bayi pramatang. Selain dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan, susu ibu juga mengandungi pelbagai jenis faktor pertahanan yang dapat mencegah bayi pramatang daripada jangkitan kuman. Akan tetapi, kebanyakan bayi pramatang tidak dapat menyusu susu badan secara terusnya disebabkan oleh kesakitan atau reflek penghisapan-penelanan yang tidak matang. Justeru itu, adalah sangat penting bagi seseorang ibu untuk memerah susu supaya bayinya masih dapat penyusuan susu ibu melalui cara-cara alternatif seperti tiub penyusuan, cawan dan sebagainya.
Pemerahan dan penyimpanan susu perahan
Bersihkan tangan anda sebelum memerah susu. Susu perahan hendaklah disimpan di dalam bekas yang bersih. Tuliskan tarikh dan masa di bekas susu perahan setiap kali selepas memerah. Anda dinasihati supaya tidak campurkan susu perahan pada waktu berlainan di dalam satu bekas yang sama. Sekiranya anda perlu bantuan, dapatkan pertolongan daripada anggota kesihatan (contohnya di wad serta klinik) berkenaan cara memerah susu, penyimpanan serta penghantaran susu perahan.
Simpankan susu perahan di dalam peti sejuk/peti beku sekiranya tidak dihantar ke hospital dalam masa yang singkat. Anda boleh simpan susu perahan dalam pelbagai cara seperti berikut:
Ads
Tempat
Suhu
Tempoh
Peti sejuk
? 4°C
24 jam
Bahagian beku di dalam peti sejuk
(1 pintu)
-15°C
2 minggu
Bahagian beku di dalam peti sejuk
(2 pintu)
-18°C
Ads
3 bulan
Peti beku
? -18°C
6 bulan
Penyimpanan susu perahan di dalam peti sejuk
Apakah kaedah penghantaran susu perahan ke hospital
Semasa menghantar susu perahan ke hospital, simpan bekas yang mengandungi susu perahan di dalam kotak beku.
Contoh kotak beku
Human Milk Fortification (HMF)
Semasa berada di hospital, bayi pramatang sering memerlukan HMF untuk ditambahkan dalam susu perahan. Tujuan penambahkan HMF adalah untuk meningkatkan kepekatan nutrien dan juga kalori untuk kepentingan pertumbuhan bayi.
Ads
Total parenteral nutrition (TPN)
Bayi pramatang mempunyai stor nutrient yang agak terhad di dalam badan. Selain itu, bayi pramatang juga memerlukan masa untuk mencapai penyusuan susu yang optima. Justeru itu, kebanyakan bayi yang dilahirkan < 32 minggu atau < 1500g memerlukan TPN pada peringkat awal sebelum dapat mencapai penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. TPN adalah sejenis formula nutrisi yang diberikan kepada bayi melalui cara intravena. Ia mengandungi nutrien seperti glukos, protin, lemak, vitamin dan bahan mineral. TPN merupakan punca nutrisi dan tenaga yang agak penting sebelum bayi dapat mencapai penyusuan susu ibu secara sepenuhnya.
Pemantauan pertumbuhan
Pertumbuhan bayi pramatang biasanya dipantau melalui pengukuran lilitan kepala, panjang dan berat badan dari masa ke semasa. Bacaan-bacaan tersebut akan dicatitkan pada carta pertumbuhan bagi memantau pertumbuhan bayi. Pertumbuhan yang pesat semasa peringkat awal yang seiras dengan pertumbuhan bayi semasa di dalam kandungan dapat menjangkakan perkembangan otak yang lebih baik.
Carta Pertumbuhan
Penyusuan bayi selepas keluar hospital
Penyusuan bayi yang sangat pramatang merupakan satu cabaran yang besar bagi anggota kesihatan serta keluarga bayi. World Health Organization, American Pediatric Society, European Society for Paediatric Gastroenterogy Hepatology and Nutrition (ESPGHAN) mensyorkan penyusuan susu ibu pada 6 bulan pertama dan seterusnya. Pemantauan penyusuan dan pertumbuhan adalah penting selepas keluar dari hospital.
Masalah anak sembelit memang boleh buat hidup seorang ibu jadi susah hati. Siapa tak risau bila setiap kali nak buang air besar, anak akan menangis sekuat hati sampai merah muka dan meneran bersungguh-sungguh tapi najis tak keluar juga.
Rasanya ramai ibu pun mengalami masalah yang sama iaitu anak sukar buang air besar atau sembelit. Sebenarnya masalah sembelit sangat jarang berlaku di kalangan bayi yang menyusu susu ibu tetapi bagi bayi yang minum susu formula, risiko untuk mereka terkena sembelit adalah sangat tinggi.
Kadangkala masalah bayi sembelit juga boleh berlaku di kalangan bayi yang baru mula makan makanan pejal tetapi biasanya ia bukannya masalah berpanjangan. Tetapi bagi anak yang bermasalah sembelit biasanya akan berlaku setiap kali mereka hendak membuang air besar sehinggakan ada si kecil yang takut setiap kali mereka rasa nak buang air besar.
Ini antara tanda-tanda biasa menunjukkan si kecil mempunyai masalah sembelit. Cuba periksa anak anda.
Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan
Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar
Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari
Meragam
Sakit pada abdomen
Gastrik
Abdomen yang keras
Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras
Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul
Menyedari hal tersebut, Puan Herny Hafiz berkongsi tip mengatasi masalah bayi sembelit mengikut pengalaman dan pembacaannya.
Apa nak buat bila baby sembelit berak keras (refer bristol stool chart)
TIPS UNTUK BABY SEMBELIT
6-7 bulan beri buah buahan ini sebagai snek 2x sehari (2-3 oz per serving) – buah naga, avocado, betik,plum
elak buah buahan ini ( 2 jenis ni mommy selalu bagi tanpa sedar ia boleh sebabkan sembelit) – epal, pisang,
beri makanan berasaskan >timun (buang kulit), labu, butternut, zuchini (buang kulit)
Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang.
Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah. Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Bagaimana kerosakan gigi berlaku?
Plak gigi yang mengandungi bakteria akan terbentuk dan melekat pada gigi si manja anda.
Bakteria akan bertindak dengan gula menjadi asid dan menyerang serta mereputkan enamel atau lapisan luar gigi. Ia akan membentuk karies gigi yang akan menyebabkan gigi mereput dan berlubang.
Jika masalah ini dibiarkan, kanak-kanak akan mengalami sakit gigi kerana bakteria di dalam karies akan terus merebak dan menjangkiti pulpa gigi.
Lebih teruk lagi, sekiranya ia tidak dirawat, si kecil bakal mengalami masalah bisul pada gusi dan radang muka.
Faktor gigi anak rosak
Faktor utama kerosakan gigi berpunca daripada cecair, minuman atau makanan bergula yang diberikan kepada anak. Minuman dan makanan ini mengandungi gula tersembunyi yang akan menyebabkan plak terbentuk sekali gus menyebabkan gigi rosak.
Selain itu, tabiat bayi dan kanak-kanak yang gemar menghisap botol juga boleh menyebabkan kerosakan gigi berlaku. Apatah lagi jika si kecil menghisap botol yang berisi minuman manis ataupun minuman jus bergula.
Langkah pencegahan
Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak. Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.
Pilih ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi. Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.
Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Amboi Bukan Main Jawline. Comel sangat”-Warganet Teruja Lihat Wajah Anak Syifa Melvin!
Syifa Melvin baru-baru ini ada berkongsi wajah anak sulungnya yang diberi nama Saif Sulaiman Safawi di akaun media sosialnya. Ramai teruja melihat wajah comel anaknya dan turut menarik perhatian bila melihat ‘jawline’ tajam anak Safawi Rasid yang merupakan pemain bola sepak profesional tanah air.
“Bismillahi masya-ALLAH, inilah cinta baru dalam hidup kami Saif Sulaiman Safawi. Membesar dengan baik dan sihat anak,” demikian tulis Syifa menerusi kapsyennya.
Syifa yang memuat naik perkongsian itu menerusi laman Instagram miliknya, ternyata meraih perhatian ramai, dimana rata-ratanya memuji bayi lelakinya itu yang bukan setakat memiliki kulit putih, malah pandangan sisi menampakkan ‘jawline’ atau tulang rahangnya yang runcing dan tajam.