Baby Safety Gate Versi Jimat Bajet. Kukuh & Kos Kasar Dalam RM30 Je!

Share

Anak menginjak usia 6 bulan, ibu bapa akan mula nampak perkembangan anak dengan cepat. Dari hanya baring, boleh duduk, merangkak, bangun untuk berjalan dan berlari semua itu akan dilalui sekitar usia dua tahun ke bawah.

Jadi keselamatan anak antara yang perlu diutamakan. Bukan setakat di luar rumah, dalam rumah pun perlu sentiasa berjaga-jaga. Jadi bagi ibu bapa yang ada anak kecil, baby safety gate atau pagar keselamatan bayi antara peralatan penting yang perlu ada dalam setiap rumah jika anda mempunyai anak-anak kecil.

Lebih-lebih lagi jika kediaman jenis dua tingkat, tahap keselamatan si kecil prlu diperketatkan apabila melibatkan binaan tangga. Mahu tak mahu, pagar keselamatan mesti ada untuk mengelakkan si kecil bermain di kawasan tangga.

Berdasarkan panduan yang dikongsikan oleh bapa ini, anda boleh membuat sendiri (Do-It-Yourself) security gate dengan menggunakan bajet serendah RM30!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1 : Pelaras Kaki Meja terpakai ( yang akan berfungsi sebagai security locked).

2: Kayu Pallet

3 : Vidga IKEA (Curtain Hook) dapat sekali getah tu

4: Besi L Shape (MR.DIY jual harga RM1.80)

5 : Skru & driller

6 : Roda Kecil (Kedai RM2.10)

LANGKAH-LANGKAH

  1. Curtain hook (IKEA) tebuk dinding satu lubang dan pelekat double side roda (kedai RM2)

2. Roda di bawah dan tepi dinding.

3. Roda tepi untuk jarakkan dinding.

4. Roda bawah dua biji (kalau rajin buatkan rel nanti).

5. Kunci yang boleh dilaraskan. tebuk lubang sendiri.

6. Siap!!

Keadaan pagar apabila dibuka.

Sumber: Shuhaimi Zulkefli via Kelab Deco Bajet Malaysia

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN