Bila dengar kes pembuangan bayi setiap hari, terasa sedih pula mengenangkan nasib bayi yang dibuang. Sayu hati melihat bayi yang kelaparan dan ketakutan dalam pelukan orang asing. Setiap orang yang membaca pasti teringatkan anak sendiri.
Menurut laporan Bernama, Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam kotak air mineral di persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang di Ampang dekat sini, semalam.
Ads
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi perempuan itu daripada orang awam pada 7 pagi.
“Tiada sebarang dokumen atau barang milik bayi ditemukan bersama bayi ini dan bayi telah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.
Ads
“Hasil pemeriksaan mendapati bayi seberat 2.8 kilogram ini dilahirkan cukup bulan dan ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Zanariah di talian 0189604202 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
Kredit: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang mampu melalui satu kehidupan yang bahagia bila mana terpisah dengan anaknya. Namun inilah yang dilalui oleh seorang ibu, yang berkongsi kisahnya di grup Edit Apa Hari Ini di Facebook.
Seorang ibu, Asrul Hidayu yang terpisah lama dengan anaknya meminta orang ramai yang berada di grup popular itu untuk melakarkan wajah anaknya yang terpisah sekian lama.
Permintaan itu yang tular di media sosial meruntun pilu orang ramai yang turut meninggalkan pelbagai komen dan kata semangat.
“Assalamualaikum. Bolehkah tolong editkan gambar anak akak yang terpisah 14 tahun ni.
“Agak-agak macam mana wajah dia sekarang. Walaupun wajah dia mungkin sangat-sangat berbeza, kurang-kurang mampu mengubati rindu yang tiada kesudahan,” ujarnya berkongsi.
Akui Hidayu lagi, dia hanya memiliki wajah anaknya, Muhammad Danial Hazmi di ketika usianya tujuh hari. Malah sehingga kini dia tidak pernah dipertemukan dengan anak sulungnya itu.
Sarat menanggung rindu yang tak tertahan, Hidayu turut meminta ahli grup untuk melakar wajah anaknya dikala usianya yang kini menginjak 14 tahun.
“Muhammad Danial Hazmi (lahir 22/8/2009)di KPMC. Ni gambar masa dia 7 hari. Dia ada dengan keluarga angkat yang akak tak tau keadaan dan keberadaan dia kat mana.
“Sampai sekarang masih berharap dapat dipertemukan dengan dia. Rindu sangat-sangat. Sekarang dia dah ada 4 adik. Adik-adik dia tau kewujudan dia,” katanya lagi yang mengundang hiba orang ramai.
Menerusi perkongsian itu, saudara Shabikan Manan bermurah hati melakarkan gambar anak kecil itu seperti mana yang diminta Hidayu.
“Sekadar mencuba dari wajah asal baby. Wallahua’lam. Moga dipermudahkan urusan pencarian puan. Aminn,” tulisnya.
Dalam pada itu, seluruh perkongsian itu dipenuhi dengan ucapan dan kata-kata semangat serta doa buat ibu ini agar terus kuat serta dipermudahkan urusannya mencari anaknya.
Malah wargamaya turut berusaha mencari anak kecil itu dipelbagai media sosial lain seperti Instagram dan juga Tik Tok.
Pemergian anak syurga Muhammad Fawwaz Adli pada 28 Ogos lalu selepas setahun dua bulan terlantar sakit akibat dihempap peti ais masih dirasai oleh kedua ibu bapanya. Mana tidaknya, sepanjang arwah Fawwaz sakit, pelbagai ikhtiar dilakukan untuk memastikan anak sulung daripada tiga beradik itu kembali sihat.
Namun takdir Allah, siapa yang dapat menolaknya kerana ketika sedang melakukan rawatan dan Fawwaz mula menunjukkan perkembangan yang baik, Allah ambil buat selama-lamanya.
Sebelum ini, kisah adik Fawwaz telah dilaporkan selepas kejadian malang menimpanya pada 13 Julai 2019 dan tragedi itu mendapat perhatian masyarakat yang turut bersimpati.
Coretan dari hati seorang ayah, Mohd Bukhari Zainal Anuar yang reda atas pemergian anak syurganya itu dan turut berterima kasih pada semua pihak terlibat kerana sentiasa mendoakan dan menghulurkan sumbangan sepanjang arwah Fawwaz masih ada.
Rasa macam Fawwaz masih ada
18 September 2020Jumaat ke-4 wildan syurga Muhammad Fawwaz Adli pergi menghadap ilahi. Terasa masa berlalu dengan begitu pantas. Rasa macam baru semalam kami mendakap erat tubuh badan wildan syurga ini.
Satu kehilangan yang sangat mengejutkan di saat Fawwaz semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Fawwaz langsung tak menunjukkan sebarang tanda yang dia ingin pergi. Fawwaz kelihatan tenang, pernafasan stabil dan tiada langsung suara merengek kesakitan sehinggalah kami dimaklumkan oleh perawat yang Fawwaz sedang tenat.
Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang kami dengar. Kami terasa bagaikan mimpi dan hilang arah. Air mata yang mengalir tidak mampu kami tahan bila mendengar perkhabaran yang Fawwaz sedang nazak.
Perginya Fawwaz dalam keadaan tenang
Selama lebih setahun dua bulan Allah bagi kami peluang menjaga dan berikhtiar mencari rawatan terbaik untuk merawat kesakitan yang Fawwaz alami. Namun Allah lebih sayangkan Fawwaz dan Fawwaz pergi keadaan yang sangat tenang.
Kami sekeluarga menangisi pemergian Muhammad Fawwaz Adli dengan reda. Berlari-larilah Fawwaz di taman syurga. Hilang sudah segala kesakitan yang Fawwaz lalui. Segala kenangan kita bersama akan tersemat di dalam hati kami buat selamanya.
Terima kasih atas doa anda semua
Buat semua sahabat-sahabat yang mengikuti perjalanan hidup wildan syurga Fawwaz Adli sehingga ke hari ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih buat kalian semua atas bacaan ayat suci al-Quran, doa serta kata semangat buat kami sekeluarga. Mohon maaf seandainya coretan saya berkenaan Fawwaz sebelum ni menganggu emosi tuan puan semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr. Izzar Anwari suami kepada pelakon terkenal, Ummi Nazeera telah menjelaskan tentang isu vaksi di laman instagramnya. Beliau yang baru sahaja mendapatkan vaksin untuk anak sulungnya, Ayra Aneesah mengakui bahawa vaksin memang isu yang hangat sejak dahulu lagi.
Golongan anti-vaksin bukan sahaja wujud di Malaysia malah seluruh dunia. Ikuti perkongsian beliau mengenai Vaksin.
Alhamdulillah. Ayra baru je ambil vaksin dia.Sempat dia selfie dengan daddy @ayra.aneesah
Vaksinasi ni memang isu yang hangat dari dulu. Vaksin diberikan ke kanak2 agar mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan
Kanak2 diberi vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan(imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Vaksin membantu menguatkan sistem imun melalui rangsangan kepada sel pertahanan, lepastu boleh melindungi daripada komplikasi yang mengancam nyawa
Ambil vaksin ni merupakan langkah pencegahan.Sebab tu kita vaksin kanak2 semasa dia sihat. Takkan nak tunggu sakit baru nak vaksin kan?
Yang mendukacitakan sekarang ialah wujudnya golongan pro-penyakit/antivaksin bukan sahaja di Malaysia malah kat satu dunia ni ada. Banyak maklumat2 palsu yang disebarkan oleh golongan ni. Kalau kat Malaysia geng pro-penyakit ni cakap vaksin agenda Yahudi, kat US tu geng ni cakap vaksin tu agenda Muslim kot
JAKIM pun dah keluar kenyataan kata suntikan vaksin ni bertepatan dengan nas-nas syarak, dan selari dengan prinsip maqasid al syariah dalam menjaga nyawa manusia
So, nak apa lagi? Vaksin la anak2 tu. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Kat Klinik Kesihatan tu free je.Taknak dengar cakap doktor pun takpelah.Kami ejen yahudi kan. Tapi ikutlah apa saranan JAKIM tu. Mufti-mufti kat JAKIM bukan ejen jahat macam Hydra tu.Kau ingat ni movie ke?
Rata-rata netizen bersetuju dengan penjelasan tentang vaksin yang diutarakan oleh Dr.Izzar di laman instagramnya.