Bayi lahir ‘missing finger’ ibu jadi sebak, “jari adik Allah simpan di syurga kan mummy?” Hati ibu mana yang tidak sedih bila mengetahui bayi dalam kandungannya disahkan mengalami missing finger pada tangan kanan.
Bayi Lahir ‘Missing Finger’ Ibu Jadi Sebak
Amira Bongsu dan suaminya terkilan sebaik mengetahui perkara itu namun mereka kekal positif dan berharap paparan skrin yang ditunjukkan adalah tidak benar. Perkara itu diketahui ketika kandungannya berusia 27 minggu sewaktu melakukan imbasan ultrabunyi.
“Sebelum ini ketika mengandungkan tiga orang kakaknya, saya tidak pernah buat imbasan kandungan. Entah bagaimana perasaan saya kuat sangat untuk lakukannya… seolah-olah ALLAH SWT nak tunjuk sesuatu.
“Memang sangat terkejut masa itu tetapi saya dan suami fikir positif serta berdoa semoga ada keajaiban yang berlaku,” kata Amira.
Menurut Amira yang berusia 30 tahun, perkara pertama yang menjadi tumpuan setelah melahirkan Muhammad Syauqi Mateen adalah tangan kanan anak bongsu daripada empat beradik itu.
Ads
Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki anaknya kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT. Dia mengakui bahawa air matanya mengalir sebaik sahaja melihat keadaan tersebut kerana mengagumi ciptaan ALLAH.
“Jari Adik Allah Simpan Di Syurga Kan Mummy?”
“Masa itu… tidak terkata. Hanya air mata yang mengalir laju. Alhamdulillah lahir sahaja Muhammad Syauqi Mateen, saya terus maklumkan kepada keluarga mengenai keadaannya.
“Mereka semua banyak memberi sokongan dan sentiasa positif sampaikan anak kedua saya Shasha Maisarah, 5, cakap ‘jari adik ALLAH SWT simpan disyurga, kan mummy’ dan hanya ALLAH SWT sahaja tahu perasaan saya ketika itu,” jelasnya.
Dalam pada itu Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT.
Ujarnya, ibu bapa yang turut mengalami situasi sama perlu sentiasa tabah dan mengabaikan perkara atau percakapan negatif orang sekeliling.
“Apa pun keadaan anak kita, terimalah dengan hati yang terbuka kerana ia terlahir dari rahim kita. Abaikan kata-kata kurang menyenangkan kerana anak perlukan sokongan kita sebagai ibu dan ayah.
“Istimewanya kita sebagai penjaga ahli syurga dan betapa istimewanya kita menjadi orang yang diharapkan ALLAH SWT untuk menjaga amanah-Nya,” katanya.
Sejak dilahirkan pada 4 Mei lalu, pelbagai cabaran dilalui namun kecomelan si kecil, Muhammad Syauqi Mateen mencairkan hati ramai.
Perkongsian Amira menerusi akaun TikToknya, amierahb mendapat perhatian ramai warga maya. Mereka turut memberi memberi sokongan kepada Amira sekeluarga agar terus tabah dan kuat.
Selalunya rumah ada anak kecil mesti akan ada situasi lambakan mainan di mana-mana saja ruang yang mereka. Ini adalah normal tetapi bagi ibu ayah akan rasa geram dan penat untuk kemas semula.
Perlu faham fitrah anak kecil adalah bermain. Jadi apabila anak nampak lagi banyak mainan dan dapat bersepah buatkan mereka lagi gembira.
Kenapa ya? Ibu ayah tak pandai ajar anak berkemas ke? Jom kita tengok sikit dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak seperti yang dikongsikan oleh Encik Nur Firdaus.
Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak kecil akan fikir bahawa jika benda itu ada depan mata, maka ia wujud. Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu bila kita sorok atau ambil mainan mereka, mereka akan cepat react sama ada melalui tangisan atau sebagainya.
Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada depan mata, mereka ok. Tapi bila kita ‘hilang’ sekejap macam ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka.
Siapa yang jaga baby, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas sorang-sorang.
Mereka bukan buat-buat atau mengada-ngada. Ia adalah reaksi yang original. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada!
Fenomena ini dipanggil Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak ke fasa pertama tahap Praoperasi Kognitif (sekitar 2 ke 3 tahun).
Buatlah macam mana pun, cakaplah macam mana pun, mereka tetap anggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat.
Ha, berbalik kepada rumah bersepah tadi. Bagi anak-anak ini, permainan mereka ‘ada’ bila ia DAPAT DILIHAT. Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka).
Jadi ibu-ibu dan ayah-ayah, fahamilah corak pemikiran mereka. Jangan kita jadikan alasan nak ajar anak pandai kemas untuk menangkan keputusan kita. Ya, ia memang perlu diajar. Tapi kena tepat masanya.
Jangan awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka.
Solusinya?
Terpulang.. Kalau saya, saya sediakan satu bilik khas untuk anak saya. Terpulanglah, dia nak sepah ke, nak kemas ke, nak campak ke, saya nak tengok mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar.
Teringin nak dapatkan barangan anak pada harga yang cukup istimewa, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, pengacara dan pelawak, Jihan Muse akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya selepas dua bulan bersalin dan melalui tempoh berpantang.
Jihan dan suami, Ungku Hariz memperkenalkan bayi comel mereka dalam majlis aqiqah dan cukur jambul yang diadakan di Dewan Seri Hatinie Shah Alam, semalam.
Pada majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekatnya itu, pasangan ini turut berkongsi nama yang telah dipilih buat anak mereka iaitu Ungku Arsalan Haq. Bayi lelaki Jihan juga turut mempunyai gelaran manja-Baby Ninja.
Sebelum ini Jihan dan suami mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka terlebih dahulu sehingga ada peminat seakan-akan tak berpuas hati.
Dengan pendedahan ini, pastinya peminat gembira selepas menanti lebih dua bulan lalu semenjak Jihan bersalin pada 25 Januari lepas.
Terdahulu, Jihan yang bersalin secara pembedahan telah melahirkan bayi sulungnya dengan berat 3.85 kilogram di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Sumber: instagram Jihan Muse & Ungku Arsalan Haq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siti Aafiyah, anak perempuan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini sudah pandai wefie (berswafoto). Wajahnya juga dikatakan semakin seiras dengan ibunya. Foto wefie mereka mendapat perhatian netizen sehingga menerima hampir 200k likes dalam masa 9 jam!
Foto yang dimuat naik di Instagram Dato’ Sri Siti itu memaparkan kedua-duanya memakai persalinan fabrik yang sama ungu berbunga.
Aafiyah yang kini berusia 8 bulan sudah boleh duduk pada baby chair dan ini adalah satu perkembangan yang baik bagi bayi seusianya.
Sebagai anak kepada ratu pop nombor 1 Malaysia, si kecil ini sentiasa mendapat perhatian para netizen. Para peminat ibunya tidak puas menatap gelagat dan aksi Aafiyah serta memuji kecomelannya.
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.